cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

TEEN STUDY TIPS📚✨

KSSM STUDY TIPS&HACKS📖📚 |TO ALL STUDENTS ✅ Don't forget to join our channel and share the tips with your friends, okay!!👌😁 Hi! Thank you to everyone who is willing to join our channel😊💞 #studyleads #teenlist #lifediary

Больше
Страна не указанаЯзык не указанКатегория не указана
Рекламные посты
275
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Edisi Distingtif Cakna Bahasa 50 kesalahan bahasa: 1. atas talian❌ dalam talian✅ 2. di dalam lingkungan❌ dalam lingkungan✅ 3. dipermudahkan urusan❌ dipermudah urusan✅ 4. pelbagai multimedia❌ multimedia✅ 5. semua orang murid❌ semua murid✅ 6. setiap orang guru❌ setiap guru✅ 7. beberapa langkah-langkah❌ beberapa langkah✅ 8. antara usaha-usaha❌ antara usaha✅ 9. kos perbelanjaan pembersihan❌ kos/perbelanjaan pembersihan✅ 10. oleh kerana❌ oleh sebab✅ 11. memperolehi kejayaan❌ memperoleh kejayaan✅ 12. memperkasa bahasa Melayu❌ memperkasakan bahasa Melayu✅ 13. mereka baca❌ dibaca oleh mereka✅ 14. kami terpaksa lalui❌ terpaksa kami lalui✅ 15. disusun oleh kami❌ kami susun✅ 16. selekoh merbahaya❌ selekoh berbahaya✅ 17. membancuhkan kopi❌ membancuh kopi✅ 18. menggoreng ayah❌ menggorengkan ayah✅ 19. membuat bising❌ berbuat bising✅ 20. ada dengan ibu❌ ada pada ibu✅ 21. akibat daripada amalan merokok❌ akibat/daripada amalan merokok✅ 22. salah satu punca❌ satu punca✅ 23. berbondong orang❌ berbondong-bondong orang✅ 24. lebih tinggi dari adik❌ lebih tinggi daripada adik✅ 25. tertinggi sekali❌ tertinggi/tinggi sekali✅ 26. paling cantik sekali❌ paling cantik/cantik sekali✅ 27. teramat segak sekali❌ teramat segak/segak sekali✅ 28. seekor labah❌ seekor labah-labah✅ 29. setengah penghuni❌ sesetengah penghuni✅ 30. tolong jangan berlari❌ jangan berlari✅ 31. minta jangan merokok❌ jangan merokok✅ 32. sila jemput ke rumah saya❌ sila/jemput ke rumah saya✅ 33. balik kampung pada hujung minggu❌ balik ke kampung pada hujung minggu✅ 34. menyatakan yang ibunya sakit❌ menyatakan bahawa ibunya sakit✅ 35. saling bahu-membahu❌ saling membahu/bahu-membahu✅ 36. amat terang-benderang❌ amat terang/terang-benderang✅ 37. amat cantik-cantik belaka❌ amat cantik/cantik-cantik belaka✅ 38. harap minta hantar buku itu❌ harap/minta hantar buku itu✅ 39. harap tolong jaga kebersihan❌ harap/tolong jaga kebersihan✅ 40. sila tolong senyap❌ sila/tolong senyap✅ 41. alat tulis-alat tulis❌ alat-alat tulis✅ 42. jangan memetik bunga❌ jangan petik bunga✅ 43. jangan lari di kawasan itu❌ jangan berlari di kawasan itu✅ 44. di kalangan guru❌ dalam kalangan guru✅ 45. dalam kalangan murid-murid❌ dalam kalangan murid✅ 46. hingga ke senja❌ hingga senja✅ 47. selain daripada itu❌ selain itu/lain daripada itu✅ 48. usah jangan bimbang❌ usah/jangan bimbang✅ 49. usah jangan merokok❌ jangan merokok/dilarang merokok✅ 50. lain-lain aspek❌ aspek-aspek lain✅ SEMOGA BERMANFAAT
