ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 764 подписчиков, занимая 963 место в категории Семья и дети и 2 333 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 764 подписчиков.

Согласно последним данным от 24 октября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -142, а за последние 24 часа — -1, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.89%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.14% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 613 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 338 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 25 октября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 764
Подписчики
-124 часа
-277 дней
-14230 дней
Архив постов
photo content

Apa Nak Buat Bila Penat Emosi dan Minda Kemudian Banyak Terlepas Pada Anak ? Asasnya, adakan/dapatkan perkara ini (3R): 1. Re
Apa Nak Buat Bila Penat Emosi dan Minda Kemudian Banyak Terlepas Pada Anak ? Asasnya, adakan/dapatkan perkara ini (3R): 1. Relaks. Secepat tarik nafas dalam 1 kali (3 saat), atau 6 kali berterusan (35 saat); 2. Respons kepada stres diri dengan berkongsi (luah=lega) dan dapatkan maklumbalas dari individu yang tepat (2=way communication), bersenam, outing dan sebagainya. 3. Refleksi sendiri (can be spiritual me time also), juga boleh tulis/lukis. Ia agar cycle kurang sihat (silap tindakan itu) tidak berterusan = bermaksud kita nak kembali ke track lurus (jika tak, semakin jauh tersasar). Kita sendiri perlu #breakthecycle. Kita adalah ibubapa terbaik untuk anak kita sendiri. Semoga semuanya sihat emosi dan bertambah baik insyaAllah 🌹 . Maznah Ibrahim Webinar penat emosi dan solusi (strategi dan teknik) : Maklumat lanjut di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t2210202

Gaduh baik gaduh baik gaduh baik ~~^_^~~~^_^~~~~~~~~~~ "Abang garang"- kata KN (2 tahun) "Abang cuma tegur.." - kata Fateh (5 tahun) "Fateh bagitahu la macam ni, Adik, abang tak boleh bagi adik main ni takut bercampur, tapi Adik boleh main ni" (explain, dan replace, beri option lain/alternatif) 1. Fateh mendengar sahaja, dan saya yakin dia rakam skrip jenis ini, dan akan guna nanti. . 2. Sebab sebelum ini kaedah lama dia, dia akan cepat tarik Adik ke belakang dari TV dengan cara pegang kedua ketiak adik. Adiknya tidak suka. . Saya ajar alternatif, distract adik tengok ke belakang kemudian ajak dia ke belakang, memang itulah teknik distraction yang dia selalu guna selepas itu. - kat sini teknik alternatif memang perlu diajar kepada anak, dia tak tahu /ada idea langsung ok. . 3. Fahami karektor dan style anak sulong kita, memang 'protector', dominan, 'leader', ditambah hormon kelelakian sedang 'peak' di usia 5, dan Otak Thinking : sah, suka jawatan, kuasa, tanggungjawab dan memang tegas 'straight to the point' orangnya, . 4. Raikan ciri anak lelaki sulong kita, bukan matikan dengan tak izinkan dia tunjuk kuasa keabangan dia, tapi bantu dia 'adjust' tenaga dan teknik keabangan dia, dan bantu adik 'adjust' dengan karektor 'strong' si abang ni. . 5. Ingat, semua anak berpotensi jadi 'leader', cuma anak kedua belum ada adik untuk dia 'leading' kan. Hakikatnya apa dia pelajari dari abang-adik kini, akan jadi konsep kendiri adik-beradik mereka kelak, dan diwarisi turun temurun nanti. . 6. Untuk Fateh mudah, dia sudah sangat FAHAMI si adik sedang peringkat egosentrik tinggi, 'emotional brain' sedang 'peak' (emosi dirasai - terus letus), dan dia faham dan percaya dirinya juga begitu masa usia 2, cuma dia tak tahu cara sebenar diri dia bagaimana sebab takda rakaman video atau saksi lain selain apa mami ayah dia cakapkan 😃. Bukti dia faham benar ialah bila dia kata kat mami dia "Mami, adik kan kecil lagi, budak kecil memang macam tu" bila saya ada terlupa dan berbuat silap melayani si adik. . 7. Untuk si adik ni, dia tetap rasa hormat abang, salam tangan abang bila lagu Omar dan Hana (main sama-sama, kongsi mainan) tu, dan terusan diasuh/'educate' untuk teknik asertif, beritahu abang apa dia nak, bukan terus menangis meledak dan mengadu pada ibubapa sahaja.... - yang ni makan masa untuk dia master skil asertif ni, pernah dia berjaya buat, kebanyakan masa dia terlupa dan tak berjaya buat. . 25 Sept 2017 ..... Haaa.. kini sudah 9 tahun si abang dan 6 tahun si adik (Kakak KN: Feb 2021 nanti), dan KN memiliki adik lagi Yumna (akan 3 tahun bulan 5 nanti), Mudah untuk KN lalui fasa ini sebab dia telah lalui dididik semasa dia fasa 2 tahun yang keras tu hehehe. Dia banyak kali tanya, Mummy Yumna dah 3 tahun ke (sebab dia tahu perkembangan adiknya yang egosentrik sungguh sejak 2 tahun, panjang rasanya... dia sabar dan terus bersabar. Malah dia dibuli Yumna lagi ada la hahah). Didik dan terus didik. Bukan marah semata tapi meng arahkan hala yang baik, dengan cara yang lebih sesuai, iaitu masukkan input: 1. info perkembangan adik (fasa adik usia itu apa dia, usia bayi tidak bergerak dan belum boleh bermain, terlentang dan memerlukan bantuan, usia 2 ego, keras, dan semua barang dia barang dia dan barang abang/kakak barang dia,) 2. skil tegas diri ( say no, dan request: Adik tak boleh tarik rambut kakak tapi sentuhan selamat aja) 3. Falsafah orang sabar ialah orang yang menang. Sabar itu ada ganjarannya walau tak nampak hasil lagi, ibu ayah lah yang nampak dan berikan ganjaran pujian dan peneguhan melalui perkataan dan perhatian. . Refleksi, Maznah Ibrahim p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210202

