cookie

Мы используем файлы cookie для улучшения сервиса. Нажав кнопку «Принять все», вы соглашаетесь с использованием cookies.

avatar

Sayangi Rasulullah

Terima kasih sahabat-sahabat yg di sayangi Allah. Allah telah gerakkan hati sahabat-sahabat mendengar dan membaca dlm group Sayangi Rasulullah sejak tahun 2016. Group ni hanyalah simpanan nota saya. Semoga kita sama-sama dapat manfaat. Aaminnn

Больше
Рекламные посты
531
Подписчики
Нет данных24 часа
+17 дней
+1130 дней

Загрузка данных...

Прирост подписчиков

Загрузка данных...

Artikel ini disahkan oleh Habib Dato Dr Syed Latiff Alsagoff alHajj *3 tahun yang lalu saya masih bersenam - berbasikal dan senaman kecergasan ... sangat cergas dan sihat ... Tetapi .. 3 tahun kemudian saya TERKENA STROKE ...* Suatu hari, ketika saya berdiri, persekitaran saya terasa seperti bergoyang dan tangan dan kaki saya terasa geli. 4 hari di ICCU 15 hari di bilik hospital Hasil diagnosis ... *Tekanan darah tinggi, darah tebal, saluran darah pecah di otak kanan* Keluar dari hospital. Setiap hari mengambil ubat tanpa henti ... Pelbagai produk kesihatan ... Menahan sakit, urut, akupunktur .... Duduk di kerusi roda. Gunakan tongkat U untuk belajar berdiri ... Keadaan seperti kanak-kanak berusia 2 tahun belajar berjalan ... Ia bukan keadaan yang mudah !!! Saya fikir ... Mengapa saya mengalami stroke ketika melakukan senaman secara teratur, tidak merokok / alkohol / menjaga kesihatan? Saya baru tahu sebab sebenarnya adalah, *Haus tempoh lama ... kekurangan air didalam tubuh badan...!* Di sini saya ingin mengingatkan semua orang: Ingatlah untuk selalu minum air supaya badan tidak kekurangan air! *Kita memerlukannya setiap hari.* Berat 1 kg = 30 cc Berat 60 kg = 60x30 = 1800cc (sekurang-kurangnya) *Semasa keluar, bawa bekalan air minum* *Ada orang yang mengatakan minum banyak air membuatkan mereka sering ke tandas.* *Jawapan saya adalah ... Lebih baik kerap ke TOILET daripada terkena STROKE!* Harap selalu INGAT: • Sebelum / selepas bersenam, minum 1 gelas air. • Sebelum / selepas makan, minum 1 gelas air. • Sebelum tidur, minum 1 gelas air. • Bangun tidur, minum 1 gelas air. . Sebelum mandi, minum 1 gelas air. *Semoga kita semua sentiasa sihat hingga ke usia tua*. Saya berkongsi pengalaman peribadi saya untuk memberi nasihat. (Sekiranya kita mengambil air secukupnya, tidak mudah mendapat stroke) *Ingat! STROKE bukan lagi hanya penyakit IBU BAPA dan LELAKI, tetapi anak-anak MUDA juga menderitai STROKE* *MINUMAN SECUKUP AIR adalah kaedah pencegahan* #SharingIsJariah
Показать все...
02:33
Видео недоступноПоказать в Telegram
34.22 MB
00:34
Видео недоступноПоказать в Telegram
2.30 MB
Показать все...

Показать все...

Показать все...
TikTok · Ridhuan Yahya

1731 suka, 48 komen. "Persoalannya ialah kenapa awak tak minta? #alwaysselawat #selawat #motivasi #syukur #rezeki #dakwah #learnontiktok #ridhuanyahya #”

