დ٭EBOOKS TREASURE٭დ
رفتن به کانال در Telegram
Welcome Gojess to EBOOKS TREASURE✿◦• Untuk baca shortstory, sila search hashtag ya. Cth : #Lelakiyangkautindas Fast reply untuk belian EBOOK : www.wasap.my/601135240569/EBOOK
نمایش بیشتر587
مشترکین
-224 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
-2230 روز
در حال بارگیری داده...
کانالهای مشابه
ابر برچسبها
هیچ دادهای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
دسامبر '24
دسامبر '24
+19
در 3 کانالها
نوامبر '24
+31
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '24
+37
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '24
+16
در 2 کانالها
Get PRO
اوت '24
+126
در 58 کانالها
Get PRO
ژوئیه '24
+370
در 66 کانالها
Get PRO
ژوئن '24
+237
در 24 کانالها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 21 دسامبر | +1 | |||
| 20 دسامبر | +1 | |||
| 19 دسامبر | 0 | |||
| 18 دسامبر | +1 | |||
| 17 دسامبر | 0 | |||
| 16 دسامبر | +3 | |||
| 15 دسامبر | 0 | |||
| 14 دسامبر | +1 | |||
| 13 دسامبر | 0 | |||
| 12 دسامبر | 0 | |||
| 11 دسامبر | 0 | |||
| 10 دسامبر | 0 | |||
| 09 دسامبر | +1 | |||
| 08 دسامبر | 0 | |||
| 07 دسامبر | +1 | |||
| 06 دسامبر | 0 | |||
| 05 دسامبر | 0 | |||
| 04 دسامبر | +3 | |||
| 03 دسامبر | 0 | |||
| 02 دسامبر | +2 | |||
| 01 دسامبر | +5 |
پستهای کانال
| 2 | PROMO EBOOK by HANA EFRINA🦋
Kaw kaw yaa PROMO kalini❤️🔥
Sehingga 30 SEPT 2024 SAHAJA!
www.wasap.my/601135240569/EbookPROMO | 457 |
| 3 | بدون متن... | 306 |
| 4 | [ LASHIRA THE LAST WIFE ]
“Kenapa kau tak tidur lagi?” Tayang muka tak beriak, Zhaqif melangkah masuk sambil menyoal dingin.
“Saya tunggu tuan.”
“Lepas ni, tak payahlah nak tunggu aku. Aku ni bukannya ada amnesia atau hilang ingatan. Tahulah aku cari jalan balik bila aku rasa nak balik,” balas Zhaqif tanpa memandang wajah Lashira. Mood dia masih belum ketemu. Hilang tercampak ke laut dalam.
Lashira segera turun dari katil. Jemari sendiri diramas. Wajah si suami dipandang dengan riak bersalah. Sedar diri diperhatikan, Zhaqif toleh ke kiri. Kening berkerut saat pandangan mereka beradu.
“Apasal kau pandang aku macam tu?”
“Saya nak minta maaf sebab dah kecewakan tuan.”
“Kau tak perlu nak minta maaf. Tak pernah terbukti yang kau bermasalah. Aku ni, lainlah. Dua orang bekas isteri aku elok saja mengandung lepas bercerai dengan aku.” Gontai nada suara Zhaqif.
Lashira dijentik rasa simpati mendengarkan ayat itu. Di luar sedar, jemari Zhaqif diraih. Zhaqif tersentak.
“Saya tak nak tuan putus asa.” Lashira geleng. Berharap Zhaqif takkan mengalah di persimpangan jalan.
Zhaqif tarik tangannya menjauh. Entahlah, tiba-tiba pula dia rasa debar yang melanda berubah luar biasa. Situasi mula berubah janggal.
“Kita dah bazirkan masa enam bulan. Aku pun tak tahu, patut ke tidak aku terus gantung harapan lagi,” ujar Zhaqif tak bernada.
“Tapi kita masih ada lagi enam bulan, tuan. Dalam tempoh enam bulan tu, tak mustahil saya boleh hamil.” Tekan Lashira menyebabkan bibir Zhaqif mencebir sinis.
“Kenapa kau pula yang terlebih yakin? Kau baru hadap enam bulan, bolehlah nak bersabar lagi. Nanti dah cukup setahun, kau pun akan anggap aku macam tu juga.”
“Jangan samakan saya macam tu, tuan..” tegur Lashira dalam nada yang hampir tidak jelas kedengaran.
