Hann's Lavenders 💜
Закрытый канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Больше1 049
Подписчики
-124 часа
-27 дней
-930 день
Архив постов
1 049
Pukul 12 nnti, saya akan open form To You tu secara public dkt instagram sebagai cara saya nak celebrate birthday saya dgn pembaca saya.
So, apa beza ebook korang dkt sini dgn ebook dorang?
Ebook korang ada nama khas. Tapi dorang tak ada. Itu bezanya.
Jadi yang dalam ni tak perlu pun claim dkt ig. Just claim dkt link yang saya dah sediakan dekat sini okay!
1 049
10 june, happy birthday hana hanisah✨
Tahun ni tahun ketiga saya menua tanpa abah. Setiap kali birthday, rasa sebak gaklah. Tapi satu hal yang sentiasa saya syukurkan, saya masih ada umi. Walau kadang tu gaduh jugak sebab masing2 penat kerja, penat emosi, saya tetap sayang umi dunia akhirat. Tak ada siapa boleh ganti tempat umi yang hebat, yang banyak berkorban jiwa tenaga selepas abah tak ada.
Lepas masuk universiti, abah sempat dapat tengok result saya dekan sekali je. Saya sedih gila-gila bila fikir pasal tu sebab saya tahu saya banyak susahkan abah masa maktab dulu. Abah tak pernah dtg maktab sbb saya dapat anugerah belajar tapi abah selalu dtg maktab sbb result saya yang corot.
I still remember kehangatan abah usap kepala saya masa saya dapat dekan for the first time dkt universiti tu. Muka abah legit bangga gila dengan saya. Tapi dah takdir sekali tu je Allah bagi saya peluang untuk tengok senyuman bangga abah sbb saya dapat dekan ;)
Saya sedih tapi saya tak menyesal. Sekurang2nya, saya sempat buat abah bangga dengan saya sebelum abah pergi mengejut.
Doa saya sejak abah pergi, semoga Allah beri keizinan untuk saya bawa umi naik atas pentas bila saya grad degree nanti. Saya nak berdiri depan semua orang sebagai pelajar terbaik dan tunjukkan dekat dunia yang ini umi saya, umi yang dah lahirkan saya, umi yang dah besarkan saya, umi yang dah berkorban segalanya untuk keluarga. Saya nak umi ada dengan saya sampai bila-bila 🤍
Kata orang, senyum manis seseorang kerana dia pernah melalui pahitnya kehidupan.
Hakikatnya, tak ada yang lebih sakit berbanding kehilangan.
Hari ini, diri ini masih mampu tersenyum. Biarpun Tuhan tetapkan orang yang dia sayang 'pergi menanti' tanpa sebarang teka-teki.
Tapi Tuhan itu Maha Baik. Orang yang benar-benar berbakti masih ada di sisi.
Buat umi yang masih ada di sisi dan abah yang sudah 'pergi menanti', hari ini, puteri sulung kalian semakin bertambah usianya. Semoga Tuhan sentiasa ada bersama. 💜🤍
1 049
Esok last day nak claim To You! Yang mana belum isi form, boleh isi sebelum pukul 12 malam esok✨
1 049
WKKWKWKWKWKWK jangan cemburu. Harini rezeki mereka, mana tau nnti ada rezeki awak pulak kan? Hehehehe! 😚
1 049
Jeng jeng jeng!
Kalau nak tahu, sila chat HAHAHAHAH! Ramai dah yang chat saya dan alhamdulillah mereka suka!
Haaaa curious tak? Ni khas untuk batch 05 je tauu😚🫶
1 049
Pape pun, selamat menikmati mati kepada diri sendiri yang ada 6 manuskrip yang kena kejar sebelum bulan 10😭😭😭
Yang last tu bulan 1 deadline. Doakan saya panjang umur supaya saya dapat lunaskan segala hutang saya dekat pembaca.
1 049
Lepas tu, saya sambung diploma kaunseling dalam bidang kaunseling. Saya dapat matrik tapi saya tak pergi sbb jiwa saya mmg ada dgn kaunseling.
Masuk diploma, Allah kasi saya hadiah yg saya tak pernah sangka. Saya dekan setiap semester, saya pernah dapat pointer 4 flat. Semua yg saya nak rasa masa sekolah tu, Allah kasi masa diploma dan dengan izin dan ketentuan Allah, saya harap Allah izinkan saya merasa semua tu sampailah saya habis ijazah.
Kunci utamanya, selalu bersangka baik pada Allah. Sangka baik dekat takdir dan rezeki kita yang ada pada pencipta kita, pada Dia yang Maha Baik.
Awak gagal hari ini? Tak apa. Tu tandanya Allah tengah 'balut' hadiah awak dengan bungkusan yang paling cantik.
Awak berjaya hari ini? Tahniah. Tu tandanya Allah kabulkan doa yang paling awak minta selama ini.
Selalulah sangka baik dengan Allah.
