cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Nota Hati Seorang Lelaki

Hati seorang lelaki..kekadang perlu sekeras waja..ada masanya mesti selembut sutera.. Ah, lelaki.. Jika jiwamu tulus kerana ILLAHI.. pasti lurus perananmu sebagai LELAKI.. amiralhaziq.blogspot.com

Больше
Страна не указанаЯзык не указанКатегория не указана
Рекламные посты
511
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Фото недоступноПоказать в Telegram
3 Ramadhan 1444H, Moga dengan keindahan didikan Ramadhan, indahlah yang dirasa setiap makhluk yang menerima setiap kata dari lisan kita. 🍃 ۞ اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَمَضَان وَبَلّْغْنَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ۞
Показать все...
00:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
2 Ramadhan 1444H, Ya Allah, Izinkanlah kami untuk kembali setelah kami terpesong, Ingat setelah kami terlupa, Kami memohon maaf kepada-Mu setelah kami terlalai. Dengan berkat bulan Ramadhan ini, terimalah doa kami ini Ya Allah. 🤲 ۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Показать все...
00:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
1 Ramadhan 1444H, Bulan Ramadan itu memiliki keberkatannya tersendiri dan ianya ditambahkan lagi dengan dipilih turunnya Al-Quran. Dan dipilih tempatnya menerima Al-Quran iaitu melalui hati Rasulullah SAW. 🌹 ۞ اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَمَضَان وَبَلّْغْنَا فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ۞
Показать все...
00:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞🌹✨
Показать все...
Kadang, Aku rasa seperti mahu tinggalkan atau lepaskan segala yang aku lakukan sekarang Ya! Aku seperti sudah berputus asa, Penat! Letih! Sangat-sangat!! Tapi, apakan daya. Itu memang jalan yang aku pilih dulu Mahu tak mahu, memang kena habiskan sampai ke hujungnya🍂
Показать все...
Bukan mudah untuk tabah , tatkala diri ditohmah Bukan mudah untuk sabar , tatkala hati sedang tercalar Bukan mudah untuk kuat , tatkala diri sedang tergugat Bila hati melakukan dengan tidak ikhlas, Segala perkara akan menjadi tidak kemas, Kerana Hanya untuk melakukan yang terbaik Diriku hanya untuk belajar untuk jadi yang lebih baik Keep Qowiy Myself ❤️
Показать все...
Dear myself.. doing thing wrongly for the first time is not a mistake, its is a lesson 💪🏻 #notahatiseoranglelaki
Показать все...
Pabila kita rasa hebat dengan amal kita, kita rasa over confident bahawa Allah pasti terima amal kita, kita rasa amal kita power, maka itu tanda Allah tak terima. Namun, andai kita rasa amal kita ni sikit je, banyak kekurangan, amat kecil, lantas kita merayu pada Allah agar Allah terima amal kita, kita merintih agar Allah memandangan amal kita dan meredhai amal kita, maka itu antara tanda Allah terima amal kita. Saya menyeru, ayuh malam ni kita sama-sama muhasabah. Seperti mana kita rasa tak selesa selagi tak dapat gaji, dan akan selalu tanya bos kita bila gaji nak masuk, macam tu lah kita perlu bersungguh-sungguh memohon pada Allah agar Allah terima amal kita. Allah maha besar! Tiada tuhan selain Allah, hanya Allah yang layak di sembah di dunia ini, Allah lah tuhan sekalian alam! Ustaz Adnin Roslan Tarbiah Sentap
Показать все...
