cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Wattpad Malaysia ✨

A home for malaysian wattpadders to share their stories. If interested to share stories, do post to @mywattys_bot.

Больше
Страна не указанаЯзык не указанКатегория не указана
Рекламные посты
1 581
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Synopsis : "Orang lain boleh rasa marah, sedih, rindu. Kenapa aku tak boleh rasa semua tu? Kenapa aku ketawa? Kenapa aku rasa semua ni lawak?" Aryan meluahkan perasaannya yang sudah lama terpendam. Kayla terdiam. Lidahnya terasa kelu. "Tolong, Kayla. Tolong aku untuk rasa semua perasaan tu," rayu Aryan lalu melutut di hadapan Kayla. Kayla masih mendiamkan diri. Dia tidak pernah menghadapi situasi seperti ini. Dia cuba memaksa otaknya untuk berfikir. Namun, otaknya kosong. Aryan, lelaki yang tidak pernah mengenali emosi negatif seperti sedih atau kecewa. Lelaki ini sentiasa ceria. Sejak dia mengenali Aryan, dia tidak pernah melihat Aryan menunjukkan perasaan sedihnya. Perlu ke dia bantu Aryan? . . . ⚠️ Warning ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur-unsur kekejaman dan boleh menganggu mental bagi sesetengah pembaca. Sila langkau bahagian tersebut jika tidak berminat.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
https://www.wattpad.com/story/311690980 Title : Smile Status : On Going Warning / Triggers : - blood - brutal murder
Показать все...
Synopsis : Hannah terjatuh ke dalam perangkap yang dibina oleh kembar seirasnya, Aulia Mikhael sehinggakan dia turut terperangkap ke dalam penjara yang dibina oleh Rayyan, jejaka agresif dan sombong itu yang membuatkan Hannah semakin dilanda kekeliruan selepas sahaja dia digelar sebagai Aulia oleh Rayyan. Perkara semakin bertambah rumit apabila Rayyan merupakan bekas kekasih gelap Aulia. "Kahwin dengan aku" - Tengku Rayyan Azriel Hari demi hari, rasa cinta mula berputik di hati masing-masing walaupun masih terdapat benteng yang kukuh menjadi penghalang cinta mereka. Janji dan nekad Hannah ingin membantu adiknya agar bersatu semula dengan Rayyan, bagaikan satu pemisah antara dirinya dengan jejaka itu, walau jauh di sudut hati, hatinya mula tertarik dengan Rayyan. Tetapi, semakin dalam rasa cinta tersebut, rasa bersalahnya semakin menggunung pula pada Aulia. "Saya bukan Aulia Mikhael" - Hannah Mikhael Berkali-kali dia mengaku, sehingga suatu tahap dia nekad untuk menyatukan Aulia dan Rayyan secara diam-diam. Kenapa dia lakukan semuanya? Kerana baginya, air dicincang tidak akan putus, carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua. Ketika sinar cahaya dipancarkan menuju kegelapan, sinar tersebut semakin dikepung dengan kesuraman keadaan menyebabkan niat menyinari tempat tersebut seperti terbengkala. Namun siapa sangka bunga ros merah berbeza maksud dengan bunga ros hitam. "Yes, kita dilahirkan secara berkembar tapi tujuan kita lahir adalah berbeza. Aku lahir untuk bersinar dan kau lahir hanyalah sebagai tempat untuk aku bersinar " - Aulia Mikhael Lalu, bagaimana dengan pengakhiran kisah mereka? Adakah semuanya semudah itu sahaja? "Hug and comfort me, gorgeous. I need your love" - Mr. Isaac Javaid
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
https://www.wattpad.com/story/184510270 Title : His Little Girl Status : On Going Warning / Triggers : - Harsh Words/Blood
Показать все...
Synopsis : Delila berasal dari keluarga miskin telah masuk ke dalam sebuah kolej yang dibina khas untuk orang berada . Susah untuk dia menyesuaikan diri di dalam kawasan orang kaya itu . Nasib Delila berubah apabila dia mendapat kad merah dari kumpulan f4 iaitu kumpulan 4 orang lelaki yang paling kacak dan kaya di kolej itu . Setiap masa pasti Delila akan dibuli oleh warga kolej itu . " awak jangan fikir awak tu orang kaya , awak boleh maki orang sesuka hati eh ? Jangan la banggakan sangat status ' kaya ' awak tu ! "- Delila Syahira Tengku Emir Safwan , ketua di dalam kumpulan f4 telah terjatuh hati dengan keberanian yang ditonjolkan oleh gadis yang bernama Delila itu . Walaupun dirinya diselimuti oleh ego namun di betul betul jatuh cinta pada gadis itu dan ingin memiliki gadis yang dihina oleh dirinya itu . Mampukah Emir menambat hati Delila yang amat membenci dirinya itu ? Dan mampukah Delila menerima Emir yang menghina dirinya suatu ketika dahulu ? [ warning ] : cerita ini diinspirasikan dari komik jepun iaitu hana yori dango . Juga diinspirasi dari drama meteor garden dan boys over flower . Juga akan ada penambahan babak yang berasal dari idea penulis sendiri .
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
https://www.wattpad.com/story/296138936 Title : F4 : Kau Milikku Status : Ongoing
Показать все...
Synopsis : "Jangan cari mama lagi" Degupan jantungnya seakan terhenti seketika. Alangkah terkejutnya Alara apabila melihat notification itu. Dia cuba menunjukkan reaksi yang tenang. "Stay calm Alara". Dia cuba menenangkan dirinya sendiri. Yes, itulah yang sering dilakukannya apabila sesuatu yang buruk terjadi pada dirinya. Alara bukan seorang yang suka meluahkan perasaan pada orang lain, malah dia sering bereaksi tenang seperti tiada apa yang berlaku. Tetapi apa yang terbuku di dalam hati dan fikirannya, dia dan tuhan sahaja yang tahu. Setelah beberapa minit membiarkan notification tersebut, dia membuka dm ig nya. Bukan tidak mahu membuka dm tersebut sejak awal tadi, tapi dia masih terkejut dan mengambil masa untuk menghadam semuanya. "Lepasni jngn cari mama lagi" "Mama tak mahu ada kaitan dengan keluarga kamu lagi" Setiap patah perkataan dibacanya dengan hati yang hancur. Air mata jernih akhirnya menitis dari sepasang mata seorang gadis yang cantik itu. Tiada kata yang mampu diungkapnya. Tidak lama kemudian dia membalas dm mamanya itu. "Kenape mama ckp mcm ni" "Mane blh mcm tu" "Mama tetap mama lara" "Kn kite dh janji nk jumpa" "Papa pun dh bg lara jumpa mama lepas habis paper" Setiap kata-katanya diungkapkan bersama dengan tangisan yang tidak kedengaran. Dia cuba untuk menyorokkan tangisannya supaya tidak kedengaran orang lain di rumahnya. "Mama tak mahu ade kaitan dengan kamu lagi, kamu faham tak" "Mama ni mendatangkan masalah dalam keluarga kamu" "Selamat tinggal anak kesayangan mama. Ini jalan terbaik" Sejak dari peristiwa tersebut, kehidupan Alara berubah. Setiap senyuman yang diukirkan terasa sangat berat. Tubuhnya sentiasa berasa penat. Alara juga semakin kerap jatuh sakit. Walaubagamanapun, dia tetap tidak meluahkan perasaannya pada sesiapa. Papa dan ibu tirinya juga tidak tahu tentang perkara tersebut. Baginya tiada guna dia meluahkan maslalahnya pada orang lain. Itu hanya akan menambah masalah. Tetapi ada seorang yang dia perlukan. Qihael. Hael, i need you... Hanya itu yang mampu diungkapkan walaupun dia tahu Hael tidak akan datang.
Показать все...
Фото недоступноПоказать в Telegram
https://www.wattpad.com/story/309903784 Title : Alexithymia Status : on going

