cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Tadabbur dan Muhasabah

Menghayati(tadabbur) Al Quran & muhasabah bersama sama.

Больше
Рекламные посты
320
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah SAW selalu mengucapkan Ya muqallibal qulub, thabbit qalbi 'ala dinik (Wahai Allah yang berkuasa membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku (Anas) pun bertanya:  "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau tentang kami?" Baginda menjawab:  "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."  (Hadis riwayat Ahmad) ========== Kadang sukar untuk kita taat kepada Allah. Mungkin kerana hati kita penuh noda. Mungkin juga hati kita masih ada karat-karat jahiliyah. Mungkin juga masih ada 'berhala' dalam hati kita tanpa sedar. Berhala yang berupa cinta kepada dunia, harta, dan hawa nafsu yang melebihi cinta kepada Allah. Tingkatkanlah cinta kita kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada bentuk rupa dan harta kamu sekalian, tetapi Allah melihat kepada hati dan amalanmu yang ikhlas." (Hadis riwayat Muslim) Jika sedang berusaha tetapi gagal, jangan berputus asa kerana itulah sejumlah usaha yang diperlukan untuk melembutkan hati kita untuk Cinta kepada Dia. "Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Surah al-Anfal, ayat 2) #tadabburdanmuhasabah
Показать все...
Ingin dapatkan penulisan Part 2 ?Anonymous voting
  • Ya. Nanti post ya
  • Boleh, memang sangat memberi kesegaran pemahaman dan tujuan kembali
  • Yup, teruskan...
0 votes
Telusuri kembali TARBIYAH DIGEMBAR GEMBURKAN DI TELINGA KITA (Part 1) Umat sejagat dan seusia di bumi Allah kini terwujud pelbagai jenis latar belakang hambanya yang diberi akal 1) Yang menzalimi diri 2) Yang diketuk baru terngadah 3) Yang sentiasa kerah menjadi lebih baik QS, 35:32 Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya ada yang bersikap sederhana, dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata). Bagi kita yang tersedar dimana keadaan kita hari ini berdasarkan ayat Allah diatas, bersegeralah kearah pengampunan Allah selagi, Mata mampu melihat kebaikan Telinga mengenal ungkapan nasihat kebaikan Hati mampu membeza baik dan buruk Kerana manusia akan terus diuji bagi tujuan kebenaran iman yang diamanahkan QS, 29:2&3 2. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 3. Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. Sebuah cabaran buat sang pencari cinta ilahi, menempuh perjalanan hidup yang kian berterusan... entah bila kan kiamat seperti yang dijanji. Keramaian manusia, kini umpama semakin ditapis Allah hakikat manusia yang benar2 berkata janji ketika didalam rahim ibunya. Maka itu, penting ditelusuri kembali... Sejauh manakah hasil tarbiyah kita sepanjang dihidupkan. Jika kita benar2 islam, maka sewajarnya agama ini ... sentiasa ada sahaja yang akan membela, Jika kita benar2 islam, maka sewajarnya agama ini ... digeruni musuh hakiki yakni si Kafir laknatullah Jika kita benar2 islam, maka sewajarnya agama ini ... dibangkit kembali semangat pemuda yang berkobar dan hidup Jika kita benar2 islam, pelukan sepenuhnya sang hamba kepada segala perintah Allah dan Rasulullah
Показать все...
KERANA IKHLAS PERLU DIBAYAR Berapa ramai daie yang sedang berada dalam perjalanan hati menuju Allah, namun terpesong dipertengahan jalan kerana hatinya yang sudah mula melirik dan terpikat pada perhiasan dunia. *وَاصۡبِرۡ نَـفۡسَكَ مَعَ الَّذِيۡنَ يَدۡعُوۡنَ رَبَّهُمۡ بِالۡغَدٰوةِ وَالۡعَشِىِّ يُرِيۡدُوۡنَ وَجۡهَهٗ​ وَلَا تَعۡدُ عَيۡنٰكَ عَنۡهُمۡ​ ۚ تُرِيۡدُ زِيۡنَةَ الۡحَيٰوةِ الدُّنۡيَا​ ۚ وَ لَا تُطِعۡ مَنۡ اَغۡفَلۡنَا قَلۡبَهٗ عَنۡ ذِكۡرِنَا وَاتَّبَعَ هَوٰٮهُ وَكَانَ اَمۡرُهٗ فُرُطًا (QS Al-Khafi 18 : 28) Maka Allah minta kita bersabar, agar terus menjaga nilai keikhlasan kita. Amalan ibadah, hati dan dakwah kita, bukan setakat 'istiqomah' (berterusan) tetapi juga perlu 'istimror' (berterusan dan bertambah). IKHLAS DIBAYAR DENGAN KESABARAN.
Показать все...
