cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

SAHABAT 'ILMU

Audio Kajian Dakwah Salaf Ambon

Больше
Рекламные посты
459
Подписчики
-124 часа
-27 дней
-530 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
Insyaallah Jadwal Durus/pelajaran❗️ Asy Syaikh Abu Abdissalam Hasan Bin Qosim Ar Roimiy Hafidzohulloh Sumber: https://t.me/kajianAmbon https://t.me/audio_sahabat_ilmu
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Kajian ilmiyah Kota Ambon Bersama Masyaikh Ahlissunah❗️ Asy Syaikh Abu Abdissalam Hasan Bin Qosim Ar Roimiy Hafidzohulloh Sumber: https://t.me/kajianAmbon https://t.me/audio_sahabat_ilmu
Показать все...
Janganlah seseorang itu menjadikan muamalahnya bersama alim sunnah dan ittiba' -seperti Syeikh kita ini- bagaikan muamalahnya dengan kawannya, kerana sesungguhnya dalam bermuamalah dengan ulama sunnah ada adab dan etika yang telah maklum diterangkan di dalam ayat-ayat Al-Quran yang turun, di dalam hadith-hadith yang warid dan di dalam kitab-kitab yang tertulis. Firman Allah ta'ala: يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata kepada baginda dengan suara yang keras, sebagaimana sebahagian kamu mengeraskan suaranya kepada sebahagian yang lain." Kata Al-Qurtubi rahimahullah ketika mentafsirkan ayat ini: وكره بعض العلماء رفع الصوت في مجالس العلماء تشريفا لهم؛ إذ هم ورثة الأنبياء "Sebahagian ulama membenci perbuatan meninggikan suara di dalam majlis-majlis para ulama sebagai bentuk pemuliaan kepada mereka, kerana merekalah para pewaris anbiya'." Nabi sallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: ليس منا من لم يجل كبيرنا، و يرحم صغيرنا، و يعرف لعالمنا حقه "Tidak termasuk dalam golongan kami sesiapa yang tidak memuliakan orang tua kami, tidak mengasihi orang muda kami dan tidak mengetahui hak orang alim kami." Sebagaimana kami juga memperingatkan saudara-saudara kami Ahli Sunnah untuk tidak mendengarkan mereka yang berusaha memburuk-burukkan kami dan saudara-saudara kami, para masyaikh yang telah ditazkiah oleh Syeikh kami yang semuanya terkenal dengan nasihat dan membantah ke atas ahli bidaah dan orang-orang yang menyelisihi [kebenaran]. Mereka (ahli batil) mengambil kesempatan -dengan apa yang muncul daripada orang-orang yang bersikap lancang ke atas Syeikh kami- dengan mereka membuat perbandingan di antara orang-orang yang memberikan nasihat dengan orang-orang yang semberono lalu memasukkan kami sama dengan kumpulan itu menggunakan qiyas yang rosak, padahal telah ada perbezaan yang sangat jauh di antara kedua-dua maqam ini. Sungguh Allah telah membatalkan qiyas ini dengan firman-Nya: أَفَمَن يَمْشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِۦٓ أَهْدَىٰٓ أَمَّن يَمْشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ "Maka adakah orang yang berjalan sambil terlungkup di atas wajahnya itu lebih mendapatkan petunjuk ataukah orang yang berjalan tegap di atas jalan yang lurus?". Tidak ada yang mendorong mereka untuk memasukkan [kami] dengan kumpulan itu kecuali kerana hawa nafsu jiwa dan untuk memenuhkan tujuan-tujuan peribadinya. يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." Di manakah keberanian mereka ini pada waktu itu, dan di manakah mereka ketika muncul fitnah-fitnah yang dibawa oleh ahli tamyi' dan ahli batil, dan ketika muncul peperangan mereka yang sangat ganas ke atas dakwah dan ke atas Syeikh kami Yahya?! Di manakah mereka ketika para pemberi nasihat semuanya bangkit membela kebenaran kemudian membela Syeikh hafizahullah pada setiap fitnah yang berlaku ke atas dakwah dan semuanya memerangi ahli batil dengan cara menerangkan fitnah mereka dan membongkar kebatilan-kebatilan mereka?! Wallah al-Muwaffiq. ____ Disampaikan oleh Fadhilat al-Syaikh Yusuf bin 'Eid al-Jazairi hafizahullah pada 13 Safar 1444. Sumber: https://t.me/youssefalgazairi/1382 Terjemahan dengan olahan tanpa mengubah maksud oleh Wan Shahir bin Wan Perwira.
