ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 15 714 подписчиков, занимая 958 место в категории Семья и дети и 2 317 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 15 714 подписчиков.

Согласно последним данным от 03 ноября, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -141, а за последние 24 часа — -3, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 3.84%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.06% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 603 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 324 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 04 ноября, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

15 714
Подписчики
-324 часа
-357 дней
-14130 дней
Архив постов
photo content

................................................................. SATU PERKATAAN BAIK BERULANG UMPAMA SIMBAHAN AIR BAJA BERNUTRIEN UNTUK ANAK KITA ‘Anak soleh Mama……… (nyatakan perilaku baik dia) ‘Anak comel Abah……….. (nyatakan perilaku baik dia) ‘Kakak yang prihatin’ (nyatakan perilaku baik dia) ‘Abang yang kuat gagah perkasa……… (nyatakan perilaku baik dia) .................... Contoh: Anak soleh Mami, Fateh ni suka solat awal waktu. Kakak Khairunnisa' yang comel, pandai buat Baby Yumna gelak gelak. Abang Fateh yang gagah boleh bantu Ayah angkat barang ni. ........ Ia satu doa dan kuasa dorongan bawah sedar. Iyerlah, tengok iklan kartun di TV pun lama-lama anak ingat dan percaya, kan? Jadi ibu ayah perlukan banyakkan gunakan perkataan yang baik baik untuk anak kita ya. Maznah Ibrahim.

photo content

……………………………………………………………………………… CARA ‘TIME IN’ DENGAN ANAK SEMASA TANTRUM : 1. Tarik nafas dalam dalam dan sambil tu jalan ke anak (hampiri beliau). . 2. Berdiri/ cangkung sama paras mata. . 3. Tanyakan apa dia nak (jika dia boleh beritahu/bercakap) atau teka apa dia nak (jika dia merengek dan jenis belum boleh beritahu). . 4. Ulang keperluan dia :”Oh adik sedih sebab Abang rampas mainan adik ya” (dia angguk). . 5. Beritahu solusi, dan kendalikan situasi dengan pilihan paling minima kesannya kepada diri si anak dan orang lain (contoh dukung bawa masuk kereta/bilik/ruang lain), atau beri apa dia nak namun sedia dengan step 6. . 6. Beritahu si anak bila beliau sudah tenang, lain kali bila berlaku lagi macam ni, perlulah dia begini begitu. “Lain kali bila abang ambil mainan, beritahu Abang: 'Abang, ini mainan adik, Abang minta izin kat Adik dulu tau'. . 7. Beritahu orang lain yang berkaitan (jika ada terlibat) untuk mengurangkan pengulangan situasi sama berlaku lagi. . . Maznah Ibrahim

photo content

BILA MASANYA SESUAI TERAPKAN HUKUMAN ? Menurut Margot Sunderland, seorang neurosaintis dan penulis buku ‘What Every Parent Needs To Know’ (The Science of Parenting), hukuman hanya boleh dilakukan pabila anak berusia 5 ke atas. Ini kerana anak usia kecil dari 5, masih belum matang sepenuhnya untuk memahami apa yang dia terima dari persekitarannya (otak neokorteks = pemikiran rasional belum berkembang dengan baik lagi). Sebab itu jika anda perasan, anak kecil pabila dihukum, tetap tidak memahami perkaitan hukuman dengan kesalahannya. Jika anda bertanya semasa anak sudah tenang, sebab apa Ibu Ayah hukum tadi, adakah mereka tahu dengan jelas, agak ‘confirm’ mereka tak faham / nampak perkaitan pun. Apa yang mereka dapat ialah ‘Saya salah’, ‘Saya buruk’, ‘Saya tak baik/jahat’. Dan lebih bimbang lagi ia menyentuh bahagian otak paling bawah iaitu 'Reptilian Brain', otak terancam, maka lebih banyak tingkahlaku yang jenis tantrum akan berlaku. Maka kita akan lebih sukar kendalikan mereka. Jadi ibu ayah, hindarkan diri dari menghukum kesalahan anak dengan Time Out. 'Key' nya, Banyakkan Sabar dan Time In, ok. (Luang masa dan beri support semasa berlaku situasi tantrum). Maznah Ibrahim

