cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Lima Aksara

Lima aksara; tinta-tinta terhala makna. Sebagai medan semadi rasa karya aksara jiwa. Nukilan, AnggunDelaila. 19 ᴊᴜɴ 2019 | Sabah. T.me/LimaAksara Instagram.com/limaaksara_

Больше
Малайзия31 738Не указан языкКниги11 992
Рекламные сообщения
1 269Подписчики
Нет данных24 часа
-57 дней
-3030 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Selamat hari raya aidilfitri daripada kami keluarga @limaaksara Huluran maaf daripada pihak kami andai ada tersilap patah, ataupun menyinggung mana-mana jiwa pembaca. Bulan mulia; kami seikhlas hati memohon ampun zahir dan batin ;)) T.me/limaaksara
Показать все...
💘 8
Kadangkala, ada rindu yang perlu dilawan. Agar jiwa tidak kembali mengulang. Kerana juga aku lelah, berperang dengan perasaan. - malam. T.me/limaaksara
Показать все...
🥰 8 1
Tulislah, tulislah dengan segala alatan pujangga supaya dari peristiwanya akan tumbuh kebesaran dan dari sejarah akan tumbuh pohon kebenaran. - Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Selamat menyambut hari Puisi sedunia. T.me/Limaaksara
Показать все...
👍 7 3🏆 1
Salam Ramadan kepada semua warga lima aksara. T.me/limaaksara
Показать все...
🥰 6
Kawah rindu masih hangat walaupun sunyi Seperti mentari yang datang di waktu pagi Meskipun rindu sudah tidak dipeduli Tetap saja ada cinta hingga ke mati Menunggu khabar tak datang lagi Senja yang indah kembali berdarah dalam puisi Mimpi-mimpi membawa ku merasai Dinginnya gunung tanpanya salji Segala resah semakin menjadi Dijamu pula dengan kiasan hati Tidak mengapa wahai bidadari Ku tahu kamu masih ada di sini. -senjamu 1501 | telegram coffee, Perth
Показать все...
13👍 1🎃 1
Apa benar langgam bahasa berubah saat ketenangan jiwa direnggas pantas? Atau laras bahasa melangkaui garis akhir kasta lama kerana itu? Apa mungkin kita menulis kerana tiada lagi cara suara bisa menyampaikan? Atau aksara biasa sedia menari dengan maknawi terus ke hati selama ini? Apa soalan yang ditanyakan untuk menagih jawapan? Atau saban ternanti jawapan berbeza dengan berlapik andai? Bergunung takkan habis, semua harus aku pelajari. Andai bisa aku menyeri dunia dengan jawapan, tetap bukan aku dalam objektif. Mengerti, andang-andang tidak dipandang-pandang. Nukilan, Malam. 01012024 | Rumah t.me/limaaksara
Показать все...
👏 6
Kenapa ego untuk mengakui hati yang masih saling mencintai? Kenapa berterusan melukai sedangkan bahagia boleh dimiliki? Dulu mungkin aku tak memahami. Tapi kerna kehilangan peluang tersebut barulah aku mengerti. Yang erti mencintai itu bukan enteng semata. - maples t.me/limaaksara
Показать все...
👍 3 2
Andainya masih ada cinta; aku sanggup melutut merayu demi sebuah kemaafan, mengharapkan peluang kedua. - Bintang Malam T.me/Limaaksara
Показать все...
4
Masihkah ada cinta antara kita? T.me/limaaksara
Показать все...
5
Показать все...
👍 6