ru
Feedback

Не попадитесь на канал ботавода! Telemetrio находит и помечает такие каналы 👉 Хотите видеть метку — оформите подписку

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Открыть в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
1 843
Подписчики
Нет данных24 часа
-57 дней
-1430 дней
Архив постов
SOROTAN PERKONGSIAN KHAS Al-Fadhil Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Ada perkara yang kita lihat… tetapi belum tentu kita faham. Selepas melihat sendiri pameran di Booth Bangkit Al-Quds, ini pandangan yang dikongsikan oleh Tuan Hj Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD). Bukan sekadar mengenali sebuah tempat, tetapi memahami nilai, sejarah dan tanggungjawab kita terhadap Al-Quds. Semoga lebih ramai membuka mata dan mengenal Al-Quds dengan lebih dekat. ✨ Kenali Al-Quds. Sebarkan kesedaran. #bangkitalquds #masjidalaqsa #malamberselawatmenjunjungdaulat #tigakotasuci #alifmimsin

RAJA, ULAMA DAN RAKYAT — BERPISAH TIADA “Hubungan antara Raja, ulama dan rakyat bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang peradaban alam Melayu, dengan Islam sebagai asas yang membentuk jati diri, ilmu, budaya dan kehidupan masyarakat.” Demikian antara intipati perkongsian YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika menyampaikan kupasan bertajuk Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menjelaskan bahawa pengertian Melayu tidak hanya terbatas kepada keturunan atau etnik semata-mata. Alam Melayu merangkumi pelbagai kelompok seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain yang dipersatukan oleh akidah, bahasa, budaya serta peradaban Islam. Menurut beliau, proses pengislaman raja-raja Melayu menjadi antara titik penting dalam perkembangan Kesultanan Islam di alam Melayu. Seiring perkembangan tersebut, para ulama memainkan peranan besar dalam membina tradisi ilmu, memperkukuh sistem ketatanegaraan, membentuk undang-undang, memajukan pendidikan serta membimbing akhlak masyarakat. Turut ditekankan bahawa masjid tidak seharusnya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya perlu terus diimarahkan sebagai pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan medan penyatuan umat. “Masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga hendaklah menjadi pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan tempat umat membina kekuatan bersama.” Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan antara Raja, ulama dan rakyat merupakan kesinambungan peradaban yang perlu terus dipelihara oleh generasi hari ini. Sejarah, ilmu, adab, budaya dan agama hendaklah sentiasa dihidupkan agar jati diri Melayu-Islam kekal teguh berakar pada warisan peradaban. Raja memimpin dengan amanah. Ulama membimbing dengan ilmu. Rakyat menggerakkan peradaban dengan muafakat. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

photo content
+2

RAJA, ULAMA DAN RAKYAT — BERPISAH TIADA “Hubungan antara Raja, ulama dan rakyat bukanlah sesuatu yang baharu. Ia merupakan sebahagian daripada perjalanan panjang peradaban alam Melayu, dengan Islam sebagai asas yang membentuk jati diri, ilmu, budaya dan kehidupan masyarakat.” Demikian antara intipati perkongsian YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), ketika menyampaikan kupasan bertajuk Raja, Ulama dan Rakyat Berpisah Tiada sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menjelaskan bahawa pengertian Melayu tidak hanya terbatas kepada keturunan atau etnik semata-mata. Alam Melayu merangkumi pelbagai kelompok seperti Jawa, Bugis, Banjar, Minangkabau dan lain-lain yang dipersatukan oleh akidah, bahasa, budaya serta peradaban Islam. Menurut beliau, proses pengislaman raja-raja Melayu menjadi antara titik penting dalam perkembangan Kesultanan Islam di alam Melayu. Seiring perkembangan tersebut, para ulama memainkan peranan besar dalam membina tradisi ilmu, memperkukuh sistem ketatanegaraan, membentuk undang-undang, memajukan pendidikan serta membimbing akhlak masyarakat. Turut ditekankan bahawa masjid tidak seharusnya berfungsi sebagai tempat ibadah semata-mata, sebaliknya perlu terus diimarahkan sebagai pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan medan penyatuan umat. “Masjid bukan sekadar tempat untuk melaksanakan ibadah khusus, tetapi juga hendaklah menjadi pusat ilmu, pusat kemasyarakatan dan tempat umat membina kekuatan bersama.” Beliau turut mengingatkan bahawa hubungan antara Raja, ulama dan rakyat merupakan kesinambungan peradaban yang perlu terus dipelihara oleh generasi hari ini. Sejarah, ilmu, adab, budaya dan agama hendaklah sentiasa dihidupkan agar jati diri Melayu-Islam kekal teguh berakar pada warisan peradaban. Raja memimpin dengan amanah. Ulama membimbing dengan ilmu. Rakyat menggerakkan peradaban dengan muafakat. Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SOROTAN PERKONGSIAN KHAS YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

