ru
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

Закрытый канал

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

Больше
1 048
Подписчики
Нет данных24 часа
-27 дней
-930 день
Архив постов
sticker.webp0.06 KB

sticker.webp0.05 KB

sticker.webp0.12 KB

sticker.webp0.08 KB

CRINGE YA TUHAN😭😭😭😭😭

Tak payah belilah. Saya rasa cam menyesal bukak jualan 7teen ni semula😭

“Satu, janji dengan aku yang aku akan sentiasa ada dalam hati kau. Tak kisahlah sebagai stranger ke kawan ke atau orang yang kau sayang. Asalkan aku ada dalam hati kau. Boleh kau janji tu dengan aku?” Mira terkedu. Masih tidak dapat mengerti maksud ayat Mirza. “Kenapa aku kena buat macam tu?” “Sebab i am are your number one. The one you’re thinking of. Kau dah janji dengan aku tadi. Janji tu kau tak boleh mungkiri.” Mira tersenyum nipis. “Aku pun akan buat perkara yang sama, Mira. Nama kau akan sentiasa ada dalam hati aku. Aku tak mampu ucapkan semua tu sekarang. Aku tahu perasaan aku ini tak bertepuk sebelah tangan. Kau pun rasakan perasaan yang aku rasakan ni?” Mira hanya mengangguk perlahan. Malu kerana benteng yang dia bina selama ini runtuh sejak Mirza mendekatinya. Mirza pula hanya tersenyum melihat wajah Mira yang sudah mula merah. Mirza kembali menyambung bicaranya. “Jadi janji yang kedua, selagi nama aku ada dalam hati kau, boleh kau tunggu aku untuk ucapkan segalanya? Now is not the right time. Boleh kau tunggu aku sampai masa tu tiba?” Kolam air mata Mira sudah penuh. Bila-bila sahaja boleh tumpah. Mira sungguh terharu dengan ucapan Mirza. Rasa dirinya sangat disayangi. Butir-butir jernih yang ditahan dari tadi akhirnya jatuh jua. Mirza mula rasa hiba. Sapu tangan di poket dikeluarkan dan dihulurkan kepada Mira untuk menghapuskan air matanya. Ketika sapu tangan itu hendak dipulangkan, Mirza menolak. “Ketiga, aku nak kau simpan sapu tangan ni. Setiap kali kau menangis, aku tak mampu untuk hapuskan air mata kau. Jadi, aku wakilkan sapu tangan ni. Boleh?” Mira hanya anggukkan kepalanya. “Terima kasih, Mirza. Aku akan penuhi semua janji-janji tu. Aku janji.”

#7teen, Disember 2019 😭
#7teen, Disember 2019 😭

Harini turn teaser 7teen tapi saya terlalu CRINGE nak pilih scene mana😭😭😭😭

HELPPP AHAHAHAHAHAHAHA😭😭😭😭😭😭

Rafael cerita random jugak yang terdetik dalam otak. Rafael... Sad ending🥲 Tapi bila ada certain people yg suka cerita ni, b
Rafael cerita random jugak yang terdetik dalam otak. Rafael... Sad ending🥲 Tapi bila ada certain people yg suka cerita ni, buatkan saya rasa sedih nak tamatkan dengan kesedihan. Tapi kalau tak buat sad ending, how come nak tahu the 'mastermind' semua ni?🥲 Dalam laptop Rafael dah nak sampai penamat. Doakan saya sentiasa ada masa nak update. TPM pun saya akan update semula lps raya okie🤍

Dah nak habis separuh masa kedua ramadan and nak masuk 10 malam terakhir dahh🥺 kenapa tahun ni mcm sekejap sangat ye masa🥲 rasa mcm tak sempat nak buat apa2😭 Di masa2 akhir ni, banyakkan doa, zikir dan selawat ya! Pesan saya buat yg usaha nak habiskan 30 juzuk, tak apa kalau tak capai target asalka apa yg kita baca tu meresap ke hati, betul sebutan/hukum bacaannya dan semoga kebiasaan kita di bulan ramadan ni berlanjutan sampai bila-bila🤍 Semoga kita semua dapat berjumpa dengan malam lailatulqadr!

https://www.instagram.com/p/CqxL8SXp26U/?igshid=YmMyMTA2M2Y= Baca and like tau review rin ni! 🥹🩵
+3
https://www.instagram.com/p/CqxL8SXp26U/?igshid=YmMyMTA2M2Y= Baca and like tau review rin ni! 🥹🩵

Itu salah satu kebiasaan Wazif sejak zaman universiti. Tali kasut Afya, dia akan ikat. Tanpa disuruh, dia sendiri rela untuk
Itu salah satu kebiasaan Wazif sejak zaman universiti. Tali kasut Afya, dia akan ikat. Tanpa disuruh, dia sendiri rela untuk berkhidmat. “Terima kasih.” "Sama-sama! By the way, awak nampak cantik hari ni, Afya. Macam biasa, pink suits you well.” Wazif mula memuji rakannya. Sedari dulu, Afya memang sukakan warna merah jambu. Warna lembut itu sentiasa sesuai dengan imej Afya yang sememangnya manis dipandang . “Mana ada. Biasa je.” Tanpa sedar, pipi Afya mula terasa bahang. Wazif hanya tertawa kecil sahaja apabila sedar perubahan riak Afya. “Jom kita jalan. Hari ini, Akid boleh minta semua yang Akid nak dekat uncle. Jangan segan. Minta je, okey?” "Baik!” jawab Akid, semangat! Wazif memandang Afya. “Tawaran saya tu, terbuka untuk ibu Akid juga tau!” Akid diturunkan daripada dukungannya dan mereka berdua berjalan terlebih dahulu, meninggalkan Afya di belakang. Wanita itu tersenyum nipis. Kepala digeleng sebentar. “Wazif Ifwat masih sama.” *** Ribbon, Ogos 2022