“Habis tu kau nak cakap yang kau sanggup sehidup semati dengan aku, walaupun suatu hari nanti aku ni memang betul-betul disahkan mandul??” selar Zhaqif mulai berubah bengang. Walhal tak patut pun kemarahan itu dia lepaskan pada Lashira.
“Dalam hidup ni, kita mungkin rasa kita perlukan sesuatu tu sebab kita yakin dah sampai masanya kita harus miliki ia. Tapi yang sebenarnya, DIA lebih tahu apa yang terbaik untuk tuan pada waktu itu. Mungkin belum sampai masanya lagi. Mungkin juga dah tertulis ‘zuriat’ tuan bukan dari rahim saya. Sebab tulah saya tak nak tuan terus mengalah macam ni.” Lashira cuba suntik kembali semangat Zhaqif yang memudar.
“Kau pilih jawapan ‘selamat’ sebab kau tak mampu nak jawab. Kau pun sama aje macam, Helena. Macamlah aku tak boleh teka,” perli Zhaqif, seperti meragui isterinya sendiri.
#LashiraTheLastWife
www.wasap.my/601135240569/Ebook | 265 |
| 5 | [ LASHIRA THE LAST WIFE ]
“Andai kata saya gagal hamilkan anak tuan, tuan masih dengan keputusan tuan dulu untuk lepaskan saya?” Akhirnya, dalam satu nafas soalan itu Lashira hamburkan pada sang suami.
Suasana hening seketika. Berdeham, Zhaqif cuba hilangkan rasa aneh yang menyerbu ke tangkai hati.
“Tak cukup ke tempoh setahun yang kau perlu bazirkan dengan aku?” tempelak Zhaqif seperti sengaja mahu mengelak daripada menjawab soalan Lashira.
“Saya nak tahu, tuan belum jawab soalan saya lagi.”
“Kau dah pandai mendesak sekarang..” omel Zhaqif. Lashira diam gigit bibir.
“Selepas saya, ada lagi ke perempuan lain yang akan tuan jadikan bahan ‘eksperimen’ tuan?” Kali ni, Lashira ajukan pertanyaan lain pula. Kening Zhaqif terjungkit sebelah.
“Kenapa? Kau tak nak aku lepaskan kau? Kau nak ke terus hidup dengan lelaki macam aku ni? Pernah beristeri sebanyak dua kali. Tapi kesudahannya isteri sendiri pun minta diceraikan.” Bertalu-talu, Zhaqif memprovok.
Lashira mahu saja jawab yang dia sanggup. Dia redha andai kata mereka tidak dikurniakan zuriat sekalipun, asalkan Zhaqif akan selalu ada di sisi dia. Kerana apa? Kerana rasa cinta itu lebih mengatasi segala-galanya. Ya, saat ini Lashira dah tak mampu menipu hatinya lagi. Dia.. sudah mula cintakan Zhaqif Shaddad. Tapi mengenangkan ‘siapa’ dirinya jika mahu dibandingkan dengan Zhaqif, membuatkan dia terpaksa mengunci rapat bibir sendiri.
“Well.. Lashira binti Luqman. Aku tak rasa kau sanggup hidup dengan aku kalau dah terbukti yang aku ni memang tak mampu buat mana-mana wanita sekalipun untuk hamil. Kau isteri aku yang ketiga. Kalau kau pun masih tak hamil, sampai masa kau sendiri yang akan minta dibebaskan daripada perkahwinan ni. Trust me..” Tersungging senyuman sarkastik di wajah Zhaqif.
“Tuan..”
“Cut it out. Aku dah tak nak cakap pasal ni lagi.” Laju bicara Lashira dicantas. Rebahkan tubuh, Zhaqif terus pejam mata. Sejurus isi hati Lashira yang tadinya meronta-ronta mahu diluahkan, bagaikan terkepung di tengah-tengah. Jiwa Lashira automatik berubah sesak!
#LashiraTheLastWife
www.wasap.my/601135240569/Ebook | 156 |
| 6 | [LASHIRA THE LAST WIFE ]
“Kenapa tuan pilih saya?” Lashira beranikan diri menyoal.
Yalah, Lashira cuma tertanya-tanya. Maklumlah, bukan main ramai lagi perempuan cantik dan bergaya yang datang untuk temuduga tadi, tapi akhirnya gadis kampung seperti dia juga yang dipilih oleh Zhaqif.
