𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”
Открыть в Telegram
2 650
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней
Архив постов
2 650
Malam ni nak aku bebel tentang apa? Boleh direct ke @seroja_bot
@hatimilikAllah
15 авг. 2019, 02:02
2 650
If you want to walk fast..
Walk alone..
If you want to walk far..
Walk together..
@hatimilikAllah
15 авг. 2019, 01:39
2 650
Sesiapa mahu ajukan soalan dan sebagainya boleh diajukan di @seroja_bot..
@hatimilikAllah
14 авг. 2019, 20:18
2 650
Soalan : motivasi tentang Islam, Iman, Ihsan..
Jawapan :
Ihsan ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, tetapi jika engkau tidak melihat-Nya maka sesungguhnya Ia melihat engkau.
Iman itu ialah bahawa engkau beriman kepada Allah, dan malaikat-Nya, dan segala kitab-Nya, dan para Rasul-Nya, dan engkau beriman kepada takdir baik-Nya dan jahat-Nya.
Islam itu ialah bahawa engkau mengakui tiada tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Muhammad itu pesuruh Allah, dan engkau mendirikan sembahyang, dan engkau keluarkan zakat, dan engkau puasa bulan Ramadan, dan engkau mengerjakan haji di Baitullah jika engkau sanggup pergi kepadanya.
Hr muslim
@hatimilikAllah
14 авг. 2019, 20:15
2 650
Soalan : Kalau seseorang tu mahu berhijrah, ape jalan terbaik untuknya berubah demi kebaikan?
Jawapan :
Semua orang mampu berubah. Yang jadi persoalan nak dengan taknak berubah ja.. Kalau kita nak berubah Allah bukakkan seluas- luas jalan.. Jika kita tidak mahu berubah.. Kita akan mencipta beribu macam alasan..
Berubah ni memang susah.. Sangat susah.. Tiada siapa yang mampu nafikan tentang kesusahan itu.. Contoh, dari tudung biasa nak bertudung labuh.. Dari suka merokok nak buang tabiat merokok .. Itulah sebab Allah janjikan syurga untuk orang yang bersusah payah di dunia.. Ya lah.. Bukan senang nak jaga solat 5 waktu, solat di awal waktu kan? Bukan senang nak buat puasa sunat. Nak jaga ikhtilat semua.. Semua itu sangat susah...
Tapi.. Sampai bila? Sampai bila kita akan anggap benda itu susah? Sampai bila kita akan mencipta alasan? dalam nak buat apa-apa perkara, kita kena ada KEKUATAN. Termasuklah dalam nak berubah. Nak berubah ni, kita kena ada ‘something’ yang menjadi KEKUATAN DALAMAN untuk kita tetap teguh, istiqomah dan berterusan melakukan perubahan. Tanpa kekuatan ni, kita takkan mampu untuk kekal lama dalam perubahan...
Untuk berubah..
1. Bukan setakat kena bertaubat tetapi wajib melazimi taubat..
Jika kamu bertaubat sehingga taubat itu gugur dan kamu kembali melakukan dosa, maka, bersegeralah bertaubat kembali! Katakanlah pada dirimu:”Moga-moga aku mati sebelum sempat mengulangi dosa kali ini….”
(Imam Ghazali)
Menurut Ali b abi talib, orang yang terbaik ialah orang yang banyak kali diuji dengan dosa dan banyak bertaubat.
2. Jaga solat 5 waktu.. Yang ni penting.. Ia akan membentuk disipling diri.. Ia akan mengelakkan kita dari terus melakukan maksiat. If dah bertaubat, nak mula dari mana?? Yang inilah checkpoint 1st. Iaitu JAGA SOLAT 5 WAKTU.. SOLAT DI AWAL WAKTU..
3. Berkawan dengan orang yang baik.. Haa yang ni penting.. Kerana apa? Kerana banyak yang terpengaruh dengan rakan.. Sahabat.. Okay bab ni amat sensitif sedikit.. Tak semua kawan jahat itu jahat.. Ia terpulang kepada otak dan cara permikiran kita.. Bagaiman kita nak had kan dari terikut denga budaya yang dibawa oleh kawan kita?. Itu semua penting.. Kerana kawan atau sahabat ini adalah cerminan pada diri kita..
Jadi bila bersahabat tengok apa positifnya.. Apa kebaikkannya .. Jangan tengok benda yang negatif. Ikut benda yang negatif.. Sahabat ini, ada dua jenis.. Ada yang mengheret kita ke syurga.. Ada juga yang mengheret kita ke neraka.. Allah sendiri dah bagi amaran supaya jangan kawan dengan orang-orang yang jahat! Sometimes, kita sendiri tak sedar yang kita ni MANGSA, dan kat akhirat baru kita sedar. Allah berfirman:
“Dan ingatlah, hari di mana orang zalim menggigit kedua tangannya seraya berkata; “ Alangkah baiknya sekiranya duu aku mengambil jalan bersama-sama rasul. Kecelakaan yang besarlah ke atasku, sekiranya aku dahulu TIDAK MENJADIKAN si fulan itu sebagai TEMAN AKRABKU. Sesungguhnya, dia telah menyesatkanku dari Alquran!!”
(Alfurqan ayat 27-29)..
Jadi jika kawan pun sama nak berubah.. Sama - sama bimbing.. Saling memberi semangat dan sebagainya.. Jahat ni dari segi apa tahu? Dia ajak ke arah kemungkaran.. Ajak keluar agama. Minum arak. Ya itu istilah jahat yang sebenar. Jadi jangan salah faham.. Mohon hindari ya..
Imam Alqushairi pernah berkata :
“Orang yang mahu bertaubat, mesti MULAKAN dengan menjauhkan diri dari kawan-kawan yang jahat, kerana merekalah yang akan mendorong kita agar membatalkan niat dan keinginan untuk bertaubat, serta meragu-ragukan kita tentang azam kita untuk berubah…”
Rajinkanlah dengar usrah, ceramah dan sebagainya..
4. Denda dan hukum diri sendiri.. Contoh , jika kita tinggal solat salah satu waktu . Kita wajib masukkan rm10 ke dalam tabung masjid. Ha itu salah satu contoh.
5. Banyakkan baca alquran.. Berzikir.. Baca almathsurat.. Berdoa dan sebagainya.
@hatimilikAllah
14 авг. 2019, 20:14
