Smartsaham.com Official
Открыть в Telegram
Become THE APPRENTICE here https://bit.ly/apprenticeTelegram
Больше4 210
Подписчики
Нет данных24 часа
-47 дней
-1830 дней
Архив постов
Waktu live kelas bulan 6 hari tu, kita ada gunakan contoh kaunter MI (Mi Technovation) sebagai case study untuk ajar Elliott Wave dan Fibonnaci.
Dalam kelas tu, kita lukis siap-siap projection harga akan naik ke mana dan dekat level mana kita boleh entry atau take profit nanti.
Pada 17 Jun waktu kita tengok chart tu, Wave 1 dan Wave 2 dah pun siapda harga sedang bergerak membentuk Wave 3.
Kita ukur panjang Wave 1 dan gunakan Fibonacci projection 1.618 untuk tandakan sasaran Wave 3. Kita juga lakarkan senario awal untuk Wave 4 dan Wave 5.
Pada 21 Julai, harga gap up dan terus sampai ke paras unjuran Wave 3. Selepas itu, harga berundur dan membentuk Wave 4.
Untuk wave 4, kita jangka pullback sampai ke Fibonacci retracement 0.236 atau 0.382. Untuk lukisan awal semasa kelas, kita assume dia akan ke paras 0.382 tapi harga hanya berundur ke paras 0.236.
Jadi bila jadi macam ni, kita semak semula kiraan berdasarkan pergerakan sebenar dan tanda semula projection untuk wave 5 menggunakan Fibonacci projection 0.618.
Dan sepanjang bulan Oktober ni, kita boleh perhatikan yang harga sedang bergerak menuju ke paras wave 5 yang kita dah adjust tu. Belum kena lagi, jadi kita boleh lah monitor tengok kena ke tak.
Perhatikan urutannya: kita buat unjuran awal, semak apabila harga bergerak, kemudian kemas kini apabila struktur lebih jelas.
Fibonacci projection membantu kita mengunjurkan sambungan pergerakan. Retracement pula mengukur sejauh mana harga berundur.
Tak semua unjuran kena. Yang penting, kita faham kenapa sesuatu paras dipilih dan bila kiraan itu dah tak sah.
Unjuran ialah peta kerja. Kita tetap kena ikut apa yang sebenarnya berlaku di carta.
Btw, MI ni dipilih sebagai contoh sebab dia masuk dalam screener dan requirement framework CEVWIT kita. Tapi ini contoh pendidikan sahaja, bukan cadangan membeli atau menjual. Trade at your own risk
----------
Anda nak belajar full syllabus trading dari fundamental analysis, technical analysis dan juga Wyckoff Method? Boleh rujuk link di bawah
https://smartsaham.systeme.io/theoperator
Contoh ini untuk pembelajaran sejarah, bukan buy call semasa. Level entry, stop dan target ialah ilustrasi pelan; empat contoh terpilih ini tidak membuktikan win rate strategi.
#WyckoffMalaysia #CEVWIT #SmartSaham #TheApprentice #TheOperator #BursaWyckoff #BursaMalaysia
𝗦𝗣𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗧𝗨𝗣: 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗦𝗨𝗣𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗣𝗘𝗖𝗔𝗛, 𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗟𝗜𝗞 𝗥𝗔𝗡𝗚𝗘
Dalam The Wyckoff Method, spring berlaku bila harga turun bawah support sesuatu trading range, kemudian kembali masuk ke dalam range.
Masa support pecah, memang nampak macam selling akan sambung. Tapi bila harga reclaim level tersebut dan mula bertahan, kita ada sebab untuk semak semula bacaan awal.
Di situlah spring mula menarik perhatian.
Saya sertakan empat chart sebenar: TENAGA, Top Glove, Apple dan NVIDIA. Dalam setiap gambar dah ditanda spring, reclaim atau test, volume, entry idea, invalidation dan kawasan exit.
Baca ikut nombor pada chart. Lepas itu, tengok volume di bawah pada tarikh yang sama.
1. Kenal pasti range sebelum cari spring
Mula dengan support yang memang sudah terbentuk sebelum harga pecah.
Kalau harga masih turun dengan lower high dan lower low tanpa range yang jelas, satu candle berekor panjang belum cukup untuk kita panggil spring.
Context dulu.
Tengok sejauh mana harga undercut support, berapa lama ia berada di bawah level tersebut, dan bagaimana ia masuk semula. Ada reclaim pada hari yang sama. Ada yang ambil beberapa sesi.
Selagi harga terus diterima di bawah support, kemungkinan genuine breakdown masih terbuka.
2. Baca volume bersama hasil pergerakan harga
Volume menunjukkan banyak mana aktiviti berlaku. Kita perlu tengok apa yang harga berjaya buat dengan aktiviti itu.
