ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal

Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal

Открыть в Telegram

Iklan Kitab Kitab Agama ( 0124543696 )

Больше
2 622
Подписчики
Нет данных24 часа
-57 дней
-1630 дней
Архив постов
Meditasi: Akar Ritual Ibadat Kaum Batiniah Menurut Ustaz Ahmad Iqram, penulis buku Healing Yang Menyesatkan, sepanjang kajian beliau terhadap permasalahan ajaran New Age dan fahaman batiniah, beliau mendapati bahawa terdapat satu amalan yang tidak boleh dipisahkan daripada ajaran tersebut, iaitu meditasi. Amalan ini menjadi instrumen yang sangat penting dalam pelbagai gerakan kebatinan. Hasil penelitian beliau mendapati bahawa meditasi merupakan salah satu bentuk ibadat bagi golongan yang mencari “Tuhan” dalam diri sendiri. Golongan ini tidak mencari Tuhan yang berada di luar alam, sebaliknya mempercayai bahawa Tuhan berada dalam diri dan bersifat mendiami batin makhluk. Kepercayaan ini dikaitkan dengan pelbagai istilah seperti roh, energi, vibrasi atau tenaga mistik. Menurut beliau lagi, meditasi boleh menjadi satu bentuk peribadatan yang membawa seseorang kepada perbuatan “menyembah” diri sendiri. Akhirnya, golongan ini akan menemui suatu “rasa” yang dianggap sebagai pembimbing kepada segala naluri dan perasaan mereka. Bagaimanakah sejarah fahaman dan amalan ini terbentuk? Bagaimanakah ia berkembang ke seluruh dunia? Dan bagaimana pula gerakan New Age menjadikan meditasi sebagai salah satu senjata ampuh dalam menyebarkan fahaman mereka? Kesemua persoalan ini dibahaskan secara terperinci oleh Ustaz Ahmad Iqram dalam buku beliau yang bertajuk Healing Yang Menyesatkan. Dapatkan penjelasan lebih mendalam melalui buku Healing Yang Menyesatkan, sebuah bacaan yang mengajak kita lebih berhati-hati terhadap fahaman yang dibawa atas nama ketenangan dan penyembuhan diri. Buku boleh didapati di Shopee: https://s.shopee.com.my/1gJN9MYBuK

photo content

Alhamdulillah Setakat ni Karya PiS baru terjemah beberapa bab Iaitu Bab 1 Jin & Syaitan Rm 25 Bab 2 Malaikat Rm 23 Bab 3 Nabi Adam & Idris Rm 42 Bab 4 Nabi Nuh Rm 32 Bab 5 Nabi Hud & Salih Rm 33 Bab 6 Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishaq, Shuaib & Yaqub Rm 68 Bab 7 Nabi Yusuf, Ayyub & Dhu al-Kifl Rm 42 Hubungi kami untuk dapatkan Full Set ini Ada tawaran istimewa InsyaAllah https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my https://bidayahnihayahmelayu.wasap.my

Lima waktu sehari kita mendirikan solat, marilah terus memperbaiki cara kita menunaikannya. Allah SWT berfirman yang bermaksud: وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي “Dan dirikanlah solat untuk mengingati-Ku.” (Surah Taha, 20:14). Luangkan masa untuk mendalami ilmu solat agar ibadah harian dilaksanakan dengan lebih faham dan penuh penghayatan. Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” (Riwayat al-Bukhari, no. 631). Pesanan ini mengajak kita mempelajari tatacara solat Baginda ﷺ dan menjadikan sunnah sebagai panduan dalam beribadah. Ayuh sertai Daurah Sifat Solat Nabi ﷺ bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi bin Ramle, Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ). Jadikan pertemuan ilmu ini peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ serta menyemak dan memperbaiki amalan solat kita berpandukan al-Quran dan Sunnah. Daurah akan berlangsung pada Sabtu, 21 November 2026, dari 9.00 pagi hingga 5.30 petang, bertempat di Auditorium KUIPS Holding Sdn. Bhd. Penyertaan terbuka kepada orang awam dan pelajar, dengan yuran RM150 seorang. Sarapan dan makan tengah hari disediakan. Jom luangkan sehari untuk ilmu yang kita amalkan setiap hari. Ajak ahli keluarga dan sahabat untuk hadir bersama dengan niat menuntut ilmu serta memperbaiki ibadah. Semoga usaha ini membantu kita mendirikan solat dengan lebih baik, mencontohi Rasulullah ﷺ dan mengharapkan keredaan Allah SWT. -Admin DSSN2026 DAURAH SIFAT SOLAT NABI Bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle Pendaftaran: https://yup.la/ar4 Jangan lepaskan peluang untuk mendalami sifat solat Nabi ﷺ secara lebih tersusun dan berpandukan ilmu yang sahih. Daftarkan penyertaan anda sekarang dan sertai daurah ini bersama Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui WhatsApp: https://daurahsifatsolatnabidrrozaimi.wasap.my -Admin DSSN2026