“Aku pilih perempuan yang ‘baik’ untuk lahirkan anak aku. Kau aje yang aku nampak paling okey berbanding mereka semua. Dan kau, kenapa kau datang ke sini?” Tenang Zhaqif membalas. Mata tak lepas merenung gadis bertudung di hadapannya. Di antara calon yang hadir, hanya Lashira yang berpakaian tutup litup.
“Saya perlukan duit untuk rawatan adik saya. Nyawa jadi galang ganti pun saya sanggup, asalkan saya mampu lihat dia terus bernyawa.”
“Maknanya kau terdesaklah? Orang terdesak, memang sanggup lakukan apa saja. Tapi kau sedar tak tugas kau nanti bukannya mudah? Kau kena serahkan diri kau pada aku. Sanggup?” Zhaqif mahu menduga. Mendengarkan omelan Zhaqif, liur yang ditelan terasa kesat. Lama Lashira terdiam.
“Kau masih ada waktu kalau kau nak tarik diri. Aku tak nak paksa kau sebab aku tahu syarat yang aku letakkan nanti memang susah. Mana ada perempuan sanggup disentuh oleh seorang lelaki sedangkan dalam hati dia tak pernah ada cinta kan?” selar Zhaqif lagi.
Malangnya Lashira tetap membisu. Sekadar meramas tangannya sendiri, menunjukkan si empunya tubuh sedang resah gelisah. Melepaskan nafas berat, Zhaqif bangun betulkan kot yang membaluti tubuh. Susuk Fairuz dicari.
“Ruz, hantar perempuan ni ke depan. Aku tak rasa dia yakin dengan keputusannya,” ujar Zhaqif dah berura-ura mahu berlalu. Melihat reaksi Lashira pun dia tahu Lashira berbelah bagi. Malaslah nak buang masa lagi. Tak sempat kaki mahu beredar, suara Lashira sudah laju memanggil nama dia dari belakang.
“Saya sanggup, tuan!” Lashira juga ikut berdiri. Lambat-lambat Zhaqif toleh. Merenung Lashira dengan pandangan kosong.
“Aku perlukan rahim kau. Sudi ke kau ‘sewakan’ rahim kau untuk dijadikan bahan eksperimen aku?” Kening Zhaqif terjungkit. Lashira jatuhkan kepala sekali.
“Saya sanggup, asalkan tuan janji tuan akan selesaikan kos rawatan adik saya.” Getar suara Lashira jelas kedengaran. Sedikit-sebanyak hati rasa sebak. Kalaulah dia punya harta kekayaan, tentu bukan ini pilihan terakhir yang dia ada.
Berjalan ke arah meja, Zhaqif keluarkan buku cek. Menulis sesuatu di atas sekeping cek, diserahkan pada Lashira.
“Bayaran pertama kau, lima puluh ribu ringgit,” ujar Zhaqif lalu cek itu ditolak ke hadapan sedikit. Terkelip-kelip sepasang mata Lashira merenung sekeping cek yang berada di atas meja lelaki itu.
Lima puluh ribu? Bukankah nilai itu agak tinggi?
#LashiraTheLastWife
www.wasap.my/601135240569/Ebook | 130 |
| 7 | بدون متن... | 130 |
| 8 | Mana mungkin lelaki itu sudah pulang seawal itu.
Terasa seperti diperhatikan. Hudd berpaling, hanya sesaat dia melihat mata Diana melirik padanya sebelum memandang semula ke hadapan. Nampak stres aje.
“Tak ada kerusi lain ke?” Tiba- tiba Diana memecah sunyi antara mereka.
“Ha?” Lelaki itu berpaling padanya. Berpura tidak dengar atau sememangnya tidak mendengar.
“Ya, aku cakap dengan kau. Kau tak boleh duduk tempat lain ke? Aku duduk sini kau pun sedap rasa tekak kau nak join aku walau aku tak pelawa.”
Bercakap, tapi dia masih tidak sudi memandang lelaki itu. Geram dan tidak selesa itu yang dia rasakan. Dalam kemelut memikir tentang masalah yang mendatang dia hanya mahu bersendirian.
“Ada je...” ujar Hudd. Masih setia duduk di bangku yang sama dengannya, meski pun sudah diberi kata kiasan diminta untuk berpindah ke kerusi yang lain.