Semasa undercut, adakah selling menghasilkan kejatuhan yang berterusan? Atau harga recover dan close jauh daripada low?
Semasa test pula, adakah harga turun dengan candle lebih kecil, volume lebih ringan, dan low masih bertahan di atas spring low?
Gabungan itu boleh menunjukkan selling pressure semakin berkurang.
Tapi volume rendah sahaja belum cukup. Ia juga boleh berlaku bila buyers kurang berminat. Kita masih perlukan price response dan follow-through.
Dalam gambar, bandingkan volume pada undercut, reclaim dan test. Jangan terus anggap satu bar besar bermaksud institusi sedang membeli. OHLCV tidak memberitahu siapa yang bertransaksi.
3. Entry selepas reclaim atau tunggu test
Entry selepas reclaim memberi peluang masuk lebih awal. Risikonya, harga boleh turun semula dan buat undercut kedua.
Pilihan lain ialah tunggu test. Biarkan harga pullback, kemudian cari tanda ia bertahan dan mula turn up. Contohnya, harga break high candle test selepas test itu selesai.
Lebih banyak confirmation biasanya datang dengan harga entry yang berbeza. Kadang-kadang test tak datang langsung.
Terlepas pun tak apa.
Kalau harga dah gap jauh daripada planned entry, kira semula reward-to-risk. Jangan gunakan harga entry lama dalam kepala sedangkan market dah buka jauh lebih tinggi.
4. Tentukan exit dan invalidation sebelum masuk
Tandakan resistance terdekat dan bahagian atas range. Itu antara kawasan untuk pertimbangkan partial profit.
Kalau harga berjaya breakout dan membina higher lows, baki position boleh diurus menggunakan trailing stop berdasarkan struktur yang terbentuk.
Untuk invalidation, spring low boleh menjadi rujukan, dengan ruang yang munasabah untuk volatility. Stop lebih ketat di bawah test low pula lebih mudah terkena noise.
Saiz position ikut jarak entry ke stop dan jumlah risiko yang kita sanggup tanggung. Actual loss boleh lebih besar jika berlaku gap atau slippage.
Bila stop kena, ikut plan. Kalau muncul setup baharu, assess semula sebagai trade baharu.
Jangan besarkan stop lama semata-mata sebab masih berharap.
Sekarang tengok empat gambar yang disertakan. Ada contoh yang bergerak perlahan, ada yang gap, dan ada yang buat spring kedua selepas entry awal boleh gagal.
Cuba tutup bahagian kanan chart dahulu. Pada waktu reclaim berlaku, apa yang kita sudah tahu? Apa yang masih belum confirm? Berbaloi ke jarak ke target berbanding risiko?
Itulah latihan yang lebih berguna daripada tengok chart yang dah naik dan cakap, “Senang je setup ni.”
Spring membantu kita bina trade idea. Disiplin menentukan bagaimana kita urus idea itu bila market tak ikut jangkaan.
𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗷𝗮𝗺 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗰𝘂𝗸: 𝗔𝗻𝗮𝘁𝗼𝗺𝗶 𝗨𝗧𝗔𝗗 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝗥𝗲𝘁𝗮𝗶𝗹
Pernah tak tengok kaunter keluar berita untung pecah rekod, harga melompat buat new high pecah resistance, tapi bila trader beli dekat atas, selang beberapa jam harga terus junam buat reversal tajam?
Bila harga mula buat terjun tiruk, ramai mula bingung: "Bukan syarikat baru umum untung besar ke? Kenapa harga saham jatuh menjunam?"
Dalam kaedah Wyckoff, fenomena ini dipanggil 𝗨𝗧𝗔𝗗 (𝗨𝗽𝘁𝗵𝗿𝘂𝘀𝘁 𝗔𝗳𝘁𝗲𝗿 𝗗𝗶𝘀𝘁𝗿𝗶𝗯𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻).
Kalau Spring dekat support ambil kesempatan atas orang yang panik, UTAD dekat pucuk pula ambil kesempatan atas sifat tamak dan geng yang tengah FOMO.
Ini apa yang sebenarnya berlaku di sebalik game jerung ini:
𝟭. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗕𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗰𝘂𝗸?
Jerung bukan sekadar tengok chart, mereka tahu psikologi orang ramai.
Bila mereka dah habis fasa distribution atau dah jual sebahagian besar pegangan dekat atas, masih ada baki barang bernilai puluhan juta yang nak kena buang pada harga tinggi.
Persoalannya: siapa yang sanggup beli saham banyak-banyak dekat harga pucuk?
Jawapannya: retail yang sedang dikawal emosi.
