ru
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

Открыть в Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Больше

📈 Аналитический обзор Telegram-канала Parenting Maznah Ibrahim

Канал Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) языкового сегмента Малайский является активным участником. Сейчас сообщество объединяет 16 274 подписчиков, занимая 963 место в категории Семья и дети и 2 369 место в регионе Малайзия.

📊 Показатели аудитории и динамика

С момента создания невідомо проект демонстрирует стремительный рост, собрав аудиторию из 16 274 подписчиков.

Согласно последним данным от 21 июня, 2026, канал показывает стабильную активность. За последние 30 дней изменение числа участников составило -128, а за последние 24 часа — -6, при этом общий охват остаётся высоким.

  • Статус верификации: Не верифицирован
  • Уровень вовлечённости (ER): Средний показатель вовлечённости аудитории составляет 7.26%. В первые 24 часа после публикации контент обычно набирает 2.52% реакций от общего числа подписчиков.
  • Охват публикаций: В среднем каждый пост получает 1 182 просмотров. В течение первых суток публикация набирает 410 просмотров.
  • Реакции и взаимодействия: Аудитория активно поддерживает контент: среднее количество реакций на один пост — 0.

📝 Описание и контентная политика

Автор описывает ресурс как площадку для выражения субъективного мнения:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

Благодаря высокой частоте обновлений (последние данные получены 22 июня, 2026) канал поддерживает актуальность и высокий уровень охвата публикаций. Аналитика показывает, что аудитория активно взаимодействует с контентом, что делает его важной точкой влияния в категории Семья и дети.

16 274
Подписчики
-624 часа
-367 дней
-12830 день
Архив постов
Buku Screaming Free Parenting sudah restock.😍 Boleh dapatkan dengan Pn Farahliza Ismail Di www.wasap.my/60177080038/ScreamingFree Buku yang highly recommended sebab mudah faham dan banyak latihan membetulkan kepercayaan silap kita selama ini 😊👍

Sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah, Bilangan tahun pengalaman kita adalah SAMA = Bilangan tahun usia anak !!! ~ The point of parenting Isn't to have ALL the answers BEFORE we START out But instead to figure it out On the go as our children grow, Because as they do, So will we. ~ Bridgett Miller ----------- Benar Jalan dulu Baru dapat fine tune . Apapun Anak atau kita Tetap terusan belajar . Belajar kenali satu sama lain, Belajar hormati satu sama lain, Belajar menjadi diri pada satu-satu masa yang lain (human development). . Bukanlah kita sebagai orang tua ni banyak makan garam maka tahu serba serbi Atau betul sentiasa 💁‍♀️ . Sebab sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah, Bilangan tahun pengalaman kita adalah SAMA = Bilangan tahun usia anak !!! . Hmm 🤔.... Rupanya kita ni sama aja Dalam pengalaman ibu-anak / anak-ibu.😃 . Maznah Ibrahim

Benar Jalan dulu Baru dapat fine tune. Apapun Anak atau kita Tetap terusan belajar Belajar kenali satu sama lain Belajar hormati satu sama lain Belajar menjadi diri pada satu-satu masa yang lain (human development) Bukanlah kita orang tua makan garam ni sudah tahu serba serbi Dan betul sentiasa Sebab sebagai menjawat jawatan ibu atau ayah, Bilangan tahun kita adalah sama = Bilangan tahun usia anak !!! Maznah Ibrahim

photo content

3 Cara Nak Dapatkan Jawapan Dari Anak Kenapa Dia Buat Hal (Dia Stres) Jika ibubapa sering pening dengan tingkahlaku anak-anak dan mahu memahami punca stres kanak-kanak, ibubapa perlu sentiasa memahami PERSPEKTIF ANAK-ANAK itu sendiri. https://maznahibrahim.com/3-cara-nak-dapatkan-jawapan-dari-anak-kenapa-dia-buat-hal-dia-stres/

photo content

Tip Parenting #16 ( Bila Anak Nak Sangat Sesuatu...) Dari kecil, anakanda sulong saya yang 'strong willed' ini memang banyak kehendak. Besar-besar pula tu. https://maznahibrahim.com/pertama-kali-dalam-hidupnya-fateh-bekerja-di-kedai-basikal-selama-1-jam/

