ru
Feedback
Ibrah 114

Ibrah 114

Открыть в Telegram

Perkongsian Motivasi, Tadabbur Tazakkur dan Ibrah Daripada Al-Quran. Dibawakan oleh Akademi Sinergi Ikhlas. www.akademisinergi.com

Больше
2 569
Подписчики
-224 часа
-37 дней
+130 день
Архив постов
📛 A known scammer Cik Lisaaa, who was banned from 8 groups and had 25 records of spamming scam links has been automatically banned!

⚠️ BEWARE: Newly joined member Cik Lisaaa, who was banned from 8 groups has 25 records of spamming scam links.

Niat adalah titik mula, tetapi istiqamah adalah perjuangan yang membuktikan kejujuran iman. Seringkali kita bersemangat di aw
Niat adalah titik mula, tetapi istiqamah adalah perjuangan yang membuktikan kejujuran iman. Seringkali kita bersemangat di awal bulan, namun layu di pertengahan jalan. Ingat, konsistensi bukan soal motivasi semata, tapi soal ketaatan pada perintah Tuhan.
Mari kita audit QSI (Quran. Solat. Infaq.) agar ia tetap dalam radar taat dan istiqamah tanpa mengira Ramadan atau tidak.
🎁 SIRI LIVE BORAK QSI: Sepanjang April ini. Simpan tau tarikh-tarikh ini, setiap Rabu & Jumaat. 1, 10, 15 & 24 April | 8.30 Pagi | Zoom Semua sesi ini adalah PERCUMA. Istimewa untuk anda.
Yang mahal adalah ilmu dan perubahan yang bakal anda rasakan nanti selepas amal. Mudah-mudahan, dengan izinNya.
Bantu kongsi juga pada grup sebelah, ya? » ezy.la/BORAKQSI #AkademiSinergi #BorakQSI

Keindahan hikmah Eidul Fitri ✨ Allah menyebutkan hikmah di sebalik Eid dalam firmanNya: وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبّ
Keindahan hikmah Eidul Fitri ✨ Allah menyebutkan hikmah di sebalik Eid dalam firmanNya: وَلِتُكْمِلُوا۟ ٱلْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا۟ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
"...dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya (puasa Ramadan) serta hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur."
(Surah Al-Baqarah 2:185) Semoga Allah menerima amalan kita dan menjadikan kita dalam golongan yang bertakwa. Selamat Hari Raya! 🌙✨ Akademi Sinergi Ikhlas, 1 Syawal 1447H

Ramadan akan tinggalkan kita.. Namun al-Quran… tetap setia andai kita juga setia padanya. Syawal yang bakal tiba.. jadi permulaan perjuangan sebenar kehidupan bersama al-Quran.
"Terus Bersama al-Quran"
dalam #BorakQSI , Rabu ini. » ezy.la/BORAKQSI

🔊 Kurang 5 minit lagi kita LIVE BORAK QSI bersama Coach Jamil 😊 Jom bersedia (100 terawal di zoom)! LINK ZOOM: Borak QSI. J
🔊 Kurang 5 minit lagi kita LIVE BORAK QSI bersama Coach Jamil 😊 Jom bersedia (100 terawal di zoom)! LINK ZOOM: Borak QSI. Join Zoom Meeting https://us02web.zoom.us/j/83212782655?pwd=E3Z8NyK7pDrtO31RSNiTBsDbf7Hb6Q.1 Meeting ID: 832 1278 2655 | Passcode: 629240 Jumpa kejap lagi, inshaAllah kita fikir & zikir bersama 🤍 #AkademiSinergi #BorakQSI #AjakKawan

#BorakQSI | LIVE 21 Jan 2026 Al-Quran tidak dikurniakan pada kita sekadar untuk dibaca, tapi untuk memimpin cara kita berfiki
#BorakQSI | LIVE 21 Jan 2026 Al-Quran tidak dikurniakan pada kita sekadar untuk dibaca, tapi untuk memimpin cara kita berfikir, memilih dan bertindak. Bahkan, proses tadabbur itu sendiri bukan untuk menambah maklumat, tapi meluruskan arah hidup & membina akhlak mulia. Topik: Hidup Yang Dipandu Al-Quran 🗓 Rabu | 21 Januari 2026 ⏰ 8.30 pagi 🎙 Live di ZOOM Percuma. Santai, tapi sampai. Jom, ezy.la/BORAKQSI #AkademiSinergi #tadabburtazakkur