Selalulah langitkan permintaan kepada Allah.
Selalulah raikan setiap perasaan yang kita rasa sbb semua itu benar.
Selalulah percaya yang cerita kita akan jauh lebih sempurna berbanding apa yang kita harapkan sebab yang mengarang cerita hidup kita ini, Dia yang Maha Mengetahui dan Maha Penyayang.
Keputusan hari ini, jadikan pengajaran untuk kamu melangkah lebih kuat. Gagal sekarang, tak bermakna masa depan awak hancur. Akan ada jalan yang Allah sediakan kalau awak sungguh2 nak ubah nasib awak.
Saya betul2 harap kegembiraan dan kekecewaan hari ini membina semangat yang hebat dalam diri kalian semua, termasuk saya sendiri yang menaip panjang lebar ni.
Heads up, everyone! Inilah hidup, ada jatuh bangun.
Ingat rasa sakit ketika jatuh untuk kita sentiasa berhati-hati ketika mahu melangkah untuk bangun.
1 049
Saya belajar dkt sekolah asrama penuh. Sekolah yang dikatakan hebat. Sekolah yang katanya ramai lahir anak2 pintar, khas buat anak2 pintar.
Saya tak nafikan, semua tu betul sbb kawan2 saya pun mmg ramai yang cerdik2 belaka. Tapi, tak berlaku untuk saya.
Hakikatnya, Allah saja tahu betapa bodohnya saya sepanjang belajar dekat situ. Dari form 1 sampai form 5, nama saya untuk result exam selalu dkt kertas terakhir, 10 paling bawah. Itu ranking saya sepanjang 5 tahun. Kadang tu dah belajar bagai nak rak tapi result gitu jugak🥲
Masa exam math selaras 1 form 5, semua org result menaik termasuk kawan saya yg sama2 fail dgn saya sepanjang 4 tahun sebelum tu. Dia dapat A- ke B. Gitulah. Dia happy gila datang kelas saya kata dia dapat tinggi tu. I'm happy for her!
Tapi result saya time tu D. Saya sorang je dapat D dalam kelas. Betapa sedihnya aku di saat result org lain semua menaik, aku seketul je D🥲 pedih bila ingat balik sbb i still remember dgn nyata mcm mana cikgu math saya pandang saya dan geleng kepala dgn markah saya. Saya rasa bersalah gila sbb cikgu math saya sangat2 baik dgn saya.
Result trial MARA saya sangat 👎👎👎👎👎👎👎👎👎 Ha 9 aku bagi melambangkan betapa bebalnya aku dulu😌 Masa tu rasa cam nak mati pun ye. Sedihnya, Tuhan je tahu. Saya start rasa saya ni bodoh pekat gila. Kopi O pun kalah dengan kepekatan bodoh aku ni🥲
Seminggu gakla saya ambik masa untuk diri sendiri. Seminggu tu saya diam, tak baca buku langsung, cikgu suruh buat latihan pun tak buat. Masa tu dah rasa cam "Ya Allah, aku ni memang ditakdirkan bodoh macam ni ke?"
Sampailah satu hari, saya tengok kawan baik saya study. Dia bukan gifted. Dia manusia yang kena usaha keras untuk dapatkan apa yang dia nak. Masa tu, saya sedar yg kejayaan takkan datang dgn sendiri.
Baca balik ayat last tu.
Kejayaan. Takkan. Datang. Dengan. Sendiri.
Start situ, saya mula belajar dgn kawan2. Selama ni, saya selesa belajar sendiri tanpa kawan. Salah betul semua tu saya tak tahu sbb saya belajar sendiri. Lepas trial, saya berkepit dgn kawan saya yang cerdik dgn usaha dia tu. Saya tanya sekecil2 perkara dkt dia sbb saya mmg bodoh.
Bayangkan nak beza atom dgn ion pun tak tahu masa form 5 sedangkan saya belajar chemistry dri form 3. Bayangkan saya tak reti nak alih equation math yang sepatutnya kena mahir sejak form 1. Alhamdulillah, rezeki saya dapat sahabat yang sangat sangat sangat baik. Allah pandaikan saya melalui dia.
Pernah sekali tu nak exam SPM chemistry, saya belajar dgn dia berdua. Masa tu ada gap 2 minggu kot. Ke seminggu gitu. Masa saya baca buku nota dia yang mmg padat dgn ringkasan chemistry, saya menangis. Menangis sebab saya tak paham langsung apa yg buku tu tulis. Saya tak paham. Saya menangis sebab saya rasa terlalu bodoh.
Menangis sebab rasa diri terlalu bodoh ni, pedih dan peritnya dahsyat. Sangat dahsyat.
Sepanjang menuju SPM, saya tekad dalam diri yang takat ni saja saya jumpa sains dan math. Saya TAK NAK belajar tentang math dan sains lagi.
Saya nak jadi kaunselor.
Saya nak jadi kaunselor.
