ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

𝓨𝙤𝙪𝙧𝙨𝙤𝙪𝓵 ”

Открыть в Telegram
2 650
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней
Архив постов
Satu ayat al Quran yang kamu hafal ibarat satu helaian benang yang telah kamu siapkan untuk jubah dan mahkota sebagai hadiah untuk kedua orang tuamu kelak di Syurga Allah . @HatiMilikAllah
16 февр. 2019, 00:58

Hijrah yang tertangguh 02 Orang nampak luaran aku Sumpah alim teruk Tapi yang tahu jahat aku Hanya aku dengan Yang Esa Setiap hari aku rindu tahajjudku dahulu kala Setiap malamku,aku rindu taubat ku dahulu kala Setiap masa lapangku Aku rindu dhuha ku.. Adakah ini yang dikatakan "Kemanisan iman itu dapat dirasai dengan hati yang ikhlas kepadaNya" -fqrn- @HatiMilikAllah
16 февр. 2019, 00:49

Remember; Say Allhamdulillah, because you always have more than you think you have ✨ @HatiMilikAllah 🌸
15 февр. 2019, 19:51

Yes. Only Allah can turn our hearts. Allah is the only one we can depend on completely to heal & change positively. All we need to do is ask, doa and pray. @HatiMilikAllah 🌸
15 февр. 2019, 19:42

16.2.19 Allah knows what’s in your heart. Even if you can’t put into words how you’re feeling or what you want, just sit on your prayer mat & just cry. Ask Allah to ease your heart & grant you what’s best for you. Remember, Allah loves you more than your mother. @HatiMilikAllah 🌸
15 февр. 2019, 19:19

📌Tazkirah Ringkas 📑AZAB BAGI MEREKA YANG KUFUR KEPADA NIKMAT KETERANGAN ALLAH Firman Allah SWT : وَمَن یُبَدِّلۡ نِعۡمَةَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَتۡهُ فَإِنَّ ٱللَّهَ شَدِیدُ ٱلۡعِقَابِ [Surat Al-Baqarah 211] ‎Terjemahan : "dan sesiapa menukar nikmat keterangan Allah (dengan mengambil kekufuran sebagai gantinya) sesudah nikmat itu sampai kepadaNya, maka (hendaklah ia mengetahui) sesungguhnya Allah amat berat azab seksaNya" 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
15 февр. 2019, 19:03

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malu Sebahagian Dari Iman عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنْ الْإِيمَانِ Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, dan malu adalah sebahagian daripada iman".(HR Bukhari No: 8) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Iman memiliki lebih 60 cabang. Sifat Malu adalah sebahagian daripada keimanan seseorang. 2. Satu daripada sifat orang beriman ialah memiliki perasaan malu untuk melakukan maksiat dan malu jika tidak melaksanakan perintah Allah dan Rasul. 3. Malu itu menurut Kitab Mukhtashar Jaami’ Al-‘Uluum Wa Al-Hikam ada dua jenis: a. Malu yang bersumber dari tabiat dan fitrah sejak lahir, ia merupakan diantara akhlak paling mulia yang dikurniakan Allah kepada seorang hamba. b. Malu yang terhasil dari usaha dan latihan, yang merupakan pengaruh positif dari mengenal Allah dan keagungan-Nya. Ia merupakan salah satu bahagian darjat keimanan. Rasa malu ini, menjadi penghias dirinya dengan sifat yang mulia dan menjauhkan diri dari sifat-sifat yang hina. Ayuh bersifat MALU yang menjadi satu cabang daripada bukti keimanan kita. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 16hb Februari 2019 11hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
15 февр. 2019, 19:03

Nak jadi "someone" kenalah ada "something" -syamimhasni- @HatiMilikAllah
15 февр. 2019, 16:39

Hijrah yang tertangguh 01 Mencari sinaran baharu dalam setiap subuh Acap kali aku katakan "Esok,aku nak berubah juga" Namun,setiap kali esok menjelma Setiap kali itu aku akan kata "Tidak mengapalah,esok jelah" Dan aku masih bergelumang dengan dosa Dan saat itu, Aku masih terus dan terus melakukannya -fqrn- @HatiMilikAllah
15 февр. 2019, 16:36

Sakit itu penghapus dosa Tapi Sihat itu satu nikmat @HatiMilikAllah
15 февр. 2019, 02:57

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Malu Kepada Allah عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَحْيُوا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ قَالَ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَسْتَحْيِي وَالْحَمْدُ لِلَّهِ قَالَ لَيْسَ ذَاكَ وَلَكِنَّ الِاسْتِحْيَاءَ مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ أَنْ تَحْفَظَ الرَّأْسَ وَمَا وَعَى وَالْبَطْنَ وَمَا حَوَى وَلْتَذْكُرْ الْمَوْتَ وَالْبِلَى وَمَنْ أَرَادَ الْآخِرَةَ تَرَكَ زِينَةَ الدُّنْيَا فَمَنْ فَعَلَ ذَلِكَ فَقَدْ اسْتَحْيَا مِنْ اللَّهِ حَقَّ الْحَيَاءِ Dari Abdullah bin Masud RA berkata, bersabda Rasulullah SAW: Hendaklah kalian malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu. Berkata Ibnu Masud: Wahai Rasulullah, kami malu, alhamdulillah. Baginda bersabda: "Bukan itu, tapi malu kepada Allah yang sebenarnya adalah engkau menjaga kepala dan apa yang ada padanya, hendaklah ia menjaga perut dan apa yang dikandungnya, dan hendaklah ia selalu mengingati kematian dan busuknya jasad. Barangsiapa yang menginginkan kehidupan akhirat hendaklah ia meninggalkan perhiasan dunia. Dan barangsiapa yang mengerjakan yang demikian, maka sungguh ia telah malu kepada Allah dengan sebenar-benar malu.” (HR Tirmidzi No: 2382). Status: Hadis Hasan Pengajaran: Mukmin yang benar-benar memiliki sifat malu kepada Allah ialah yang; a. Menjaga dan memelihara kepala serta seluruh pancaindera di kepala seperti mata, telinga, mulut daripada melakukan perbuatan dosa dan maksiat. Di samping menjauhi syirik iaitu kepalanya tidak tunduk kepada selain Allah. b. Menjaga dan memelihara perut daripada makan dan minum sesuatu yang haram dan berdosa. c. Sentiasa mengingati mati dan bau busuknya tubuh badan apabila mati nanti d. Meninggalkan perhiasan dunia (tidak bertungkus lumus mencari dunia sehingga melalaikan kehidupan akhirat). Ayuh kita berusaha memiliki sifat malu kepada Allah dengan menghias diri dengan sifat di atas. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 15hb Februari 2019 10hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
14 февр. 2019, 17:34