Synopsis : Berkahwin dengan seorang nelayan? Langsung tidak pernah terlintas di fikiran KERRIN MEDINA untuk mendirikan rumahtangga bersama seorang lelaki yang tidak setaraf dengan kedudukkannya. Namun, dia harus belajar untuk menerima kenyataan walaupun dia tidak rela bersuamikan lelaki seperti HUD HAYYAN. "Terima kasih Medina sebab sudi terima abang sebagai suami." "Kau jangan perasanlah. Aku tak nak pun kahwin dengan kau sebenarnya. Aku buat semua ni sebab aku terpaksa." Selama dia bergelar isteri kepada Hud Hayyan, tidak pernah sekalipun dia melayan lelaki itu dengan baik. "Kenapa Medina layan abang macam ni?" "Sebab aku tak cintakan kau!" "Abang akan buat sampai Medina jatuh cinta dengan abang." "Perkara itu takkan berlaku walau dalam mimpi kau sekalipun!" Tanpa sedar, kata-katanya itu telah menjerat dirinya sendiri. Dia mula tertarik dengan Hud Hayyan akibat terpesona dengan kesabaran yang ditunjukkan oleh lelaki itu. Namun di saat dia cuba belajar untuk mencintai Hud Hayyan, rahsia yang di simpan kemas oleh lelaki itu selama ini mula terbongkar membuatkan dia kembali memberontak. "Abang tak ada niat nak tipu Medina pasal pekerjaan abang. Abang cuma..." "Cuma apa? Cuma nak buat saya rasa tertampar sebab saya pernah hina awak dulu?" Keadaan yang sudah sedia tegang menjadi bertambah keruh setelah hadirnya orang ketiga dalam hubungan mereka. "Jannah tahu Abang Hud tak bahagia dengan Medina. Jannah boleh gantikan tempat dia untuk buat Abang Hud bahagia." "Kalau kau nak sangat dekat Hayyan ni, kau ambillah. Aku tak kisah pun sebab dari dulu lagi aku tak pernah cintakan dia. Hanya dia saja yang tak henti-henti mahu menagih cinta daripada aku." Adakah Hud Hayyan rasa tercabar dan berpaling daripada Kerrin Medina? Atau dia akan tetap setia dan sabar dalam melayani semua karenah isterinya itu? Dan adakah Kerrin Medina benar-benar tidak peduli jika Nur Jannah merampas Hud Hayyan daripadanya? Atau dia berbuat begitu untuk mempertahankan egonya sahaja?
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.