photo content

Dua hari lepas, pihak syarikat memaklumkan bahawa kedua-dua buku ini telah siap dicetak. Alhamdulillah, buku kini sudah sampa
Dua hari lepas, pihak syarikat memaklumkan bahawa kedua-dua buku ini telah siap dicetak. Alhamdulillah, buku kini sudah sampai dan tersedia dalam stok. Tempahan boleh dibuat terus mulai hari ini. Hubungi kami untuk mendapatkan naskhah anda. Tekan pautan ini untuk pembelian Kisah Nabi Yusuf Ayyub & Dhu al-Kifl Oleh Kathīr al-Dimashqī https://s.shopee.com.my/5Asyx80uvr Dialah Allah Oleh Shaykh ʿAbd al-Laṭīf bin Hājis al-Ghāmidī https://s.shopee.com.my/5VVpLlvkMo

Beberapa judul baru sampai stok dan kini tersedia di Kedai Kitab Sunnah. Pilihan bacaan merangkumi hadis, solat, sunnah, al-Q
Beberapa judul baru sampai stok dan kini tersedia di Kedai Kitab Sunnah. Pilihan bacaan merangkumi hadis, solat, sunnah, al-Quran, fiqh serta syamail Nabi ﷺ. Antara yang kembali tersedia ialah Q&A Solat Mudah Lagi Sunnah, karangan Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle. Kali ini merupakan cetakan terkini 2026, sesuai untuk rujukan mudah berkaitan persoalan solat berdasarkan sunnah. Turut tersedia beberapa judul lain seperti 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah, Tadabbur Hikmah 40 Hadis Imam al-Nawawi, 44 Fakta Penting Tentang al-Quran, Hukum Bermazhab, Syarah Syamail Muhammadiyyah dan Wa Absyiru: Dan Berikanlah Khabar Gembira. Jom Beli Buku disini Shopee Malaysia https://shopee.com.my/hadiakmal?smtt=0.0.9 Shopee Singapore https://shopee.sg/hadiakmal14.sg Tiktok Malaysia https://vt.tiktok.com/ZSVSHGAXr/?page=TikTokShop Jemput Like FB Kami https://www.facebook.com/kedaikitabsunnah Atau Follow Channel Telegram kami https://t.me/kedaikitab Kedai Buku Sunnah Hadi Akmal

Meruntuhkan 3 Rukun New Age & Kultus Healing Terdapat banyak rukun ajaran New Age, cuma dalam buku ini saya tekankan 3 tiang utama ajaran New Age iaitu : 1) Monisme: Kepercayaan segala-gala tercipta dari zat yang satu (yang dianggap Tuhan versi batiniah). Termasuk roh dalam diri berasal dari percikan zat Tuhan dan membawa konsep ketuhanan dalam diri. 2) Tenaga Dalaman: Melalui zat dari yang satu, ia dipercayai membangkitkan tenaga batin melalui tulang belakang. Sama ada dikenali kundalini, chakra, aura, prana, qi, tenaga ilahi dan pelbagai nama lagi. Darinya tercetus pelbagai terapi, ajaran ilmu tenaga batin, dan pelbagai konsep berteraskan energy dan hubungan dengan alam. 3) Meditasi: Tujuan untuk merenung diri (merujuk menggali roh dalam diri) kononnya bagi menguatkan penerokaan kerohanian dengan membuka pintu-pintu tenaga dalaman (chakra dan kundalini). Selain itu, turut merasai pengalaman "trance" bersatu dengan alam bagi memahami monisme (kembali kepada point no 1). Hasilnya, ilmu rasa (zauq) menjadi dalil kepada kebenaran mereka, bukan lagi Nas al-Quran dan Hadis. Carilah dalam mana-mana gerakan New Age dan kultus healing pasti tidak akan terpisah dengan salah satu rukun di atas. Sebab itu, dalam buku Healing Yang Menyesatkan tampil membawa hujah bagi meruntuhkan ketiga-tiga rukun penting ini dengan membuktikan ia merupakan ajaran yang jelas bercanggah dengan prinsip agama Islam. Dari situ kita akan memahami bagaimana ilmu rasa (zauq) sangat bertentangan dengan tauhid. Semuanya dibahaskan dalam buku ini. - Ustaz Ahmad Iqram ( Penulis ) Jom dapatkan di shopee kami https://shopee.com.my/product/7098455/44334469389/