MALAM RAYA, APA NAK BUAT? Biasanya, malam raya, kita rasa seronok dan leka, main mercun, tengok movie-movie, makan, dan, tak kurang juga yang buat persiapan untuk raya. Namun, sebenarnya, malam raya ni adalah satu malam yang sangat agung untuk di hidupkan! Andai tika ramadhan kita ada LAILATUL QADAR, di malam raya, ia di namakan LAILATUL JAIZAH(Malam mendapat ganjaran/upah). Seperti kita bekerja sebulan, dan dapat gaji, seperti itulah di malam raya, Allah nak bagi kita "gaji" setelah kita berhempas pulas melakukan amal tika ramadhan. Di malam raya, Allah menawarkan keampunan, kerahmatan, kemaafan dan pahala atas segala usaha kita. Pada zaman Umar Abdul Aziz, beliau memerintahkan seluruh gabenornya agar memberitahu pada rakyatnya supaya memenuhkan masjid di malam raya! Lalu, apa yang perlu kita buat malam raya? 1) BANYAKKAN TAKBIR. Takbir, mengagungkan Allah sebanyak-banyaknya. Rasa kebesaran Allah dalam hati, tundukkan nafsu, tundukkan dunia dalam hati, keluarkan semua kebesaran makhluk dalam hati, dan sematkan hanya kebesaran Allah! Takbir sebanyak-banyaknya! 2) BANYAKKAN DOA. Kita kena banyak doa agar Allah terima amalan puasa kita. Doa dengan sungguh-sungguh, merayu, merintih, memohon, memujuk Allah agar Allah terima dan redha dengan segala amal kita ketika ramadhan. Doa panjang-panjang, sungguh-sungguh! Kalau tak tahu doa bahasa arab, doa je bahasa melayu. Allah maha Memahami! 3) MUHASABAH. Cuba koreksi, renung, muhasabah kembali segala perkara yang kita buat ketika ramadhan. Duduk di malam hari berseorangan diri, pejamkan mata, cuba imbau kembali apa yang kita buat sepanjang ramadhan. Adakah kita puasa dengan baik? Menjaga pandangan dari melihat aurat dan melihat perkara yang Allah larang? Kita jaga tak mulut kita dari mengumpat, kutuk orang, fitnah dan sebagainya? Adakah kita dapat menjaga qiamullail dan tahajud kita? Adakah kita sudah meminta ampun deegan sungguh-sungguh? Adakah kita berjaya meninggalkan jahiliah kita? Adakah kita menjaga ikhtilat? Adakah kita menggunakan media sosial kita ke arah yang Allah redha? Bagaimana alquran kita? Adakah kita dapat khatam Alquran? Bagaimana zikir kita? Adakah kita istighfar 100 kali sehari? Adakah kita menjaga solat 5 waktu dengan baik? Cuma kita renung dan musahabah kembali. Kerana, berapa ramai yang berpuasa, namun apa yang mereka dapat hanyalah lapar dan dahaga. Bahkan nabi pernah bersabda bahawa orang yang berlalunya ramadhan namun dia tidak di ampuni sebagai celaka. 4) SOLAT TASBIH. Dalam sebuah hadith riwayat Abu Dawud, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah, Mustadrak Hakim dan Albaihaqi, ada menyebut tentang anjuran nabi saw untuk melakukan solat tasbih! Solat tasbih ini nabi anjurkan agar kita buat setiap hari, kalau tak mampu, buat seminggu sekali, kalau tak mampu, buat sebulan sekali, kalau tak mampu buat setahun sekali, kalau tak mampu buat sekali seumur hidup. Ganjarannya sangat besar! Dalam hadith tersebut, nabi memberitahu bahawa ganjaran solat tasbih ialah, Allah akan ampunkan dosa kita yang awal dan yang akhir, dosa lama dan dosa baru, dosa sengaja dan tak sengaja, dosa kecil dan dosa besar, dosa secara rahsia atau dosa terang-terangan, semuanya Allah ampunkan! Maka, saya cadangkan, malam raya ni, ayuh buat solat tasbih, sebagai tanda syukur kita pada Allah. Bagaimana nak buat solat tasbih? Cuba je search google. Insyallah dah ramai ulama yang hurai bagaimana ingin melakukan solat tasbih. **** Wahai teman sekalian.. Antara tanda ramadhan kita di terima ialah bagaimana kita menghidupkan malam raya. Andai kita hidupkannya dengan kelalaian, rasa-rasanya adakah Allah terima? Ibn Athoillah ada menyebut dalam Al-Hikam: لا عمل أرجى للقبول من عمل يغيب عنك شهوده ويحتقر عندك وجوده "Tidak ada amal yang kamu harapkan diterima Allah, selain amal yang kamu tidak melihat kepadanya(tak cerita amal kita pada orang lain) dan memandangnya kecil atau remeh(merasakan amal kita penuh dengan kekurangan).." Apa maksudnya?
Показать все...
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال وكل عام وانتم بخير وصحه وسلامه يارب العالمين ✨
Показать все...