Показать все...
Nasihat Kepada Mereka Yang Sudah Mula Lancang Ke Atas Ulama Salafi Tanpa Hak. Ditanyakan kepada Fadhilat al-Syaikh Yusuf bin 'Eid al-Jazairi hafizahullah: "Sebahagian orang sudah mula mencela dan merendah-rendahkan Syeikh Yahya hafizahullah tanpa hak -kerana pendeknya sudut pandang mereka- disebabkan Syeikh Yahya tidak menyetujui mereka pada hawa nafsu-hawa nafsu mereka. Maka apakah nasihat anda bagi sesiapa yang di sisinya, di majlisnya, di channel-nya, di group-nya ada orang yang dikenali dengan hal seperti ini?" Beliau menjawab: "Barangsiapa yang dikenali dengan hal itu, maka dinasihatkan agar dia meninggalkan celaan dan perendahannya kepada sang alim yang mulia ini tanpa hak dan bertaubat kepada Allah daripada perbuatan tersebut. Jika dia enggan dan keras kepala, maka hendaklah dia diusir dari majlis-majlis, channel-channel dan group-group ini. Saya menghambat orang yang begini keadaannya agar meninggalkan ikut serta di dalam channel saya atau group saya di Whatsapp dan jangan dia menghadiri majlis saya atau menghubungi saya. Kerana sesungguhnya, sebagaimana kita tidak reda dengan ahli tamyi' di dalam saf-saf kita, untuk mereka ikut serta di dalam majlis-majlis kita, channel-channel kita dan group-group kita, maka demikianlah juga kita tidak reda dengan golongan hamas (semangat kosong tanpa ilmu dan bimbingan ulama) yang tidak berguna dan semberono yang bersikap lancang terhadap ahli ilmu dan ahli ittiba' tanpa hak. Syeikh kami termasuk dalam kalangan ulama, ahl al-khabar dan al-athar, ahl al-fiqh dan al-nadzar, tidak disebut kecuali dengan kebaikan dan barangsiapa yang menyebutkan mereka dengan keburukan, maka dia bukan di atas jalan yang lurus. Apabila seorang salafi ada mendengar di dalam majlisnya orang yang lancang atau merendah-rendahkan Syeikh-nya -yang salafi dan muttabi'- tanpa hak, maka hendaklah dia mengagungkan kehormatan beliau, menolak celaan kepada beliau dan marah kerana itu. Jika dia tidak mampu maka hendaklah dia bangkit dan berpisah dari majlis itu sebagaimana disebutkan di dalam "Tadzkirat al-Sami'" milik Ibn Jama'ah. Allah ta'ala berfirman: وَإِذَا رَأَيْتَ ٱلَّذِينَ يَخُوضُونَ فِىٓ ءَايَٰتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِۦ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ ٱلشَّيْطَٰنُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ ٱلذِّكْرَىٰ مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّلِمِين "Dan apabila kamu melihat orang-orang memperolok-olokkan ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka membicarakan hal yang lain. Dan jika syaitan menjadikan kamu lupa (akan larangan ini), maka janganlah kamu duduk bersama orang-orang yang zalim itu sesudah teringat (akan larangan itu)." Hendaklah mereka tahu bahawa daging ulama Ahli Sunnah dan Ittiba' itu beracun, dan sunnah Allah dalam menyingkap tirai orang-orang yang merendah-rendahkan martabat mereka telah dimaklumi, kerana mencela mereka dengan sesuatu yang mereka berlepas diri daripadanya merupakan hal yang sangat besar. Menyerang kehormatan mereka dengan cara dusta dan fitnah merupakan padang yang sangat berbahaya. Menyelisihi orang yang telah dipilih oleh Allah dalam kalangan mereka untuk mengangkat ilmu merupakan akhlak yang tercela. Menjatuhkan kadar mereka merupakan amal perbuatan syaitan, pintu kesesatan dan penyesatan, pintu kerosakan dan perosakan. Apabila saksi-saksi syariat ini dicela, maka dicela-lah juga apa yang mereka persaksikan, akan tetapi orang-orang yang lalai tidak akan memahami [hal ini] dan tidak akan teguh [di atasnya]. Syeikh kami Al-'Allamah Yahya al-Hajuri hafizahullah tidak maksum, tetapi beliau telah dikenali dengan ilmu serta melazimi sunnah dan hikmah. Apabila terang kepada beliau dalil dan hujah, nescaya beliau akan mengikutinya dan meninggalkan apa yang menyalahinya. Demikianlah setiap orang yang jujur mengenali diri beliau. Apabila seorang pendakwah ke jalan Allah memiliki sudut pandang yang didukung oleh dalil-dalil syar'i yang menyelisihi sudut pandang Syeikh-nya yang alim muttabi', maka paparkanlah apa yang dia miliki itu kepada beliau dengan adab dan penuh hormat.
