cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

INFO MPP UiTM PERAK 23/24

Segala informasi akan disalurkan di sini buat semua pelajar UiTM Cawangan Perak. Para pelajar digalakkan untuk mengikuti kami di platform media sosial yang lain melalui pautan berikut: -

Больше
Рекламные посты
10 183
Подписчики
-124 часа
-157 дней
-9330 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2023/2024 [INFO AKADEMIK] PERKARA: PEMAKLUMAN  BERKAITAN CUTI UMUM BAGI UiTM CAWANGAN PERAK Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨ 📌 Merujuk perkara di atas, Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah pada 3 Jun 2024. Sehubungan itu, UiTM Cawangan Perak akan bercuti pada 3 Jun 2024 (Isnin). 📌 Dimaklumkan bahawa, UiTM Cawangan Perak akan bercuti pada 17 Jun 2024 (Isnin) sempena Hari Raya Haji. Para pelajar juga diingatkan bahawa sesi perkuliahan akan bermula pada 18 Jun 2024 (Selasa). 📌 Oleh itu, diharapkan agar semua mahasiswa cakna akan pemakluman yang disampaikan dari masa ke masa. 📌 Sebarang pertanyaan, sila hubungi:- 📞 MPP Arinah - wasap.my/60132326780 (Kampus Tapah) 📞 TMPP Fatasya - wasap.my/60139403145 (Kampus Seri Iskandar) Sekian, terima kasih. "MAHASISWA HOLISTIK PENERAJU TRANSFORMASI PARADIGMA" Dikeluarkan oleh: Exco Skolastik dan Keusahawanan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 [Tarikh: 3 Jun 2024]
Показать все...
Share on WhatsApp