🎙️ TEMU BUAL KHAS | Pandangan Prof. Awang Sariyan Mengenai MBMD 2.0 Dalam sesi temu bual bersama YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM), beliau menyifatkan penganjuran Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 sebagai manifestasi kebangkitan semula kesedaran umat Islam untuk menghayati agama, mensyukuri nikmat Allah SWT serta meneruskan usaha memartabatkan Islam sebagai amanah yang dipikul bersama oleh seluruh umat. Menurut beliau, MBMD 2.0 bukan sekadar sebuah program kemasyarakatan, malah menjadi wadah memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap Institusi Raja-Raja Melayu sebagai kesinambungan sistem pemerintahan Kesultanan Islam di Alam Melayu. Warisan tersebut berkembang melalui kerajaan-kerajaan agung seperti Pasai, Kedah, Aceh, Melaka, Pattani, Banjar dan Demak, yang menjadi asas pembinaan tamadun serta penyebaran Islam di rantau ini. Beliau menjelaskan bahawa warisan ini perlu terus dipelihara agar masyarakat memahami dan mendukung kedudukan Institusi Raja-Raja sebagai payung agama di peringkat negeri dan Persekutuan, sekali gus memperkukuh keamanan, perpaduan dan kesejahteraan negara. Mengulas mengenai peranan media, beliau menyeru agar pelbagai medium komunikasi, sama ada media arus perdana mahupun platform digital seperti media sosial, podcast, forum dan siaran audio, dimanfaatkan secara berkesan untuk menyampaikan ilmu, menyemai kesedaran serta memupuk kecintaan generasi muda terhadap sejarah, agama, Institusi Raja dan warisan peradaban bangsa. Beliau turut menegaskan bahawa hubungan erat antara Raja, Ulama dan Rakyat perlu terus diperkasakan sebagai asas pembinaan jati diri bangsa serta kelangsungan peradaban Islam di negara ini. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Sesi Temu Bual bersama : YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : YB Senator Datuk Seri Prof. Emeritus Dr. Awang Sariyan, Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

SULTAN SELANGOR PRIHATIN MEMPERKUKUH SYIAR ISLAM DAN KEHARMONIAN RAKYAT “Di bawah naungan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, pembangunan dan syiar Islam di Negeri Selangor terus diperkasakan melalui pendekatan yang berteraskan ilmu, kesederhanaan, perpaduan dan kesejahteraan rakyat.” Demikian antara intipati ucapan YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Orang Besar Daerah (OBD) Klang ketika menyempurnakan perasmian Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 (MBMD 2.0). Beliau menyeru seluruh rakyat agar terus menjunjung kasih dan menzahirkan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor. Menurut beliau, kepimpinan Baginda sentiasa memberikan perhatian yang besar terhadap usaha memperkukuh kefahaman agama, memelihara kesucian akidah umat Islam, memperkasa institusi masjid serta memastikan keharmonian masyarakat berbilang kaum terus terpelihara. Turut ditekankan bahawa perpaduan dan keharmonian merupakan aset yang amat berharga. Justeru, rakyat diseru untuk menjauhi budaya permusuhan, kebencian, fitnah dan perpecahan, sebaliknya memperkukuhkan semangat muafakat sebagai asas kepada keamanan dan kemakmuran negeri. “Muafakat bukan sekadar slogan. Muafakat ialah kekuatan sosial yang membolehkan masyarakat hidup bersama dalam suasana aman dan saling mempercayai.” Beliau turut menyifatkan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 sebagai wadah yang menyatukan tiga tunjang utama negara iaitu agama, Institusi Raja dan rakyat. Melalui pengisian ilmu, sejarah, warisan, seni budaya dan selawat kepada Rasulullah ﷺ, program ini bukan sahaja mengimarahkan masjid, malah memperkukuh jati diri bangsa, semangat muafakat dan kecintaan terhadap Institusi Raja sebagai payung agama serta kedaulatan negara. Daulat Tuanku. SOROTAN UCAPAN PERASMIAN YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Orang Besar Daerah (OBD) Klang #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

