meh study !
رفتن به کانال در Telegram
stpm batch 07 !
نمایش بیشترکشور مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
9 416
مشترکین
+2524 ساعت
+2977 روز
+1 32730 روز
آرشیو پست ها
9 425
Repost from STPM with bunga ‼️
Ni syarat lingkungan tambahan tau , kene follow untuk buat transkripsi fonetik
9 425
Repost from STPM with bunga ‼️
Info tambahan ;
mana ii diftong kemudiannya diikuti dengan kata imbuhan , tak perlu letak penyisipan sebaliknya pisahkan diftong tersebut
9 425
Repost from STUDY WITH NASUHA💕
esei ni nak simple simple ja and jenis direct sebab 200 patah perkataan je
9 425
Repost from STUDY WITH NASUHA💕
TIPS BAHASA MELAYU SEMESTER 1 :
BAHAGIAN A & B :
•WAJIB HAFAL LAMBANG FONETIK , JADUAL VOKAL DAN KONSONAN
•FAHAMKAN KONSEP
•HAFAL DEFINISI DAN KONSEP
• BANYAKKAN BUAT LATIHAN DAN ANALISIS SOALAN ( cari tahu kenapa jawapan dia macamni , kenapa bukan jawapan ni )
BAHAGIAN C :
• BACA PETIKAN SOALAN BETUL BETUL
• BOLEH TULIS DIRECT JE TAKYAH SALIN BALIK SOALAN
* ESEI :
- TAK PERLU PENDAHULUAN DAN PENUTUP
- 4 ISI SAHAJA
- PENANDA WACANA NAK GUNA BOLEH TAKNAK PUN BOLEH ( Selain itu & Di samping itu ✅ )
9 425
JENIS IMBUHAN TER-
ter- transitif :
- selepas KK ada kata nama sebagai pelengkap objek
- ayat boleh pasif
Zamri tertelan biji rambutan.
(Aktif)
Biji rambutan tertelan oleh Zamri. (Pasif)
ter- tak transitif
- selepas KK tidak ada kata nama
- ayat tak boleh pasif
- makna sudah sempurna secara sendiri
Anissa terjatuh.
ter- pasif
- wujud dalam ayat pasif
- boleh bertukar ganti dgn imbuhan di- pasif
Makanan sudah terhidang.
👇🏻
Makanan sudah dihidang.
9 425
kata ganda penuh , cthnya /ramai-ramai/ , kalau kita buang stu perkataan akan jadi /ramai/ , perkataan tersebut dapat berdiri sendiri.
kata ganda semu cthnya /kanak-kanak/ , jika kita buang stu perkataan akan jadi /kanak/ , kata tersebut tidak dapat berdiri sendiri ( akar kata ).
kata ganda separa cthnya /bersalam-salaman/ menggunakan morfem terikat kompleks : ber-...-an , semua kata ganda berimbuhan dikira sebagai kata ganda separa.
kata ganda berentak pengulangan vokal cthnya /sayur mayur/ menggunakan vokal yg berulang namun menggunakan konsonan yang berbeza.
kata ganda berentak pengulangan konsonan cthnya /warna-warni/ menggunakan konsonan yang berulang namun vokal yang berbeza.
kata ganda berentak bebas biasanya terdiri daripada simpulan bahasa.
kata ganda berentak bersisipan pula menggunakan kata terbitan bersisipan , cthnya : jari-jemari = j(-em)ari.
9 425
kata ganda penuh : cth = ramai-ramai
kata ganda semu : cth = kanak-kanak
kata ganda separa : cth = bersalam-salaman
kata ganda berentak :-
i. pengulangan vokal = sayur-mayur
ii. pengulangan konsonan = warna-warni
iii. bebas = semak samun
iv. bersisipan = jari-jemari
9 425
Repost from STPM STUDY ROOM 🧚♂‼️
kata ganda ada 4 jenis = kata ganda penuh , kata ganda semu , kata ganda separa , dan kata ganda berentak
kata ganda berentak pula ada 4 jenis = kata ganda berentak pengulangan vokal ,kata ganda berentak pengulangan konsonan , kata ganda berentak bebas dan kata ganda berentak bersisipan
9 425
Hai semua 🙋♀✨
Saya sedang mencari beberapa admin untuk membantu mengurus channel Meh Study! 💻📚
Kalau ada yang berminat, boleh DM saya ya. Sama-sama kita jadikan channel ini lebih aktif dan bermanfaat ✨💐
DM: @jesschiara
syarat : terbuka utk semua n tak kisah tahap sekarang, yang penting rajin, baik, dan ada semangat untuk belajar 😊
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
