ru
Feedback
Majlis Perwakilan Pelajar UUM

Majlis Perwakilan Pelajar UUM

Открыть в Telegram

Laman Telegram Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UUM https://t.me/mppuumofficial

Больше
2 636
Подписчики
+10924 часа
+4537 дней
+49930 день
Архив постов
[SALAM TAKZIAH] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (M
[SALAM TAKZIAH] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga arwah Nureen Aleesya Binti Mohd Zolkhairi, pelajar Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia yang telah kembali ke rahmatullah pada 20 September 2023. Semoga Allah SWT merahmati roh arwah dan ditempatkan di kalangan hamba-Nya yang soleh. Pihak MPP UUM mendoakan agar setiap urusan dipermudahkan hingga ke akhirnya. Semoga keluarga arwah turut diberi kekuatan dan kesabaran di samping keberkatan amalan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan P
[TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEMESTER A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan tahniah kepada semua mahasiswa Universiti Utara Malaysia atas keputusan peperiksaan semester A222 yang baru diperoleh. Teruskan usaha dan semoga kejayaan anda menjadi pemangkin pembinaan negara yang berjaya! Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SOALAN LAZIM MENGENAI PENDAFTARAN PENGINAPAN SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwak
+9
[SOALAN LAZIM MENGENAI PENDAFTARAN PENGINAPAN SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah menyediakan senarai soalan lazim berkenaan penginapan bagi sesi A231 akan datang. Oleh itu, diharapkan agar semua pelajar dapat membaca senarai soalan lazim berserta jawapan yang telah disediakan bagi membantu mendapatkan maklumat terkini berkenaan sebarang masalah yang dihadapi. Sekian, terima Kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[JEMPUTAN KE KUMPULAN TELEGRAM DAN WHATSAPP UUM - AMBILAN OKTOBER 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna
+1
[JEMPUTAN KE KUMPULAN TELEGRAM DAN WHATSAPP UUM - AMBILAN OKTOBER 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Untuk memastikan kami dapat menyampaikan maklumat terkini kepada semua pelajar baharu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM), dengan kerjasama semua kelab akademik, ingin menjemput semua pelajar AMBILAN OKTOBER UUM A231 2023/2024 untuk menyertai kumpulan Telegram utama DAN kumpulan WhatsApp kursus masing-masing. Pautan jemputan ke kumpulan: https://tinyurl.com/newintakeA231 Kerjasama anda amat dihargai. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN UPU] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utar
[TAHNIAH ATAS KEPUTUSAN UPU] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada semua pelajar lepasan STPM/Setaraf atas keputusan UPU bagi Sesi Akademik 2023/2024. Perjalanan baru telah bermula dan diharapkan agar semua mahasiswa terus bersemangat menimba ilmu demi masa depan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[MPP UUM BERSEDIA TERLIBAT DALAM PROSEDUR MERANGKA GARIS PANDUAN AKTIVITI HIBURAN (KONSERT) UNIVERSITI] Assalamulaikum, Salam
+2
[MPP UUM BERSEDIA TERLIBAT DALAM PROSEDUR MERANGKA GARIS PANDUAN AKTIVITI HIBURAN (KONSERT) UNIVERSITI] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[INISIATIF PENAMBAHBAIKAN FASILITI GO KART UUM] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Eksekutif Pembangunan
+1
[INISIATIF PENAMBAHBAIKAN FASILITI GO KART UUM] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Eksekutif Pembangunan Belia & Sukan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah mengusahakan satu perjumpaan antara Pusat Sukan UUM dengan pemilik litar GoGo Kart Sungai Petani untuk menyelesaikan dan menaiktaraf masalah Go-Kart di UUM. Untuk makluman, pemilik Litar GoGo Kart juga bersedia untuk menyediakan perkhidmatan kepada pihak UUM untuk menaiktaraf sistem klac Go-Kart yang sedia ada di UUM bagi memastikan isu permasalahan fasiliti tersebut mampu diselesaikan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

