fa
Feedback
TIPS STPM

TIPS STPM

رفتن به کانال در Telegram

kerajinan mengatasi kepandaian🔥

نمایش بیشتر
1 194
مشترکین
-124 ساعت
+57 روز
+1130 روز
آرشیو پست ها
Repost from BM STPM DR SURIATI
photo content

Repost from BM STPM DR SURIATI
+1
Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris

Repost from BM STPM DR SURIATI
CamScanner 11-13-2025 17.35.pdf

untuk live mlm ni cari tiktok suriati_zakaria

Repost from BM STPM DR SURIATI
Terima kasih Fatimah, tolong saya
Terima kasih Fatimah, tolong saya

Repost from BM STPM DR SURIATI
Saya nak buat kelas malam ni, untuk S.1 2026, kelas santai-santai je yer. Ada yang berminat? Jumpa pukul 8:30malam ni di live tik tok, insya-Allah

siapa yg free tu boleh join

korng saya nk ingtkn untuk semua, kita mmng pelajar tapi kalau dh salh kita dan mmng punca tu dari kita pastu kita kena denda atau apa" lah yg mlnggar peraturan sekolah please akur sbb bnyk iu semasa skrng pelajar sekolah semakin menjadi" guru hnya mengajar sepatutnya untuk didik kita betul" ni ibu bapa sekiranya ibu bapa kamu problem kamu tolong jngn problem sekali kadang" sbb perangai dari rumah kamu bawa ke sekolah smpai disiplin hilng, adab x de bayangkan bebrpa thun yg akan dtng kamu sebagai seorang guru kena didik generasi yg macm ni, kadang" pengaruh dari rakan sbaya please lah jngn buat tbiat yg buruk dekt sekolah tu, tugas kita dptkn kejyaan untuk mengubh ekonomi kluarga, masyarakat dan negara, kes ogol kat sekolah tu dh macm biasa sangt kalau boleh hari" nk ada kes yg sma apa bnda lah perangai sampai macm tu. maaf kalau nmpk macam kasar tapi tu hakikat yg sebenar. Doakn kita semua x buat mcm tu dan x de perangai yg pelik".

sapa" ada soalan ke nk tanya?

Universiti apa yg kamu impikan
Anonymous voting

Selama beberapa bulan kamu belajar, kamu yakin tak boleh dapat A waktu exam nnti
Anonymous voting

selasa beberapa bulan kamu belajar ni kamu yakin tak waktu exam nnti boleh dapat A
Anonymous voting

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua, semua dh hbis trial exam? teruskan usaha untuk exam yg sebenar, anda kuat, anda boleh, anda pasti berjaya👍.

BUKU KESASTERAAN MELAYU MELAKA ( LP ) Nn (1).pdf316.02 MB

bulan ni min ad bnyk bnda yg perlu diuruskn, jadi x sempat nk bgi nota selalu, min harap dengn pnmbhn admin dapt mmbntu pljar yg lain.Terima kasih atas kerjasma semua.

channel ini memerlukan penmbhn admin, tidak kira umur, boleh membimbing pelajar stpm DM: @dyrrothphoveus

💫Fonem Unit bunyi terkecil yang boleh membezakan makna. Contoh: /p/ dengan /b/ → padi ≠ badi. 💫Alofon Variasi sebutan bagi sesuatu fonem tetapi tidak mengubah makna perkataan. Contoh: fonem /r/ boleh disebut dengan lidah bergetar kuat [r] atau lembut [ɾ] dalam perkataan rajin, tetapi maknanya tetap sama 💫Pasangan minimal Dua perkataan yang hanya berbeza satu fonem pada kedudukan yang sama, lalu menghasilkan makna berbeza. Contoh: tali ≠ pali (beza pada fonem /t/ dan /p/). 💫Variasi bebas Perbezaan sebutan sesuatu perkataan yang tidak menjejaskan makna. Contoh: perkataan teh boleh disebut [teh] atau [tɛh], kedua-duanya difahami sebagai benda yang sama.