Berita earnings padu, projek mega, atau analyst yang letak target price melangit selalunya keluar ngam-ngam pada masa ini. Berita ini bukan nak ajak anda buat untung sekali, tapi nak pancing buyer baru untuk masuk.
𝟮. 𝗠𝗲𝗸𝗮𝗻𝗶𝗸 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿 𝗙𝗹𝗼𝘄: 𝗦𝗮𝘂𝗸 𝗟𝗶𝗾𝘂𝗶𝗱𝗶𝘁𝘆 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗕𝗿𝗲𝗮𝗸𝗼𝘂𝘁 𝗕𝘂𝘆𝗲𝗿
Bila harga melonjak tembus resistance, dua jenis order masuk serentak secara agresif:
• Breakout buyer yang terus tekan market buy sebab takut terlepas bas.
• Short seller yang letak stop loss betul-betul di atas resistance (stop loss untuk short adalah buy order).
Hasilnya: wujud satu lubuk buy order yang sangat besar dekat pucuk.
Bagi institusi, ini adalah hadiah terbaik. Mereka tak perlu susah-payah tolak harga lagi. Mereka gunakan lambakan buy order tersebut untuk buang semua baki barang mereka tanpa buat harga jatuh mendadak. Anda beli saham mereka pada harga paling mahal.
𝟯. 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗲𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗨𝗧𝗔𝗗: 𝗖𝗮𝗻𝗱𝗹𝗲 𝗗𝗮𝗵 𝗣𝗮𝗻𝗰𝗶𝘁
Macam mana nak tahu breakout itu adalah UTAD dan bukan kenaikan sebenar?
Tengok pada tindak balas harga sebaik saja tembus ke paras tertinggi baru:
• Keluar candle dengan spread kecil tapi volume mencanak luar biasa tinggi (ultra high volume). Effort gila-gila, tapi result langsung tak ada. Ini tanda churning atau jerung tengah buang barang senyap-senyap.
• Ekor atas candle panjang sangat (wick rejection).
• Lepas satu atau dua candle, harga gagal bertahan dan terus junam masuk balik dalam trading range asal.
Bila harga masuk balik dalam range, pintu keluar rasmi ditutup. Market dah sedia untuk fasa markdown yang teruk.
𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗡𝗶:
• Berhenti beli saham semata-mata sebab tajuk berita nampak terlalu hebat di media sosial.
• Bila nampak breakout dekat pucuk selepas kaunter dah naik berbulan-bulan, jangan terus ghairah tekan butang buy. Tunggu sama ada harga mampu bertahan di atas paras siling atau ditolak masuk semula.
• Ingat hukum market: jerung beli senyap-senyap dekat bawah masa semua orang takut, dan dorang jual bising-bising dekat pucuk masa semua orang tengah seronok.
𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗦𝗸𝗲𝗺𝗮𝘁𝗶𝗸 𝗪𝘆𝗰𝗸𝗼𝗳𝗳 𝗧𝗮𝗸 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶: 𝗔𝗽𝗮 𝗡𝗮𝗸 𝗕𝘂𝗮𝘁 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗦𝗽𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹?
Buku teks dan kelas saham selalu tunjuk contoh chart yang sempurna.
Ada fasa sideways, muncul Spring cantik di lantai bawah, lepas tu harga terus terbang buat markup berlipat kali ganda.
Hakikatnya dalam pasaran sebenar, bukan semua setup Wyckoff menjadi seperti yang diharap.
Antara mimpi ngeri paling besar trader Wyckoff adalah bila nampak setup macam Spring, tapi bila beli, harga tak nak naik semula masuk ke dalam range. Sebaliknya ia terus bocor ke bawah tanpa brek.
Ini apa yang berlaku di sebalik tabir bila struktur Wyckoff gagal dan bagaimana anda boleh ubah kegagalan ini jadi peluang entry yang baru:
𝟭. 𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗽𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 (𝗙𝗮𝗶𝗹𝗲𝗱 𝗦𝗽𝗿𝗶𝗻𝗴)?
Definisi asas Spring adalah ujian atau shakeout di bawah support untuk sauk liquidity. Selepas itu harga mesti cepat-cepat ditarik masuk balik ke dalam trading range.
Tapi bila Spring gagal:
• Harga tembus ke bawah, tapi jerung tak ada pun pasang buy limit order besar untuk serap jualan tadi.
• Kejatuhan itu bukan sekadar menguji supply. Rupa-rupanya ada macro shock atau jualan institusi lain yang jauh lebih besar sedang melanda pasaran.
• Pihak pembeli tak mampu lawan selling pressure yang terlalu kuat.
Bila harga tutup (close) di bawah lantai support dan gagal nak melantun semula dalam beberapa candle seterusnya, lupakan angan-angan Spring. Struktur accumulation itu terus terbatal.