Показать все...
🚀 5 Cara untuk Menambahbaik Nilai dalam Diri Sendiri @studyroom777 🥀 Selalu berjumpa dengan orang baru dan belajarlah sesuatu dengan orang tersebut . 🥀 Baca buku inspirasi dan motivasi yang boleh membantu menaikkan semangat dalam diri sendiri . Selain itu , ianya boleh meningkatkan nilai ilmu dalan diri kita juga . 🥀 Terima kelebihan dan kekurangan yang kita ada . Syukuri apa yang kita ada dan manfaatkan sebaiknya kelebihan yang kita ada . 🥀 Belajar dan terus belajar . Carilah guru dan mentor yang boleh menegur serta memperbaiki kesalahan yang telah kita lakukan . 🥀 Jaga hubungan dengan orang sekeliling . Siapa ? Ibu ayah , adik - beradik , ahli keluarga , kawan baik dan sebagainya kerana merekalah sumber kekuatan untuk kita terus melangkah ke hadapan . 🥀 Dapatkan rehat dan tidur cukup supaya badan kita sentiasa cergas dan bersemangat . Amalkan doa ini , " Ya Allah , berikan aku tidur yang sedikit dengan rehat yang cukup . " 🥀 Lakukan sekarang dan buat tindakan ! Saya boleh kongsikan lebih daripada 10 cara untuk improve diri sendiri , namun adakah kita ambil tindakan ? Fikirkan ! @studyroom777
Показать все...
🔥 Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 4 )🔥 @studyroom777 🪴 Merancang persiapan peperiksaan 🥀 Sebelum peperiksaan 🪄 Khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini , kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan . 🪄 Selain di sekolah dan rumah , anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada , tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini . Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari . 🪄 Kesihatan diri jangan diabaikan . Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan , janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum . Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit . 🪄 Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah . 🪄 Lupakan dulu perkara - perkara lain yang anda minat , sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran . Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup . Jangan lepaskan peluang keemasan itu. 🪄 Pengambilan makanan , seharusnya ia seimbang . Makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda . 🪄 Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan , anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan , antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B , pemadam dan penajam pensel , jika tidak sediakan beberapa batang pensel . Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan . 🪄 Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan kerana ia akan berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah . @studyroom777
Показать все...
Показать все...