photo content

Antara yang kita mahu cipta dan ambil peluang dari tempoh PKP ialah momen bermakna bersama anak-anak. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Antara cara komunikasi yang berkesan untuk anak yang buat mereka gembira ialah: 1. dukung 2. baring Maznah Ibrahim t.mazn.me/
Antara cara komunikasi yang berkesan untuk anak yang buat mereka gembira ialah: 1. dukung 2. baring Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Untuk semua ibubapa yang membaca ini. syabas anda telah berusaha, dan cuba lakukan yang terbaik setiap hari 👏👏👏 untuk anak anak anda. tutup mata pada ketidaksempurnaan kerana proses melatih diri menjadi dan mencuba lebih baik setiap hari, adalah amat besar nilainya, walau progres nya anda nampak macam kecil. Impaknya tetap ada, usah mengalah, petanda nak dekat jaya tu ialah pabila lagi diuji dan diuji kerana anda diuji dengan ilmu, dan kemahiran yang anda sudah ada, walau dengan bacaan ringkas sahaja. go ahead. move forward. do better in your every single day.😊😉 reward yourself, do self care. 🌻 maznah ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Ramai Orang, Malah Semua Orang Ada Hasrat untuk Jadi a Better Person, The Best Parent . . Dan, agak ramai juga ter 'stuck' terperangkap dalam satu keadaan dinamakan: Abusive Childhood iaitu pengalaman awal kehidupan sebagai kanak-kanak, adalah tidak seindah seperti sesetengah orang yang bertuah. . Terperangkap dalam satu ruang yang hanya sendiri tahu, dan rasa. Dalam minda dan hati. Kekliruan dan 'struggle' ini diterjemah melalui tingkahlaku yang hampir sama dengan apa ibubapa mereka lakukan kepada mereka, tapi kini mereka lakukan kepada anak mereka pula. . Yang menyayukan hati ialah, pabila diri ibubapa ini yang sudah besar dewasa dan menjadi ibubapa pula, ibubapa mereka masih melayan mereka seperti mereka ini anak-anak kecil dahulu. Masih dimarahi, diherdik, dipaksa, dikutuk, disindir, diketuk kepala/badan dan sebagainya. . Abusive words, treats - perlakuan dan perkataan masih sama seperti dahulu. . Pastinya ibubapa ini mahu keluar dari kepompong ini, mahu bebas menjadi diri seperti diinginkan. Seorang yang positif dan bebas lakukan sesuatu yang lain dari apa diterima. . Ini yang anda mungkin boleh cuba, bagi break the cycle, dan jadi diri anda yang anda mahu: . 1. Solat sunat taubat, dan hajat. Mohon ampun atas kesalahan pernah lakukan samada sengaja atau di luar kawalan diri kepada pasangan dan anak-anak. Susuli dengan solat sunat hajat, minta Allah permudahkan untuk jadi diri anda yang baru dan positif. Allah akan bantu, lorongkan, ilhamkan beberapa saluran positif untuk anda masuk dan terlibat. . 2. Banyakkan membaca, melihat dan terlibat secara fizikal dengan perkara positif: channel video dari individu positif. Contoh, Saya suka reflection dari video blog Aida Azlin di FB tentang kehidupan umum, melihat video dan perkongsian Puan Diyana Tahir di Youtube mengenai ehati dan membaca bahan bacaan berkaitan anak, kemanusiaan dll perkara positif untuk self development. . 3. Banyakkan bergaul dengan kumpulan yang positif sahaja. Samada NGO, atau kumpulan ibu positif seperti Alumni EHSABAR (bias saya ni 😂) dll. . 4. Banyakkan memberi - contoh dalam NGO tu banyak aktiviti kemanusiaan. Mungkin anda rasa, untuk memberi tidak mampu kerana diri sendiri juga tidak cukup kasih sayang positif. Namun percayalah, dengan memberi, contoh kewangan, masa, tenaga, idea buah fikiran, anda akan dapat satu 'kekuatan lain'. The more you give, the more you get. Tiada kemiskinan dalam bersedekah. . 5. Teruskan berdoa dan melaksanakan aktiviti mendekati Ilahi, kerana hakikatnya semua ujian dan kesenangan kita adalah dengan izinNya jua. Pasti ada sesuatu yang anda boleh sumbang, namun dapatkan jawapan atau hikmah positif dari pengalaman kurang indah zaman kanak-kanak anda. Pabila anda sudah rasa bagaimana diperlaku tidak enak, maka anda tidak mahu berikan sesuatu yang tidak enak juga kepada orang lain dan anak sendiri. . 6. Personal Therapy dengan seorang terapis yang sesuai dengan diri anda. Terapis ini akan bantu anda untuk self growing, development and healing too, bagi anda lepaskan segala kekusutan lama, dan bina sel baru, kekuatan untuk menjadi diri anda yang anda mahu. . 7. Kurangkan kontak fizikal dengan ibubapa asal ini, jika serumah, usahakan rumah berbeza, jika kerap melawat, jarakkan kekerapan. Namun masih tetap mendoakan mereka dan layan baik semampunya. . Cubalah. . InsyaAllah anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda. Tiada satu peristiwa kehidupan yang sesia, pasti ada rahmat, pandang dari sudut pandang positif, baik sangka dan kasih sayang. . Banyak kebaikan dan kekuatan luar biasa dari ibu ibu bapa sebegini, yang tidak ada pada ibu ibu bapa lain yang kelihatan lebih indah pengalaman kanak-kanaknya. . . ❤️ Refleksi, Maznah Ibrahim. ......................... p/s: InsyaAllah 'Live Webinar Parenting' premium percuma untuk Februari nanti adalah berkenaan mendorong anak dengan bahasa cinta ya. Stay tune. p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210129