Mengapa golongan wanita lebih cenderung kepada ajaran New Age? Antara perbincangan yang menarik dan agak sensitif dalam buku Healing Yang Menyesatkan ialah persoalan tentang kecenderungan wanita terhadap spiritualiti New Age. Adakah benar wanita lebih ramai terlibat? Berdasarkan pelbagai kajian dalam bidang sosiologi agama, termasuk Kendal Project di Britain dan kajian oleh Pew Research Center di Amerika Syarikat, penglibatan wanita dalam spiritualiti New Age serta amalan holistic healing didapati lebih tinggi berbanding lelaki. Namun, persoalan yang lebih penting ialah: mengapa fenomena ini berlaku? Buku ini turut membawa pembaca meneliti beberapa persoalan lain yang berkaitan. Mengapa dalam banyak tradisi dan budaya dunia, watak ahli sihir sering digambarkan sebagai wanita? Dalam filem, novel dan cerita rakyat misalnya, gambaran ahli sihir wanita jauh lebih dominan berbanding lelaki. Dalam sejarah pemburuan ahli sihir di Barat dan masyarakat Kristian pula, sebahagian besar individu yang dituduh sebagai ahli sihir terdiri daripada wanita. Malah, dalam naratif Bible, wanita turut dikaitkan dengan kisah godaan ular yang membawa kepada Adam memakan buah larangan. Satu lagi persoalan yang menarik ialah gambaran makhluk ghaib dalam budaya masyarakat. Mengapa watak hantu wanita lebih menonjol berbanding hantu lelaki? Mengapa imaginasi masyarakat terhadap hantu begitu mudah dikaitkan dengan rupa dan watak seorang wanita? Persoalan-persoalan ini bukan sekadar dikemukakan untuk menimbulkan tanda tanya, tetapi dihuraikan dan dianalisis dengan lebih mendalam dalam buku Healing Yang Menyesatkan. Dapatkan Segera buku terbaru ini https://healingyangmenyesatkan.wasap.my

photo content

HEALING YANG MENYESATKAN membongkar sisi tersembunyi di sebalik fenomena healing, New Age, meditasi, tenaga dalaman, aura, ch
HEALING YANG MENYESATKAN membongkar sisi tersembunyi di sebalik fenomena healing, New Age, meditasi, tenaga dalaman, aura, chakra dan Law of Attraction yang semakin mendapat tempat dalam masyarakat. Buku ini membantu pembaca memahami asal-usul serta kepercayaan yang berada di sebalik amalan-amalan tersebut dari sudut akidah Islam. Setebal 450 halaman, buku ini turut membincangkan sejarah kultus healing, meditasi dan ritual kebatinan, terapi aura-chakra, muzik dan sound healing, Divine Feminine, kes kultus healing di Malaysia, eHati, diet chakra serta fenomena budak indigo. Sesuai untuk mereka yang mahu lebih berhati-hati membezakan antara rawatan atau motivasi biasa dengan amalan yang boleh bercanggah dengan akidah. Untuk mendapatkan buku Healing Yang Menyesatkan pada harga RM49.00 berserta PERCUMA E-Book “50 Soal Jawab Ancaman Akidah Law of Attraction”, boleh terus buat tempahan melalui WhatsApp di sini: https://healingyangmenyesatkan.wasap.my