Maafkan keletihan saya😞
Maafkan keletihan saya😞

Jawab Fahri sepatah sebelum kembali menyambung bicaranya. “Sepit tu yang cantik, bukan kau.” “Cis! Sudahlah kau!” Sebaris gigi putih lelaki itu mula nampak kerana ketawakan sahabatnya. “Kau nak tak?” tanya Fahri. “Kalau aku cakap aku nak, kau nak buat apa?” Nada suara Lia sudah menjauh. Mungkin, terasa dengan gurauan Fahri tadi. Sepit yang masih berada di tangan gadis itu diambil lalu diberikan kepada si penjual. “Yang ni satu, kak.” Terus Fahri membayar sepit itu dan dihulurkan kepada Lia. “Kalau kau nak, aku belikan. Easy right?” Beg plastik kecil dihulurkan kepada Lia. Gadis itu hanya terpinga-pinga sambil membuntuti langkah Fahri. “Terima kasih tapi... kenapa?” "Saja. Kau nak, aku belikan. Niat aku petang ni memang nak belanja kau. Tak salah kan? Lagi pun, bukannya selalu.” Mereka berhenti di depan kedai aiskrim untuk kali kedua. Aiskrim kegemaran Lia dipesan. Chocolate. “Nah, makan lagi.” “Terima kasih!” Dengan berselera, Lia suapkan aiskrim itu masuk ke dalam mulutnya. Mereka berdua duduk di kerusi kosong berdekatan. Fahri tidak makan, lebih memilih untuk melihat sahaja wajah comot Lia yang masih seronok menjamah manisan itu. “Nasib aku sayang,” gumam Fahri perlahan. Dah comot macam ini pun, aku rasa comel lagi. “Lia, kenapa sepit rambut?” Sengaja Fahri menyoal. Bukannya dia tak nampak senyuman yang melebar di bibir gadis itu tadi. “Itu hadiah terakhir yang ayah bagi dekat aku. Jadi, setiap kali aku dapat sepit rambut, aku rasa ayah yang bagi.” “Kalau macam tu, jangan minta sepit rambut dekat orang lain. Kalau kau nak, minta dekat aku. Seratus pun, aku akan belikan. Okey?”

Pemendam Cinta, Mei 2022
Pemendam Cinta, Mei 2022

Riya memberi arahan. Dia tidak mahu lelaki yang berdiri di hadapannya ini mendekat. Namun, Riya masih lagi mendengar derapan kaki lelaki itu. Mungkin, berjalan mendekati dirinya. “I said stay still, Fabian Wong.” Perlahan, namun kedengaran sangat tegas. “You still remember me, huh?” Fabian sengaja menyoal sinis sedangkan satu hal yang mustahil untuk Riya melupakan suara lelaki ini. Walaupun nadanya berubah dingin, Fabian tidak maksudkan sama sekali. “Pergi, Fabian. Adik saya ada dengan saya. Saya tak nak dia jumpa awak.” "Awak masih sama, Riya. Tegas macam dulu.” “Tak ada sebab untuk saya berubah. Balik, Fabian. Saya tak nak Dayyan jumpa awak.” "Kenapa kalau Dayyan jumpa saya? Apa salahnya?” Riya mendengus kasar. Tak faham bahasa agaknya lelaki ini? Tak sempat Riya mahu bangun dari tempat duduknya, Fabian menghalang. Dia tidak mahu gadis ini tercedera. Fabian tahu kafe ini baru buka dan Riya tidak biasa dengan keadaan kafe ini. “Awak yang kena duduk diam. Awak tak biasa dengan tempat ni. Kalau cedera macam mana?” “Dayyan ada. Dia akan selalu ada untuk saya. Balik, Fabian. Tolong, pergi.” Ayat terakhir yang Riya tuturkan itu membuatkan hati Fabian terasa ditikam pisau dengan laju. Perempuan ini benar-benar mahu dia pergikah? Atau kemarahan atas kesalahannya dua tahun lalu masih tersisa? “Fine. I’ll go. Have a nice day, Riya.” Lelaki itu kotakan janjinya. Dia pergi meninggalkan Riya. Sebaik sahaja kedengaran pintu kafe itu tertutup, Riya membuang nafas. Berat. Tangan kirinya naik, memukul perlahan dada yang mula terasa sempit. Udara disedut rakus. "Kenapa perlu berjumpa…”

Podcast Cinta, Ogos 2022
Podcast Cinta, Ogos 2022

Hann's Lavenders 💜 - Статистика и аналитика Telegram-канала