📌Tazkirah Ringkas 📑JANGAN IKUT JEJAK LANGKAH SYAITAN Firman Allah SWT : وَلَا تَتَّبِعُوا۟ خُطُوَ ٰ⁠تِ ٱلشَّیۡطَـٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوࣱّ مُّبِینࣱ [Surat Al-Baqarah 208] ‎Terjemahan : "dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
14 февр. 2019, 17:34

🌷Checklist Jumaat... 🍃Al-kahfi 🍃Mandi sunat 🍃Bersugi/siwak 🍃Selawat keatas Nabi 🍃Berpakaian bersih/putih 🍃Memakai wangian 🍃Zikir Ya Allah 🍃Potong kuku 🌷Jom Amalkan...✍🏻 @ImanQowiyy🐝
14 февр. 2019, 17:02

Aku nasihatkan orang pandai tapi bila kena dekat batang hidung sendiri... Hmm @HatiMilikAllah
14 февр. 2019, 06:45

Honestly. I hold in a lot. When I’m upset. I really don’t like to tell anyone. Especially the person who made me that way. No matter how much anyone asks, the answer will always be. “I’m fine.” Even if its not true. @HatiMilikAllah 🌸
14 февр. 2019, 06:18

Diam tak bermaksud aku tak sakit . @HatiMilikAllah
14 февр. 2019, 06:17

📌Tazkirah Ringkas 📑BERTAQWALAH KEPADA ALLAH DAN JANGAN ENGKAU SOMBONG Firman Allah SWT : وَإِذَا قِیلَ لَهُ ٱتَّقِ ٱللَّهَ أَخَذَتۡهُ ٱلۡعِزَّةُ بِٱلۡإِثۡمِۚ فَحَسۡبُهُۥ جَهَنَّمُۖ وَلَبِئۡسَ ٱلۡمِهَادُ [Surat Al-Baqarah 206] ‎Terjemahan : "Dan apabila dikatakan kepadanya: "Bertaqwalah engkau kepada Allah" timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal." 📮Join Telegram Tazkirah Ringkas telegram.me/DakwahTanpaHenti Sebarang teguran/nasihat email to tazkirahringkas@gmail.com
13 февр. 2019, 18:47

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Keji dan Kasar Ke Neraka عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَيَاءُ مِنْ الْإِيمَانِ وَالْإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَذَاءُ مِنْ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ Dari Abu Hurairah RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu dari iman dan iman ada di syurga, sedangkan perkataan keji itu dari perangai yang kasar dan perangai yang kasar ada di neraka." (HR Ahmad No: 10108) Status: Perawi Tsiqah Pengajaran: 1. Malu adalah hasil dari iman 2. Kata Ibnu Umar: Sesungguhnya sifat malu dan iman itu bersamaan, apabila salah satu tercabut, yang satu lagi turut tercabut. 3. Iman itu tempatnya di syurga 4. Perkataan keji kerana ketiadaan iman dan hilangnya sifat malu berpunca dari perangai kasar dan huduh antaranya mengumpat, memfitnah, dan mencaci maki antaranya melalui media sosial seperti FB, Whatsapp, Telegram, Instagram. 5. Perangai kasar dan buruk tempatnya di neraka Ayuh kita miliki sifat malu dan menjauhi sifat buruk ahli neraka. #Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan# #Malaysia Menuju Negara Rahmah# Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor 14hb Februari 2019 09hb Jamadil Akhir 1440 Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah : telegram.me/hadisharian_ikram Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah: https://t.me/ahadithadayAHAD
13 февр. 2019, 18:47

Cikgu yang ajar drive ni memang majoriti bawa kereta macam dekat litar sepang eh?🧐🧐🧐 @HatiMilikAllah
13 февр. 2019, 08:48

Dalam hidup ni, Bukan lah dengan hidup sendiri, Kadang-kadangkan, Ramai - ramai itu membahagiakan, Tapi tak semua saat kita perlu ramai-ramai, Dan tak setiap saat kita kena bersendirian, If u trust people around u Just tell them the truth.. Tapi itu pilihan.. Jangan pernah rasa diri ini tak berguna, Kerana apa gunanya Yang Esa ciptakan diri ini andai tiada guna, Sesungguh yang Maha Mengetahui hanya lah Dia.. Percayalah setiap insan yang bernama manusia ada kelebihannya.. Jangan pernah perasaan itu mengawal diri Seperti mana, Nafsu menjadi kapten sebuah kapal.. Kelak pasti sengsara.. -fqrn- #sayamasihmencuba @HatiMilikAllah
13 февр. 2019, 08:46