✧science stream students˚₊‧₊
رفتن به کانال در Telegram
1Malaysia Science Stream Student ‼️‼️ 🌟 share notes/exercises/tips #AchieveStraightAsTogether 🌟Biology 🌟Chemistry 🌟Physic 🌟Mathematic 🌟Addmath chat here :)) https://t.me/studylikerorychat
نمایش بیشتر3 280
مشترکین
-324 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
+930 روز
آرشیو پست ها
this one for asid and alkali ye ,the notes would be longer if i add salt notes too
𝐀𝐬𝐢𝐝, 𝐁𝐞𝐬 𝐝𝐚𝐧 𝐆𝐚𝐫𝐚𝐦
(A s i d, B e s d a n G a r a m)⚗️🧫
1. Peranan Air (The Logic)🚿
Asid/Alkali + Tanpa Air: Kekal sebagai molekul. Tiada ion H+ atau OH- bebas bergerak. Sifat kimia tidak muncul.
Asid/Alkali + Air: Mengion (dissociate). Ion H+
(untuk asid) atau OH- (untuk alkali) terhasil. Sifat kimia muncul.
Trick: Kalau soalan kata asid dilarutkan dalam benzena atau etanol, jawapannya: "Tiada perubahan pada kertas litmus" sebab tiada air untuk mengionkan asid
2. Kekuatan Asid & Alkali
Asid/Alkali Kuat: Mengion sepenuhnya dalam air. Kepekatan ion H^+/OH^- sangat tinggi.
Contoh: HCl, H_2SO_4, HNO_3, NaOH, KOH.
Asid/Alkali Lemah: Mengion separa dalam air. Kebanyakan kekal sebagai molekul. Kepekatan ion H^+/OH^- rendah.
Contoh: Asid etanoik (CH_3COOH), Ammonia (NH_3).
Trick Gambarajah: Dalam lukisan zarah, asid kuat tunjuk semua zarah terpisah (+ dan -), asid lemah tunjuk banyak zarah masih berpasangan (molekul).
3. Sifat Kimia (The Big 3)
Wajib hafal hasil tindak balas asid:
Asid + Bes/Alkali ---Garam + Air.
Asid + Logam Aktif ---Garam + Gas Hidrogen (H² - bunyi 'pop').
Asid + Karbonat Logam ---Garam + Air + Gas Karbon Dioksida (CO²- air kapur keruh).
4. Nilai pH (The Inverse Rule)
pH < 7 (Asid): Lagi rendah pH, lagi tinggi kepekatan ion H+.
pH > 7 (Alkali): Lagi tinggi pH, lagi tinggi kepekatan ion OH-
Trick: Asid HCl (1.0mol dm³ )ada pH lebih rendah berbanding CH3COOH (1.0 mol dm³) walaupun kepekatan sama, sebab HCl asid kuat.
5. Kepekatan & Larutan Piawai
Formula Keramat: n = {MV}/{1000}
n = bilangan mol.
M = Kemolaran (molariti).
V = Isipadu (dalam cm³)
Pencairan (Dilution): M¹V¹ = M²V²
Tricks Penyediaan: Sentiasa guna Kelalang Volumetrik untuk sediakan larutan piawai, bukan bikar!
6. Peneutralan & Penunjuk (The Titration)
Peneutralan: Tindak balas antara asid dan alkali menghasilkan garam dan air sahaja.
Formula Hitungan: MaVa/MbVb =a/b (ambil a, b dari pekali persamaan kimia).
Trick Silang: Tengok jumlah H (asid) dan OH (alkali). Nombor itu "cross" jadi nisbah.
Nisbah 1:1: Digunakan untuk HCl + NaOH, HNO3 + KOH, atau CH_3COOH + NaOH (1H bertemu 1OH)
Nisbah 1:2: Digunakan untuk H2SO4 + NaOH atau H2SO4 + KOH (2H perlukan 2 alkali).
Nisbah 2:1: Digunakan untuk HCl + Ba(OH)2 atau HNO3 + Ca(OH)2 (2 asid perlukan 1 alkali).
Nisbah 1:1 (Special): H2SO4 + Ba(OH)2 (2H bertemu 2OH, jadi 1:1).
Nota Poket: Isipadu (V) tak payah tukar dm³,pakai cm³ pun boleh.
Warna Penunjuk (Tricks):
Fenolftalein: Asid (Tak berwarna), Alkali (Merah Jambu).
Metil Jingga: Asid (Merah), Alkali (Kuning).
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
