Hann's Lavenders 💜
Закрытый канал
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
Больше1 035
Подписчики
Нет данных24 часа
-27 дней
-830 день
Архив постов
1 035
Update pasal HUG!
Alhamdulillah, harini pergi SMO dekat East Coast Mall Kuantan, HUG ada dekat bahagian paling laris!😭🫶✨ Thank you orang Kuantannn a.k.a daerah tanah tumpahnya darahku HAHAHAHAH! 🤍🤍🤍✨✨✨
p/s : tu member saya HAHAHAH!
#HTTU
1 035
Update pasal BC! Saya update sini dululah heheheh!
Biasiswa Cinta terbit under penerbitan baru. Jadi, Biasiswa Cinta takkan ada dekat kedai buku buat masa sekarang. Tapi, akan ada di PBAKL nanti. Jadi, kalau sesiapa yang nak beli masa PBAKL, dialu2kan!
Yang nak beli dengan saya, maybe saya akan buka masa PBAKL tapi pengeposan akan dijalanlan lepas PBAKL.
Biasiswa Cinta under penerbitan mana? Booth mana?
Itu saya akan beritahu kemudian lepas pihak editor dah selesai edit dan bila saya pun dah siap edit. Sekarang masih dalam proses editing editor, doakan tak banyak sangat yang saya kena ubah wkwkwkwk!
Satus Biasiswa Cinta adalah print on demand dan tak limited. Jadi, jangan risau. Insya allah selagi ada orang cari, selagi tulah pihak penerbit akan reprint.
p/s : jemputlah berteka-teki Biasiswa Cinta under publisher mana HAHAHAHAHAH! Yang dah tahu, dilarang berkata2! 🤣🤣🤣
#biasiswacinta
1 035
Hai lavenders! Malam ni saya umumkan pemenang contest dan kuiz ya! Sorry lambattt🥹
1 035
Weh koranggg *in sheila tone.
Sumpahlah tak beli/baca lagi Selamanya Kamu?
RUGI SIOTTT BELILAH, BACALAH!!!
You guys know saya takkan move on kalau dah ada video macam ni kan🥰
Review nantilah sbb nak kena edit dulu gambonya. Nanti saya tepek dekat ig membaca tu heheheh!
GO BUYAND READ SELAMANYA KAMU PASTU DATANG RANT DEKAT SAYA!!! 🤩🤩🤩🤩🤩
1 035
Random #imamdisebaliktabir revamp
"Kalau aku kata tak nak, umi dengan abi akan terima tak?"
Terkejut Adam dengan apa yang baru adiknya katakan.
"Kau cakap apa ni? Bukan ke kau suka dekat Dani?"
"Ya, aku memang suka tapi..."
Aira tarik nafas dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. "Bukan dengan cara macam ni, Dam. Kau tahu kan apa yang jadi? Aku tak nak serahkan diri aku macam orang bodoh. Ya, aku sayang dia. Tapi cara kita orang nak kahwin ni... aku tak suka."
1 035
Okay ni tiber jugak. Tapi, jomlah nak lanje scene revamp #imamdisebaliktabir hshshshsh!
1 035
At this point, jaehyun dah boleh jadi duta cerita gue HAHAHAHAHA!
Boleh start countdown dah!
D-30
#biasiswacinta
1 035
Hello! Saja nak cakap since mnde ni tiber lalu dalam kepala otak pastu overthinking sekor sampai kepala berdenyut😭😭😭😭
People yang dah baca might be mempertikaikan di bahagian hujung cerita and ada satu scene tu jenayah mcm tak boleh brain sikit. Tapi setakat ni, takde sape punlah yang kata tak puas hati atau pertikaikan. But let me declare benda ni sebab otak sakitlah pikir😭😭😭😭😭😭
Buat yang dah/akan baca HUG, part hujung2 bila penjenayah utama ditangkap, saya tak cerita detail the punishment kan? Saya rasa macam angin berlalu pun ada sebab dia macam, cenggitu je hukuman villian? Haaa gituu.
Pasal penjahat tu, saya akan cerita dengan detail dalam buku keempat which is Vince Chayton as the hero.
Sebab?