BM SEM 1 🔹Fonetik Kajian tentang bunyi bahasa dari sudut fizikal → bagaimana bunyi dihasilkan, didengar, dan ciri-ciri sebutannya (artikulatori, akustik, auditori). Fokus pada bunyi sebenar Contoh: Bunyi [p] dan [ph] (hembusan udara kuat atau lemah) dikaji dalam fonetik. 🔹Fonemik Kajian tentang sistem bunyi dalam bahasa → bagaimana bunyi berfungsi untuk membezakan makna. Fokus pada bunyi yang bersifat abstrak (fonem), bukan variasi kecilnya. Contoh: /p/ dan /b/ ialah fonem kerana membezakan makna padi ≠ badi. 🔹Fonologi Kajian tentang sistem bunyi dalam sesuatu bahasa dari segi fungsi dan peranannya dalam membezakan makna. Mengkaji fonem, alofon, suku kata, dan lain-lain 💫Secara ringkas Fonetik = bunyi sebenar (fizikal). Fonemik = bunyi abstrak (unit terkecil pembeza makna). Fonologi = sistem & peranan bunyi dalam bahasa.

BM SEM 1 SEBUTAN BAKU 💫Sebutan huruf Contoh: emas → [ə-mas], bukan [e-mas] (huruf e di sini ialah e pepet) Contoh: ekor → [e-kor] (huruf e di sini ialah e taling) ~Huruf mesti dibunyikan ikut nilai vokal sebenar. 💫Sebutan kata Contoh: teknologi → [tek-no-lo-gi], bukan [tek-nol-ji] Contoh: masyarakat → [ma-sya-ra-kat], bukan [masya-kat] ~ Semua suku kata perlu disebut dengan jelas, tiada yang digugurkan. 💫Sebutan intonasi Contoh ayat tanya: Awak sudah makan? (nada naik di hujung) Contoh ayat penyata: Saya sudah makan. (nada turun di hujung) Contoh ayat seruan: Wah, cantiknya! (nada lebih tinggi, beremosi) ~ Intonasi ikut jenis ayat supaya maksud tepat.

BM SEM 1 💫Diftong (satu suku kata) -aj → pandai (bunyi /ai/) -oj → amboi (bunyi /oi/) -aw → pulau (bunyi /au/) ➡ Diftong = dua huruf vokal tapi dilafazkan sebagai satu bunyi vokal. 💫Vokal rangkap (membentuk dua suku kata) Suku kata terbuka (berakhir dengan vokal): biasa (bi+a+sa) Suku kata tertutup (berakhir dengan konsonan): Duit (Du+it) ➡ Vokal rangkap juga terdapat dalam palatalisasi (j) dan labialisasi (w) yg melibatkan separuh vokal w dan j ➡ Vokal rangkap = gabungan dua vokal, tetapi masing-masing kekal bunyi sendiri → jadi dua suku kata. 💫Digraf (2 huruf mewakili satu lambang) / ɲ / →ny / ŋ / →ng /ɣ/ →gh /x/ →kh /ʃ/ →sy /ð/ →dh /θ/→ th ng → kucing ny → nyamuk sy → syarat th → thabit (pinjaman Arab) kh → akhir (pinjaman Arab) dh → Ramadhan (pinjaman Arab) gh → maghrib (pinjaman Arab) ➡ Digraf = gabungan 2 huruf tetapi bunyinya satu sahaja. 💫Struktur suku kata ~Pola asli (4 jenis): V KV VK KVK ~Pola pinjaman (7 jenis) : KKV KKVK KVKK KKKV KKKVK VKK KKVKK ➡ Pola asli = lebih ringkas, pola pinjaman = lebih kompleks (banyak gabungan konsonan). 💫Konsonan rangkap (dua konsonan → dua bunyi, biasanya kata pinjaman) pr → praktikal kl → kelas dr → drama tr → tren pl → plan gr → gratis 💫Sebutan baku Sebutan huruf → contohnya huruf ‘e’ ada dua jenis: e pepet (/ə/) dan e taling (/e/). Sebutan kata → teknologi mesti sebut [tek-no-lo-gi], bukan [tek-nol-ji]. Sebutan intonasi → ayat tanya mesti naik di hujung: Awak sudah makan? ➡ Sebutan baku = ikut kaedah fonologi rasmi, bukan loghat.