POSITIVE PARENTING Keibubapaan positif adalah satu pendekatan keibubapaan yang kita percaya boleh menyokong perkembangan sihat anak secara menyeluruh, Hasil daripada berpuluh tahun kajian kaitan keibubapaan dan kesan kepada mental emosi anak dewasa nanti. . Tidak perlu mengikut orang kebanyakan atau tok nenek kita, Jika kita rasa kurang selesa dengan cara sedemikian, . Namun ada juga cara tok nenek kita yang betul, tepat, Maka kita teruskanlah 😊 . Cari info dari kajian terkini, contoh sumber dari scienceparenting dan kajian neurosains, . Dan terapkan dengan cara keibubapaan diri anda dan suami. . Nak short cut, boleh tanya pakar, Tetapi akhirnya ia tetap berbalik kepada ‘kepercayaan’ anda, kemampuan anda serta situasi semasa anda. . Contoh anda tahu memarahi anak dengan emosi adalah tak baik untuk anak kecil anda, . Namun dengan situasi semasa anda berjauhan dengan suami, kurang sokongan, Mana mungkin anda tak terbabas. . anda manusia biasa. . Link dengan :- Doa, ‘search’, amalkan mana mampu terbaik mungkin. . Dan itulah keibubapaan positif versi anda. Tiada siapa layak ‘questionned’, sebab mereka tak berada di kedudukan anda. . Maznah Ibrahim

photo content

Rakan memberi link tulisan sahabat Dr Rafidah Kastawi mengenai 'Mimpi Sumi', https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215244142869251&id=1004411173 berkenaan mangsa pedofilia. . Saya terus tonton di sini: (sikit demi sikit tonton kerana masa amat terhad dengan kanak-kanak ribena ini)😅 . 👇👇👇 https://web.mflix.org/watch/video-gsMtcAhxIY.html Jika tak sanggup tak perlu tonton. Jika kuat, boleh tonton untuk fahami emosi anak yang simpan rahsia tak selamat.😔 . Mesej saya : ibu bapa perlu tenang dan penuh berhikmah dalam tangani situasi spt ini, . amat berat, . namun dapatkan sokongan dari pakar yg berpengalaman, anda tidak seorang. ... 1) sentiasa luang masa dengari luahan verbal anak (jika anak seorang yang vokal) 2) sentiasa peka kepada tanda bahasa non verbal anak (bagi anak yang jenis introvert dan atau menyimpan rahsia tak selamat) 3) sentiasa ajari anak mengenai rahsia selamat vs rahsia tak selamat, rahsia selamat perlu beritahu manakala rahsia tak selamat boleh simpan : (saksikan video live fb saya di FB Page) 4) Percaya anak, tenang, tanya elok elok, elak tambah sebarang input. Bahaya tambah input, anak mudah beri input sama mesej disebutkan ibubapa. 5) Ibubapa luah, usah simpan, pada rakan / orang dipercayai. Kita kadangkala tak nampak, orang luar nampak. ... (Breath). Maznah Ibrahim

photo content

Comel bila haritu klien kanak-kanak saya 7 tahun, berkata (bertanya): Kak Maznah nak sambung belajar, Kak Maznah nak masuk darjah berapa? 😅😅😅 Sebab dia kan nak masuk darjah 2... Rasa rasa 🤔 Kak Maznah jawab apa? . . 👇👇👇 (teka) https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10215236654482046&id=1004411173

photo content

photo content

Pada si anak kita ni, apa saja berpotensi jadi macam mainan, dia akan main. Fateh tarik aura main tu kepada KN, KN pun follow. Skrip: Tolak elok-elok, hati hati, Tanya Abang kedai boleh ke (Nampaknya abang kedai ok aja hehe, raikan kanak kanak ribena ni, depa anggap tolak kereta).

