Process to Success SPM!!
رفتن به کانال در Telegram
Berjaya itu luas. Capailah ia dengan kelebihan yang ada pada diri dengan doa, usaha, ikhtiyar dan tawakkal. Percaya diri.
نمایش بیشتر449
مشترکین
+224 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
-830 روز
آرشیو پست ها
📚🔥 SEMINAR PRO RUMUSAN SPM 2026 🔥📚
Nak kuasai teknik menjawab rumusan dengan lebih mudah dan berkesan? Jom sertai Seminar Pro Rumusan untuk meningkatkan kemahiran menjawab dan memantapkan persediaan menghadapi SPM! 💯✨
📅 Tarikh: 25 Oktober 2026 (Ahad)
⏰ Masa: 9.00 malam – 10.00 malam
🎯 Sasaran: Pelajar SPM
💰 Yuran: RM5.00 sahaja!
Jangan lepaskan peluang ini! Ayuh sertai dan tingkatkan keyakinan anda untuk menjawab rumusan dengan lebih mantap. 🚀
Kuasai Rumusan, Raih Impian SPM! 🏆
#SeminarProRumusan #SPM2026 #TeknikMenjawabRumusan #AyuhSertai #KejayaanSPM
*Karangan Bahagian A*
Tajuk : Unit Bimbingan Kaunseling di Sekolah.
Fokus : Peranan.
Patah perkataan : 205
Markah diperoleh : 25/30
#BahasaMelayuSPM
#BahasaDijunjung
Dalam era serba moden ini, institusi pendidikan bukan sekadar medan pemindahan ilmu, bahkan ruang pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikososial murid. Dalam mendepani tekanan akademik, konflik interpersonal serta ketidaktentuan emosi, kewujudan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) menjadi komponen penting dalam ekosistem persekolahan. Peranannya perlu diperkasakan agar setiap murid memperoleh sokongan yang sewajarnya.
Antara peranan UBK adalah dengan membimbing murid mengurus tekanan emosi dan permasalahan peribadi secara konstruktif. Melalui sesi kaunseling, murid dapat meluahkan keresahan dalam suasana yang selamat, mengenal pasti punca kesulitan dan meneroka jalan penyelesaian yang bersesuaian. Pendekatan ini membantu mereka membina daya tindak serta kematangan emosi ketika menghadapi cabaran laksana aforisme Melayu, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, setiap kesukaran yang dialami murid wajar ditangani dengan empati, bukannya penghakiman.
Seterusnya, UBK berperanan memberikan bimbingan akademik dan kerjaya agar murid mampu merancang masa hadapan secara berpandangan jauh. Pendedahan tentang kecenderungan diri, laluan pendidikan dan prospek pekerjaan membantu mereka membuat keputusan berdasarkan kebolehan serta aspirasi sendiri. Bimbingan ini mengelakkan murid daripada membuat pilihan secara semberono hanya kerana tekanan persekitaran persis kata-kata hikmat, gagal merancang bererti merancang untuk gagal, mengingatkan murid tentang pentingnya hala tuju yang jelas.
Ini sudah terang lagi bersuluh, UBK berperanan memelihara kesejahteraan emosi dan membimbing perancangan masa hadapan murid. Sinergi antara kaunselor, guru dan keluarga penting bagi memastikan setiap murid berkembang secara seimbang serta berdaya tahan.
TUISYEN PERCUMA LIVE SPM MDDNM
Anjuran Biro Pendidikan MDDNM Bersama PPD Jasin.
https://photos.app.goo.gl/LT2bvgojrQzNbMMT9
*Tuisyen SPM Percuma Online MDDNM*
*Anjuran Biro Pendidikan MDDNM Dengan Kerjasama PPD Jasin Tahun 2026*
10 OKTOBER 2026(SABTU)
11 OKTOBER 2026(Ahad)
Tarikh : 10 Oktober 2026
Hari. : Sabtu
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Nama : Harliza binti Hashim
Mata Pelajaran : Fizik
Tajuk : Smart Revision : Fizik Nuklear
LINK https://youtube.com/live/XFGYig49Lb8?feature=share
Tarikh : 10 Oktober 2026
Hari. : Sabtu
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Nama : Norasmajalila Nasiha binti Othman
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu K1
Tajuk : Mari Bina Karangan Mantap
LINK https://youtube.com/live/Y-CctB0sVDw?feature=share
Tarikh : 11 Oktober 2026
Hari. : Ahad
Masa : 9.30 pagi - 10.30 pagi
Nama : Abd Aziz bin Raya
Mata Pelajaran : Sejarah
Tajuk : Sistem Persekutuan
LINK https://youtube.com/live/EWI8mJAg52k?feature=share
Tarikh : 11 Oktober 2026
Hari. : Ahad
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Nama : Shahrir Akbar bin Azmi
Mata Pelajaran : Matematik
Tajuk : Math Revision (Section C Past Year)
LINK https://youtube.com/live/a1to7A88L10?feature=share
Repost from Lifeeyy's English Elevation
SAID, TELL, SPEAK, TALK 🗣️
SAID = mengatakan sesuatu
Fokusnya pada apa yang dikatakan.
She said, "I'm tired."
= Dia berkata, "Saya penat."
TELL = memberitahu seseorang
Biasanya diikuti dengan orang yang diberitahu.
She told me the truth.
= Dia memberitahu saya perkara yang sebenar.
