cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

𝑩𝑰𝑪𝑨𝑹𝑨 𝑫𝑨𝑰𝑬 🕊

— 𝒍𝒖𝒂𝒉𝒂𝒏 𝑯𝒂𝒕𝒊 𝒔𝒆𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒂'𝒊𝒆 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒛𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒊𝒏𝒊 𝒅𝒂𝒍𝒂𝒎 𝒃𝒆𝒓𝒅𝒂𝒌𝒘𝒂𝒉 𝒎𝒆𝒍𝒆𝒎𝒃𝒖𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊 𝒊𝒏𝒔𝒂𝒏 . — 𝒆𝒔𝒕 2019 . — 𝒄𝒐𝒏𝒕𝒂𝒄𝒕 𝒖𝒔 𝒐𝒏 @bicaradaieofficialbot .

Больше
Рекламные посты
333
Подписчики
Нет данных24 часа
-27 дней
-430 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Ajarkan hati untuk selalu bersyukur, Kerana tidak semua orang dapat apa yang diberikan Allah kepadamu. @bicaradaie05
Показать все...
5
Buatlah kebaikan biarpun kau bukan orang yang baik. @bicaradaie05
Показать все...
2
7 TANDA ISRAEL AKAN HANCUR Sumber: Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin t.me/gsppmalaysia
Показать все...
1
Фото недоступноПоказать в Telegram
Setiap yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. Sama seperti awan, Allah tidak ciptakan ia untuk menutup birunya langit, tapi sebagai sumber teduhan dikala panas melanda hidup seharian. Samalah seperti manusia, Allah hadirkan mereka bukan semata-mata mengisi ruang kosong 'hubungan' manusia sesama manusia, tapi sudah pasti untuk tarbiah dan membimbing diri ke arah lebih baik. @bicaradaie05
Показать все...
5
Berpuasa dan Solat Tapi Munafik عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ عَلَامَاتِ الْمُنَافِقِ ثَلَاثَةٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ حَدَّثَنَا عُقْبَةُ بْنُ مُكْرَمٍ الْعَمِّيُّ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ قَيْسٍ أَبُو زُكَيْرٍ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَقَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ وَإِنْ صَامَ وَصَلَّى وَزَعَمَ أَنَّهُ مُسْلِمٌ Daripada Abu Hurairah RA dia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Di antara tanda orang munafik ada tiga: apabila dia bercakap, dia berbohong, apabila dia berjanji dia mengingkari, dan apabila dia diberi amanah, dia berkhianat." Telah menceritakan kepada kami Uqbah bin Mukram al-Ammi telah menceritakan kepada kami Yahya bin Muhammad bin Qais Abu Zuhair dia berkata, saya mendengar al-Ala' bin Abdurrahman menceritakan dengan sanad ini seraya berkata, "Tanda-tanda orang munafik ada tiga, walaupun dia berpuasa dan solat serta menuntut atau mengaku bahawa dia seorang Muslim." (HR Muslim No: 90) Status: Hadis Sahih @bicaradaie05
Показать все...
👍 2
Nampak,kan? Setiap sesuatu proses yang kita lalui mungkin membawa kepada pengakhiran yang berbeza. Tidak seperti apa yang dirancang, walaupun sebenarnya Allah telah jawab persoalan itu melalui KalamNya. . . "Kita merancang, Allah juga merancang, Dan Allah adalah sebaik-baik perancang-Nya. Kita hanya merancang dan Allah penentu segalanya". . . . Jadi tugas kita sebagai hamba, dan lazimnya sebagai penuntut ilmu, laluilah kehidupan dengan hati yang terbuka. Anggaplah semua yang berlaku kepada kita adalah yang terbaik untuk diri kita, dan insyaAllah kelak membawa kebaikan kepada orang yang kita akan bimbing di lain hari. . . Ingat pesan Allah di bawah ni baik-baik, okay? "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. . . Berdamailah dengan takdir, Allah tidak pernah salah menetapkan sesuatu untuk hamba dia kan? Kita sahaja manusia yang silap menafsir bentuk cinta yang Allah berikan pada kita. . . Akhirul Kalam, semoga Allah sentiasa menjaga kita, walau dimanapun kita berada, walau apapun pekerjaan kita. Moga apa yang Allah berikan pada kita, selaras dengan apa yang sudah sekian lama termaktub dalam hati kita. 😇🤍🤍 Hanya Kerana Allah. @bicaradaie05
Показать все...
👍 2
🍀Setiap sesuatu yang kita usahakan, apa yang kita pelajari, apa yang kita lalui, belum tentu akan membawa kepada hasrat dan impian yang ingin kita kecapi. Mungkin perjalanan yang Allah gerakkan untuk kita harini, sebenarnya pembuka jalan untuk tempat yang lain. . . Guru saya sendiri, melalui penulisan yang dia tunjukkan, dia mengambil SPM kelas perdagangan, Diploma Perbankan, Sarjana Muda Kewangan, pada akhirnya menjadi seorang guru Bahasa Inggeris dan sempat melatih saya dalam aktiviti badan beruniform.