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

Фото недоступноПоказать в Telegram
Фото недоступноПоказать в Telegram
✨DIRGAHAYU TUANKU ✨ | ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG | ISNIN | 3 JUN 2024 Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨ 🔹Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII, pada 3 Jun 2023 bersamaan 26 Zulkaedah 1445 Hijrah. 🔹Semoga Allah SWT memberkati segala pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku. Sekian, terima kasih. "𝙈𝘼𝙃𝘼𝙎𝙄𝙎𝙒𝘼 𝙃𝙊𝙇𝙄𝙎𝙏𝙄𝙆 𝙋𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙅𝙐 𝙏𝙍𝘼𝙉𝙎𝙁𝙊𝙍𝙈𝘼𝙎𝙄 𝙋𝘼𝙍𝘼𝘿𝙄𝙂𝙈𝘼" Ikhlas Daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024
Показать все...
| MINGGU LATIHAN KEBANGSAAN (NTW) | SABTU | 1 JUN 2024 Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨️ 📌 Sukacita pihak HRD Crop ingin mengadakan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) yang menawarkan sehingga 25,000 kursus latihan PERCUMA dalam kemahiran hidup, kesiapan masa depan, kreativiti, literasi kewangan dan pembangunan mampan. 🗓️ Tarikh: 24-30 Jun 2024 📌 Jangan lepaskan peluang anda untuk daftar kursus latihan percuma hari ini di pautan dibawah:- 🔗: https://www.nationaltrainingweek.gov.my 📌 Luaskan potensi anda dengan peluang pembelajaran tanpa had di seluruh negara. Sekian, terima kasih. "𝙈𝘼𝙃𝘼𝙎𝙄𝙎𝙒𝘼 𝙃𝙊𝙇𝙄𝙎𝙏𝙄𝙆 𝙋𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙅𝙐 𝙏𝙍𝘼𝙉𝙎𝙁𝙊𝙍𝙈𝘼𝙎𝙄 𝙋𝘼𝙍𝘼𝘿𝙄𝙂𝙈𝘼" Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 #UiTMDiHatiku
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
| PEMAKLUMAN BANTUAN PRIHATIN PAHANG (BPP) KLUSTER SISWA | AHAD | 2 JUN 2024 Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨ Merujuk perkara di atas, Majlis Mahasiswa Anak Pahang Universiti Teknologi Mara (MAMPAN UiTM) ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Pahang telah membuka permohonan BPP Kluster Siswa bagi tahun 2024 untuk anak Pahang yang sedang menuntut pengajian di Institusi Pengajian Tinggi dengan kadar sebanyak RM 400 📌 Berikut merupakan syarat kelayakan penerima BPP Siswa tahun 2024:- ✅ Anak Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS yang berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Pahang. ✅ Penerima merupakan pemilih yang berdaftar di Negeri Pahang. ✅ Penerima sedang melanjutkan pelajaran pada Tahun 2 dan ke atas di peringkat Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, dan PHD secara SEPENUH MASA. 📌 Semakan kelayakan penerima BPP Siswa tahun 2024 boleh dilakukan menerusi pautan berikut:- 🔗: https://esiswa.pahang.gov.my/ 📌 Semua pelajar anak Pahang di UiTM diminta untuk menyertai group Telegram menerusi pautan berikut untuk bertanyakan sebarang pertanyaan dan informasi yang lanjut:- 🔗: https://t.me/+S7kHFIiJbFdmNGU1 📌 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:- ☎ Unit Perancangan Operasi dan Data Straregik Negeri Pahang (UPODS) - 095133435 Sekian, terima kasih. MAHASISWA HOLISTIK PENERAJU TRANSFORMASI PARADIGMA” Yang menjalankan amanah, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 #UiTMDiHatiku
Показать все...
🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2023/2024 [INFO HEBAHAN] PERKARA: PENUTUPAN SEMENTARA AKSES RANGKAIAN DAN WI-FI DI UiTM CAWANGAN PERAK, KAMPUS SERI ISKANDAR Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨ Perhatian kepada semua pelajar, bagi memberikan ruang kepada kerja-kerja penyelenggaran, talian rangkaian (Internet) dan Wi-Fi akan ditutup sepenuhnya pada:- Tarikh: 2 Jun 2024 (Ahad) Masa: 7.30 pagi - selesai Segala pemakluman akan dimaklumkan segera. Sekian, terima kasih. ”MAHASISWA HOLISTIK PENERAJU TRANSFORMASI PARADIGMA” Dikeluarkan oleh: Exco Kebajikan dan Khidmat Siswa Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 [Tarikh: 1 Jun 2024]
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
| SELAMAT HARI GAWAI | SABTU | 1 JUN 2024 Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨️ 🔹️ Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 bersama warga UiTM Cawangan Perak ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Gawai kepada rakyat di Borneo Sarawak. 🔹️ Hari Gawai disambut pada 1 Jun setiap tahun sebagai tanda musim baharu penanaman padi yang membawa nafas baharu dan memohon keberkatan untuk musim tanam yang akan datang oleh masyarakat Dayak di Sarawak. 🔹️ Semoga Hari Gawai kali ini membawa kemakmuran, kesejahteraan dan kedamaian serta kebahagiaan kepada semua yang menyambutnya. "Gayu Guru Gerai Nyamai" Sekian, terima kasih. "𝙈𝘼𝙃𝘼𝙎𝙄𝙎𝙒𝘼 𝙃𝙊𝙇𝙄𝙎𝙏𝙄𝙆 𝙋𝙀𝙉𝙀𝙍𝘼𝙅𝙐 𝙏𝙍𝘼𝙉𝙎𝙁𝙊𝙍𝙈𝘼𝙎𝙄 𝙋𝘼𝙍𝘼𝘿𝙄𝙂𝙈𝘼" Ikhlas Daripada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024
Показать все...
🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗🎗 MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN PERAK SESI 2023/2024 [INFO MPP CARE] PERKARA: ADUAN KEPADA DELEGASI EXCO KEBAJIKAN Assalamualaikum dan Salam UiTM di Hatiku ✨ Jika pelajar mempunyai sebarang aduan berkenaan makanan tercemar, fasiliti kampus yang membahayakan diri, pelajar boleh membuat aduan kepada:- 📞 MPP Jannah - https://wasap.my/60174284502 (Kampus Tapah) 📞 TMPP Balqis - https://wasap.my/60142724984 (Kampus Tapah) 📞 TMPP Iqbal - https://wasap.my/60172278205 (Kampus Seri Iskandar) 📌 Bagi aduan yang diadukan, pelajar perlu sertakan bukti seperti berikut:- ✅ Video ✅ Gambar ✅ Lain- lain bukti yang dapat menyokong aduan tersebut Sekian, terima kasih. ”MAHASISWA HOLISTIK PENERAJU TRANSFORMASI PARADIGMA” Dikeluarkan oleh: Exco Kebajikan dan Khidmat Siswa Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Perak Sesi 2023/2024 [Tarikh: 31 Mei 2024]
Показать все...