Показать все...
Siri Penjelasan Tentang Besarnya Kedudukan Ulama, Kepentingan Mengembalikan Isu-Isu Dakwah Kepada Mereka Dan Nasihat Kepada Golongan Yang Menyendiri Daripada Para Ulama Dalam Mengeluarkan Pandangan Dan Hukum-Hakam. Dihimpun dan diberikan judul oleh: Wan Shahir bin Wan Perwira. Susunan mengikut hashtags nama masyaikh bagi memudahkan pencarian: 1) #Syeikh_Abd_Razzaq_al_Nihmi 2) #Syeikh_Abu_Amr_al_Hajuri 3) #Syeikh_Muhammad_Ba_Jammal 4) #Syeikh_Abd_Al_Hamid_Al_Zukuri 5) #Syeikh_Adnan_Al_Masqari 6) #Syeikh_Yahya_Al_Hajuri 7) #Syeikh_Abd_Al_Khaliq_Al_Imad 8) #Syeikh_Abd_Al_Ghani_Al_Umari 9) #Syeikh_Abd_Allah_Al_Iryani 10) #Syeikh_Hasan_Al_Raimi 11) #Syeikh_Husain_Al_Hatibi 12) #Syeikh_Muhammad_Al_Syarjabi 13) #Syeikh_Rasyad_Al_Dhalii 14) #Syeikh_Abu_Bilal_Al_Hadrami 15) #Syeikh_Yasir_Al_Amiri 16) #Syeikh_Adil_Al_Udaini 17) #Syeikh_Abd_Al_Karim_Al_Hasani 18) #Syeikh_Abu_Bakr_Al_Hammadi 19) #Syeikh_Muhammad_Al_Ansi 20) #Syeikh_Zakaria_Al_Salahi 21) #Syeikh_Salim_Al_Radai 22) #Syeikh_Mahir_Al_Syadzili 23) #Syeikh_Kamal_Al_Adani 24) #Syeikh_Yusuf_Al_Jazairi
Показать все...