*[NOTIS ANJAKAN TARIKH PENERIMAAN DAN PENDAFTARAN PENGINAPAN MELALUI PORTAL PELAJAR BAGI SESI A231]* Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pusat Penginapan Pelajar (SAC) memaklumkan bahawa terdapat *PINDAAN TARIKH PENERIMAAN PENGINAPAN SESI A231*. Pindaan tarikh menerima penginapan sesi A231 adalah pada *10-18 September 2023* melalui permohonan di *PORTAL PELAJAR* dengan klik: ACTIVITY > ACCOMMODATION > ACCOMMODATION APPLICATION STATUS Pelajar yang *GAGAL* mendaftar penginapan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu pada (10-18 September 2023) dianggap tidak berminat untuk untuk mendapatkan penginapan dalam kampus mahupun luar kampus yang telah disediakan oleh pihak universiti pada Semester A231. Oleh itu, MPP UUM ingin mengingatkan kepada pelajar untuk mengambil perhatian berkaitan maklumat terkini dan tidak terlepas tarikh-tarikh penting berkaitan penginapan yang telah dimaklumkan di dalam memo dan Group Rasmi Telegram di bawah. Pautan Telegram: https://t.me/+lLnZ6vDGoRg0YTk1 Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-66] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Un
[SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-66] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-66 dengan tema 'Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan'. Semoga pada hari yang bersejarah ini, kita sebagai rakyat Malaysia dapat mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan dan sentiasa berganding bahu memelihara tanah air tercinta. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[LIBAT URUS MPP DALAM MESYUARAT PENGINAPAN SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Eksekutif Reside
[LIBAT URUS MPP DALAM MESYUARAT PENGINAPAN SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Eksekutif Residensi & Pengangkutan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah hadir ke Mesyuarat Penginapan yang dipengerusikan oleh Naib Canselor, UUM. Agenda utama perjumpaan tersebut adalah persiapan bagi mendepani kemasukkan pelajar pada semester akan datang. MPP turut menyuarakan agar proses bagi urusan penginapan perlulah berjalan dengan lancar dan teratur bagi menjamin kesejahteraan seluruh mahasiswa UUM. Diharapkan agar perbincangan yang telah dijalankan dapat mencapai kata putus dan objektif yang ditetapkan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH PEMBAHAS TERBAIK] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH PEMBAHAS TERBAIK] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada wakil MPP UUM atas kejayaan menerima anugerah dalam Parlimen Mahasiswa Kebangsaan yang telah berlangsung di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Untuk makluman, Saudari Emina Kulasic merangkap Setiausaha Agung MPP UUM telah menerima Anugerah Pembahas Terbaik bagi Usul 4: Pengantarabangsaan. Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar UUM sentiasa kompetan dalam usaha mengangkat suara mahasiswa ke peringkat lebih tinggi. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH PEMBAHAS TERBAIK] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna.
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH PEMBAHAS TERBAIK] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada wakil MPP UUM atas kejayaan menerima anugerah dalam Parlimen Mahasiswa Kebangsaan yang telah berlangsung di Dewan Persidangan, Parlimen Malaysia. Untuk makluman, Saudara Kavines Nair selaku Naib Yang Dipertua MPP UUM telah menerima Anugerah Pembahas Terbaik bagi Usul 2: Pemerkasaan Mahasiswa. Kejayaan ini membuktikan bahawa pelajar UUM sentiasa kompetan dalam usaha mengangkat suara mahasiswa ke peringkat lebih tinggi. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[OPERASI KAFETERIA SEPANJANG CUTI SEMESTER SESI A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakila
+1
[OPERASI KAFETERIA SEPANJANG CUTI SEMESTER SESI A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin memaklumkan senarai kafeteria yang beroperasi sepanjang cuti semester sesi A222 mengikut ketetapan oleh pihak Pusat Penginapan Pelajar (SAC). Sehubungan dengan itu, pihak Majlis Perwakilan Pelajar berharap agar pemakluman ini dapat memudahkan urusan seharian mahasiswa untuk membeli makanan sepanjang cuti semester ini. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PARLIMEN MAHASISWA KEBANGSAAN 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pada 19 hingga 25 Ogos 2023 ini,
+2
[PARLIMEN MAHASISWA KEBANGSAAN 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pada 19 hingga 25 Ogos 2023 ini, berlangsungnya Parlimen Mahasiswa Kebangsaan 2023 yang bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Parlimen Malaysia. Diucapkan selamat maju jaya kepada wakil barisan MPP UUM bagi persidangan yang bakal berlangsung. Semoga segala aspirasi demi meningkatkan mutu dan kebajikan mahasiswa dapat direalisasikan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[INISIATIF MENGHANTAR PELAJAR BORNEO DAN ANTARABANGSA] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pada 20 Ogos la
[INISIATIF MENGHANTAR PELAJAR BORNEO DAN ANTARABANGSA] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pada 20 Ogos lalu, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah menyediakan perkhidmatan pengangkutan bas sebagai inisiatif membantu mahasiswa Borneo dan Antarabangsa yang memerlukan kenderaan ke lapangan terbang sempena cuti semester A222. MPP UUM sentiasa prihatin dengan kebajikan mahasiswa dan berharap agar inisiatif ini dapat membantu pelajar khususnya mereka yang tinggal jauh dan memerlukan kos yang tinggi untuk pulang ke kampung halaman bagi cuti semester kali ini. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti
[SELAMAT MENJALANI CUTI SEMESTER] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Cuti Semester kepada semua pelajar. Semoga cuti ini dipenuhi dengan perkara bermanfaat dan gunakanlah masa anda semua dengan hemat. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PROGRAM JOM ISI MINYAK PERCUMA BAGI PELAJAR UUM] Assalamualaikum, Salam Biru Warna dan Salam Malaysia Madani. Majlis Perwaki
+2
[PROGRAM JOM ISI MINYAK PERCUMA BAGI PELAJAR UUM] Assalamualaikum, Salam Biru Warna dan Salam Malaysia Madani. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) dan Persatuan Alumni UUM dengan kerjasama Bintong Travel & Tours IR-SAF ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan inisiatif ini. Program yang menyasarkan 500 buah motosikal ini telah dijalankan di Shell, Changlun dengan jayanya. Semoga inisiatif sebegini dapat membantu meringankan beban para pelajar sekaligus meningkatkan kebajikan semua mahasiswa. MPP UUM juga ingin mengingatkan agar semua mahasiswa sentiasa berhati-hati apabila ingin pulang ke kampung halaman. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023