Показать все...
عن أبى موسى رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم، مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَيَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ Dari Abu Musa r.a. berkata bahwa Rasulullah saw bersabda, “Perumpamaan orang yang berdzikir kepada Rabbnya dengan orang yang tidak berdzikir kepada Rabbnya, adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi) . setiap orang mencintai kehidupannya dan setiap prang juga takut akan mati. Rasulullah bersabda, sesiapa yang tidak mengingati Allah walaupun dia hidup, namun keadaanya seumpama orang yang telah mati, kehidupannya sia-sia. . sesetengah ulama berkata bahawa hadis tersebut adalah untuk menerangkan keadaan hati. sesiapa yang berzikir kepada Allah, hatinya hidup, manakala orang yang tidak berzikir hatinya mati. . sebahagian ulama yang lain pula mengatakan bahawa perbandingan ini adalah dari segi manfaat dan bahaya yakni sesiapa yang menyakiti orang yang berzikir adalah seumpama seseorang yang menyakiti orang yang hidup, maka dia pasti akan dibalas dan dia akan menerima akibat daripada perbuatannya itu. sesiapa yang menyakiti orang yang tidak berzikir adalah seumpama seseorang yang menyakiti orang yang mati yakni orang yang sudah mati tidak boleh bertindak terhadap orang yang menyakitinya itu. . ama tasawwuf pula mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan 'hidup' dalam hadis di atas ialah kehidupan yang kekal abadi yakni orang yang banyak berzikir dengan ikhlas tidak akan mati. Bahkan setelah dia meninggal dunia pun, dia mash juga dikira sebagai seorang yang hidup. Seperti yang disebulkan dalam al-quran mengenai orang yang mati syahid, "bahkan mereka itu hidup di sisi tuhannya." (ali- 'Imran: 169) begitulah juga orang yang banyak berzikir dengan ikhlas pun akan mendapat suatu kehidupan yang khas (selepas dia mati). . hakim tirmizi berkata bahawa zikrullah membasahkan dan melembutkan hati. apabila hati lalai daripada mengingati allah maka akibat kepanasan nafsu dan api syahwat hati mulai kering lalu menjadi keras dan anggota-anggota lain juga turut menjadi keras, terhenti daripada mentaati dan mematuhi perintah perintah allah. . Jika anggota itu ditarik maka pasti akan terpatah seperti kayu yang kering tidak akan bengkok jika hendak dibengkokkan. Hanya boleh dipotong dan diguna untuk membakar saja." . . . @bicaradaie05
Показать все...
1
Macam mana dengan solat seharian kita? Cukupkah lima waktu sehari semalam? Macam mana pula dengan Al-quran kita? Adakah ia tersimpan di almari berhabuk dan terbiar begitu saja? Macam mana dengan zikir dan doa serta munajat kita kepada Allah? Adakah dibuat sambalewa atau bermalas-malasan? Pada hakikatnya, semua yang demikian adalah satu langkah ulung yang diterapkan oleh pejuang Melayu dalam mencapai kemerdekaan, dimana mereka menjadikan agama sebagai teras kekuatan dan akademik pengetahuan sebagai tunjang kemajuan. Semoga Allah menjaga kemerdekaan negara kita sehingga ke generasi yang akan datang. . . . Dan semoga Allah menjaga merdekanya kita sebagai seorang muslim, untuk senantiasa taat kepadaNya bagi meraih kebahagiaan di dunia, juga akhirat sana. @bicaradaie05
Показать все...
Tidak lain tidak bukan merdekanya seorang muslim bukan sahaja bebas daripada cengkaman kuasa asing, tapi turut menjulang daulatnya iman dan taqwa kepada Yang Memberi kemerdekaan itu sendiri. Mari kita renungkan, adakah perjuangan pendekar Melayu terdahulu seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato Bahaman, Dol said, Tok Kenali dan yang lain-lain hanya untuk disia-siakan oleh anak muda kini yang lalai dengan didikan agama dan akademik seharian?
Показать все...