النصيحة لمن صار يتطاول على العلماء السلفيين بغير حق. لفضيلة الشيخ يوسف بن عيد الجزائري حفظه الله. #Syeikh_Yusuf_Al_Jazairi Teks asal: السؤال: بعض الناس أصبحوا يتطاولون ويتنقصون الشيخ يحيى -حفظه الله- بغير حق لقصور نظرهم ولكون الشيخ لم يتوافق مع أهوائهم؛ فما نصيحتك لمن يكون عنده في مجالسه أو قناته أو في مجموعات الواتساب من عرف عنه ذلك ؟ الجواب: من عرف عنه ذلك؛ فينصح بترك هذا التطاول والتنقص لهذا العالم الجليل بغير حق والتوبة إلى الله منه؛ فإن أبى وعاند؛ فيطرد من هذه المجالس والقنوات والمجموعات. وأنا أحرج على من هذا حاله أن يترك الاشتراك في قناتي أو مجموعتي على الواتساب وألا يحضر لي مجلسا أو يتواصل بي. فإننا كما لا نرضى بأهل التمييع في صفوفنا وأن يشاركونا مجالسنا وقنواتنا ومجموعاتنا؛ فكذلك لا نرضى بأهل الحماس الفارغ والطيش المتطاولين على أهل العلم والاتباع بغير حق. فشيخنا من علماء [أهل الخبَر والأثَر، وأهل الفقْه والنَّظر : لا يُذْكَرون إلاَّ بالجميل، ومَن ذكرَهم بسوء؛ فهو على غير السَّبيل]. وإذا كان السلفي في مجلس سمع فيه من يتطاول أو ينتقص في شيخه -السلفي المتبع- بغير حق؛ فإنه (يعظم حرمته، ويرد غيبته، ويغضب لها؛ فإن عجز عن ذلك قام وفارق ذلك المجلس). كما في "تذكرة السامع" لابن جماعة. فالله تعالى يقول: (وَإِذَا رَأَيْتَ ٱلَّذِينَ يَخُوضُونَ فِىٓ ءَايَٰتِنَا فَأَعْرِضْ عَنْهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُواْ فِى حَدِيثٍ غَيْرِهِۦ وَإِمَّا يُنسِيَنَّكَ ٱلشَّيْطَٰنُ فَلَا تَقْعُدْ بَعْدَ ٱلذِّكْرَىٰ مَعَ ٱلْقَوْمِ ٱلظَّلِمِينَ). وليعلم أولئك أن لحوم علماء أهل السنة والاتباع [مسمومة، وعادة الله في هتك أستار منتقصيهم معلومة؛ لأن الوقيعة فيهم بما هم منه براء أمر عظيم، والتناول لأعراضهم بالزور والافتراء مرتع وخيم، والاختلاف على من اختاره الله منهم لِنَعش العلم خلق ذميم]. [والحط من أقدارهم، من عمل الشيطان، وباب ضلالة وإضلال، وفساد وإفساد، وإذا جرح شهود الشرع جرح المشهود به، لكن الأغرار لا يفقهون ولا يثبتون]. وشيخنا العلامة يحيى الحجوري -حفظه الله- غير معصوم؛ لكنه بالعلم والتزام السنة والحكمة معلوم. وإذا تبين له الدليل والحجة اتبعها وترك ما خالفها، هكذا عرفه كل منصف. فإذا كان للداعي إلى الله وجهة نظر مدعومة بالأدلة الشرعية على خلاف وجهة نظر شيخه العالم المتبع؛ فيطرحها عليه بأدب واحترام، ولا يجعل المرء تعامله مع عالم سنة واتباع كشيخنا، كمعاملته لقرينه؛ فإن لمعاملة علماء السنة آداب معلومة نزلت في بيانها آيات ووردت في ذلك أحاديث ودونت في بيانها كتب. قال تعالى: ﴿يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تَرْفَعُوٓا۟ أَصْوَٰتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ ٱلنَّبِىِّ وَلَا تَجْهَرُوا۟ لَهُۥ بِٱلْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ﴾. قال القرطبي-رحمه الله- عند الآية: (وكره بعض العلماء رفع الصوت في مجالس العلماء تشريفا لهم؛ إذ هم ورثة الأنبياء). والنبي صلى الله عليه و سلم يقول: (ليس منا من لم يجل كبيرنا، و يرحم صغيرنا، و يعرف لعالمنا حقه). كما ننبه إخواننا أهل السنة إلى عدم الإصغاء إلى من يسعى في تشويهنا وإخواننا من المشايخ المزكَّين من شيخنا الذين عرفوا بالنصح والرد على أهل البدع والمخالفين، مستغلين ما حصل من أولئك المتطاولين على شيخنا؛ بأن يعقدوا مقارنة بين الناصحين والطائشين، ويلحقونا بهم بقياس عاطل مع الفارق الشاسع بين المقامين. وقد أبطل الله هذا القياس في قوله: (أَفَمَن يَمْشِى مُكِبًّا عَلَىٰ وَجْهِهِۦٓ أَهْدَىٰٓ أَمَّن يَمْشِى سَوِيًّا عَلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ). ولا دافع إلى الإلحاق عندهم إلا هوى النفس وقضاء أغراضها. (يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلْقِسْطِ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعْدِلُواْ ٱعْدِلُواْ هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ). في حين أين صولتهم هذه وأين كانوا في الفتن التي جلبها أهل التمييع وأهل الباطل وحربهم الشرسة على الدعوة وشيخنا يحيى؟! وأين كانوا عندما قام الناصحون عضدا للحق ثم للشيخ -حفظه الله- في كل فتنة تحصل على الدعوة، وكانوا حربا على أهل الباطل ببيان فتنتهم وكشف أباطيلهم؟! والله الموفق. المصدر: https://t.me/youssefalgazairi/1382
Показать все...