photo content

Kita Kerap Pandang Enteng Kemampuan Besar Anak Kita °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Kisah Lama, Bagaimana Mudahnya Kita 'Judge /Label' Kanak-Kanak Dari Luar. . In the days when an ice cream sundae cost much less, a 10 year old boy entered a hotel coffee shop and sat at a table. A waitress put a glass of water in front of him. “How much is an ice cream sundae?” “50 cents,” replied the waitress. The little boy pulled his hand out of his pocket and studied a number of coins in it. “How much is a dish of plain ice cream?” he inquired. Some people were now waiting for a table and the waitress was a bit impatient. “35 cents,” she said brusquely. The little boy again counted the coins. “I’ll have the plain ice cream,” he said. The waitress brought the ice cream, put the bill on the table and walked away. The boy finished the ice cream, paid the cashier and departed. When the waitress came back, she began wiping down the table and then swallowed hard at what she saw. There, placed neatly beside the empty dish, were 15 cents – her tip. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Peringatan Diri Juga, . Sentiasa layan semua orang dengan baik, Ikhlas, Dan kasih sayang. . Allah juga menegur N.Muhammad s.a.w. bab memilih kasih, tidak melayani orang buta dan miskin, dalam Surah A'basa. . Maka peringatan ini untuk diri kita juga, tidak memandang enteng kemampuan anak kecil kita dalam 'membaca' dan beri solusi untuk permasalahan kita. . Sungguh ujian dan petanda mencabar dari anak adalah teguran dan pendidikan dari Allah untuk kita, agar jadi lebih baik. Pasti. . Bila anak kita mungkin lambat membaca, teguran untuk kita menerima kepelbagaian kecerdasan anak yang pastinya ada, dan tidak perlu terlalu takut dan fokus kepada kekurangan dia sebaliknya gunakan kelebihan dia untuk mencambah potensi kebolehan membacanya. Ekstrak dari dalam diri anak bukan paksa dari luar anak, lagi kita fokus nak anak membaca lagi anak menolak dan lambat membaca. Jadi bersyukur, dan berterima kasih kepada Allah dan anak yang merupakan guru kehidupan kita. . Ucapkan 3 Power Words ini: 1️⃣ Terima Kasih, 2️⃣ Maaf, 3️⃣ Penghargaan-Kesyukuran Alhamdulillah. . [+] Terima kasih, Fateh dan Khairunnisa', sebab mengisi ruang hidup Mummy dan Ayah hingga mampu menikmati rasa gembira dan bahagia. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada Mummy menjadi seorang manusia yang lebih baik setiap hari. . [+] Maafkan Mummy bila Mummy ada tersilap dalam melayan dan mengajar Fateh dan Khairunnisa', Sungguh Mummy sentiasa berusaha menjadi Ibu Terbaik untuk kalian berdua. . [+] Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu, anak-anak soleh solehah yang banyak mengajarku, dan berilah bimbingan kepadaku (tunjukilah daku jalan yang lurus). . Refleksi, Maznah Ibrahim 7 Oktober 2017 ........ Telegram Channel Parenting dan Psikologi Anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Bagaimana kita nak tanamkan dalam diri anak yang dia perlu lebih bergantung dan percaya kepada Tuhan berbanding kita, atau mana-mana manusia lain? https://maznahibrahim.com/tanam-sq-anak-anak-kita-milik-siapa/

