ru
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Открыть в Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

Больше
Страна не указанаКатегория не указана
1 858
Подписчики
Нет данных24 часа
+467 дней
+5730 день
Архив постов
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan atas sokongan dan kehadiran para NGO, badan dakwah serta tokoh masyarakat yang turut memeriahkan majlis semalam 🤍 Antara yang hadir memberikan sokongan serta video ulasan : • Pengarah Pusat Kebudayaan USIM • Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) • Pengerusi Persatuan Cakna Sihat Malaysia Terima kasih kerana bersama-sama membawa mesej selawat, kasih sayang dan cinta Rasulullah ﷺ kepada masyarakat. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuburkan budaya dakwah yang lembut, menyatukan dan penuh hikmah. Semoga setiap langkah kecil ini menjadi asbab hadirnya hidayah dan ketenangan buat ramai hati yang mencari jalan pulang kepada Allah SWT 🤍 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Kita sangkakan tren hanya tempat manusia datang dan pergi mengejar destinasi… rupanya di sepanjang perjalanan itu, Allah satukan hati-hati dengan selawat dan cinta kepada Rasulullah ﷺ 🤍 Dalam gerabak MRT Kajang menuju ke Bukit Bintang, bukan sekadar perjalanan biasa… tetapi perjalanan yang dipenuhi semangat mahabbah, rasa kebersamaan dan jiwa-jiwa yang saling menguatkan antara satu sama lain. Ada yang baru kenal, ada yang datang daripada latar kehidupan berbeza… tetapi malam itu, selawat menyatukan semuanya dalam satu rasa cinta yang sama ✨ Selawat bergema sepanjang perjalanan, senyuman saling bertukar, dan malam itu menjadi saksi bahawa mahabbah kepada Rasulullah ﷺ mampu menyatukan manusia tanpa mengira siapa pun kita 🤍 Terima kasih Sis-Selawat atas perkongsian yang penuh mahabbah ini 🤍 Barakallahu fikum ajma’in 🌹 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Dari sekuntum mawar, lahir seribu senyuman 🌹 Sebelum melangkah, mereka membawa cinta. Di pertengahan jalan, mereka menyantuni dunia ❤️ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Di celah ribuan manusia, lensa sempat menangkap satu momen indah 🌹 Pelancong turut merakam suasana, menyimpan memori Bukit Bintang Berselawat dalam gambar dan video mereka. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah maklumbalas hadirin semuanya sangat gembira dengan majlis ini. InsyaAllah jika ada lagi Bukit Bintang Berselawat 4.0, semuanya bersedia untuk turun bersama-sama🌹 Terima kasih kepada semua peserta dan hadirin yang bersama menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Insya Allah, akan ada lagi respon dan perkongsian yang akan kami berikan 🫰🏻 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bergema doa yang diaminkan oleh ribuan manusia sebagai penutup malam yang penuh barakah Bukit Bintang Berselawat 3.0. "Perjuangan Baitul Maqdis atau Pembebasan Palestine juga adalah agenda Bukit Bintang Berselawat setiap kali diadakan." #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Repost from tvsufi.com
Di tengah hiruk-pikuk kota raya, di celah cahaya neon dan lautan manusia yang tidak pernah tidur… ada satu malam yang berbeza. Malam di mana jalan-jalan di Bukit Bintang bukan lagi sekadar tempat membeli-belah, hiburan dan kesibukan dunia. Tetapi bertukar menjadi lautan selawat. Lautan cinta kepada junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ. Inilah kisah Bukit Bintang Berselawat 3.0 — Ada yang datang menaiki motor. Ada yang berjalan kaki. Ada yang datang bersama sahabat. Ada yang membawa keluarga dan anak-anak kecil. Masing-masing datang dengan satu tujuan: ingin menjadi sebahagian daripada malam yang penuh keberkatan. Di tangan mereka ada kamera. Ada