photo content

Tip Parenting #15 ( Bila Marah – Kita Sabar ) Walau tidak mudah, untuk tahan marah dan jadi sabar, ia boleh dilatih sebenarnya. . Niatkan dalam hati, azam yang marah-marah keterlaluan tidak bermanfaat, malah membentuk anak yang lagi keras hatinya dan terpalit semula kepada ibu ayah sendiri bila anak cepat marah kepada ibu ayahnya. . . Nanti ibu ayah sendiri jadi bertambah luka, lagi marah, sebab seolah melihat dirinya dalam diri si anak. Sejibik orang kata. Jadi selepas azam nak kurangkan marah, azamkan nak SABAR. . Bila marah, kita sabar, syurgalah ganjarannya InsyaAllah (lagu Omar dan Hana). . Ini 3 sebab nak tahan MARAH dan jadi SABAR:- . 1. Hadith rasulullah “Janganlah kamu marah dan bagimu syurga (Hadith Riwayat Abu Daud) 👉 bila marah, kita tahan marah dan tukar kepada sabar, kita akan dapat syurga sebagai ganjarannya 💝 👉 ni siapa nak 'reward' syurga 💝, sebut kat anak banyak-banyak, dengan mak, pak dan anak sama-sama belajar tahan marah sebab nak Syurga.. . 2. Dalam sirah, Nabi Muhammad banyak tahan marah, muka sahaja berubah kemerahan kerana menahan marah. Tiada suara, perkataan atau kekerasan fizikal dilakukan. 👉 Ni untuk siapa yang amat cinta Rasulullah, dan Nabi Muhammad adalah idolanya dari segala serbi, ikutilah cara Rasulullah ini. ☺️ . 3. Dalam Al Quran ada 29 ayat yang mengandungi perkataan marah (search dalam surah.my), dan 3 darinya menunjukkan apabila marah --> tahan marah --> dan memaafkan adalah cara atasi marah yang disukai Allah kerana berbuat perkara baik. 👉 Ni bagi orang yang nak disukai Allah :D 😍 👉 Jadi bila rasa marah pada anak tu, cepat-cepat maafkan anak, let go. Maka anak juga akan cepat reda marah, dan memaafkan ibubapanya juga. 👉 Bagitahu anak bila marah dan maafkan orang, Allah suka sangat sangat. Kan best Allah suka kita. 😍 . . Persoalannya, Camana Nak Tahan Marah Tu? Selalu Automatik Aja 😌🤭😫😰 ---------------------------------------- Cara tahan marah, yang sering saya tekankan dalam kursus EHSABAR, pada diri dan anak-anak ialah: . 1) Pause (henti tindakan apa-apa seperti perkataan dan fizikal), + serentak dengan 2) Tarik nafas dalam-dalam, dan 3) Hembus kat hidung. . Itu aja, Pernafasan yang baik membantu tindakan reflek ANS ('Autonomic Nervous System') dalam sistem badan yang banyak membantu menghala kepada relaks….. Relaks ialah TENANG dan ia belawan dengan marah (sains tubuh badan). . Takyah percaya, buat aja. .***marah boleh bawa mati tau - maksudnya emosi negatif boleh bawa kepada penyakit dan boleh bawa mati... . Refleksi, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