Menghuni Neraka Kerana Dosa Lisan عن أبي هريرة رضي الله عنه قَالَ: قِيْلَ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه و سلم يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ فُلاَنَةً تَقُوْمُ اللَّيْلَ وَ تَصُوْمُ النَّهَارَ وَ تَفْعَلُ وَ تَصَدَّقُ وَ تُؤْذِي جِيْرَانَهَا بِلِسَانِهَا  فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: لاَ خَيْرَ فِيْهَا هِيَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ قَالُوْا: وَ فُلاَنَةً تُصَلِّى اْلمَكْتُوْبَةَ وَ تَصَدَّقُ بِأَثْوَارٍ وَ لاَ تُؤْذِي أَحَدًا فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه و سلم: هِيَ مِنْ أَهْلِ اْلجَنَّةِ Daripada Abu Hurairah RA berkata, pernah ditanyakan kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya si Fulanah rajin solat sunat malam, puasa di siang hari, mengerjakan (berbagai kebaikan) dan bersedekah, Cuma ia suka mengganggu para tetangganya dengan lisannya?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Tiada kebaikan padanya, dia termasuk penghuni neraka”. Mereka bertanya lagi, “Sesungguhnya si Fulanah (yang lain) mengerjakan (hanya) solat wajib dan bersedekah dengan sepotong keju, namun tidak pernah mengganggu seorangpun?”. Bersabda Rasulullah SAW, “Dia termasuk penghuni syurga”. (HR Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrod: 119). Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Seseorang akan ditempatkan kedalam syurga atau neraka bukan hanya bergantung banyaknya amal fardhu dan sunat atau tidak.  2.  Ada orang yang rajin solat sunat malam, rajin puasa sunat, banyak melakukan kebaikan dan bersedekah, tetapi masuk neraka kerana mengganggu para tetangganya dengan lisannya (habis segala pahala kebaikannya) 3.  Ada orang yang hanya mengerjakan yang fardhu seperti solat fardhu dan puasa fardhu, sedekahnya sedikit namun masuk syurga kerana tidak pernah menganggu orang lain. 4.  Pada hari ini dosa lisan banyak digantikan dalam bentuk tulisan, gambar juga video yang kadang kala lebih kesat, buruk, penuh dengan adu domba, umpatan, kejian dan fitnah termasuk yang ditularkan di FB, Twitter, Whatsapp, Telegram, Tik Tok dan sebagainya. 5.  Ingatlah amaran Allah kepada pengumpat, pemfitnah dan pencela dalam surah al-Humazah وَيْلٌ لِكُلِّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ "Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela" -  Humazah menurut Mujahid, pengumpat termasuk cemohan dengan lisan dan ucapan termasuk body shaming (ejekan menghina fizikal). -  Lumazah menurut Abi Hayan dalam Tafsir al-Bahrul Muhith bererti hinaan dengan isyarat mata, tangan dan sebagainya Inilah gambaran manusia jahiliah yang memiliki jiwa lemah dan hina akibat tidak memiliki iman yang benar serta kehormatan diri. Ingatlah bahawa pengumpat akan dihumban ke neraka hutamah. كَلا لَيُنْبَذَنَّ فِي الْحُطَمَةِ (٤) وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْحُطَمَةُ (٥) نَارُ اللَّهِ الْمُوقَدَةُ (٦) الَّتِي تَطَّلِعُ عَلَى الأفْئِدَةِ (٧) إِنَّهَا عَلَيْهِمْ مُؤْصَدَةٌ (٨) فِي عَمَدٍ مُمَدَّدَةٍ (٩) Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benar-benar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. (4) dan tahukah kamu apa Huthamah itu? (5) (iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan (6) yang (membakar) sampai ke hati. (7) Sesungguhnya api itu ditutup rapat atas mereka (8). (sedang mereka itu) diikat pada tiang-tiang yang panjang (9) (Surah Al-Humazah: 1-9) Marilah kita pelihara ibadat fardhu dan bersungguh-sungguh menjaga lisan dan tulisan, sama ada yang kita tulis atau yang kita forward. Sesungguhnya dosa lisan mungkin hanya didengar oleh beberapa orang namun dosa tulisan, gambar, video berkekalan dan tersebar keseluruh dunia di alam maya tanpa sempadan ini. Ingatan untuk Cybertrooper khususnya.
Показать все...
Merasa biasa itu permulaan detiknya malas di dalam diri, Merasa rutinisasi semata permulaannya berasa selesa, Merasa biasa saja adalah permulaan diri kita ini sekadar untuk hidup, Nah, apakah yang akan mengubah ini semua ? Sentiasa muhasabah setiap perkembangan tindakan kita, Mengubah tahap kesungguhan kita, dan Menetapkan pembaharuan prestasi kita ! Rujukan buat hatimu : QS 23:115 - Allah itu tidak menyuruhmu sia2kan hidup mu Hadis : Setiap tindakan itu bermula/tergantung dengan niat kita
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
Cuti2 yang ada jangan kita khianat dengan amanah kita sebagai hamba Allah, Pengikut Rasulullah, daie and khalifah yang diharapkan Allah.
Показать все...
05:16
Видео недоступноПоказать в Telegram
Kecintaan Sultan Abdul Hamid II pada Nabi Muhammad ﷺ
Показать все...