Saya nak jadi kaunselor.
Itu yg ada dalam kepala saya.
Lepas jawab semua paper SPM, saya lega sbb saya tak perlu hadap dah semua tu nnti. SAYA TAKNAK HADAP. Itu yg sebenarnya.
Sepanjang menuju SPM dan time SPM tu, saya amalkan surah al-waqiah sebelum study. Lepas baca surah tu, saya minta Allah mudahkan urusan belajar, urusan saya nak menuntut ilmu. Saya berdoa yg saya tak nak apa2 melainkan keputusan yang setimpal dengan usaha saya, yang setimpal dgn usaha dua bulan lebih saya tu.
Alhamdulillah, Allah dengar doa saya. Allah kabulkan permintaan saya. Subjek pertama sampai kelima, saga dapat A. Subjek sains dan addmath, saya credit. Saya tak pernah lulus Addmath ye. Tak pernah. Time ambik result tu, saya cari subjek addmath dulu. Bila saya nampak addmath credit, saya terus menangis. Saya rasa bersyukur sangat2 sbb akhirnya selepas 5 tahun, saya dapat tgk gred A dkt keputusan saya. Saya bersyukur sbb akhirnya saya dapat tgk subjek yg selalu saya gagal, akhirnya saya lulus dgn kepujian tinggi.
1 049
Credit to kak el.
You know, apa yg kak el cakap tu sumpah betul. Since hrini hari ambik result SPM, let me share my story. Hatap tak bosan baca hshshshsh!
1 049
Btw, saya baru sampai rumah 😚
Alhamdulillah selamat sampai. Skrg ni problem dia, malas nak gi kerja pagi jap lagi🥲
1 049
Teruntuk kalian yang akan ambil result SPM pagi nanti, saya doakan semoga keputusan yang kalian terima tu setimpal dengan apa yang kalian dah usahakan🫶
Pesan saya, lapangkan dada dan terima apa yang kita dapat tu, itulah yang terbaik untuk kita 🤍✨
Semoga terus bersemangat kejar cita-cita, adik-adikku! Percaya dengan rezeki Allah ya! 💜
1 049
Siapa yang jawab medsi hrini, all the best tauu! ✨🫶 Saya pun nak jawab kul 12 jap lagi wkwkwkwkwk😌
1 049
Tak rilek ye senak perut dah. Padahal semalam rasa yakin dok debor. Tiber pagi ni asdfghjkl😭😭😭😭
1 049
Random Eudaemonia
Dush!
Meminta sangat jantan ni! Mulut tak ada insurans langsung!
“Juan!” Kuat Via dan Adit menempik apabila lelaki itu bertindak menumbuk muka Zafrill dengan kuat. Adit menahan tubuh Juan daripada maju.
“Jangan hina isteri aku! Kau tak ada hak nak cakap hal yang bukan-bukan pasal Via!”
Zafril bangkit lalu memandang wajah Juan dengan penuh rasa bengang.
“Berani kau tumbuk aku?!”
“Eh, lebih daripada inilah aku boleh buat kalau kau bercakap hal yang bukan-bukan pasal isteri aku!”
“Juan, sudah!” Terpaksalah Via tinggikan suara bagi meleraikan pergaduhan suaminya dan tuan editor ini. Kalau tidak, lebih parah jadinya.
“Baliklah, Encik Zafril. Saya janji saya akan hantar dalam masa dua bulan nanti. Encik boleh balik.”
“Tunggulah kau laki bini! Aku saman kau berdua. Dengan kafe ni sekali aku akan saman!”
Terus kaki mengangkat kaki dan keluar dari kafe dengan perasaan bengang. Adit berhenti menahan tubuh Juan apabila Via mendekati mereka. Berdiri di tepi seperti tiang lampu.
“Juan! Kenapa pergi tumbuk Encik Zafril tu? Kalau dia betul-betul saman kita macam mana?”
“Biarlah! Biar dia saman kita kalau itu buat dia puas hati. Juan pun boleh saman dia sebab dia dah hina Via bukan-bukan!”
“Tapi Juan, ini kerja Via. Juan tak perlu masuk campur.”
“Tapi Via isteri Juan! Wajib Juan masuk campur kalau mulut jantan tu macam longkang. Sesuka hati saja hina isteri Juan! Juan sendiri tak pernah tinggikan suara dekat Via, dia siapa nak jerkah-jerkah isteri Juan?"
Marah!
Kali ini, Juan benar-benar marah dengan layanan yang isterinya terima. Suami mana yang sanggup dengar isterinya dihina dan dituduh seperti perempuan murah?
“Juan, Via Cuma tak nak Juan ced—”
“Sudahlah, Via. Juan tak nak dengar apa-apa.”
Dum!
***
Ayokkkk Juan marahhh. Sama2 kita dislike si Zafril si terpaling editor BOOOOO 👎
Уже доступно! Исследование Telegram 2025 — ключевые инсайты года 
