cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

TV Pertiwi Official

Denyut Jantung Ummah

Больше
Рекламные посты
14 310
Подписчики
+1324 часа
+1207 дней
+84630 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menyelar tindakan menggunakan sumber kerajaan ketika pilihan raya, sama ada Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU). Jawatankuasa Pemandu BERSIH mendakwa, amalan tidak beretika itu masih berterusan dalam siri pilihan raya dan bercanggah dengan prinsip perlawanan politik atas padang sama rata dalam pilihan raya. BERSIH mendakwa siri pelanggaran terhadap etika pilihan raya bersih dan adil oleh kerajaan kini dalam beberapa siri pilihan raya sebelum ini, akan menghakis keyakinan rakyat, terutama pengundi terhadap sistem pilihan raya dan proses demokrasi di negara ini. "Sekali lagi BERSIH menegaskan supaya wujudkan garis panduan menyeluruh berkaitan etika kerajaan bukan sementara dan kerajaan sementara semasa tempoh pilihan raya yang bermula sebaik sahaja pembubaran Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) atau (berlaku) kekosongan kerusi, “katanya dalam kenyataan hari ini. Sumber : Berita Harian #TvPertiwi
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Peguam bantah permohonan polis dapatkan pengakuan bersalah Ibu Zayn Rayyan Esok merupakan hari penentu nasib ibu bapa kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin sama ada dibebaskan atau kekal dituduh https://youtu.be/y_BADPiz1tA Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata aktiviti berkaitan penyeludupan diesel semakin berkurangan sejak pelarasan subsidi bahan bakar itu dilaksanakan kerajaan. Katanya ia berdasarkan dapatan yang diperoleh di lapangan di sempadan negara. "Berdasarkan dapatan, daripada pengamatan pasukan di lapangan menunjukkan beberapa aktiviti yang dipercayai berkait dengan penyeludupan semakin berkurangan terutama di kawasan sempadan di Semenanjung Malaysia. "Dapatan waktu ini juga menunjukkan, di beberapa stesen minyak di Rantau Panjang (Kelantan) dan di Wang Kelian (Perlis), aktiviti terutama membeli minyak diesel berkurangan," katanya pada sidang media pada Rabu. Selain itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri hari ini memberi peringatan kepada sektor yang tidak menerima subsidi diesel atau tidak layak menerima subsidi terbabit supaya tidak mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Sumber : Berita Harian #TvPertiwi
Показать все...
03:03
Видео недоступноПоказать в Telegram
Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Mohd Radzi Jidin menyelar kerajaan yang mengatakan tiada kesan dialami selepas penarikan subsidi diesel yang berkuatkuasa pada 10 Jun lalu. Beliau dalam satu video berkata implikasi paling ketara setelah peningkatan harga diesel ini adalah sektor pertanian antaranya pemborong yang menggunakan trak pikap bagi mengangkut barangan dan produk pertanian. Sehubungan itu katanya, kenaikan 56% harga diesel akan menyebabkan harga hasil pertanian akan melonjak. Tambahnya, pada 1 Mac lalu cukai SST akan menyebabkan kesan berganda dalam rantaian bekalan dan telah pun dirasakan oleh sektor-sektor lain. “Sedarlah kerajaan, rakyat tengah susah sekarang.”kata Radzi. Sumber : X Radzi Jidin Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
Показать все...
JIDIN DIESEL.mp4280.89 MB
Фото недоступноПоказать в Telegram
Datuk dan nenek kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pasangan terbabit ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan. "Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari. "Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok," katanya. Difahamkan, kedua-duanya ditahan anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor. Terdahulu, pasangan itu dilihat hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, ketika ibu kepada kanak-kanak malang itu dibawa menghadiri prosiding merekod keterangan di hadapan majistret. Terdahulu, media melaporkan nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis. Sumber : Berita Harian #TvPertiwi
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Peguam Fahmi Abdul Moin tampil menjelaskan permohonan oleh pihak polis dalam mendapatkan pengakuan bersalah Ibu Zayn Rayyan, di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada hari ini adalah amat luar biasa dan aneh. Ia susulan, kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan iaitu Ismanira Abdul Manaf dan Zaim Ikhwan Zahari tidak dimaklumkan apa-apa berhubung terdapatnya prosiding tertutup bagi mendapatkan rekod pengakuan bersalah khususnya oleh Ismanira. Kata Fahmi, pihaknya dimaklumkan pada 9 pagi hari ini dan bergegas mewakilkan ibu Zayn Rayyan yang pada awalnya wanita itu hadir tanpa sebarang wakil oleh pihak guamannya di Mahkamah berkenaan. Untuk rekod, Mahkamah Majistret hari ini hanya memperlihatkan kehadiran Ibu Zayn Rayyan, Ismanira Abdul Manaf pada 10:30 tengah hari tadi. Turut dilihat kehadiran beberapa ahli keluarga bapa Zayn Rayyan, Zaim Ikhwan Zahari iaitu ibunya dan ayahnya memasuki lobi mahkamah. #TvPertiwi
Показать все...
01:46
Видео недоступноПоказать в Telegram
IBU RAYYAN.mp4150.92 MB
Peguam Ibu Zayn Rayyan, Mahmud Abdul Jumaat tampil menepis desas-desus yang menyatakan anak guamannya iaitu Ismanira Abdul Manaf hadir di Mahkamah Sesyen dan Majistret Petaling Jaya hari ini adalah untuk melakukan pengakuan bersalah. Sebaliknya jelas Mahmud, Ibu kepada kanak-kanak autisme Zayn Rayyan tersebut hanya memberi keterangan kepada Majistret Zhafran Rahim Hamzah. Dengan itu, beliau berkata pihaknya membuat bantahan terhadap permohonan Polis Diraja Malaysia untuk mendapatkan pengakuan bersalah ibu kepada Zayn hari ini. Katanya, bantahan tersebut dibuat mengikut Seksyen 26 (1) Akta Keterangan 1950. Tegasnya, orang ramai digesa untuk tidak membuat sebarang spekulasi, berita yang tidak sahih serta apa sahaja yang membawa kepada apa sahaja percanggahan yang ketara terhadap pasangan Ismanira dan Zaim Ikhwan Zahari. Tambahan itu, beliau turut memaklumkan prosiding yang diadakan tertutup hari ini hanya dihadiri oleh Ibu Zayn Rayyan Ismanira sahaja dan pada awalnya wanita itu dipercayai hadir tanpa diwakilkan oleh peguamnya. Namun, peguamnya iaitu Fahmi mengetahui prosiding tertutup tersebut setelah dimaklumkan kepadanya pada pukul 9 pagi tadi. Sumber: Youtube Awani Ikuti Tiktok Berita Pertiwi, Telegram TV Pertiwi Official, Youtube Berita Pertiwi: https://www.youtube.com/@beritapertiwi https://www.tiktok.com/@beritapertiwi https://t.me/tvpertiwi #TvPertiwi
Показать все...
Berita Pertiwi