Break The Cycle. Dari jauh nampak anak sekitar 2 tahun lebih itu mumbling marah-marah, sunguh marah betul. Macam comel aja. 😂 Terfikir, dari mana dia belajar membebel macam tu. Marah pula macam marah betul. Kecil-kecil memang comel, jika besar gaya macam ni ? Haruuu 😅.. takda siapa nak dekat / kawan. ....... Di situasi yang lain nampak pula si adik usia sekolah rendah, mengamuk dan membantai teruk abangnya pula sampai berdarah-darah, gaya macam 'gangster'. Allah. Bukan ibubapanya gangster, tapi ibubapa kerap marah teruk dan ada pukul. Emosi terpendam, macam gunung berapi, tak tahu bila ianya trigger lalu meletus teruk, 😟😩 sukar dikawal. ............ Di keadaan lain, biasa, seorang dewasa bila bercakapnya, dengan alasan nak mengajar, mendidik, menggunakan gaya keras, konon tegas, tapi 'sarcastic' orang kata, berdezuss menusup jantung tanpa tapis. Tak ramai suka. ....... Senang aja, 'what you experienced, you act back'. 'Experience' ni - boleh jadi dua, samada melihat, atau mengalami. Lalu jadi tingkahlaku yang sama. Kes 1, anak 2 tahun kerap melihat, walau tak alami untuk dirinya, kerana mak bebel untuk si abang kakak, maka dia aksikan semula. Kes 2, anak alami, pendam, tak balas, balas di tempat lain, bila 'trigger'. Juga sebab pernah melihat (tv/cerita gaya kasar yang membelasah-dia rakam di memori bawah sedar). Sukar nak kontrol diri bila 'anger' dia 'shoot up' terus ke level 10 tak sempat stop tangga no 5 macam di lif. Kes 3, orang dewasa ini sudah biasa alami sepanjang hidupnya, jadi skrip kehidupan dia, sukar nak ubah gaya.... Memang begitu lah dia... kecuali dia muhasabah diri dan usaha berubaha, ada caranya. ..... Kita mahu 'Break The Cycle'. Warisi yang lebih baik, terbaik kita mampu walau bukan sempurna, 'of course', untuk anak-anak kita. Alam ini perlukan model yang baru beramai-ramaian untuk bentuk semula generasi yang lebih baik, penuh berhikmah. Jika kita pernah dimarah teruk 100%, mungkin kita ada gaya 50% marah macam mak/ayah kita, dengan tambah usaha untuk jadi lebih sabar dan baik, kini sekurangnya dengan usaha lebih baik, doanya anak-anak kita jadi 5% aja gaya macam kita, bukan 100% macam kita yang dah 50% macam nenek/atuknya mereka dahulu itu. Dengan kesedaran dan mahu berubah, apa jua ilmu kita boleh belajar dan amal. . Usaha. Kita Pelajari, Kita Amal. Allah Bantu. . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel telegram : t.mazn.me/chan . *Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari 2021 di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210128