*ternampak memori 3 tahun lalu ditunjukkan FB. KN 1 tahun lebih mencari abangnya Fateh menyorok dalam peti ais *sekarang 3 anak ini main sorok2 dalam rumah, lebih meriah laa ☺️ campur mak jadi 4, sesekali campur ayah jadi 5 orang, kan. . Main Sorok-sorok *************** Dari bayi, Fateh main sorok-sorok dengan Ayah dan Mummy. Dari ba baaa chak dia tak boleh bergerak, ke lari-lari sorok-sorok dan cari-cari Dari terkedek-kedek mengesot ke merangkak ke berjalan berlari menyorokkan dirinya. Dari belum bercakap ke sudah bercakap, Kelakarnya bila sorokkan diri dia akan berkata : "Ayah, carilah Ateeeeh, Fateh kat belakang langsir ni..." (😂😂😂 bagi jawapan) Take turn. Dicari dan mencari. Mummy Ayah pun sama sorok di tempat kegemaran dia. Mummy geng Fateh, Ayah cari, Ayah geng Fateh, Mummy cari. . Kini, Fateh dah ada kawan cilik. Pencari abang Ateh ialah Khairunnisa'. Seronok dia cari abang dia bawah selimut la, dalam almari la, belakang pintu la. Dalam video ni peti ais pula 😂😂 . Ada apa dengan Game Mencari? Dalam ESQ Parenting dulu, didedahkan bahawa permainan ba chak dan sorok-sorok ni global satu dunia. Fitrah kanak-kanak, Ada ciri hebat kualiti di situ. . Fitrah mencari - menyelidik - sehingga jumpa. Mencari kebenaran. Mencari fakta. Ilmu terkini. Sains. Ketuhanan. Jumpa Tuhan. Jumpa diri. . Teruskan mencari wahai anak-anak seluruh alam. Penemuan demi penemuan dijumpai. . Dalam diri ada bukti. Bukti kehebatan ciptaan Ilahi. Cari Ilmu hakiki. Al Quran dan As Sunnah harus dipegangi... . Refleksi, Maznah Ibrahim. *Pesanan Penaja Dari Saya. Bermainlah dengan anak-anak. KURANGI gajet, tv, seangkatan dengannya. Bila off kan, mereka akan otomatik, memang akan kreatif cari jalan untuk bermain. Fitrah bermain mereka tu.. Kita akan missed sesangat momen kecil masa emas ini. Dengari saja gelak ketawa mereka tu, mahal sangat. Ada emosi di share bersama dalam sekeluarga itu.

photo content

Nasi goreng Fateh namanya 😄😄😄 Inovasinya, Cheff kena pakai cermin mata gogle untuk elak pedih mata bila tumbuk bawang di alu 😁👍 Semalam dia nak makan nasi goreng. Mummy kata lepas maghrib la. Siap siap semua orang kita nak solat jemaah. Pastu dia dan KN ada konflik sikit. Benda kecil je pun. Dari sebelum solat sampai habis solat masih tak sudah. Masing2 nak menang. Cam biasa 💁‍♀️ Mummy terus kata Jum Mummy ajar Fateh buat nasi goreng. Dia terus teruja nak buat. From scratch. Tapi bawang aja mummy kopekkan. Bawang merah, bawang putih, cili api. Dia tumbukkan. Masuk garam. Tumis. Garing sikit, masuk nasi. Telor Siap Sedap 😄 (Sayur dah habis semalam). Nanti dah besar Mummy takda ke, duk rumah bujang ke ingatla resepi ini buat sendiri ya 😉😋. * Refleksi Mummy, Haa camana dia tau tumbuk bawang akan pedih mata? Hmm🤔 Terus solusi dia guna gogle berenang dia. Sebab, masa dia seawal usia 1 lebih, 2 lebih, 3 lebih time dia nak mencuba tumbuk alu, Mummy beri. So badan dia dah ada memori 😊😊😊♥️👍. Mudah aja, kan. Bila emergecy, memang dia boleh buat semua ni tak kekok pun. Bagi arahan dari jauh pun dia boleh buat insyaAllah. Macam bila Mummy rasa malas amat tetiba, Dia boleh buatkan air panas tuk semua orang asing asing mug 👏👏👍😄. Syukur.... Mummy FatehKNYumna