Mengenali sirah Rasulullah ﷺ bukan sekadar untuk mengingati tarikh, peristiwa dan mengetahui perjalanan kehidupan Baginda. Le
Mengenali sirah Rasulullah ﷺ bukan sekadar untuk mengingati tarikh, peristiwa dan mengetahui perjalanan kehidupan Baginda. Lebih utama daripada itu ialah memahami bagaimana Baginda menjalani kehidupan, menghadapi ujian dan menyampaikan risalah. Sirah sepatutnya membawa kita lebih dekat kepada Rasulullah ﷺ bukan hanya dengan mengetahui kisah Baginda, tetapi berusaha mengikuti sunnah dan meneladani Baginda dalam kehidupan. Dua buah buku ini boleh menjadi antara bacaan untuk kita menyusuri sirah Rasulullah ﷺ dengan lebih dekat. Semoga setiap halaman yang dibaca bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi mendorong kita untuk lebih mencintai dan mengikuti Baginda ﷺ. Dapatkan di sini Ringkasan Pilihan Lengkap Sirah Nabi Terjemahan Dato’ Dr Abdul Basit Abdul Rahman https://s.shopee.com.my/60R5hU1Fm1 Sehari Dalam Kehidupan Rasulullah S.A.W Terjemahan Dan Huraian Oleh Dr Abdul Basit Hj Abd Rahman https://s.shopee.com.my/8V8Qg8GzWF Perlukan bantuan untuk membeli? Klik https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1

Alhamdulillah, sudah 12 tahun kami berniaga buku dan berkongsi pelbagai pilihan kitab serta buku-buku bermanfaat kepada para
Alhamdulillah, sudah 12 tahun kami berniaga buku dan berkongsi pelbagai pilihan kitab serta buku-buku bermanfaat kepada para pembaca di seluruh Malaysia, Singapura, Brunei malah pernah pos ke Australia dan UK Daripada urusan secara terus sehinggalah ke platform dalam talian, kini Kedai Kitab Sunnah – Hadi Akmal juga boleh ditemui di Shopee dan TikTok Shop untuk memudahkan sahabat melihat koleksi yang tersedia. Terima kasih kepada semua yang telah bersama dan menyokong kami sepanjang 12 tahun ini. Semoga setiap buku yang sampai ke tangan pembaca menjadi ilmu yang bermanfaat. Barakallahufeekum Jom Beli Buku disini Shopee Malaysia https://shopee.com.my/hadiakmal?smtt=0.0.9 Shopee Singapore https://shopee.sg/hadiakmal14.sg Tiktok Malaysia https://vt.tiktok.com/ZSVSHGAXr/?page=TikTokShop Jemput Like FB Kami https://www.facebook.com/kedaikitabsunnah Atau Follow Channel Telegram kami https://t.me/kedaikitab Kedai Buku Sunnah Hadi Akmal

Antara bacaan yang baik untuk mengulang kembali asas keimanan ialah Rukun Iman, sebuah buku yang memberikan penjelasan ringka
Antara bacaan yang baik untuk mengulang kembali asas keimanan ialah Rukun Iman, sebuah buku yang memberikan penjelasan ringkas mengenai rukun iman menurut Ahli Sunnah Wal Jamaah. Buku ini dialih bahasa oleh Dato’ Dr. Abdul Basit bin Abdul Rahman dalam Edisi Bahasa Melayu Malaysia. Susunannya sesuai untuk bacaan sendiri mahupun dijadikan bahan rujukan bersama keluarga. Kadang-kadang perkara yang paling asas itulah yang perlu selalu kita baca dan ulang kembali. Semoga buku ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin menambah kefahaman mengenai rukun iman. Dapatkan disini Shopee https://s.shopee.com.my/7AcqBWGAVw Tiktok https://vt.tiktok.com/ZS9kxRVVm7Rep-BRx9L/ Whatsapp https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1

Buku-Buku Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle Sejak tahun 2018 hingga 2026, beberapa buah karya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle telah
Buku-Buku Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle Sejak tahun 2018 hingga 2026, beberapa buah karya Prof Dr Muhamad Rozaimi Ramle telah diterbitkan dengan pelbagai tema antaranya hadis, ibadah, sirah dan kisah para sahabat. Terbaharu bagi tahun 2026, 10 Sahabat 1 Janji Syurga membawa pembaca mengenali kisah iman dan pengorbanan 10 sahabat Rasulullah ﷺ yang dijanjikan syurga. Bagi yang mengikuti penulisan Prof Dr Rozaimi sejak dahulu, boleh juga melengkapkan koleksi buku-buku beliau seperti yang tertera dalam gambar. Untuk pertanyaan berkaitan buku: https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1 Admin