photo content

Sejak Khairunnisa’ @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas ‘breath in’, dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu. Skil ini bantu untuk konflik mereka berada dalam tahap selamat hingga kini (setiap hari gaduh tapi masih kekal baik). .......... https://maznahibrahim.com/ajar-anak-teknik-berdiplomasi-musyawarah-sesama-mereka/

Audio Post #19 Isu pembelajaran anak sewaktu PKP. Ramai bimbang tentang anak dan motivasi belajarnya. Dengarkan input dari saya. . https://open.spotify.com/episode/5zX90m3hH6NOksg7UO26UQ?si=dBJzFtgwTYGxg9Sm6A9jig . .

Dengarkan kisah anak manis 7 tahun, Lisa ini. "Lisa kan gagap". Sebagaimana "broke our heart" ayat ini terkeluar dari mulut si kecil, ini juga yang saya alami, rasainya, bila anakanda soleh pertama saya Fateh berkata "Fateh kan tak boleh membaca"! dan Khairunnisa "Kenapa kulit kakak tak macam orang lain"... 😭 Haish. Hati ibu ayah mana tak terkesan. Saya faham. Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Kita mampu bantu si kecil. . "Fateh bukan tak boleh membaca. Fateh akan membaca nanti. Fateh akan baca lajuu dan terus laju, banyak ilmu Fateh akan dapat bila dah membaca. Mummy ayah yakin itu. Kerja kita, buat aja. Terus buat". Sewaktu usia 8 lebih, baru dia dapat membaca perlahan-lahan, dan semakin baik kini usia 9. Bila direnung kembali, fasa usia 5 hujung dia (saya stop memfokus keupayaan membaca dia tapi fokus pada EQ, SQ dan fizikal dia), tak sangka dia sudah lancar juga membaca BM, BI dan Iqra'. Dan saya suspek disleksia ke apa dia ni, dengan lupa yang amat walau baru berapa saat baru baca tadi..... Lama perjalanan kami bersabar, dan terus support dia... Allah tahu bila nak beri hasil. Kita cuma perlu jaga 'proses' membantunya aja... . "Kulit kakak nanti akan licin. Sihat, bersih, cantik macam kulit orang lain". "Macam kulit Yumna? Macam kulit Mummy?" Tanya si kecil. "Ya, macam kulit Yumna, kulit Mummy dan kulit semua kawan kakak. Kakak cuma perlu bersabar dan terus jaga makan macam biasa. Allah sayang kakak yang sabar ni". . Terima kasih Pn Nurhafiezah, Kami semua mendoakan anakanda Lisa akan lancar, petah, dan cemerlang dalam kerjayanya nanti. Dialah si pengucap dalam konferens antarabangsa nanti 😊😘😘: Isk comel betul customise buku anakanda Lisa ini. 😍😍😍👏 Syabas la ibu... Lihat buku Pn Nurhafiezah di sini:- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221234685788973&id=1001209320