photo content

Tip Parenting #14 ( Beralah Untuk Menang ) Kadangkala ibu ayah perlu beralah untuk saat itu kerana tidak bersiap sedia dengan ‘drama’ anak. . It’s okay. . Cuma pastikan kali seterusnya ibu ayah perlulah bersedia lebih awal. Hypnoscript memang membantu banyak, sebenarnya. Anticipate (selangkah ke hadapan), sudah jangka akan berlaku sebab sudah pernah berlaku beberapa kali, maka sediakan siap-siap peraturan dipersetujui bersama. . Contoh : Kita nak pergi tengok wayang cerita XXX hari Sabtu ini. Kita cuma akan makan selepas itu. Kemudian beli barang dapur. Tiada pembelian di luar rancangan, ok. (atau hanya beli 1 barang pilihan masing-masing). . Kita tak akan berhenti kat station minyak beli makanan minuman, hanya makan apa yang Mama sudah sediakan ok (sejurus ambil anak-anak dari daycare/taska/sekolah, nak pulang ke rumah). *Mak sudah siap-siap sediakan air kosong/susu kotak, buah dan kacang Ulang awal beberapa hari sebelum ‘event’ atau sebaik reunion jumpa anak. . Jika tak bersiap sedia macam tu, kemungkinan besar akan perlu mengalah, untuk ‘menang nanti’. . Ingat, 'Mengalah Tak Semestinya Kalah', Okay ;) . CARE, Maznah Ibrahim *Sudah dapatkan Ebook Premium Hypnoscript? http://bit.ly/hypnotip14 http://bit.ly/hypnotip14 **Jemput ke telegram channel saya agar tak ketinggalan perkongsian parenting dan psikologi anak-anak di t.mazn.me/chan

Tip Parenting #13 ( Emosi Stabil ) Mak mak yang duk rumah saja dengan anak-anak akan mudah burst, sama ada mengeluarkan letusan kecil atau letusan besar. . Itu normal. Menunjukkan kayanya kita dengan emosi lebih dari pemikiran. . Termasuklah kaya emosi shopping, kaya emosi bercantik-cantikan, kaya emosi kasih sayang dan kaya emosi cepat marah-cepat sejuk. . Pak pak tak faham sepenuhnya macam mak mak faham… sebab badan dan otak kita tak sama. . Pentingnya ilmu KAWAL emosi – untuk cepat handle situasi semasa itu (pak pak terror) Lebih penting lagi skil URUS emosi – untuk kesihatan badan (fizikal), emosi dan minda - jangka masa panjang. . Basisnya ada dalam poster ini. . Untuk emosi stabil, Lakukan ya ;) . CARE, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan

photo content

photo content

Tip Parenting #12 ( Check Out Sebentar ) Bila anda ‘check in’ – masuk ruang keibubapaan, menghadap anak sahaja banyak jam, non stop dan tanpa rehat, anda akan sampai ke tahap ‘overwhelmed’, rasa macam dah penuh sangat dan boleh ‘meletup’. . Tanda ‘overwhelmed’ tu bila anda mula respon negatif kepada anak, respon dan gaya sporting mak mithali dah tak ada, asyik muncul letusan api kecil-kecil aja. . Sebab tu penting untuk ‘check out’, keluar sebentar dari ruang keibubapaan, yang anak bergantung sepenuhnya kepada anda sahaja. . Antara yang boleh dilakukan walau 1 minit : check out, di dalam rumah ialah :- 💝 Mandi bersihkan diri 💝 Solat sunat 💝 Minum air kegemaran 💝 Membaca bahan positif barang sebentar 💝 Cakap 'positive self talk' sambil tarik nafas panjang: Aku positif, aku mama yang tenang, aku sayang anak-anak aku, aku sayang diri aku, aku comel, aku manis. 💝 Hug diri (caranya dalam brain gym: berdiri stabil sambil silang dua kaki, kemudian hulur dua tangan ke depan, silangkan, pusing dua tapak tangan mengadap, genggam jari semuanya, pusing bawa ke tengah dada semuanya, tarik nafas tutup mata, hembus dan senyum). 💝 Duduk dan urut badan sendiri di bahu, belakang, lengan, kaki, sebut aku sayang diri aku (guna minyak bersesuaian sedikit, lagi ummph) . Ini semua sebenarnya adalah Self Care namanya. Sayang diri, pujuk diri, treat diri. Yang simple aja, sebab nak keluar beberapa jam mungkin tak dapat. . Takda sapa nak bagi / buatkan, buat ajalah sendiri. . CARE, Maznah Ibrahim *Jemput masuk ke telegram channel saya bagi terus dan tidak ketinggalan mendapat perkongsian parenting dan psikologi anak di t.mazn.me/chan