Dari telaga hingga ke penjara, Nabi Yusuf diiringi nikmat disebalik musibah Jangan sesekali kita melihat gelapnya musibah tetapi kita belajar untuk melihat cahaya dibelakangnya. 📺 Dengarkan perkongsian lengkap di: https://youtube.com/shorts/1S8rGgX_kMg?si=sbwOjIInjsClACIG Jumpa dalam kelas Jejak Ibrah Siri 8 (Surah Yusuf) untuk kita sama-sama "build-up" ketahanan jiwa dengan motivasi surah ini. 🔗 InshaAllah, 20 Disember (Sabtu) ini ya. ezy.la/jejakibrah #AkademiSinergi #JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

⚠️ BEWARE: Newly joined member Sherlin🫰, who was banned from 5 groups has 6 records of spamming scam links.

Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil… Tapi boleh jadi Allah apa yang dirasa atau dinilai kecil di mata manusia, ia
Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil…
Tapi boleh jadi Allah apa yang dirasa atau dinilai kecil di mata manusia, ia besar di sisi-Nya, jika dilakukan dengan adab dan hati yang ikhlas. Nabi Ibrahim AS menjadi contoh sempurna. Layanan baginda kepada tetamu dirakam dalam al-Quran, walaupun tetamu itu membawa berita besar dan berat. Santun, ikhlas, dan penuh perhatian itulah cara seorang hamba memuliakan amanah yang Allah titipkan. Jadi hari ini, bila kita melayan tetamu, rakan, atau sesiapa sahaja, ingat bahawa
adab + ikhlas = nilai besar di sisi Allah.
"Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

Kenapa Allah merakamkan kisah Nabi Ibrahim AS menerima tetamu di dalam al-Quran? Kerana nilai menyantuni tetamu bukan sekadar
Kenapa Allah merakamkan kisah Nabi Ibrahim AS menerima tetamu di dalam al-Quran? Kerana nilai menyantuni tetamu bukan sekadar adat masyarakat, tapi ibadah yang mencerminkan akhlak seorang mukmin. Nabi Ibrahim AS menyambut tetamunya dengan penuh santun, menyediakan hidangan terbaik yang baginda mampu, walaupun tidak mengetahui siapa mereka sebenarnya. Tiada pilih kasih. Tiada rasa terbeban. Hanya hati yang ikhlas memuliakan manusia kerana Allah. Hari ini, kita juga diuji dengan "tetamu" dalam pelbagai jenis orang yang datang ke rumah, pelanggan, klien, jiran, atau sesiapa yang hadir dalam hidup kita.
Soalnya bukan siapa yang datang…Tetapi bagaimana kita menyantuni mereka.
"Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #JejakIbrah

Sekejap je masa berlalu, dah nak habis dah siri Jejak Ibrah untuk kelas bulanan sepanjang 2025🥹 Nak masuk siri kedua terakhi
Sekejap je masa berlalu, dah nak habis dah siri Jejak Ibrah untuk kelas bulanan sepanjang 2025🥹 Nak masuk siri kedua terakhir dah. InshaAllah, 29 November ini ya 🤲🏽 #AkademiSinergi #JejakIbrah

📑 al-Quran itu melatih kita menggunakan akal - 'aqala itu maksudnya mengikat Jika ada yang pandai dalam segala bidang, namun
📑 al-Quran itu melatih kita menggunakan akal - 'aqala itu maksudnya mengikat
Jika ada yang pandai dalam segala bidang, namun tidak baca al-Quran bermakna ia tidak mengikat dirinya dengan akidah
Ilmu setinggi apa pun, jika tak kembali kepada Allah, tetap akan dipanggil sebagai orang yang tidak benar-benar menggunakannya akalnya sebagaimana yang dituntut Allah dalam al-Quran. Jadi, adakah kita nak semata-mata pandai? atau nak semata-mata hebat? Atau kerana Allah? Wallahu'alam. 👨🏼‍🏫 Ustaz Harfiz Hamzah ✍🏼 CMFAQ: Konsistensi Iman Menuju Ramadan 🔗 https://ezy.la/GetReadyRamadan1447H #AkademiSinergi #tadabburTazakkur