Kandungan berita dan perkembangan isu semasa secara telus dan terperinci. Ikuti platform media sosial Berita Pertiwi di Tiktok dan Telegram.

Фото недоступноПоказать в Telegram
Johor adalah negeri yang pertama menandatangani Perjanjian MacMichael menyerahkan Johor kepada British. Tun Dr Mahathir dalam hantarannya di X berkata, namun dalam perjanjian itu, hanya masalah pentadbiran agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja yang dikuasai oleh Raja. Bagaimanapun katanya, perjanjian itu dibatalkan apabila orang Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu bergabung dalam satu pertubuhan yang dinamakan UMNO atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO membantah serta menolak perjanjian MacMichael dan Malayan Union. Tambah beliau, kesatuan orang Melayu yang bergabung mampu menundukkan British dan memaksa Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union. Katanya, setelah itu Raja-Raja pun dikembalikan sebagai Raja Berperlembagaan dalam Demokrasi Berparlimen. Perkara itu termaktub dalam sejarah yang terdapat dalam verbatim report berkenaan Malayan Union keluaran British Archives. Sumber : X @chedetofficial
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Berkuat kuasa hari ini, Ahli Parlimen DAP, Wong Shu Qi dilantik pengerusi baharu lembaga pengarah Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp), Wong, yang telah menjadi Ahli Parlimen Kluang selama dua penggal, juga merupakan timbalan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen dan menganggotai lembaga badan pemikir Research for Social Advancement (Refsa). Dalam kenyataan, TalentCorp turut mengumumkan Khuzzan Abu Bakar, yang pernah menjadi exco Johor dan Adun Semerah, sebagai timbalan Wong. Ahli lembaga pengarah baharu TalentCorp termasuk bekas Ahli Parlimen Ketereh Alwi Che Ahmad daripada Umno, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Khairul Dzaimee Daud dan bekas presiden Majlis Belia Malaysia Jufitri Joha. Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata, beliau yakin pelantikan baharu ini akan dapat membawa idea segar dan inovatif untuk membangunkan ekosistem bakat negara ini. Sumber : FMT #TvPertiwi
Показать все...