Repost from N/a
Фото недоступноПоказать в Telegram
Muhadhoroh Ilmiyyah Ahlussunnah wal jama'ah KEDUDUKAN AL AMRU BILMA'RUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR 🎙 Bersama *As-Syaikh Abul-Yaman 'Adnan Al-Mashqory حفظه الله ✍ Penerjemah Al-Ustadz Irham Demak حفظه الله Senin, 26 Shofar 1445 Hijriah / 11-09-2023 M 🕌 Masjid Baiturrohman Wates , Panekan, Magetan, Jawa Timur Download audio : https://t.me/masjidbaiturrohmanwates/514
Показать все...
MASJID BAITURROHMAN WATES

🪧Wasiat Perpisahan yang Berharga -AhlusSunnah memiliki tanggung jawab yang besar dalam dakwah. Jadi seharusnya sibuk dengan yang bermanfaat -Beberapa kisah tentang orang orang yang angkuh terhadap Ulama dan menganggap diri mereka layaknya yahya bin ma'in dll, menganggap hanya mereka yang paham manhaj, sprti Albaidhony, Al 'Amudy, Aljabri, ibnu hizam dll -Ilmu dan Ulama yang Akan Alloh tetapkan,, dan orang orang yang meremehkan mereka akan sirna Dll 🗓  Ba'da Isya Malam Senin, 26 Shofar 1445 🕌Masjid Sunnah Babulu Penajam 🎙As Syekh 'Adnan Al Mishqari حفظه الله Penerjemah Al Ustadz Irham Demak حفظه الله ً Semoga Bermanfaat 📪➡️join Channel Telegram⬅️📪 https://t.me/Masjid_Darul_Hadits_Samarinda
Показать все...
2023_09_10_20_16_16.mp330.07 MB
🍃〰🍃〰🍃〰🍃 JIKA ORANG-ORANG YANG TIDAK BERILMU YANG MENYETIR DAKWAH.... ➖➖➖➖➖➖➖ 🟢 Syaikh Muqbil bin Hadiy Al-Wadi'iy rohimahulloh berkata: وإذا كان الجهال هم الذين يقودون الدعوات فأبشر بنكسات الدعوات، فلا بد من مجالسة العلماء والاستفادة منهم كما فعل علماؤنا المتقدمون .... "Apabila orang-orang jahil yang menyetir dakwah-dakwah ini maka bergembiralah dengan kemunduran-kemunduran dari dakwah² tersebut.... Oleh karena itu, mesti untuk bermajelis dengan para ulama dan mengambil faedah dari mereka, sebagaimana yang dilakukan oleh para ulama kita terdahulu." [ Tuhfatul Mujib: 183] 🍃〰🍃〰🍃〰🍃 🔴https://abuzakarialjawiy.com 📡 ⓙⓞⓘⓝ ⓒⓗⓐⓝⓝⓔⓛ: "FAWAAID MA'HAD AL-UTSMANIY" http://t.me/fawaaidalutsmaniy
Показать все...
FAWAAID MA'HAD AL-UTSMANIY

Menyajikan Faedah² Ilmiyyah & Kajian² Salafiyyah di Ma'had Al-Utsmaniy, Purworejo. Penanggung Jawab: Abu Zakaria Irham bin Ahmad Al-Jawiy waffaqohulloh

Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.