Iman bukan yang tersimpan di hati, tapi juga yang terlihat melalui amanah dalam perbuatan.
Apabila seseorang beriman itu amanah, orang di sekeliling merasa selamat dan yakin mempercayainya.
Adakah iman kita sudah menghadirkan rasa aman kepada diri dan orang lain? Mari bina iman dengan nilai al-Quran dalam Cara Mudah Faham al-Quran (CMFAQ) ❤️🤲🏽 #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #BantuSebarkan

Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil… Tapi Allah ingin kita sedar apa yang kecil di mata manusia, boleh menjadi bes
Kadang-kadang kita pandang remeh perkara kecil…
Tapi Allah ingin kita sedar apa yang kecil di mata manusia, boleh menjadi besar di sisi-Nya, jika dilakukan dengan adab dan hati yang ikhlas.
Nabi Ibrahim AS menjadi contoh sempurna. Layanan baginda kepada tetamu dirakam dalam al-Quran, walaupun tetamu itu membawa berita besar dan berat.
Santun, ikhlas, dan penuh perhatian itulah cara seorang hamba memuliakan amanah yang Allah titipkan.
Jadi hari ini, bila kita melayan tetamu, rakan, atau sesiapa sahaja, ingat: adab + ikhlas = nilai besar di sisi Allah. "Deep dive" hikmah babak cerita Nabi Ibrahim dalam surah ad-Dhariyat pada 29 November ini. Siri 7 Jejak Ibrah: Memuliakan Walau Tak Dikenali 👉 Info lengkap : https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/JejakIbrah #AkademiSinergi #TadabburTazakkur #JejakIbrah

🌙 1447H Ramadan Journey kini bermula Reboost iman & rebuild momentum menuju Ramadan bersama al-Quran. Dua modul utama Akadem
🌙 1447H Ramadan Journey kini bermula Reboost iman & rebuild momentum menuju Ramadan bersama al-Quran.
Dua modul utama Akademi Sinergi yang diberi sentuhan topik baharu dengan kaedah tadabbur tazakkur untuk menyatukan hati dan amal dalam perjalanan menuju Ramadan 1447H.
📘 1. Cara Mudah Faham al-Quran (CMFAQ): Konsistensi Iman Menuju Ramadan - Sesi berkenalan dengan konsep tadabbur tazakkur melalui ayat-ayat iman, dalam al-Quran. 📙 2. Berinteraksi Dengan al-Quran (BDQ): Ramadan KickStart! - Modul lanjutan untuk mengukuhkan kemahiran tadabbur tazakkur dengan ayat-ayat amal soleh yang akan mengisi Ramadan nanti. 💥 TAWARAN JIMAT BERGANDA! Pakej Advance Kombo CMFAQ + BDQ Hanya RM120 sahaja seorang! 📍NOVEMBER INI bermula dengan CMFAQ Ahad, 23 November 2025 | 2 Jamadil Akhir 1447H 🕣 Sesi 1: 8.30 – 11.30 pagi 🕑 Sesi 2: 2.00 – 4.00 petang 🔴 LIVE di Zoom & YouTube 🔗 Baca info lengkap di: 👉 https://ezy.la/GetReadyRamadan1447H 🧕🏼 Admin : https://wasap.my/60125051357/BANTURamadan1447H #AkademiSinergi

Rasa Ramadan masih lama lagi? Tak sebenarnya. Pejam celik, eh lebih kurang 3 bulan je lagi.
Kalau nak rasa indahnya kehidupan dalam bulan Ramadan dengan barakah & rahmat yang melimpah , kena mula dari sekarang.
Macam Nabi, para sahabat & salafussoleh ❤️ Berkata Imam Ibnu Rajab al-Hambali rahimahullah: ﻗَﺎﻝَ ﺑَﻌْﺾُ ﺍﻟﺴَّﻠَﻒُ : ﻛَﺎﻧُﻮْﺍ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻥَ ﺍﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳُﺒَﻠِّﻐَﻬُﻢْ ﺷَﻬْﺮَ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ، ﺛُﻢَّ ﻳَﺪْﻋُﻮْﻧَﺎﻟﻠﻪَ ﺳِﺘَّﺔَ ﺃَﺷْﻬُﺮٍ ﺃَﻥْ ﻳَﺘَﻘَﺒَّﻠَﻪُ ﻣِﻨْﻬُﻢْ Sebahagian salaf berkata: “Dahulu mereka (para salaf) berdoa kepada Allah selama 6 bulan agar mereka dipertemukan dengan bulan Ramadhan. Kemudian mereka juga berdoa selama 6 bulan agar Allah menerima amalan mereka (yang dilakukan di bulan Ramadhan)”. ⌛️ NANTIKAN, ada sesuatu yang istimewa ESOK MALAM. 📅 7 Nov (Jumaat), 8:30pm https://youtube.com/shorts/gnBYsyNkrgM?feature=share #GetReadyForRamadan #BoostIman #REbuildMomentum #CMFAQ