“Tapi aku nak duduk sini.” Lelaki itu sudah duduk mengiring memandang padanya.
“Alaaaa kecohlah kau, aku dah duduk sini lebih dulu dari kau, kan. Kau carilah tempat lain kau nak lepak.” Diana sudah naik angin. Emosi kurang stabil, rasa mahu marah saja.
“Hekkk elehhhh, kerusi batu ni bukan kau punya pun. Ini hak milik kerajaan tau. Pihak kerajaan tak cakap pun yang kau aje boleh duduk sini.
#DianaQafea
#PengantinTakJadi
www.wasap.my/601135240569/EbookPengantinTakJadi | 125 |
| 9 | [DIANA QAFEA PENGANTIN TAK JADI by
Laila Malaiqa]
“Kau tahu tak? Aku benci sangat-sangat bila kau sebut nama aku begitu. Bud! Bud! Semua orang panggil aku Syah. Hanya kau seorang yang panggil aku dengan nama yang pelik. Sama pelik dengan penampilan dan sikap kau yang perasan nak jadi lelaki ni.”
Gema suara Budris menarik perhatian. Berubah riak wajah Diana. Seketika dia memandang sekeliling. Semua mata sedang memandang padanya. Ada yang berbisik-bisik sambil memandang pada dirinya. Dia tunduk pula merenung batang tubuh sendiri. Seketika bibirnya mengukir senyuman sinis. Menyinis diri sendiri.
Tarik nafas Diana pandang wajah Budris semula. Bibir mengukir senyuman manis menampak jelas dua lubang kecil yang menghiasi kedua belah pipinya.
“Budris Syah I’m sorry for everything. Aku janji aku akan betulkan semua salah faham ini. Kau dan Dalila tidak perlu berpisah begini. Aku janji aku akan buat kau berdua bahagia. Bagi aku masa sebulan. Kau akan berjumpa semula dengan adik aku. Aku akan buat kamu bersatu kembali. Peganglah kata-kata aku ini, Diana Qafea tidak akan mungkir janji.”
Sudah terluah apa yang mahu dia katakan. Cukup itu. Berundur dua langkah ke belakang menjauhi Budris. Diana pasang langkah laju, dia tidak mahu lagi menunggu dan mendengar apa yang bakal Budris katakan. Takut hatinya akan tercalar lagi. Takut benteng kekuatannya semakin merapuh.
“Diana anak yang kuat, tetap melangkah walau semangatmu kian meruntuh.”
Itu kata Ramli, itu yang menjadi pegangannya. Sebelum Ramli tinggalkan dia dan Dalila. Kerana abah hanya berharap padanya. Kerana abah tiada anak lelaki untuk disandarkan tanggungjawab yang dipikul. Lalu abah menyerah padanya untuk memikul galas. Menyerahkan Dalila padanya.
Sebelum abah pergi, abah sudah terlebih dahulu mendidik dirinya. Kuat! Kuat dan terus kuat meski dunia akan bergoncang. Meski langit akan meruntuh. Kuatlah! Diana Qafea tidak akan sesekali menyerah dengan mudah. Abah larang dia menangis, kerana menangis akan melemahkan dia. Diana tahan segala rasa namun untuk meluah segala dengan tangisan adalah perkara terakhir yang akan dia lakukan.
“Teguhlah berdiri biar badai takdir sedang merempuh dirimu.” Pesan abah tidak mungkin dia akan lupa. Demi adiknya Dalila dia kukuhkan pertahanan meski adakalanya dia rapuh juga. Hampir tersungkur.
“Ila... maafkan kakak. Kakak tidak tahu yang Ila dan Bud adalah pasangan kekasih. Kalau Ila bagi tahu kakak sedari awal kakak akan jauhi Bud,” gumamnya sendiri.
Melayan perasaan pada bangku batu. Matanya tidak lepas memandang tasik buatan di hadapannya. Dada langit kian berubah warna, angin suam acapkali menyapa wajahnya. Balik dari bertemu Budris awal pagi itu, dia membawa diri ke sini.
Dalam kepala sudah berkisar. Di mana dia harus mendapatkan dapatkan duit untuk Dalila dan Budris. Untuk bertemu Dalila, Budris perlu pergi ke tempat di mana Dalila ada. Pusing, sedikit menyesal kerana berjanji. Tapi apa yang dia lakukan, semuanya hanya untuk orang yang paling dia sayang.