The villian dalam HUG lebih banyak ditonjolkan dalam cerita Vince. (ytjt, buat yang baca jelah paham kenapa wkwkwkwk)
Setting 4 buku geng asam laksa series akan bertindih. Tapi untuk buku 2 dan 3, boleh je baca stand alone. Tapi buku 1 dgn 4, kena baca 1 dulu baru 4 untuk paham jalan cerita.
Ni turutan asam laksa series :
1 - HUG : TTU
2 - BEAST : OH
3 - tak decide tajuk lagi
4 - REWIND : TE
Buku 4, tajuknya begitu sebab kita akan recap balik apa yang menyebabkan Vince dengan Tania pilih jalan yang saya cerita dalam HUG. YTJT jugak. Sila beli dan baca pat kalau curious! Hshshshsh!
So, untuk buku pertama ni, hope you guys enjoy je okay! Buku fizikal pertama, mestilah banyak gila cacat celanya. Jadi, saya akan selalu cuba perbaiki penulisan saya🫶🫶🫶
1 035
1/12/2023 - HUG terbit
11/2/2024 - HUG no.1 buku laris Popular dekat mana pun saya dok tahu HAHAHAH! (Masih tak percaya and thanks to Kak Adli yang tolong snap)
1/3/2024 - HUG ada stiker pilihan Popular di Popular Kuantan City Mall. Plus, genap 3 bulan HUG terbit!
Alhamdulillah 'Ala Kulli Haal!!! 😭😭😭🤍🤍🤍
#HTTU
1 035
Random what if #eudaemonia
"Mama! Tengok ni anak Juan. Comel kan? Macam Fal! Mama sayang baby Juan tak?"
Puan Nisha tersenyum lebar apabila anak bongsunya ini petah berbicara mengenai cucunya. Haihlah, ada ke budak baru umur 7 tahun ni dah jadi pak su? Comel!
"Sayang, mama sayang sangat dekat baby Juan ni."
"Samalah! Fal pun sayang baby Juan! Juan cakap, Fal kena bahasakan diri Fal dekat baby, pak su. Juan kata, Fal dah jadi ayah saudara. Juan kata, Fal dah tua! Betul ke yang Fal dah tua, mama?"
Terus Juan yang sedang sarungkan stoking ke kaki Via dijeling. Juan hanya tayang muka selamba. Tidak takut pun dengan pandangan maut sang ibu.
"Betul apa, Fal dah tua. Dah ada anak buah."
Pap!
"Juan... tak baik usik Fal macam tu. Kesian dia."
Bukannya Via tidak perasan yang kebelakangan ini, suaminya selalu sangat usik Raefal. Mentang-mentanglah adik kecilnya dah masuk sekolah, ada saja akalnya hendak mengusik.
"Well, not my fault bila Fal comel sangat setiap kali Juan usik dia. Pipi maki gebu, macam pau. Kerat pastu kukus baru tahu!"
"Hmph! Tak nak kawan Juan!"
"Betul tu, Fal. Kita tak payah kawan Juan. Kita kawan dengan baby je. Okey?"
"Okey!"
Puan Nisha pun bukan main membela anak bongsunya. Sekadar gurau-gurau manja.
"Juan, kenapa senyum lama sangat tu?" tegur Via apabila mata suaminya terpaku pada Puan Nisha dan Raefal.
"Juan happy sebab mama masih ada dengan Juan. Sekarang, Juan ada semuanya. Juan ada Via, baby ibu, ayah, atuk, Adit, Fal dan... mama. Juan harap sangat..."
Kepalanya dipaling memandang Via yan terbaring.
"...semua ni, bukan mimpi."
1 035
Random #Epiphany
"Jangan masuk campur dalam urusan aku lagi boleh tak?"
"Aku akan stop masuk campur urusan kau bila kau reti jaga hati kau."
"Jangan buat aku macam budak kecik, Ifan."
"Dan jangan jadi bodoh untuk terima lelaki yang belum move dari masa lalu dia, Faira!"
Jika suara Faira meninggi, suara Ifan lebih tinggi. Ifan mahu sedarkan gadis ini bahawa perbuatan dia menerima Adit dalam waktu sekarang, hanya akan meruntuhkan rasa sayang yang ada.