SPEAK = bertutur/bercakap
Sering digunakan untuk bahasa, situasi formal, atau kemampuan bertutur.
Can you speak English?
= Bolehkah awak bertutur dalam bahasa Inggeris?
TALK = berbual/bercakap
Lebih umum untuk perbualan harian.
We talked about school.
= Kami berbual tentang sekolah.
💡 Cara mudah mengingat:
Said → mengatakan sesuatu
Tell → memberitahu seseorang
Speak → bertutur/bercakap
Talk → berbual/bercakap
https://ngl.link/nad71349
Kongsikan apa apa sahaja tentang SPM, study atau apa² sahaja 😁
Repost from Lifeeyy's English Elevation
🎓 COUNTDOWN TO SPM 2026 — BATCH 09
📝 26–29 OCTOBER — BM SPEAKING TEST
⏳ 22 DAYS LEFT
📝 02–05 NOVEMBER — ENGLISH SPEAKING TEST
⏳ 29 DAYS LEFT
🔬 16–18 NOVEMBER — SCIENCE PRACTICAL TEST
⏳ 43 DAYS LEFT
✍🏻 23 NOVEMBER – 17 DECEMBER — WRITTEN EXAMINATION
⏳ 50 DAYS LEFT
🎧 23 NOVEMBER — BM LISTENING TEST
⏳ 50 DAYS LEFT
🎧 24 NOVEMBER — ENGLISH LISTENING TEST
⏳ 51 DAYS LEFT
🔥 22 DAYS TO GO UNTIL SPM 2026 BEGINS!
“Don't be afraid of the time that is getting shorter. Use every day that you still have to work hard. Revise, do exercises, ask the teacher if you don't know
Repost from Geografi Spmnetic!™
boleh hafal jenis saliran, salah satu soalan kbsm yg masih ditanya
cr: google
Repost from JOMLAH BELAJAR GEOGRAFI
Geopedia by
Cikgu Abdul Jabbar
1. Apakah itu Silvikultur?
Silvikultur boleh ditakrifkan sebagai sains dan seni bagi pembangunan serta penjagaan sesuatu dirian hutan berdasarkan kepada aplikasi pengetahuan silvik. Ia merupakan teori dan amalan dalam pengawalan penubuhan, komposisi, struktur dan pertumbuhan hutan.
2. Jenis-jenis rawatan silvikultur dalam sistem pengurusan hutan di Semenanjung Malaysia?
- Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F)
- Memotong Akar/Pepanjat (CL)
- Tanaman Mengaya
3. Apakah yang dimaksudkan dengan kepelbagaian biologi?
Kepelbagaian biologi atau "biodiversity" didefinisikan sebagai kepelbagaian antara organisma hidup dari pelbagai sumber dari daratan mahupun samudera dan lain-lain yang melangkau ekosistem akuatik dan sebahagian daripada ekosistem yang kompleks termasuk di dalam kelompok spesies dan antara spesies dan ekosistemnya. (United Nation Earth Summit, 1992).
4. Pengertian Pemuliharaan Ex-situ
Pemuliharaan ex-situ adalah pengekalan spesies di luar habitat asal mereka dalam kemudahan seperti arboreta, zoo, bank gen benih, bank gen in vitro dan bank gen ladang.
5. Pengertian Pemuliharaan In-situ
Pemuliharaan in-situ adalah pengekalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan di habitat asalnya dengan ekologi semulajadi yang dapat mengekalkan populasi biak baka flora dan fauna.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan Etnobotani?
Etnobotani bermaksud merekod, menggambarkan dan menjelaskan kaitan rumit antara budaya dan (kegunaan) tumbuhan: menumpukan, terutamanya, bagaimana tumbuhan digunakan, diurus dan dinilai merentasi masyarakat manusia (contohnya: sebagai makanan; sebagai ubat; dalam menujum; dalam kosmetik; dalam mewarna; sebagai pakaian; dalam pembinaan; sebagai peralatan; sebagai wang; dalam sastera; dalam upacara; dan dalam kehidupan masyarakat.
7. Maksud tanaman mengaya
Penanaman dalam sesuatu kawasan dengan spesies asal atau spesies dagang untuk mengayakan semula kawasan tersebut dan tindakan pemulihan ini tidak banyak mengganggu dirian tinggal.
8. Taman Negara
"Taman Negara" ertinya sesuatu Taman Negara yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Taman Negara 1980 bagi tujuan memelihara dan melindungi hidupan liar, hidupan tumbuh-tumbuhan dan benda-benda yang mempunyai kepentingan dari segi kaji bumi, kaji purba, sejarah dan etnologi dan kepentingan lain dari segi sains dan pemandangan, dan melalui pemeliharaan dan penggunaanya untuk memajukan pendidikan, kesihatan, nilai estetik dan rekreasi orang ramai.
9. Hutan Lipur
Hutan lipur ialah sesuatu kawasan yang terletak di dalam hutan simpanan kekal yang diwartakan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 Seksyen 10(1)(i) yang digunakan bagi tujuan aktiviti rekreasi seperti beristirehat, bersukan, menjalankan penyelidikan dan pendidikan serta memelihara flora dan fauna.
10. Hutan Rekreasi
Hutan rekreasi ialah mana-mana kawasan yang terletak di luar kawasan hutan simpanan kekal bagi tujuan rekreasi.
Sumber http://jpnk.kelantan.gov.my
Share @ilmugeografi