𝟮. 𝗗𝗶𝗹𝗲𝗺𝗮 𝗝𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗿𝗽𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽
Bukan retail saja yang boleh tersangkut. Institusi pun boleh tersilap langkah bila ada gelombang jualan luar jangka merosakkan plan accumulation mereka.
Bila pelan asal mereka untuk kumpul barang di lantai gagal, mereka tiada pilihan selain terpaksa cut loss atau bertukar jadi penjual agresif untuk selamatkan modal.
Inilah punca kenapa kegagalan struktur Spring selalunya menghasilkan kejatuhan paling laju dan paling ganas di pasaran. Semua buyer yang cuba serap di bawah tadi sekarang terpaksa berlumba-lumba jual barang di pintu keluar yang sama.
𝟯. 𝗧𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗦𝘁𝗿𝘂𝗰𝘁𝘂𝗿𝗮𝗹 𝗙𝗮𝗶𝗹𝘂𝗿𝗲 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗲𝘁𝘂𝗽 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴
Trader yang matang tidak akan terlalu taksub dengan satu-satu nama setup. Bila pasaran tunjuk isyarat berbeza, ubah posisi serta-merta.
Cara manfaatkan Failed Spring:
• 𝗗𝗶𝘀𝗶𝗽𝗹𝗶𝗻 𝗦𝘁𝗼𝗽 𝗟𝗼𝘀𝘀: Bila beli di kawasan Spring, paras cut loss anda mesti sangat ketat betul-betul di bawah ekor candle Spring itu. Kalau harga tutup di bawah paras tersebut, buang segera tanpa banyak alasan.
• 𝗧𝘂𝗸𝗮𝗿 𝗩𝗶𝗲𝘄 (𝗙𝗹𝗶𝗽 𝗕𝗶𝗮𝘀): Kalau Spring gagal dan harga pull back semula menguji lantai support dari bawah (yang kini menjadi resistance), ini bukan lagi fasa accumulation. Ia sudah bertukar menjadi fasa Sign of Weakness (SOW) dan Last Point of Supply (LPSY) untuk downtrend yang besar.
• Kejatuhan selepas Failed Spring biasanya memberi pergerakan pantas dan jelas kerana sudah tiada sokongan pembeli di lantai bawah.
𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗡𝗶:
• Jangan paksa chart ikut skematik yang anda hafal. Skematik sekadar panduan, pasaran sebenar sentiasa dinamik.
• Bila nampak petanda Spring, sentiasa bersedia dengan soalan: "Kalau ini Spring palsu, dekat mana aku nak lari keluar?"
• Struktur yang gagal bukan bermakna analisa anda sia-sia. Ia sekadar isyarat jelas daripada pasaran bahawa pihak penjual jauh lebih dominan daripada sangkaan awal.
---
Pernah tak nampak kaunter buat bentuk macam Spring yang cukup padu, tapi bila beli terus harga sambung junam buat air terjun?
Bila setup Wyckoff anda koyak macam ini, apa tindakan pertama yang anda buat: terus cut loss ikut pelan, atau terus peram dengan harapan ia naik balik? Jom kongsikan pengalaman anda di bawah.
𝗕𝗿𝗲𝗮𝗸𝗼𝘂𝘁 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 𝗔𝘁𝗮𝘂 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽? 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗕𝗲𝘇𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗯𝘀𝗼𝗿𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 𝘃𝘀 𝗗𝗶𝘀𝘁𝗿𝗶𝗯𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗗𝗲𝗸𝗮𝘁 𝗥𝗲𝘀𝗶𝘀𝘁𝗮𝗻𝗰𝗲
Dilema paling besar bila harga mula rapat ke resistance utama: adakah jerung tengah kumpul tenaga nak meletup ke atas, atau mereka sebenarnya tengah senyap-senyap jual dekat buyer yang tengah FOMO?
Bila tengok sepintas lalu, dua-dua situasi ini nampak hampir sama. Harga berlegar tinggi, candle nampak gagah, dan sentimen pasaran rasa macam tengah kuat.
Richard Wyckoff kata skill untuk diagnosis area siling ini antara kemahiran paling penting untuk seorang trader.
Untuk elak daripada tersangkut beli dekat pucuk, ini tiga perbezaan mekanikal yang wajib perhatikan:
𝟭. 𝗗𝗶 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗛𝗮𝗯𝗶𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮?
Tengok reaksi harga bila dekat dengan siling:
• 𝗔𝗯𝘀𝗼𝗿𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻 (𝗠𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗮𝗽 𝗦𝘂𝗽𝗽𝗹𝘆):
Harga melekat rapat dekat siling resistance. Setiap kali ada jualan, harga tak jatuh jauh pun. Struktur mula bentuk compression atau ascending triangle, di mana tapak sokongan makin meninggi (higher lows). Jerung sanggup bayar harga mahal untuk sapu semua unit yang orang nak jual dekat situ.
