Post lama
Time Out - pls elakkan.
Kajian terkini menunjukkan perhubungan antara kaedah time out dan perkembangan otak kanak-kanak.
Berterusan dilakukan, akan mengubah struktur fizikal otak.
.
Banyakkan Time In.
Jika ibubapa mahu buat time out, make sure anak dekat sahaja dengan kita, make sure anak dah matang dalam usia 4 ke atas, dan selepas itu buat TIME IN. (tujuan nak balut dan betulkan salah faham di mindanya, kerana anak kecil sangat mudah salah faham).
.
Saya personally kurang setuju time out method, bila berkaitan dengan brain dev. anak. Itu yang saya pernah berkata dalam seminar saya.
.
Betul seperti artikel menurut pakar ini.
http://time.com/3404701/discipline-time-out-is-not-good/
.
Namun, saya ada pernah apply time out method untuk Fateh, semasa usia dia 4 lebih, yang mana saya tahu dia cukup matang untuk faham reason saya buat. (dia baring, dan saya minta dia tidak bangun, fikirkan sahaja. Pernah juga cara duduk di kerusi lionnya. Bukan di bilik tertutup atau corner pandang dinding ya).
.
Dan ia tidak selalu. Amat sekali, sekala. Boleh kira berapa kali. Reserve for the last not everytime.
.
Dan pastikan reunion balik dgn anak (Time In luah asertif apa kita rasa tadi, sebab perlakuan dia tadi, dan beri comfort kepadanya).
Dia Faham.
Dia dan Kita Saling Minta Maaf.
Dia dan kita Let go.
Dia tahu Solution selepas ni dia boleh buat macam mana.
"Mami tadi sangat marah sebab Fateh xxxxyyyzzz.
Mami minta Fateh lepas ni bila nak bbbccccdddd, Fateh buat macam ni ffffgggghhh".
.
Apa Berlaku dalam Otak Dalam Masa Singkat Time Out Ini
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
4 tahun, 4 minit.
Ia sangat lama sebenarnya dan cukup menyeksa dia sebenarnya.
Masa buat tu, ia jadi macam kelakar untuk dia sebab dia anak Thinking, patuh pada rule,
masa bertenang dia dan saya.
.
Ayat saya: Fateh fikir, betul tak apa Mummy kata, selepas habis (fikir /time out 4 min), beritahu mummy apa Fateh rasa.
.
Sebenarnya 1 min sahaja pun dia dah tak sanggup menunggu, dan fikir,
"Ya betul apa Mummy kata :D Bla bla bla bla.. Lama lagi ke Mummy..? sambil saya lalu lalang untuk buat kerja saya (mak kena move untuk release energy juga)".
"Ya, lagi 3 minit".
"Lama lagi ke Mummy?".
"Ya 2 minit."
"Ya, 1 minit".
Tak ke haru masa 4 minit itu diasingkan tak boleh move?😂 sebab budak kan naturally akan moving around?
.
Namun make sure mak still dekat dengan anak untuk make sure 'rasa selamat' dia dalam tempoh bertenang itu.
.
Time out = isolation (pengasingan), dan pada saya ia boleh jadi seperti emotional abuse. (definisi emotional abuse, bila dibuat berterusan akan buat self esteem anak jadi rendah).
.
Dalam Brain Scan, ia berkait dengan rasa pain (yang disebabkan pengasingan semasa hukuman dilaksanakan), dan kelihatan sama pain nya oleh kanak-kanak yang alami physical abuse 😱.
.
Bila Sesuai Time In dan Time Out?
°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°
Time In sangat sesuai wajib untuk usia awal bayi terutamanya, bawah 2 tahun.
.
2-3 tahun in juga, tapi time ni dia dah besar skit, banyak geram kan? Jadi fahami peringkat child development dia nak Autonomy tu (buat cara sendiri dan cuba sendiri).
.
Usia 3-4 sudah sikit sikit faham. Boleh keep explaining /educate.
.
2-4 tahun Keep explaining, bagi dia dengar dan masuk mesej baik dan betul tu. Teknik Nabi menegur kesalahan amat sesuai dimasukkan, beritahu apa yang TIDAK boleh, disusuli apa yang BOLEH.
"Tidak boleh bercakap perkataan tidak baik XXX sebab Fateh baik,
Hanya cakap perkataan yang baik sahaja".
.
4 tahun ke atas baru sesuai Time Out, namun tengok kematangan dia bagaimana ya.
.
Artikel ini menjelaskan lagi lebih lanjut!
.
Baca.
http://time.com/3404701/discipline-time-out-is-not-good/
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim.
.
.
.
🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸🌼🌸
Jemput Seminar EHSABAR sehari di Shah Alam,
pada 29 Julai 2017 bagi ibubapa pelajari teknik urus emosi dengan Cepat Tepat dan Efektif.
.
Info Lanjut:
.
.
bit.ly/t_ehsabar