🔖 Menanti Jamadil Awal 1447H ini "Bukan setiap masa jalan hidup kita mudah dan selesa. Pasti ada momen kecewa, jatuh, serabu
🔖 Menanti Jamadil Awal 1447H ini "Bukan setiap masa jalan hidup kita mudah dan selesa. Pasti ada momen kecewa, jatuh, serabut & resah gelisah." Namun, babak kisah Musa a.s. dalam Surah al-Qasas membuktikan: 👉 Daripada kesusahan, lahirnya peluang. 👉 Daripada pertolongan kecil, membuka pintu jodoh. 👉 Daripada ujian, membina kepimpinan. Inilah seminar Jejak Ibrah tawarkan 25 Oktober ini. InshaAllah nak bawa diri kita melihat dengan yakin bahawa Allah tidak pernah silap menyusun hidup kita. JEJAK IBRAH SIRI 6: PERNIKAHAN NABI MUSA YANG TAK DISANGKA 📅 Tarikh: 25 OKT 2025 3 Jamadil Awal 1447H ⏰ Masa: 9.00 pagi - 1 petang 📍 LIVE : Online (Zoom) 🎥 Rakaman & Nota disediakan 👉 Daftar segera di: https://ezy.la/jejakibrah 🧕🏻 Perlu bantuan admin? https://wasap.my/60125051357/jejakibrah #AkademiSinergi #Ibrah114

Ingat, apa sahaja yang Allah jaga, pasti lebih selamat daripada apa yang kita cuba genggam sendiri. Kita juga diuji untuk mel
Ingat, apa sahaja yang Allah jaga, pasti lebih selamat daripada apa yang kita cuba genggam sendiri. Kita juga diuji untuk melepaskan sesuatu yang paling kita sayang. Boleh jadi anak, pasangan, harta, jawatan, bahkan rasa selesa kita. Persoalannya, adakah kita mampu melepaskan itu kerana yakin & taat kepada janji Allah? Tak dinafikan, ada je antara kita saat diuji untuk “melepaskan”, lebih memilih untuk berpegang pada dunia. Padahal, jika ibu Nabi Musa hanya bergantung pada rasa “keibuannya”, pasti tidak akan sanggup. Namun kerana yakin dengan wahyu Allah, dia sanggup melepaskan. Wallahu'alam. ____ Bersama dalam kelas Jejak Ibrah Siri 5: Ibu yang Melepaskan Tuhan Yang Menjaga untuk dibimbing cara jaga keluarga dengan surah al-Qasas. 🗓 Sabtu, 27 September 2025 ⏰ 9.00 pagi – 1.00 petang 📍 Live di Zoom & YouTube 📲 ezy.la/jejakibrah #AkademiSinergi #ibrah114 #jejakibrah

⏳ [6 HARI LAGI] Silap kita. Sebab sering mengukur janji Allah dengan logik kita, manusia yang lemah daripada segala sudut. Se
⏳ [6 HARI LAGI] Silap kita. Sebab sering mengukur janji Allah dengan logik kita, manusia yang lemah daripada segala sudut. Sedangkan logik kita tidak akan mampu menutup ruang kuasa dan kehendakNya. 😞 Apa doa yang kita sangka mustahil, hingga kita lupa Allah boleh melaksanakannya di luar jangkaan kita? 📍 Ambil ruang faham dan usaha amal pengajaran daripada Kisah Maryam عَلَيْهِ ٱلسَّ لَامُ pada 24 Ogos (Ahad) nanti. Ada mesej besar untuk jaga iman di akhir zaman ini. 🔗 Info kelas : bit.ly/JejakIbrah 🧕🏽 Bantuan admin : https://wasap.my/60125051357/kisahMaryamdalamQuran #AkademiSinergi #JejakIbrah