"Aku cintakan Adit."
"Tapi Adit sedang cintakan Imaan, Faira. Kau tahu tu. Kau nampak tu. Kenapa kau nak letak duri tajam dalam hati kau lagi? Kau tak penat ke, Faira?"
Bukan niat Ifan mahu menjauhkan Faira daripada Adit namun ini yang terbaik sekarang. Membiarkan Faira jatuh ke dalam lembah kesakitan yang lebih dahsyat berbanding sebelum ini hanya akan menampakkan Ifan seperti seorang lelaki bodoh. Apa-apa pun yang terjadi, Ifan mahu Faira tahu yang sekarang, bukan masa yang sesuai untuk jatuh cinta dengan lelaki seperti Adit.
"Aku penat, Fan..." Nafas ditarik dalam-dalam sebelum dihembus perlahan. "Tapi aku juga sedang jatuh cinta."
1 035
Random what if #JedAdaWidu
Jed, kau datang kan? - Widu
Sebaik sahaja Jed membaca pesanan yang dikirimkan, dia mengeluh panjang. Tuhan, apakah hari ini benar-benar akan menjadi hari paling perit untuk aku?
"Abang, Keel dah sampai. Jom gerak."
Suara si adik yang menegur, membuatkan lamunan Jed mati. Wajah diraup beberapa kali sebelum songkok yang ada di atas katil, dipakai.
Sampai sahaja di rumah yang mengadakan majlis hari ini, Jed hanya termenung. Dia tidak ada niat pun mahu keluar dari kereta. Rasanya, dia tak ada keperluan pun untuk datang. Dah kenapa Widuri beria-ia sangat nak jemput dia?
"Kau okey tak ni, Jed?" soal Keel apabila dia sahabatnya hanya mendiamkan diri.
"Widu pilih ex boyfriend dia, Keel. Padahal, aku yang ada dengan dia dari sekolah. Kenapa sekali pun dia tak pernah pandang aku?"
"Sebab usaha kau, bukan untuk dapatkan hati dia, Jed. Kalau dia tak terbuka hati untuk tak terima kau, maknanya dia bukan orang yang berhak terima semua layanan istimewa kau. Lagi pun, kau dah cuba kan? Duri yang tak nak dekat kau. Bukannya kau tak usaha."
Perihal usaha, semua benda Jed dah buat. Semuanya! Tapi kenapa dia tetap kalah dengan lelaki itu?
Malangkah dia kerana gagal buat kali kedua dengan orang yang sama?
1 035
Random #Epoch
"Eh kau ni! Aku kata tak payah ikut kan!!!"
Dian mula rasa menyampah dengan kehadiran Shad. Apa lelaki ini tak faham bahasa ke?
"Tapi, ni kaki saya. Suka hatilah nak ikut siapa pun."
"Okey, kau boleh ikut sesiapa je tapi bukan aku."
"Kalau macam tu, saya nak ikut bukan aku sebab bukan aku tu, awak."
Shad sengih dan tayang muka tak bersalahnya.
Terkelip-kelip mata Dian apabila Shad langsung tak makan saman!
"Baik kau blah sebelum aku..."
"Tak nak! Saya tetap nak ikut awak!"
Kaki menghentak tanah seperti budak-budak yang tak dapat gula-gula. Shad tak kira, apa pun yang jadi, dia nak ikut Dian!
1 035
Saya bosan tapi takde idea nak menaip. Jadi, izinkan saya spam scene random pape yang saya rasa nak tulis hshshshshs
1 035
Masya Allah, sangatlah mengimbau kenangan ya😭🫶
MRSM Kuantan tempat saya belajar how to be a human and ada keyakinan diri masa bercakap. My friends pun sangatlah supportive nak² dekat SPM dulu. Huwaa rindunya maktab😭🫶
Tapi terpaling terkejut, yang fly tu! Perghhh banggalah mat saya sebagai kuatagh sebab kuatagah ada al-qadr sendiri🤪🤣✨
Okay sekian saja share sini. 50 tahun dah mat mrsmku wujud!