[TUNTUTAN PEMAKLUMAN AWAL TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN UUM KE-36 DARIPADA PIHAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA] Assalamulaikum, Salam
+2
[TUNTUTAN PEMAKLUMAN AWAL TARIKH MAJLIS KONVOKESYEN UUM KE-36 DARIPADA PIHAK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[LAWATAN KERJA KE PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UUM] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan
+3
[LAWATAN KERJA KE PERPUSTAKAAN SULTANAH BAHIYAH UUM] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah menghadiri satu lawatan kerja ke Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM. Hasil daripada perbincangan, pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan seperti pembukaan semula Galeri Tun Dr. Mahathir, Student Lounge, ruang pengguna dan ruang santai telah diperluaskan. Pihak Perpustakaan akan terus komited untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan merealisasikan aspirasi PSB sebagai ‘rumah kedua’ bagi Mahasiswa UUM. Semoga dengan adanya usaha sebegini dapat memastikan kebajikan serta keselesaan semua pelajar berada di tahap yang terbaik. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[INISIATIF SARAPAN PAGI PADA MINGGU PEPERIKSAAN] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pela
+1
[INISIATIF SARAPAN PAGI PADA MINGGU PEPERIKSAAN] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah mengadakan inisiatif pemberian sarapan pagi kepada para pelajar. Semoga inisiatif yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat serta kemudahan buat mahasiswa UUM yang sedang menjalani minggu peperiksaan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa