cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Doodlemuslimah_

Bicara si gadis ninja (niqabis)

Больше
Страна не указанаЯзык не указанКатегория не указана
Рекламные посты
319
Подписчики
Нет данных24 часа
Нет данных7 дней
Нет данных30 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Mengumpat. Setiap makhluknya Allah kurniakan nikmat mulut. Ada bibir dan ada juga suaranya. Dan setiap yang hidup itu sudah pasti ada baik dan kurangnya. Walaubagaimanapun, apa kita dapat lihat sekarang, dunia sudah pun dikawal oleh media sosial. Facebook, twitter, instagram dan sebagainya. Sampaikan berita di kaca televisyen juga sepertinya kurang dapat sambutan. Hanya di hujung jari, pelbagai informasi sudah boleh dapat. Apa saya nak bualkan adalah topik berkenaan mengumpat. Suatu hari saya duduk di hujung suatu sudut di family store. Menunggu kedatangan ayah saya. Agak kerap saya melihat jam di tangan kerana sudah terlebih waktu yang dijanjikan. Tiba tiba saya terlihat sekumpulan remaja perempuan sedang menikmati air dan menghampiri saya. Mereka cuma mahu melepak dan duduk di sebelah posisi saya. "Kau tahu, encik mail tu bagi berlambak kerja" "Itulah!! Bengang aku" Entah kenapa saya mula tersenyum. Gelagatnya mengingatkan aku di waktu zaman persekolahan.. Dan.. "Aku nak update status nama cikgu mail ni" "Oriteee nanti aku share" Saya mula tidak senang hati. "Erm tak patut lah, walaupun dia mcm tu tapi dia okay" seorang kawannya mula menegur. "Ishhh aku bengangla" "Tak yah lah, kau buat ni pun bukan burukkan nama dia, nama kau juga yg tercalar. Baik sabar je" Syukur alhamdulillah. Baiklah, rasulullah s.a.w melarang sekali kita berkata bukan bukan dan berbuat perkara memudaratkan. Semuanya akan ada beri kesan negatif pada hati kita dan nama imej islam di mata dunia malah di mata orang bukan beragama islam. Mengumpat akan menjerumus diri kita dalam cabang membuka aib orang lain. Perkara ini sangat dilarang oleh rasulullah dan Allah. Perkara yang buruk akan memberi impak yang buruk. Untuk apa berbuat sedemikian?? Boleh dikatakan untuk kepuasan hati dan kepentingan diri sendiri. Jadi lebih baik berdiam diri dan mengamalkan sifat sabar dalam diri. Tiada siapa sempurna dan tiada siapa yang hebat. Saya dan yang lain semuanya memerlukan pertolongan dan pergantungab Allah sepenuhnya. :) Jadi kita juga ada kurangnya. Sama sahaja.
Показать все...
Cinta dan sunyi. Suatu anugerah yang diberi oleh Allah kepada hambanya. Perasaan cinta yang istimewa hadir apabila mula berkasih syg. Akan tetapi, hebatnya seseorang itu bukanlah yang kerap akan jatuh cinta. Tetapi hebatnya seseorang itu adalah menjaga cintanya dengan sebaik mungkin. Baiklah apa saya nak katakan disini bukanalah pengalaman cinta saya dengan seseorang. Tetapi Cinta antara Allah dan hambanya. Seperti mana kita tahu, cinta itu sangatlah mahal dan berharga di mata insan yang tahu menghargai. Dek sibuk mencari dan menegakkan suara mengenai hargai dan cinta... kita terlupa untuk memberi cinta kepada yang sebenar benarnya. Kita tahu Allah maha penyanyang Kita tahu Allah maha memberi cinta yang indah Kita tahu Allah maha penyabar Apabila kita sudah meletakkan cinta kita kepada Allah, sudah pasti kkta akan dapat kebahagiaan di dunia. Jum ambil satu contoh.. Apabila kita suka akan seseorang, kita mula nak tahu details orang tersebut. Hobinya, warna kegemarannya, apa makanan kegemarannya dan sebagainya.. Tapi kita kena buat begitu kepada Allah. Apa Allah suka, apa Allah tidak suka, dan sebagainya.. sebenarnya bila kita meletakkan cinta no satu itu adalah Allah, inn shaa allah dunia akan mengejar kita. Dari soal jodoh, harta, dan sebagainya. Perkara ini menjadi samar samar kerana ramai mahukan kebahagiaan dengan cara shortcut bukannya penuh dengan segala cabaran untuk menguji kesetiaan kita. Cinta dan rindu Itulah akan mengukur siapa diri kita. Keep istghfar Dan keep sabar Bersambung
Показать все...
Kehidupan Saya mengidamkan suatu kehidupan yang sempurna. Saya mengidamkan suatu kehidupan yang sangat membahagiakan. Saya sering kali berangan, apa saya idamkan semuanya ditunaikan oleh ilahi. Akan tetapi pernah tak kita terdengar suatu kata "Mana mungkin ada kesenangan untuk setiap kebahagiaan" Semasa saya kecil, saya seorang insan yang pasif. Insan yang cepat menggelabah dan sangat sukar dalam bidang bidang akademik. Saya sering meluahkan perasaan saya pada sebuah lukisan. Warnanya malah sketching sekalipun. Itulah saya di waktu kecil. Saya pernah bertanya pada ayah dan ibu "Apa akan membuatkan mereka bangga dengan saya?".. mereka menjawab "result akademik terbaik" Siang dan malam saya bertungkus lumus study walaupun usia 10 tahun. Kerana mahukan perhatian. Tapi rancangan Allah lebih hebat mahu memberi saya kekuatan.. Apa saya harapkan semuanya terbengkalai. Gred masih bawah, dan akademik tidak memberangsangkan. Satu sahaja.. pendidikan seni visual. Dapat gred A. Saya masih ingat, saya berlari ke balik ke rumah, sbb itulah gred paling ohsem saya pernah dapat.. Saya masih ingat, macam mana saya jerit panggilan mereka berdua dari jauh. Dan tidak saya sangka semuanya menjadi suatu keperitan dalam hidup saya. Lukisan itu akhirnya direnyuk masuk ke dalam tong sampah. Saya masih ingat, di waktu malam, saya ambil lukisan itu semula. Saya menangis tepi tong sampah. Waktu itu, saya mula beranggapan dunia ini sangat tidak adil untuk saya. Apabila saya mencecah usia remaja dan berbelasan tahun.. saya mula fokus pada kebebasan diri. Bukan bermaksud saya memberontak. Akan tetapi sya mencari keseronokan pada diri atas sebab saya sunyi. Ikatan saya bersama keluarga kian jauh. Tapi percaya atau tidak, saya merindui mereka. Setiap malam, saya akan melihat gmbar mereka untuk hilangkan rasa rindu itu. Saya sering berkata "andai saya bijak seperti adik beradik yang lain" Saya sering merungut dan rasakan "mengapa aku diuji sebegini rupa??" Semuanya terhenti apabila saya mula sedar akan ilmu agama. Waktu itu saya menyambung pengajian dan umur pun sudah 20 tahun. Saya mula sedar kehidupan ini perlu diisi dengan baik supaya kita mendapat yang baik baik. Saya masih ingat sturggle nak berubah.. ada juga isi hati kata "dunia tak adil" walhal itu semuanya salah sendiri :') Saya pernah hampir berputus asa untuk berubah, atas asbab mulut org lain.. tapi saya bangkit semula kerana ilahi. Kehidupan mula akan bahagia apabila terselitnya ujian. Ujian yang memberi segala warna kepada kehidupan. Mengapa perlu bersedih terlalu lama.. Allah kan ada
Показать все...
Selamat hari jadi Antara hari yang dinanti nantikan oleh semua insan yang berada di muka bumi. Antara hari yang menggambarkan kegembiraan yang perlu disambut dengan gahnya :). Ada juga merasakan hari itu adalah hari yang tiada apa erti untuknya. Semasa saya berusia kanak kanak, saya begitu excited untuk menyambutnya. Kalau boleh nak hari hari adalah hari jadi saya. Imaginasi saya akan terpampang kek, belon dan sebagainya. Ohh tak lupa juga nyanyian yang popular. "Selamat hari jadi Selamat hari jadiiiii Selamat hari jadiiii... Selamat hari jadi"" Semasa kecil saya adalah insan yang suka akan menanya kepada insan lain "hari ni hari apa??" Sehinggalah umur saya 10 tahun, saya mula berhenti bertanyakan soalan itu. Kerana hal hal keluarga. Apabila saya berusia remaja, saya tidak lagi memikirkan hari jadi. Ada juga kawan kawan bertanya "Bila birthday kau??" Saya akan jawab tapi entahlah tiada apa apa perasaan yang gembira. Lama kelamaan, saya mula tidak rasa apa apa tentang tarikh kelahiran saya sendiri. Sehinggalah suatu hari.. semasa saya berusia 20 tahun. Waktu itu saya sudahpun menjadi seorang yang agak pendiam dan suka membuat hal sendiri. Maksudnya saya fokus pada group2 bisnes 😚. Pada pukul 12 malam, saya masih study untuk test keesokan harinya. Tiba tiba kawan baik saya menyapa "Hari ni hari apa?" Saya hairan.. Aiseymen, ada benda aku lupa ke ?? Ohh nooo Hahaha memang gelabah sikit, saya berhati hati memberi aksi angkt bahu sikit. Tiba tiba dia menyanyikan lagu hari jadi dan menghampiri memeluk saya .. Saya terkejut, entah kenapa saya rasa happy. Sudah lama saya tidak rasakan perasaan ini. "Wei, aku nak tanya.. kenapa kau tak celebrate birthday kau?" "Hah, yeke?" "Yela, kalau birthday kawan lain pun kau tak acuh x acuh je" Saya lepaskan nafas perlahan "Hurm maybe masa kecil kecil kut" "Kenapa?" "Masa aku kecik , aku mmg suka plus excted bab bab birthday ni.. tapi sebab one word aku terus anggap benda ni menyedihkan" "Kenapa tu?" "Masa tu ayah aku tengah susah, tpi aku tak tau benda ni akan buat ibu aku stress,haha. So aku kan kecil lagi.. aku pun pergi lah tanya ibu aku.. "hari ni hari apa?" Tapi haha sekali kena tekwando kat pipi" "Takkan sebab tu kau x happy nak sambut?" "Erm tak juga, adalah one word dari ibu aku sendiri. Haaa" "By the way, bape lama kau nak peluk ni" "Sampai esokkkkk" Saya tertawa. "Jannah, apa apa pengalaman kita perit atau ta, jangan libatkan dalam hari istimewa kita. Sambut dengan syukur. Sebab Allah panjangkan usia kita untuk datang pada dia. " Sejak itu, saya mula tukar mindset saya. Sambut dengan baik dan tanda syukur :). Saya mempunyai pengalaman pahit semasa hari tarikh lahir saya. Sehingga kini saya masih ada rasa tempiasnya. Akan tetapi, sebagai manusia dan hamba ilahi, saya menyambutnya dgn tanda syukur. Tidak perlu meletakkan rasa benci atau apa apa. Tarikh inilah saya di bumi Allah, dan bermulalah perjuangan. Bukankah setiap pengalaman itu mematangkan diri 😉
Показать все...
tau, mesti nanti ada yg cakap, ala, tak misteri la jadi perempuan kalau mcm tu. Tak menarik. Kalau kau nak jadi misteri nusantara, silakan. Takde orang blh halang. Tapi at the end of the day, benda tu semua akan menyusahkan kau balik. Kau tak dapat apa kau nak. Kau memeningkan kepala kau sendiri dgn masalah masalah yg kau sendiri create. Macam aku cakap. Membazir masa. Membazir emosi.
Показать все...
Perlu Ke Jadi Perempuan Yang Complicated? Aku perempuan.Just aku nk bagi nasihat/opinion aku dekat perempuan-perempuan luar sana. So that korang kurang bergaduh dgn husband korang on everyday basis. Selalu je aku baca pasal artikel-artikel perempuan ni complicated la, cakap terbalik la, from planet Venus Mars whatever la. And it all comes up to conclusion that perempuan ni sukar ditafsirkan sebab suka cakap terbalik, thus its complicated for man to understand us. I know it’s nature for us woman to be like that, I used to be like once that so I totally understand. But I guess bila dah makin tua ni, no need for us to make life complicated. Try to live a simple life, tak payah nak peningkan orang lelaki. Kesian diorang nak faham kita. Just be straight to the point, dont beat around the bush. Kalau nak, cakap nak. Kalau tak nak, cakap tak nak. As simple as that. Tak perlu la buat buat tanya. Tak perlu buat buat tak nak. Kau ingat orang laki ni ada xray machine ke nak tengok hati kau, nak interpret keinginan kau sebenar? Diorang pun manusia, bukannya malaikat yg blh dgr isi hati sebenar kau. Kau duk berbelit belit lidah cakap itu ini, last last point kau tak sampai. Membazir wang. Membazir masa. Membazir emosi. Menyusahkan diri sendiri je tau tak. Apa yg kau nak pun tak dapat. Aku faham kalau ada ketikanya kau ada feeling nk si dia faham kalau bila kau buat buat tanya, buat buat tak nak.Tapi berpada-padalah. Dont make things complicated for them to understand us. Cakap je la kau nak. Kan senang. Tet. Habis cerita. Contoh. Kau nak minta husband kau tolong kemaskan rumah. Cakap je la terus terang. Tak payah la nk mencebik muka depan dia masa kemas rumah tu. Or buat buat menyapu sebelah dia then tersapu kaki dia sekali. Cakap je. Tapi cakap leklok. Ada lelaki yg mmg jenis ego sikit, tak suka bini suruh itu ini. Tapi kita cakap leklok. Guna nada lembut. Guna la kepakaran kita nk memujuk lelaki. So that ego diorang pun tak tercabar. Or kau mengidam nak makan itu ini. Tak payahlah kau buat buat tanya husband kau, McD bukak tak malam ni? Cakap je kau nak makan McD and kau nk mintak dia tlg belikan. Kan senang. Straight to the point. Tak payah peningkan CPU diorang nak main tafsir tafsir la pulak. Mulut tu, cakap benda yg kita benar-benar maksudkan je. Tak perlu nak exagerate sangat la cik kak. Just say the way things it is. Tak perlu nak menokok nambah asam garam kunyit lada. Jangan cakap benda yg kau tak ready hadapi consequences yg bakal berlaku bila kau sebut benda tu. Sebagai contoh. Kau bergaduh sikit, then kau ugut nak mintak cerai. Wey. Kau betul ke nak bercerai? Kau memang betul betul ready dah nk hidup sorang? Memang betul kau nak macam tu? Jangan sebab emosi kau yg control mulut kau, hidup kau binasa. Kadang kadang mulut kau tu buat ego diorang tercabar that could lead to the things that shouldnt happened. Bila kau cabar dia ceraikan kau, dia pn tercabar the ceraikan kau. Tak pasal pasal. You dont know betapa teruknya mulut kau blh binasakan hidup kau. Cakap benda yg kau benar benar maksudkan je. Okay? Live a simple life. Kau tak perlu drama dalam hidup ni. Cukupla dgn drama- drama entahpape TV3 suku pukul 7. And cukup la dgn drama drama kehidupan yg inevitable. Ye la,kadang kadang drama kehidupan ni tak terjangka, Allah nk uji, nak buat camana. Tapi kita tak payahlah nak mengcomplicatedkan lagi keadaan tu. Tak payah. Life depends on how we react. Kalau kau nak hidup senang, kau tak payah nk berdrama sangat. No need to tinggikan suara balik bila orang lain tinggikan suara pada you. Tak payah nak tarik rambut orang lain bila dia tarik rambut you. Tak payah buat benda bodoh mcm tu. Nampak makin bodoh tau tak. Focus on solution, not the problems. Think of the way out of drama, tak payah kau nak panaskan lagi keadaan dgn sikap drama queen kau tu. Kalau orang dtg serang kau dgn tinggi suara, try calm down and cakap leklok. Biar la nampak cerdik and professional sikit. Nak menang ni tak perlu tinggikan suara. Stepping out of drama tu and sort things out tu yg penting. Tu la yg pemenang sebenarnya. The real winner. Aku
Показать все...