Menunduk, kedua belah tangan meraup kasar rambut pendek miliknya. Serabut.
“Nak air tak?”
Teguran satu suara mengejutkan Diana. Tegak tubuh Diana pandang ke sisi. Seorang lelaki
baharu sahaja melabuhkan duduk pada kerusi batu yang dia duduki. Diana tarik beg sandang miliknya. Beranjak sedikit membuka ruang lebih luas antara dia dan lelaki itu. Diana amat tidak selesa dengan kehadiran lelaki itu. Kerana saat ini dia perlukan ruang sendiri.
“Aku boleh tumpang duduk di sini, kan?” Hudd meletakkan tin-tin Nescafe dekat dengan Diana. Satu lagi dia buka untuk minum.
Diana hanya diam tidak memandang padanya. Hudd tersenyum, nampak pelik sekali sikap lelaki di sebelahnya ini. Bibirnya terus tersungging dengan senyuman. Air Nescafe dalam tin diteguk lagi.
Rasa dingin bergerak menelusuri rongga tekaknya. Lega rasa.
Diana mengerling sedikit pada lelaki itu, berkemeja biru laut dengan lengan baju yang sudah dilipat. Tali leher juga sudah dilonggarkan. Mungkin sahaja lelaki itu baru balik kerja. Tapi, Diana belek pula jam yang dipakai. Jam baru menunjukan jam empat petang. | 107 |
| 10 | “Kalau Lea pakai baju ni, cantik tak?” Leandra teruja menayangkan gaun berwarna krim di hadapan Ibrar. Kedengaran Ibrar menghela nafas berat.
“Awak pakai baju tu nak kahwin dengan saya atau nak buat tayangan percuma?” soal Ibrar, malas-malas.
Berubah wajah Leandra.
“Maksud Ib?”
“Saya memang kahwin dengan awak tanpa cinta, Lea. Tapi awak bawak maruah saya sebagai seorang suami selepas ni. Kalau dengan Dijah, tak perlu saya tegur dia tahu mana yang boleh dan tak boleh. Sebagai perempuan Islam, elok ke awak pakai baju terdedah macam tu? Nak tayang dekat siapa?” Panjang lebar Ibrar mengomel.
Hati Leandra tersiat. Balik-balik tetap Khadijah yang sempurna di mata Ibrar.
“Okey, Lea tukar.”
“Lagi satu.” Suara Ibrar keras.
Leandra pasakkan renungan ke wajah Ibrar. Menanti Ibrar habiskan bicara.
“Saya nak awak tutup rambut karat awak tu. Dalam erti kata lain, bertudung.” Tegas Ibrar.
Jujur, Leandra tak ada masalah tentang itu. Sebaik saja impian dia tercapai untuk jadi isteri kepada Ibrar Uwaiz, dia memang sudah bersedia untuk berubah.
“Okey, Lea faham.” Akur lagi.
“Kalau awak rasa tertekan dengan setiap arahan saya, awak masih boleh tarik diri. Awak tak perlu kahwin dengan saya dan gantikan Khadijah sebab Khadijah tak mampu digantikan oleh mana-mana perempuan.” Ayat yang meluncur daripada bibir Ibrar buat hati Leandra patah. Namun senyuman tetap terukir.
“Lea nak kahwin dengan Ib.”
“Yang sebenar, apa awak harapkan daripada perkahwinan ni?” aju Ibrar.
Tarik nafas panjang, Leandra hela perlahan-lahan.
“Tak ada apa-apa. Lea cuma nak tolong Ib.”
“Okey, sebab saya tak nak awak berharap pada yang salah. Kita tetap akan jadi kawan, Lea. Dan saya akan cuba jalankan tanggungjawab saya sebagai suami sehabis baik kecuali satu.”
“Apa?”
“Sentuh awak. Itu saya tak mampu buat.”
#LeandraPengantinSementara
www.wasap.my/601135240569/EbookLeandraPengantinSementara | 114 |
| 11 | بدون متن... | 98 |
| 12 | [SINOPSIS LEANDRA PENGANTIN SEMENTARA BY HANA EFRIENA]
Leandra Datuk Lee. Gadis ini punya segala-galanya kecuali SATU. Cinta seorang Ibrar Uwaiz. Lelaki itu adalah cinta pertama Leandra sejak di bangku sekolah lagi.