01:30
Видео недоступноПоказать в Telegram
10.90 MB
DOA UNTUK ANAK-ANAK AMALAN PARA ULAMA Ya Allah, berkatkanlah bagi kami anak-anak kami dan janganlah Engkau memudaratkan mereka. Dan kurniakanlah mereka taufik bagi mentaati-Mu serta kurniakan kami amal kebaikan mereka. Ya Allah wahai Yang Mengajari Musa dan Adam, ajarkan mereka ilmu pengetahuan. Wahai Yang Memahamkan Sulaiman, kurniakanlah mereka kefahaman. Wahai Yang Memberikan Luqman hikmah dan kepetahan berikanlah mereka hikmah dan kepetahan. Ya Allah, ajarkanlah mereka apa yang mereka tidak tahu, dan ingatkan mereka apa yang mereka lupa dan bukakan bagi mereka keberkatan dari langit dan bumi. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Yang Memperkenankan Doa. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon daripada-Mu agar berikan mereka kekuatan daya hafalan, cepat faham dan otak yang jernih. Ya Allah, jadikanlah mereka petunjuk bagi mereka yang mengikut jalan hidayah bukannya orang yang sesat lagi menyesatkan. Ya Allah, jadikan mereka cinta akan keimanan dan hiasilah ia dalam jantung hati mereka serta jadikan mereka benci akan kekufuran, kefasiqan dan kemaksiatan dan jadikanlah mereka dalam kalangan orang yang teguh atas jalan petunjuk. Wahai Tuhan kami, berilah kami isteri-isteri dan zuriat-zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk hati yang melihat dan jadikanlah kami ikutan kepada orang-orang yang bertaqwa. Ya Allah, jadikanlah mereka hamba-Mu yang paling beruntung di dunia dan akhirat. Ya Allah, jadikan mereka dalam kalangan para wali-Mu yang cahaya-cahaya mereka menerangi depan dan belakang mereka dan dalam kalangan mereka yang tiada ketakutan atas mereka dan mereka yang tidak berduka cita. Ya Allah, ampunkan dosa mereka, sucikan jantung hati mereka, peliharalah kemaluan mereka, baikilah akhlak mereka, penuhkanlah jantung hati mereka dengan nur dan hikmah, jadikanlah mereka layak menerima segala nikmat dan perbaikilah mereka serta jadikan mereka penyebab baiknya umat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada kejahatan, ujian, goncangan dan fitnah apa-apa yang zahir daripadanya dan apa-apa yang tersembunyi. Ya Allah, jauhkan mereka daripada teman yang jahat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada zina dan liwat. Ya Allah, jauhkan mereka daripada arak, dadah dan segala yang diharamkan. Ya Allah, selamatkan mereka daripada wabak dan penyakit. Ya Allah, selamatkan mereka daripada segala keburukan sepanjang malam dan siang, dalam terang dan sembunyi. Dan tunjuki mereka kepada apa yang Engkau suka daripada mereka dan ampuni mereka wahai Yang Maha Pengampun. Ya Allah, jangan Engkau palingkan jantung hati mereka setelah Engkau tunjukkan mereka hidayah, dan berikanlah mereka rahmat daripada-Mu serta permudahkan bagi mereka urusan mereka dengan petunjuk.
Показать все...
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة اللهِ وَبَرَكَاته* *Doa hari Sabtu* ‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ ٍ ‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن Alhamdulillah kami bersyukur kpd Mu Ya Allah atas setiap nikmat yg telah Engkau kurniakan. Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah atas keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan yg Engkau berikan. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memohon doa dgn penuh pengharapan kepada Mu, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana Engkaulah Tuhan Yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Fattahu Ya 'Alim ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jalan keluar dari masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirMu. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah takdirkanlah yang baik2 untuk diri kami, janganlah Engkau menguji kami pada apa yang tidak mampu kami lalui. Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah Ya Aziz kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Engkau jauhkanlah drpd kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Rashid Ya Rahman Ya Rahim jika ada dikalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka Engkau bantulah mereka, permudah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikan ketenangan dan jln keluar kpd mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dgn keperluannya, maka tunaikan hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn sakit, maka Engkau sembuhkan agar mereka dpt beribadah bersama kami. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah bantulah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg pdnya tempat kami akan kembali utk selama2nya, jadikanlah kehidupan kami ini sbg tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian kami sbg ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah lindungilah kami, keluarga kami, negeri kami dan negara kami daripada wabak dan penyakit berjangkit. Ya Allah lindungilah kami dari penyakit berat, barah angin merah dan darah hitam (stroke). Kurniakan kami kesihatan dan kesejahteraan yg berpanjangan. Ya Allah berikanlah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang sakit dan dijangkiti wabak berpenyakit. *اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِهُا وأَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَآءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا*  "Ya Allah, Rabb sekelian manusia, hilangkanlabh kesusahan dan berilah sahabat-sahabat dan saudara-saudara kami yang sedang sakit kesembuhan, Engkau Zat Yang Maha Menyembuhkan. Tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari Mu, kesembuhan yang tidak dihinggapi penyakit lagi. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ* Ya Allah Tuhan Yang melapangkan kedudukan dan Yang menghilangkan kesedihan, Ya Allah Tuhan Yang Maha kasih sayang kepada hambanya, Ya Allah, Tuhan Yang menghindarkan bala, Ya Allah Tuhan Pengasih Yang menolakkan bala, Ya Allah Tuhan Yang Maha Penyayang Yang menjauhkan bala, tolakanlah dari kami malapetaka, bala, bencana, wabak, kekejian dan kemungkaran, sengketa yang beraneka, kekejaman dan peperangan, yang nampak dan yang tersembunyi. SesungguhnyaYa Allah Engkau berkuasa atas segala nya. *یَاللَّهُ یَا کَرِیم يَا مُجِيبُ یَا رَحْمٰنُ یَا رَحِیمُ*
Показать все...
Ya Allah ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa pasangan hidup kami, dosa anak2 dan zuriat kami, dosa saudara2 kami, dosa sahabat2 kami, dosa guru2 kami, dosa pemimpin2 kami, dosa seluruh kaum muslimin serta muslimat samada yg masih hidup atau telah meninggal dunia. اَللّٰهُمَّ اغْفِرْلِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَاكَمَارَبَّيَانِيْ صَغِيْرَا ‎رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَاg لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ
Показать все...
Выберите другой тариф

Ваш текущий тарифный план позволяет посмотреть аналитику только 5 каналов. Чтобы получить больше, выберите другой план.