• 𝗗𝗶𝘀𝘁𝗿𝗶𝗯𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻 (𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗴𝗶𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗮𝗹𝗮𝗻):
Harga cuma cucuk resistance sekejap lepas tu terus kena tolak laju ke bawah (sharp, rapid drop) menuju ke lantai range balik. Jerung tolak harga naik sekejap sekadar nak pancing buyer masuk, lepas tu mereka buang pegangan mereka sampai harga jatuh mendadak.
𝟮. 𝗞𝗮𝗿𝗮𝗸𝘁𝗲𝗿 𝗣𝘂𝗹𝗹𝗯𝗮𝗰𝗸: 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗦𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗩𝗼𝗹𝘂𝗺𝗲
Bila harga berundur sikit dari siling, cara dia undur itu dedahkan niat sebenar:
• 𝗖𝗶𝗿𝗶-𝗰𝗶𝗿𝗶 𝗔𝗯𝘀𝗼𝗿𝗽𝘁𝗶𝗼𝗻:
Pullback berlaku secara malas dan cetek saja. Candle bersaiz kecil (narrow spread) dan volume terus mengering (low volume). Ini bukti jelas seller dah makin tak ada peluru nak tekan harga ke bawah.
• 𝗖𝗶𝗿𝗶-𝗰𝗶𝗿𝗶 𝗗𝗶𝘀𝘁𝗿𝗶𝗯𝘂𝘁𝗶𝗼𝗻:
Bila jatuh dari resistance, candle merah keluar dengan wide spread sekali dengan lonjakan volume tinggi. Ini bukan rehat teknikal biasa, tapi tanda institusi tengah lepaskan pegangan besar mereka secara tergesa-gesa.
𝟯. 𝗥𝗲-𝗮𝗰𝗰𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝗗𝗶 𝗕𝗮𝘄𝗮𝗵 𝗛𝗶𝘀𝘁𝗼𝗿𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗦𝘂𝗽𝗽𝗹𝘆
Situasi paling mencabar bila kaunter naik dan jumpa balik paras resistance lama (historical overhead supply) daripada tahun-tahun sebelum ini.
Dekat zon ini, ramai yang dah tersangkut lama tengah tunggu masa saja nak jual balik modal (breakeven).
Institusi yang bijak takkan redah tembok ini bulat-bulat. Mereka akan bina Re-accumulation betul-betul di bawah resistance tersebut:
• Biarkan harga bergerak sideway untuk uji kesabaran orang yang tersangkut tadi.
• Bila orang lama tadi mula putus asa dan jual sebab lega dapat balik modal, jerung akan sauk semua order itu secara pasif.
• Bila supply tadi dah habis berpindah ke tangan institusi, resistance lama itu akan pecah dengan sangat mudah walaupun guna volume yang sederhana.
𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗡𝗶:
• Jangan terus teruja bila nampak kaunter pacak rapat ke resistance utama.
• Tengok betul-betul: adakah harga melekat rapat di atas sambil volume makin kering, atau harga melantun jatuh dengan laju ke bawah?
• Resistance yang kena uji berkali-kali tanpa kejatuhan yang dalam bukan tanda tembok itu kuat, tapi petanda bekalan dekat situ dah makin rapuh diserap.
---
Pernah tak beli kaunter yang nampak macam dah sedia nak pecah resistance, tapi sebaik saja beli, muncul candle merah pekat tolak harga junam ke bawah balik?
Bila belek watchlist anda hari ini, kaunter yang tengah rapat ke siling itu nampak gaya macam tengah buat compression absorption atau sebenarnya tanda-tanda distribution? Jom sembang dekat ruang komen.
𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗔𝗹𝗹-𝗜𝗻 𝗦𝗮𝘁𝘂 𝗞𝗹𝗶𝗸: 𝗕𝗮𝘨𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗝𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴 𝗕𝗶𝗻𝗮 "𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶𝗴𝗻" 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗪𝘆𝗰𝗸𝗼𝗳𝗳
Tabiat biasa retail bila nampak setup cantik: terus tekan all-in atau masuk saiz penuh dalam satu order.
Bila harga buat shakeout sikit, emosi mula goyang sebab risiko terbuka terlalu besar dari awal. Akhirnya terpaksa cut loss dekat lantai sebelum harga terbang meninggalkan kita.
Richard Wyckoff sejak seratus tahun lepas lagi tidak pernah ajar trader letak seluruh modal dalam satu pukulan.
Beliau mengajar konsep Trading Campaign: membina posisi secara berperingkat mengikut pengesahan struktur pasaran.