Hebat kah kita? Nantikan esok :)
Показать все...
Poligami Dahulu saya antara insan yang sokong si suami perlu berkahwin hanya seorang wanita. Saya sangat sangat berang apabila seseorang itu berkahwin lebih kerana seperti mendera emosi seorang wanita itu. Kesudahannya saya mula berubah pendapat apabila saya mulai hijrah dan mempelajari lebih mendalam mengenai poligami. Semasa saya join dan belajar dalam satu group usrah, saya mempunyai seorang sahabat yang sudah adapun madu. Saya bertanya "Apa awak ini tidak sedih?" "Saya sedih" "Jadi mengapa awak benarkan suamimu bernikah lagi?" "Saya sedih jika biarkan suami saya berenang dalam kemaksiatan. Saya mahu jumpanya di syurga ilahi" "Bukankah suamimu sudah seperti mengkhianatimu?" "Saya kenal isi dalam dan perangainya, saya percaya suamiku orang yang baik2. Sudah pasti perasaan itu hadirnya daripada ilahi" "Bukankah itu cuma kata2 membuat dirimu tabah mengharungi dugaan ini?" "Tidak, siapa kamu untuk membantah janji Allah segala hikmah terselitnya dalam poligami? Siapa kita untuk bersangka buruk dengan segala kebaikan dia mahu curahkan?" Saya terdiam. Ada pula situasi saya berjumpa kawan yang dia akan menjadi isteri no 2. Saya bertanya "Tidak ada laki laki bujang yang menawan hatimu?" "Ada" "Mengapa masih memilih laki orang?" "Kerana kami sudah ditakdirkan" "Bukankah itu cuma suatu alasan?" "Siapalah aku untuk memandang buruk hubungan yang Allah redha?" "Tidak kau tahu semua orang memanggil kau perampas?" "Dan siapalah mereka untuk menilai aku, sedangkan akhirat itu kepunyaan Allah" Saya terdiam. Semua hawa yang ada di dunia ini akan rasa cemburu jika suaminya berdekat2 bersama hawa lain. Tidak menafikan kerana saya juga punyai perasaan sama. Akan tetapi tidaklah saya menolak prinsip poligami. Cuba fikirkan sejenak, mengapa zaman rasulullah, semuanya menerima prinsip poligami?? Ya mereka percaya akan kebaikan Allah curahkan. Dan fikirkan sejenak, mengapa zaman ini.. sangat susah untuk menerima prinsip poligami?? Sebab terpengaruh isu hiburan. Terlalu menggayakan hidup yang penuh drama. Bukan apa.. Kita sendiri tahu si suami punya sikap. Kita dapat detect dia mahu menikah itu atas sebab "menggatal" atau "islam" Kita tahu dan kena ambil tahu mengapa Allah adakan prinsip poligami. Kita percaya apa Allah sediakan semuanya ada kebaikan. Ada insan berkata "Kau belum berkahwin, nanti suami kau nak nikah lagi or jadi bini no 2,, baru tahu perasaan nya!!" Sebenarnya saya da siapkan diri. Saya kena kuat. Dan sya tahu apa apa sebelum saya cakap itulah akan menjadi ujian buat diri saya. Positive thinking. Bukan atas asbab merampas kebahagiaan orang atau suami tidak sayang. Akan tetapi mungkin kita kerapkan ungkapkan "Apa apa kat dunia ini pinjaman sahaja" Jadi sudah faham bukan?
Показать все...
Esok : isteri no 2
Показать все...
Sesiapa pun diri kita yang dulu, bukan bermaksud tak layak mendapat peluang kedua Semuanya atas diri kita, pilihan kita. If kita nakkan yang baik, kita tahu kita kena dekat dengan ilahi :) Yang baik itu hadirnya daripada ilahi dengan segala ujian keperihan yang kita alami Senyum dan kipidap :)
Показать все...