photo content

Maaf, saya belum sempat menjawab banyak yg pm di fb page saya 😔. . Biasanya sy akan 'prioriti'kan support group pembeli ebook / alumni ehsabar. . Sebab kebanyakan soalan saya perlu analisis dan fahami dahulu sebelum menjawab, namun, insyaAllah saya akan cuba jawab sikit demi sikit ya. Insyaallah👌😊 . Kebanyakan soalan yg sy terima berkisar tentang daily struggle kita dan biasanya boleh diselesaikan dgn satu teknik khusus yang biasa saya dan suami amalkan. ........... Seronok kan bila kita panggil anak, anak kita pun terus nyahut "Ya Mama".😍 Apa rahsianya. Apa caranya. Mahu tak saya berikan skrip terus dan mak ayah terus guna, ulang ulang sampai jadi (InsyaAllah). . Saya tahu ramai kita tak mampu nak cipta / reka ayat / skrip sebab bukan budaya kita untuk skrip baik ini dan tak biasa. Kosa kata kita pun kurang kan..😬 . Saya tengah siapkan skrip skrip untuk situasi kita sehari hari, . dari banyak soalan yang saya coach melalui email, telegram, messenger dan whatsap seperti anak taknak pergi sekolah, anak mandi lama, anak bergaduh adik beradik, anak rebut mainan, dan lain lain lagi. . Jum. Daftar untuk tak terlepas peluang jadi orang terawal dapatkan Ebook Premium ni ya. . *Suami saya kata Mummy kena share teknik ini terutama untuk yang anak belum bercakap lagi sebab dia merakam, dan kan best bila anak mereka ni bila mula bercakap usia 2+, ayat anak ni elok aja, sejuk ayah bonda nya.😍 . https://ebook.maznahibrahim.com/EBHypnoscript . https://ebook.maznahibrahim.com/EBHypnoscript . https://ebook.maznahibrahim.com/EBHypnoscript . . . .

Dapatkan link untuk terawal dapt makluman, di sini👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1060661647441752&id=477691842405405

photo content

photo content

Sebagai ibu bekerja, tuntutan kerja kerap kali mengundang rasa bersalah dan cuak bila terpaksa tinggalkan anak. . Saya ingat lagi masa tu anak kedua berusia 12 bulan (1 tahun). . Saya perlu ke Johor (dari Perlis) untuk Seminar selama 3 hari berkaitan Autisme. . Terbayang bagaimana penyusuan, pengepaman, dan emosi si anak yang 'full breatsfeed' ini ditinggalkan. . Saya banyak fokus kepada persediaan diri saya, iaitu aspek fizikal :- pengepaman susu siang dan malam, 'storage', dan travel semula ke Perlis (naik kenderaan awam bas, keretapi). . Saya terlupa yang si anak memerlukan satu 'pesanan' yang cukup 'khasiat' dari si ibu, atau persediaan seperti si ibu, yang bukan sahaja dari aspek fizikal (susu ibu dia) malahan sudut emosi, sosial dan spiritual dia. . Pulangnya saya setelah 3 hari, kami reunion, KN, Khairunnisa' banyak merengek dan banyak 'rencah emosinya'. . Luahan (komplen) yang sama diterima dari si pengasuh. . Teknik 'Hyponoscript' saya tidak mencukupi dari segi: perkataan sesuai, berapa kali perlu diucapkan, dan kaedah bagaimana diucapkan dengan berkesan (sebelum berpisah). . Saya terus 'bayar' semula bila tersedar. Itupun sudah hari ketiga setelah kami 'reunion'. . Saya ucapkan luahan asertif (tegas diri) yang jujur dan tambah 'rencah' perkataan yang mudah dan tepat yang saya mahu dia jadi/berubah. . Sebaik saya ucapkan, hari sama petangnya semasa saya ambil dia, pengasuh kata dia hari ni ok sangat. . 😍 Okay. Hmmm... Saya faham sudah. . Itulah kaedah yang saya namakan 'Skrip Hipno' atau Hypnoscript Tingkahlaku dan Emosi Anak. ... Mahu tahu lebih lanjut? Katakan 'Mahu' 😊 . Benar, Maznah Ibrahim. . . * KN kini 3 tahun 9 bulan, nampaknya semalam sudah sedia sekolah, dan survived 8 pagi - 5 petang (Alhamdulillah) walau macam sangat manja dan beremosi sebab (i) perempuan dan (ii)setahun rawatan eczema dengan pemakanan real nya PEP 3.0 adalah penuh liku dan drama... happy sebab dapat makan roti dia 😅. Komen di sini👇👇👇 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1059960644178519&id=477691842405405