Ini cara jerung mengurus posisi untuk pastikan keuntungan berganda sambil risiko kekal minimum:
𝟭. 𝗜𝗻𝗶𝘁𝗶𝗮𝗹 𝗣𝗿𝗼𝗯𝗲: 𝗨𝗷𝗶 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗶𝘇 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
Jangan terus terjun dengan saiz besar pada fasa awal.
Wyckoff memulakan kempen dengan initial probe (posisi ujian kecil, contohnya 20% hingga 25% daripada saiz penuh) pada Phase C, sama ada sewaktu Spring berlaku atau semasa Secondary Test.
Kenapa saiz kecil? Sebab pada fasa ini, harga masih berada dalam zon bahaya di trading range. Kalau Spring itu gagal dan pasaran sambung junam, kerugian yang ditanggung sangat kecil dan terkawal. Anda membayar harga tiket yang murah untuk menguji lantai pasaran.
𝟮. 𝗣𝘆𝗿𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗻 𝗖𝗼𝗻𝗳𝗶𝗿𝗺𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻: 𝗧𝗮𝗺𝗯𝗮𝗵 𝗠𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝘂𝗸𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗕𝗲𝘁𝘂𝗹
Ramai retail terbalik: mereka takut nak beli bila harga mula naik.
Dalam trading campaign, penambahan saiz (pyramiding) hanya dibuat bila pasaran memberi pengesahan kukuh:
• Tambah saiz kedua bila muncul Sign of Strength (SOS): breakout melepasi resistance dengan spread lebar dan volume meyakinkan.
• Tambah baki saiz terakhir pada Last Point of Support (LPS): pullback cetek dengan volume yang kering (menandakan supply sudah habis diserap).
Anda cuma meletakkan saiz penuh bila pasaran sudah membuktikan fasa markup sah bermula, bukan ketika masih berteka-teki di dalam fasa sideways.
𝟯. 𝗔𝘃𝗲𝗿𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗨𝗽 𝘃𝘀 𝗔𝘃𝗲𝗿𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗗𝗼𝘄𝗻: 𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗔𝘀𝘆𝗺𝗺𝗲𝘁𝗿𝗶𝗰 𝗥𝗶𝘀𝗸
Tabiat paling cepat membakar akaun retail adalah averaging down: harga makin jatuh, makin sibuk beli kononnya nak rendahkan purata kos. Hakikatnya anda sedang menambah modal ke dalam aset yang sedang tewas.
Trading campaign mengamalkan averaging up:
• Setiap kali tambah posisi pada harga lebih tinggi, alihkan trailing stop loss ke atas.
• Keuntungan dari posisi pertama (Spring/Test) akan menampung risiko posisi tambahan.
• Walaupun purata harga belian anda naik sedikit, risiko akaun secara keseluruhan mengecil secara drastik (asymmetric risk).
Jika pasaran tiba-tiba berpatah balik sekalipun, posisi anda dilindungi oleh keuntungan terdahulu atau keluar pada paras breakeven. Modal terpelihara, drawdown terkawal.
𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗡𝗶:
• Berhenti anggap trading ini perlumbaan satu klik. Pandang setiap trade sebagai satu kempen ketenteraan yang ada fasa tinjauan dan fasa serangan penuh.
• Jangan beri modal penuh kepada setup yang belum membuktikan dirinya di pasaran.
• Belajar tambah saiz pada posisi yang sedang untung (averaging up), bukan memanjakan posisi yang sedang rugi (averaging down).
---
Biasa tak alami situasi di mana anda terus masuk saiz penuh di lantai bawah, tapi terkena satu goyangan kecil terus panik cut loss sebelum harga meroket?
Berapa ramai di sini yang amalkan pyramiding atau averaging up bila kaunter mula sahkan uptrend? Kongsi pengalaman anda di bawah.
𝗣𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗼𝗸 𝗩𝗼𝗹𝘂𝗺𝗲 𝗕𝗮𝗿? 𝗜𝗻𝗶 𝗖𝗮𝗿𝗮 𝗪𝗲𝗶𝘀 𝗪𝗮𝘃𝗲 𝗦𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 "𝗔𝗻𝗮𝗹𝘆𝘀𝗶𝘀 𝗣𝗮𝗿𝗮𝗹𝘆𝘀𝗶𝘀" 𝗔𝗻𝗱𝗮
Tengok candle demi candle dengan volume bar yang berceracak naik turun bawah chart kerap buat kepala pening.
Sekejap volume hijau tinggi tapi harga tak jalan jauh, sekejap volume merah kecil tapi harga junam dua tiga bid. Akhirnya kita kena analysis paralysis sebab terlalu fokus pada noise satu batang candle.