telefon yang merakam kenangan. Ada mata yang berkaca. Dan ada hati yang sedang mencari ketenangan. Di tengah kota moden… nama Rasulullah ﷺ bergema. “Allahumma Solli ‘Ala Muhammad…” Selawat demi selawat memenuhi udara Kuala Lumpur. Manusia yang sebelumnya asing antara satu sama lain, malam itu menjadi saudara kerana cinta yang sama — cinta kepada Rasulullah ﷺ. Ada yang pertama kali hadir. Ada yang sudah menunggu sejak tahun lalu. Dan ada yang diam-diam berdoa: “Ya Allah… jangan jadikan ini kali terakhir aku berselawat bersama mereka.” Bukit Bintang malam itu bukan sekadar lokasi. Ia menjadi simbol kebangkitan jiwa. Tentang bagaimana: Makkah membina Tauhid. Madinah membina cinta dan akhlak. Baitul Maqdis membina jiwa perjuangan dan peradaban. Dan malam itu… anak muda, keluarga, para pendakwah, para pencinta Rasulullah ﷺ berkumpul membawa ruh itu ke tengah kota. Ada yang merakam video. Ada yang mengambil gambar. Tetapi hakikatnya, semua sedang merakam sejarah. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForA|| #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Repost from tvsufi.com

DI TENGAH BUKIT BINTANG, KITA BERSATU DALAM SELAWAT Di tengah kota..Bukit Bintang, Malaysia tidak hanya menjadi lokasi tetapi menjadi saksi kepada sebuah momen kebersamaan yang penuh makna. Hulurkan tangan persaudaraan kepada seluruh umat manusia tanpa mengira bangsa dan perbezaan, atas dasar cinta kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan ajaran Baginda. Di bumi Malaysia yang berbilang bangsa dan budaya, terpancar keindahan dalam satu ruang yang sama kehalusan seni silat Melayu yang beradab, tarian naga yang penuh simbolik, serta kepelbagaian ekspresi budaya yang hidup dalam suasana harmoni, berpaksikan selawat dan cinta kepada Rasulullah SAW. Ini bukan sekadar persembahan, tetapi lambang sebuah negara yang menjadikan kepelbagaian sebagai kekuatan, bukan pemisah. Rasulullah SAW bukan milik mana-mana kaum, kumpulan atau keturunan. Baginda adalah rahmat untuk seluruh umat manusia pembawa kasih sayang, penyatu hati, dan sumber hidayah buat semua. Semoga Malaysia terus subur dengan kasih sayang, perpaduan dan ukhuwah yang tidak bersempadan. Ayuh bersama kita hidupkan semangat ini menyebar rahmat, menyatukan hati, dan membina Malaysia yang lebih harmoni. HaRUM ucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sekretariat BUKIT BINTANG BERSELAWAT 3.0 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sumber : HaRUM Malaysia

Respon Ahli khidmat pada majlis Bukit Bintang Berselawat yang mengangkat tema ‘Hiburan Beradat, Budaya Diangkat. Terima kasih pada semua ahli khidmat yang bergandingan menjayakan program ini. Semoga setiap lelah, tenaga dan pengorbanan menjadi asbab rahmat dan keberkatan daripada Allah. ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Seorang kontraktor pembersihan menerima sekuntum mawar merah di Bukit Bintang Berselawat 3.0🌹 Bunga itu dibawa ke mana sahaja. Di tangan kirinya bekerja, di tangan kanannya masih setia menggenggam mawar pemberian manusia yang mungkin tidak pernah dia kenal. Kadang manusia tidak perlukan hadiah yang mahal, cukup rasa dihargai untuk membuat hati bertahan lebih lama 🤍 Rasulullah ﷺ juga mengajarkan kita untuk saling memberi hadiah, kerana dari hadiah kecil, lahir kasih sayang yang besar. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Alhamdulillah, terima kasih diucapkan buat para ibu, ayah, abang, kakak, keluarga dan semua yang hadir memeriahkan Bukit Bintang Berselawat 3.0 🌹 Melihat ribuan manusia berhimpun di tengah kota atas dasar cinta kepada Rasulullah SAW benar-benar menghadirkan satu suasana yang luar biasa. Dari yang muda hingga yang tua, semuanya bersatu dalam selawat, kasih sayang dan kebersamaan. Inilah tanda bahawa masyarakat kita masih punya bunga jiwa yang cintakan kebaikan. Bukan sekadar sebuah program, tetapi satu gelombang perubahan dan kebangkitan nilai peradaban apabila hiburan dipandu adab, budaya diangkat, dan cinta kepada Rasulullah SAW menjadi titik penyatuan umat. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Doa yang dilantunkan… diaminkan beramai-ramai, dengan hati yang penuh harap dan cinta. 🤍 Moga setiap air mata, setiap selawat dan setiap yang diaminkan… menjadi saksi kebersamaan jiwa-jiwa yang merindukan Rasulullah ﷺ Membina mahabbah dan kasih sayang sesama manusia… sepertimana warisan yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah ﷺ 🤍 Daripada selawat, lahir persaudaraan. Daripada cinta, terbit penyatuan jiwa. Daripada kebersamaan, lahir sebuah peradaban. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Antara video respon daripada ahli khidmat… Tahniah dan terima kasih buat seluruh Ahli Khidmat Bukit Bintang Berselawat 3.0 🤍 Di sebalik meriahnya lautan manusia dan selawat yang bergema… ada tangan-tangan yang berkhidmat dengan penuh ikhlas demi memastikan semuanya berjalan lancar. Semoga setiap lelah, tenaga dan pengorbanan menjadi asbab rahmat dan keberkatan daripada Allah. ✨ #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Maklum balas peserta terus diterima… 🤍 Dengan masa yang terhad dan protokol yang perlu dipatuhi, malam tadi tetap menjadi bukti bahawa selawat dan akhlak masih hidup mekar di dalam hati umat🌹 Terima kasih kepada semua peserta dan hadirin yang bersama menjayakan Bukit Bintang Berselawat 3.0. Insya Allah, lebih banyak lagi respon dan perkongsian akan kami kongsikan selepas ini 🙏🏼 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sejuk perut ibu mengandung... 🥰 Kreatif betul adik ni! Gigih siapkan poster cantik-cantik dalam masa 2 hari semata-mata untuk bawa ke program Bukit Bintang Berselawat. Yang paling mahal, jawapan adik ni tentang sunnah Nabi sangat matang dan praktikal untuk anak-anak seusianya. Membentuk pemikiran kreatif anak-anak yang berteraskan kecintaan kepada Rasulullah adalah langkah utama dalam Membina Generasi Tiga Kota Suci. Jom sama-sama kita amalkan pesanan adik ni: Jangan lupa berselawat hari-hari ya! 🌸 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #GenerasiTigaKotaSuci #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Maklum balas dan rasa hati daripada para peserta mula dikongsikan… Semoga setiap yang hadir mendapat sesuatu untuk dibawa pulang ke dalam jiwa 🌹 InsyaAllah, akan menyusul lagi feedback dan perkongsian daripada para hadirin Bukit Bintang Berselawat 3.0 #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Sokongan padu daripada Bonda Tun Suzana, Sekretariat Sheikh Jamadil Kubro), yang turut sama hadir memberikan sokongan dalam program Bukit Bintang Berselawat 3.0. Bukit Bintang malam ini bukan sekadar berselawat, tapi menjadi saksi penyatuan ummah. Terima kasih Bonda atas inspirasi dan sokongan ini. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Bayangkan di tengah kota, non-muslim dan anak muda pelbagai latar belakang diajak cuba hijab dan pakaian tradisi Melayu secara percuma, bukan untuk menukar siapa-siapa, tetapi untuk rasa sendiri keindahan sopan santun dan budaya kita; di Bukit Bintang Berselawat 3.0. Di bawah bimbingan Ayahanda Sidi Ibrahim Al-Malik, pencetus Bukit Bintang Berselawat 3.0, misi kami sederhana – buka ruang saling memahami, raikan perbezaan dengan senyuman, dan tunjukkan bahawa Muhammad for all, Islam for all, hadir dengan kasih sayang, bukan paksaan. #BukitBintangBerselawat #HiburanBeradatBudayaDiangkat #MuhammadForAll #IslamForAll #TigaKotaSuci #PeradabanTimur