Video Online Keluarga Anda

🔥 Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 5 )🔥 @studyroom777 🪴 Meminta restu 🪄 Mintalah restu dengan ibu bapa , guru - guru , rakan - rakan serta semua orang termasuklah semua orang . Mereka - mereka inilah yang menyumbang kepada pembelajaran dan membina kehidupan anda secara langsung ataupun tidak langsung . Dengan restu dan doa mereka Insya - Allah segala - galanya akan berjalan lancar . 🪴 Berdoa dan bertawakal 🥀 Sering kali kita was - was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan . Dalam hal peperiksaan , anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi . Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri , malah mencapai kejayaan . Sumber : Portal Gurubesar @studyroom777
Показать все...
🍃 Orang akan mudah terinspirasi bila ada ' proven result ' iaitu hasil keputusan , bila ditunjukkan dan diceritakan oleh mereka yang telah berjaya serta melaluinya . Kerana itu , untuk terus bermotivasi tinggi dalam akademik , para pelajar perlukan S . T . A . R . Amalkan ! 🪵 S - semangat • keinginan dan kemahuan untuk berjaya . 🪵 T - tindakan • setiap perkara itu perlukan tindakan , dengan tindakan kita akan dapat hasilnya . 🪵 A - akhlak • iaitu sikap yang baik dan positif sama ada ketika bercakap , berfikir mahupun bertindak . 🪵 R - rujukan • nak berjaya , wajib ada mentor dan guru yang betul . Merekalah yang akan guide kita kepada kejayaan . @studyroom777
Показать все...
🍃 Setiap hari merupakan hari untuk kita menambahbaik dan memperbaiki ilmu serta diri sendiri untuk mendapat kecemerlangan di dunia dan diakhirat . Amalkan ! 🪵 I - istiqamah • sentiasa istiqamah iaitu berterusan dalam membantu diri sendiri dengan menuntut ilmu . 🪵 L - latih • buat latihan untuk menajamkan kefahaman dan pengetahuan kita tentang sesuatu perkara tersebut . 🪵 M - menyampaikan • menyampaikan dan berkongsi ilmu kepada orang lain . 🪵 U - ulang kaji pengetahuan • learn , relearn dan unlearn ilmu tersebut supaya kita boleh menjadi mahir serta pakar . @studyroom777
Показать все...
🔥 Tip disediakan buat pelajar sebagai panduan untuk mereka membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan dan meraih keputusan yang cemerlang ( PART 3 )🔥 @studyroom777 🪴 Banyak mengingat dan membuat kajian 🥀 Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan . Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat , antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran atau menggunakan akronim . Apa - apa pun cara digunakan , terpulang kepada anda , asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan . 🪴 Kesan makanan ringan ke atas otak 🥀 Anda mungkin memerlukan kudapan ketika mengulang kaji . Harus diingat apa yang anda makan boleh memberi kesan kepada tahap tenaga dan fokus anda , jadi jauhkan diri dari makanan ringan . Jaga badan dan otak anda dengan baik dengan memilih makanan berkhasiat yang dapat membantu fokus dan daya ingatan anda seperti ikan , kacang , yogurt dan blueberry . 🪴 Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan 🥀 Menjelang peperiksaan , pelbagai dugaan mungkin dihadapi . Oleh itu , anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan . Selepas menunaikan solat lima waktu , berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan . 🪴 Ambil rehat teratur dan secukupnya 🦒 Sekiranya anda belajar lebih baik pada waktu pagi , mulailah lebih awal sebelum berehat pada waktu makan tengah hari . 🦒 Jika anda lebih produktif pada waktu malam , ambil rehat yang secukupnya pada sebelah petang . 🥀 Walaupun anda mungkin berfikir yang terbaik untuk adalah belajar untuk seberapa banyak jam yang mungkin , ini sebenarnya boleh menjadi tidak produktif . Jika anda berlatih untuk maraton , anda tidak akan cuba untuk menjalani latihan 24 jam sehari . Begitu juga , kajian menunjukkan bahawa untuk mengekalkan pengetahuan jangka panjang , seseorang itu perlu mengambil rehat secara teratur dan ianya sangat membantu . Semua orang berbeza , jadi buatlah satu rutin pembelajaran yang berfungsi dan sesuai dengan anda . @studyroom777
Показать все...
Tips study last minute 📍 @studyroom777 𓈃 ִֶָ CARI INFO YANG PENTING 𓈃 ִֶָ LIHAT BALIK NOTA 𓈃 ִֶָ BACA TOPIK YANG PENTING 𓈃 ִֶָ SEMAK ‘KEY POINTS’ 𓈃 ִֶָ ‘REVIEW’ SEPINTAS LALU 𓈃 ִֶָ TIPS BELAJAR MENGHAFAL 𖥻 Mnemonic device 𔓐 cara yang termudah untuk menghafal di mana ia mengguna kaedah singkatan huruf atau acronym seperti ROYGBIV untuk warna - warna pelangi dalam bahasa Inggeris. 𖥻 Pegs 𔓐 iaitu menukar perkataan yang perlu diingati dalam bentuk irama dan lagu. Kaedah menghafal juga mudah dengan cara ini. 𖥻 Chunking 𔓐 susun info dalam satu kategori. Misalnya dalam subjek Kewangan, ia meliputi stok, bon, fund dan sebagainya. Jadi bila berdepan dengan soalan Kewangan, anda akan ingat senarai di bawah kategori itu.
Показать все...