Masalah ini diselesaikan oleh David Weis melalui 𝗪𝗲𝗶𝘀 𝗪𝗮𝘃𝗲. Beliau ambil falsafah asal Richard Wyckoff dan kumpulkan volume mengikut price swing secara kumulatif, bukan lagi sebatang demi sebatang.
Bila ubah cara pandang daripada candle terpencil kepada gelombang, ini tiga rahsia besar yang akan terbuka:
𝟭. 𝗘𝗳𝗳𝗼𝗿𝘁 𝘃𝘀 𝗥𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁: 𝗨𝗸𝘂𝗿 𝗧𝗲𝗻𝗮𝗴𝗮 𝗞𝘂𝗺𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗳, 𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗽𝗶𝗸𝗲 𝗦𝗲𝗸𝗲𝗷𝗮𝗽
Kalau cuma tengok volume bar biasa, satu spike tinggi kerap menipu kita. Tapi bila volume dikumpul sepanjang satu wave, perbandingan 𝗘𝗳𝗳𝗼𝗿𝘁 (tenaga) dan 𝗥𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁 (jarak pergerakan) jadi sangat jelas.
Bayangkan satu up-wave berjaya tolak harga naik 50 tick dengan kumulatif volume 10 juta unit. Kemudian datang up-wave seterusnya tolak harga cuma 10 tick tapi perlukan 15 juta unit.
Tenaga bertambah banyak tapi hasil pergerakan makin sikit. Itu tanda awal ada tembok supply besar sedang menahan kenaikan, sesuatu yang sangat sukar dikesan kalau cuma belek candle individu.
𝟮. 𝗦𝗵𝗼𝗿𝘁𝗲𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗼𝗳 𝗧𝗵𝗿𝘂𝘀𝘁 (𝗦𝗢𝗧): 𝗟𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗬𝗮𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗸𝗶𝗻 𝗞𝗲𝗵𝗮𝗯𝗶𝘀𝗮𝗻 𝗡𝗮𝗳𝗮𝘀
Wyckoff memperkenalkan konsep Shortening of Thrust bila setiap kali harga buat high baru, jarak kemajuan (thrust) makin mengecil.
Bila digabungkan dengan Weis Wave, bacaannya jadi berlipat kali ganda lebih tajam:
• Gelombang pertama tolak harga laju ke atas dengan wave volume tebal.
• Gelombang kedua tolak melepasi previous high sedikit saja, tapi wave volume mula merosot.
• Gelombang ketiga cuma terloncat sedikit ke atas dengan wave volume yang kering kontang.
Jarak makin pendek dan bahan api makin susut. Ini petanda jelas minat pembeli sudah lesu dan pasaran sedang menghampiri puncak buying climax atau upthrust.
𝟯. 𝗦𝗽𝗲𝗲𝗱 & 𝗔𝗻𝗴𝗹𝗲 𝗼𝗳 𝗔𝘀𝗰𝗲𝗻𝘁: 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗿𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗦𝗮𝗸𝘀𝗶 𝗞𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻 𝗝𝗲𝗿𝘂𝗻𝗴
Sudut kecerunan atau pitch sesuatu gelombang mendedahkan darjah kesungguhan institusi.
Gelombang yang didorong oleh minat institusi tulen selalunya naik dengan sudut curam, pantas, dan bersahaja kerana pihak penjual tidak berani melawan arus.
Sebaliknya, kalau satu up-wave mendaki secara mendatar, perlahan, dan mengambil masa berhari-hari untuk cecah paras tertentu, pasaran sedang beritahu bahawa pembeli terpaksa bersusah-payah menyerap rintangan pada setiap bid. Bila kecerunan mula mendatar selepas satu kenaikan panjang, ia isyarat bahawa dinamik pasaran sedang beralih tangan.
𝗨𝗯𝗮𝗵 𝗠𝗶𝗻𝗱𝘀𝗲𝘁 𝗟𝗲𝗽𝗮𝘀 𝗡𝗶:
• Berhenti sakit mata membelek setiap spike kecil pada volume bar harian.
• Pandang pasaran sebagai pertembungan gelombang: gelombang mana yang bawa volume lebih berat, dan gelombang mana yang sekadar larian kosong tanpa tenaga.
• Bila jarak kemajuan makin sempit tapi volume makin kering, sediakan pelan untuk mengunci keuntungan sebelum ombak pasaran bertukar arah.
---
Nak belajar cara smart money moves the market melalui Wyckoff Method? Jom daftar kelas online 3 Oktober nanti. Register 👇🏻
https://bit.ly/apprenticeFB
Baca lebih banyak lagi perkongsian saham & pelaburan di channel Telegram
https://t.me/smartsahamcom
𝗣𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗕𝗜𝗚 𝗣𝗵𝗮𝗿𝗺𝗮𝗰𝘆 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗖𝗔𝗥𝗶𝗡𝗚?