Alhamdulillah 10 pilihan ini diambil dari data Shopee kami. Terima Kasih para pembeli Jemput Like FB Kami https://www.faceboo
Alhamdulillah 10 pilihan ini diambil dari data Shopee kami. Terima Kasih para pembeli Jemput Like FB Kami https://www.facebook.com/kedaikitabsunnah Atau Follow Channel Telegram kami https://t.me/kedaikitab Atau Beli di Shopee kami https://shopee.com.my/hadiakmal?smtt=0.0.9 Kedai Kitab Sunnah Hadi Akmal

Alhamdulillah buku poket ini sudah tercetak lebih 11,000 Naskah Jom dapatkan Sesuai untuk semua lapisan masyarakat Buku Poket
Alhamdulillah buku poket ini sudah tercetak lebih 11,000 Naskah Jom dapatkan Sesuai untuk semua lapisan masyarakat Buku Poket Amalan Zikir Nabawi Semakan Oleh Prof Dr Rozaimi Ramle Pembelian Whatsapp https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1 Shopee https://s.shopee.com.my/3g1mtGYbex Tiktok https://vt.tiktok.com/ZS9hbLBAgpFKP-B5PP7/

100 naskhah sekali jalan. Alhamdulillah. Alhamdulillah, kami menerima tempahan sebanyak 100 naskhah buku 10 Sahabat 1 Janji S
100 naskhah sekali jalan. Alhamdulillah. Alhamdulillah, kami menerima tempahan sebanyak 100 naskhah buku 10 Sahabat 1 Janji Syurga. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada kami. Buat masa ini, naskhah-naskhah tersebut sedang menunggu kehadiran Prof. Dr. Muhamad Rozaimi Ramle untuk sesi tandatangan sebelum proses pembungkusan dan penghantaran dibuat. Semoga buku ini menjadi manfaat kepada para pembaca serta menambahkan kecintaan terhadap para sahabat Rasulullah ﷺ yang dijanjikan syurga. Terima kasih atas sokongan anda semua. Mereka ialah antara sahabat yang dijamin syurga. Sudah tentu ada sebab mengapa Baginda Rasulullah SAW menjamin mereka masuk syurga. Dapatkan Buku ini di pautan ini https://ezy.la/f1y

Alhamdulillah 100 Naskah akan dipos sebentar lagi ke Kedah Pelanggan ini sudah 6 kali ulang beli Katanya beri kepada orang Ju
Alhamdulillah 100 Naskah akan dipos sebentar lagi ke Kedah Pelanggan ini sudah 6 kali ulang beli Katanya beri kepada orang Jumlah pembelian termasuk ini 1,067 Naskah Jom Dapatkan buku poket ini Sesuai untuk hadiah kepada semua lapisan masyarakat Buku Poket Amalan Zikir Nabawi Semakan Oleh Prof Dr Rozaimi Ramle Pembelian Whatsapp https://wa.me/message/RGA44V2F6ERSK1 Shopee https://s.shopee.com.my/3g1mtGYbex

Umrah Musim Sejuk 2026 Jika anda sedang merancang untuk menunaikan umrah pada penghujung tahun, pakej ini mungkin boleh dijad
Umrah Musim Sejuk 2026 Jika anda sedang merancang untuk menunaikan umrah pada penghujung tahun, pakej ini mungkin boleh dijadikan salah satu pilihan. Perjalanan dijadualkan pada 9–20 Disember 2026, iaitu ketika cuaca di Tanah Suci lebih nyaman berbanding musim panas, sekali gus memberi keselesaan ketika melaksanakan ibadah. Antara kelebihan pakej ini ialah penginapan hotel 5 bintang di Mekah dan Madinah, pilihan bilik mengikut keperluan (Quadruple, Triple atau Double), serta kehadiran Prof. Dr. Rozaimi Ramle sebagai tetamu jemputan. Turut diadakan sesi khas di Madinah bersama Dr. Arifud Bahri, pengajar rasmi Masjid Nabawi, yang memberi nilai tambah kepada pengisian ilmu sepanjang perjalanan. Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut tentang itinerari, penginapan, atau perkara yang termasuk dalam pakej, boleh hubungi nombor yang tertera pada poster. Semoga Allah mempermudahkan urusan setiap tetamu-Nya untuk menziarahi Tanah Suci.