“Lea cintakan Ib. Ib tak nak ke kahwin dengan Lea?” - Leandra
“Ib anggap Lea tak lebih daripada seorang kawan. Lagipun Ib dah ada pilihan hati Ib. Ib akan bertunang tak lama lagi.” - Ibrar Uwaiz
Kerana cinta, Leandra nekad membuat kerja gila. Leandra culik bakal isteri Ibrar, dua minggu sebelum tarikh pernikahan mereka.
“Kau culik bakal isteri dia, Leandra. Ini kerja gila! Kalau Ib tahu, teruk kau nanti.” - Safraa
“Ib takkan tahu kalau kau tak bukak mulut.” - Leandra
“Kau culik ni anak orang, Lea. Bukan anak kucing!” - Safraa
“Pastikan dia takkan terlepas dari sini dalam masa 2 minggu ni. Aku perlu pastikan Ib jadi suami aku. Lepas Ib dah akad aku sebagai isteri, kau boleh lepaskan dia.” - Leandra
Rancangan Leandra berjalan lancar. Kerana perlukan pengantin perempuan, Ibrar terpaksa menerima Leandra sebagai seorang isteri tanpa cinta. Tambahan pula, Leandra berjaya membuatkan kebencian Ibrar bertunas terhadap Khadijah.
“Dijah tak bersedia nak jadi isteri Ib. Ib cari pengganti Dijah. Maafkan Dijah.” - Khadijah
Kecewa, lalu Ibrar tiada pilihan lain kerana semua persiapan telah dibuat. Akhirnya, lafaz akad termeterai.
“Aku terima nikahnya, Leandra binti Lee dengan mas kahwin..” - Ibrar Uwaiz
Impian Leandra tercapai. Malangnya bahagia itu hanya bersifat sementara pabila Khadijah berjaya loloskan diri dan muncul di majlis perkahwinan Ibrar dan Leandra. Merosakkan pelamin anganan Leandra selama ini.
“Dijah kena culik, Ib. Dijah kena paksa lepaskan Ib. Dan Dijah kenal dengan penculik tu!” - Khadijah
“Siapa?” - Ibrar Uwaiz
“Leandra, kawan baik Ib sendiri. Dia memang perempuan jahat. Dia gilakan Ib, sampai sanggup buat semua ni pada kita!” - Khadijah
Ikutkan hati, kala itu juga Ibrar mahu ceraikan Leandra. Namun kerana dendam, Leandra disimpan dan dijadikan pengantin sementara sebelum diceraikan.
“Kau kawan baik aku, Lea. Tapi kau tergamak buat semua ni pada aku semata-mata sebab aku tolak cinta kau?? Aku perlu hukum kau, Lea. Aku takkan lepaskan kau serta-merta. Aku akan ajar kau dengan cara aku, supaya lepas ni kau berfikir 2-3 kali sebelum nak buat sesuatu!” - Ibrar Uwaiz
#LeandraPengantinSementara
www.wasap.my/601135240569/EbookLeandraPengantinSementara | 140 |
| 13 | Welcome Gojess to EBOOKS TREASURE✿◦•
Untuk baca shortstory, sila search hashtag ya. Cth :
#Lelakiyangkautindas
Fast reply untuk belian EBOOK :
www.wasap.my/601135240569/ebook | 318 |
| 14 | sticker.webp | 52 |
| 15 | new num own ; tap heree 💋 | 34 |
| 16 | sticker.webp | 88 |
| 17 | 𖦹.✧˚ — CHANNEL FOR SALE
- 600+ real & active
- bekas task & mp
- ready to trf ownership
- price : RM18 ( takenow )
interested ? pm @ashalxvv 🧸 | 104 |
| 18 | https://vt.tiktok.com/ZS2Hj5Y4J/
— task tiktok , like and repost dah siap smua snd ss dkt @ashalxvv
— rm 0.02 / acc
— 50 slot only | 126 |
| 19 | task tiktok 🪿( RM 0.01 )
— follow https://www.tiktok.com/@usr4shaa._
— ss follow with username tiktok
— ss n send qr @ashalxvv
boleh buat banyak acc ! but bagitau dulu . | 67 |
| 20 | TASK TIKTOK
• like video sahaja
• ss like send to @ashalxvv
• send qr tng and username tiktok
• no limit acc
= 0.01/1
50 slot
https://vt.tiktok.com/ZS2u5LwNn/ | 78 |