SOROTAN UCAPAN PERASMIAN YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi Orang Besar Daerah (OBD) Klang

PERANAN MEDIA MEMBINA KESEDARAN, MEMPERKASA JATI DIRI Dalam sesi temu bual bersama Tuan Abu Fakhry, Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), beliau menekankan bahawa media bukan sekadar medium penyampaian maklumat, bahkan merupakan wadah strategik dalam membentuk kefahaman, menyemai kesedaran serta memperkukuh jati diri masyarakat. Menurut beliau, melalui penyebaran kandungan yang bermanfaat, media mampu menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah ﷺ dengan mengangkat nilai selawat, sirah dan akhlak Baginda sebagai pedoman kehidupan. Apabila hubungan dengan Rasulullah ﷺ diperkukuh, lahirlah masyarakat yang beradab, saling menghormati, mengasihi serta mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan bermasyarakat. Pada masa yang sama, media turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh kefahaman terhadap institusi Raja sebagai payung agama, lambang perpaduan serta tonggak kestabilan negara. Kesedaran ini amat penting agar keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam sebuah masyarakat yang menghimpunkan rakyat jelata dapat terus dipelihara serta diwariskan kepada generasi akan datang. Beliau turut menjelaskan bahawa dunia media hari ini berdepan cabaran untuk memperluaskan naratif yang positif kepada seluruh lapisan masyarakat. Justeru, usaha yang berterusan, kreatif dan berhikmah amat diperlukan agar mesej mengenai jati diri, kecintaan kepada Rasulullah ﷺ serta semangat menjunjung institusi Diraja terus meresap ke dalam hati masyarakat demi membina sebuah negara yang bersatu, beradab dan sejahtera, seterusnya melahirkan sebuah peradaban yang disegani. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : Tuan Hj Abu Fakhry Pengarah Pembangunan Insan Adam Charitable Foundation (ACF) merangkap Pengarah Media Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Pembawakan 3 Nilai Cinta, Satu Jiwa Perjuangan Cinta kepada Allah Cinta kepada Rasulullah SAW Cinta kepada Raja Inilah tiga teras utama yang menjadi roh dan mesej Sekretariat Muafakat Menjunjung Daulat (MJMD) sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0 sebagaimana dikongsikan oleh Ustaz Angah Sunan, Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat. Program ini bukan sekadar menghimpunkan masyarakat untuk berselawat, bahkan membawa satu mesej besar yang menghubungkan hubungan manusia dengan Allah SWT, kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta kesedaran untuk menghormati, kasih dan menjunjung institusi kesultanan yang telah memainkan peranan penting dalam perkembangan Islam, penyatuan umat dan pembinaan tamadun Melayu-Islam di Nusantara. Apabila cinta kepada Allah menjadi asas keimanan, hubungan cinta kepada Rasulullah SAW diterjemahkan melalui selawat, sunnah dan akhlak Baginda, serta cinta kepada Raja dizahirkan dengan menjunjung institusi kesultanan sebagai payung agama serta tiang seri negara, maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang bersatu, beradab dan teguh mempertahankan agama, bangsa serta tanah air dalam kehidupan masyarakat majmuk yang sejahtera. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pihak Masjid Jamek Ar-Rahimiah, Klang selaku tuan rumah, seluruh jawatankuasa pelaksana, para urusetia serta semua rakan strategik yang telah berganding bahu menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Semoga setiap sumbangan tenaga, masa dan pengorbanan yang dicurahkan dikurniakan ganjaran terbaik di sisi Allah SWT. Muafakat Jelata, Menjunjung Daulat. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : Ustaz Angah Sunan Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

PENGHARGAAN DARIPADA PENGERUSI SEKRETARIAT MJMD Alhamdulillah. Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)
+4
PENGHARGAAN DARIPADA PENGERUSI SEKRETARIAT MJMD Alhamdulillah. Pengerusi Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD), Ustaz Mohd Hanif bin Haji Ibrahim (Angah Sunan) telah berkongsi nukilan penghargaan kepada seluruh pihak yang bersama-sama menjayakan Malam Berselawat Menjunjung Daulat (MBMD) 2.0. Ucapan tersebut dizahirkan sebagai tanda penghormatan dan terima kasih kepada semua agensi, institusi, rakan strategik, sukarelawan, petugas, penaja, pempamer, media serta seluruh masyarakat yang telah menyumbang tenaga, masa, idea dan doa sepanjang penganjuran program. Semoga setiap amal kebajikan diterima Allah SWT dan menjadi asbab kepada lebih banyak usaha memupuk muafakat, memperkukuh ukhuwah serta menyuburkan kecintaan kepada agama, institusi Raja dan tanah air. 📖 Juga boleh dibaca versi penuh di sini (FB Angah Sunan) : https://www.facebook.com/share/p/1DzjjH1FKH/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