Dua jenama ini sebenarnya berada di bawah kumpulan yang sama.
Kisahnya bermula pada 2006, apabila dua orang ahli farmasi, Lee Meng Chuan dan Lim Sin Yin, membuka farmasi pertama mereka di Damansara Uptown.
Hampir 20 tahun kemudian, BIG Caring Group mempunyai 626 cawangan di seluruh Malaysia. Kumpulan ini turut membawa jenama Georgetown, Wellings dan Ting Pharmacy.
Kini, BIG Caring sedang merancang untuk disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
𝗠𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗴𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿?
Salah satu caranya ialah melalui pengambilalihan. Pembelian CARiNG dan beberapa perniagaan lain bukan sahaja menambah bilangan cawangan, malah membawa BIG Caring ke dalam bidang pembuatan, pengedaran dan perkhidmatan kesihatan.
Angka kewangannya turut menunjukkan pertumbuhan:
• Hasil meningkat daripada RM2.17 bilion pada FY2024 kepada RM3.41 bilion pada FY2025
• Untung yang boleh diagihkan kepada pemegang saham meningkat daripada RM37.2 juta kepada RM122.3 juta
• Jualan di kedai sedia ada yang layak dibandingkan meningkat 9.6%
Namun, ada satu konteks penting.
FY2025 merangkumi keputusan CARiNG selama 12 bulan, berbanding hanya enam bulan pada FY2024. Jadi, peningkatan hasil datang daripada gabungan pengambilalihan dan prestasi kedai sedia ada.
𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝗸𝗼𝗺𝗶𝘁𝗺𝗲𝗻.
• Jumlah pinjaman: RM1.33 bilion pada Jun 2025
• Kos kewangan FY2025: RM66.3 juta
• Aliran tunai operasi FY2025: RM350.9 juta, sebelum aliran keluar untuk pelaburan dan pembiayaan
BIG Caring merancang membuka 40 hingga 50 kedai setahun bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
Rangkaian yang luas dan skala pembelian boleh membantu kumpulan mendapatkan terma pembekalan yang lebih baik. Namun, setiap kedai baharu memerlukan modal, lokasi sesuai, inventori dan ahli farmasi bertauliah. Kedai baharu juga mungkin mengambil sebahagian jualan daripada kedai yang sudah beroperasi.
𝗗𝗶 𝘀𝗶𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗣𝗢 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮.
Wang daripada saham baharu dicadangkan untuk membayar pinjaman bank, membina pusat pengedaran dan menampung kos penyenaraian.
Wang daripada penjualan saham sedia ada pula akan diterima oleh pemegang saham yang menjualnya.
𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗱𝗶𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶: BIG Caring telah berkembang melalui pembelian perniagaan dan peningkatan jualan kedai sedia ada. Cabaran seterusnya ialah mengurus hutang dan membuka lebih banyak kedai tanpa menjejaskan prestasi rangkaian yang sudah ada.
----
Info setakat 17 September 2026. Berdasarkan dokumen pendedahan prospektus yang belum didaftarkan dan masih boleh dipinda. Kandungan ini bertujuan untuk pendidikan perniagaan. Ia bukan syor untuk melanggan, membeli, menjual atau memegang mana-mana sekuriti.
Footprint menunjukkan transaksi yang sudah berlaku, bukannya semua limit orders yang masih menunggu. Beberapa price levels dengan volume kosong tidak bermaksud “dah tak ada seller”.
Bacaan Test lebih meyakinkan apabila selling pressure berkurang dan harga bertahan.
𝗦𝗨𝗦𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗖𝗔𝗔𝗡 𝗔𝗡𝗗𝗔
𝗟𝗼𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 → 𝗢𝗿𝗱𝗲𝗿 𝗙𝗹𝗼𝘄 → 𝗣𝗿𝗶𝗰𝗲 𝗥𝗲𝘀𝗽𝗼𝗻𝘀𝗲
Mulakan dengan lokasi harga dalam struktur Wyckoff. Kemudian baca footprint dan CVD. Akhir sekali, semak sama ada price response menyokong bacaan tersebut.
• Absorption: effort besar, result kecil.
• Delta divergence: harga dan aggressive order flow tidak selari.
• Test: selling pressure berkurang, harga bertahan.
Wyckoff memberi konteks. Order flow menambah butiran.
Soalan yang menghubungkan kedua-duanya tetap sama:
𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗲𝗳𝗳𝗼𝗿𝘁 𝘀𝗲𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗶𝗻𝗶, 𝗮𝗽𝗮 𝗿𝗲𝘀𝘂𝗹𝘁 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮?