LENSA KENANGAN | DETIK KETIBAAN TETAMU Setiap ketibaan diraikan dengan penuh santunan. Senyuman yang mengalu-alukan, salam yang mengeratkan ukhuwah, serta layanan mesra daripada barisan urus setia menjadi permulaan kepada perjalanan Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0. Setiap tetamu turut menerima Buku Program (Media Kit) sebagai panduan sepanjang majlis, agar setiap pengisian dapat dihayati dengan lebih tersusun dan bermakna. Di sebalik sebuah program yang berjaya, terserlah nilai adab, tertib dan penghormatan dalam menyambut setiap insan yang hadir. Kerana muafakat sentiasa bermula dengan layanan yang ikhlas. Terima kasih kepada seluruh urus setia yang telah menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, memastikan setiap tetamu disambut dalam suasana yang harmoni, teratur dan penuh mahabbah. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Bagaimana perancangan 1 bulan berjaya satukan pelbagai agensi dan komuniti di bawah satu bumbung? Berdasarkan perkongsian Tuan Shahril Nizam bin Mokthar mengenai proses mobilisasi program baru-baru ini, kejayaan menghimpunkan orang ramai sebenarnya bertitik tolak daripada kerjasama erat pelbagai pihak. Terdapat 3 perkara utama di sebalik tabir kelancaran majlis ini : 1. Sokongan penuh institusi dan agensi. Pihak urusetia turun padang menyantuni pelbagai pihak termasuk institusi pengajian tinggi, sekolah, majlis bandaraya, pejabat daerah hinggalah ke jabatan kesihatan. Semuanya menyambut baik dan memberikan kerjasama yang sangat positif demi menjayakan majlis ilmu, seni dan warisan ini. 2. Mengurus cabaran masa. Secara keseluruhannya, tiada halangan besar yang timbul di sebalik tabir. Cabaran utama hanyalah kekangan waktu untuk berjumpa dengan pelbagai pihak dalam tempoh yang singkat, serta sedikit penyelarasan kelulusan bersama pihak berkuasa. Namun, segalanya dapat diuruskan dengan tertib dan berhemah. 3. Sambutan luar biasa daripada segenap lapisan masyarakat. Kehadiran pada hari kejadian bukan sahaja terdiri daripada agensi kerajaan, malah komuniti setempat turut sama memeriahkan suasana. Terdapat juga jemaah dari kawasan jauh yang sanggup datang menaiki bas, berserta sokongan ketua-ketua masyarakat dari pelbagai mukim. Melihat kepada sokongan yang begitu menyeluruh ini, jelas menunjukkan betapa kukuhnya ikatan perpaduan masyarakat. Apabila semua bersatu hati, Malam Berselawat Menjunjung Daulat dapat dilangsungkan dengan penuh ketenangan dan harmoni. Inilah bukti nyata Muafakat Jelata Menjunjung Daulat yang menyatukan jiwa masyarakat tanpa mengira latar belakang. Pewawancara : Ilham Fahmi, Wakil Media MJMD Sesi Temu Bual bersama : Tuan Shahril Nizam bin Mokthar Pengarah Hubungan Strategik, Program & Mobilisasi Sekretariat MJMD #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Sesi Temu Bual bersama : Tuan Shahril Nizam bin Mokthar Pengarah Hubungan Strategik, Program & Mobilisasi Sekretariat MJMD

LAGI SOROTAN DI RUANG PAMERAN Lensa kami terus merakam pelbagai detik sepanjang ruang pameran Malam Berselawat Menjunjung Daulat 2.0 menerima kunjungan daripada para pengunjung yang hadir dari pelbagai lapisan masyarakat. Dikongsikan lagi antara suasana yang sempat dirakam, memperlihatkan kemeriahan ruang pameran yang menghimpunkan pelbagai pengisian berteraskan sejarah, warisan, kenegaraan, seni, budaya dan komuniti. Terima kasih kepada semua pengunjung yang singgah, berinteraksi, bertanya dan menghayati setiap pengisian yang disediakan. Semoga setiap perkongsian memberi manfaat, menambah ilmu, menyemarakkan kecintaan terhadap warisan serta meninggalkan pengalaman yang bermakna buat semua. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

photo content
+9