cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Group Tips Parenting

Komuniti ibu ayah yang nak berkongsi tentang tips parenting, pendidikan dan aktiviti bersama anak-anak, pengalaman mengajar, pengalaman menjaga anak special need dan lain-lain. Jom terus sebarkan kebaikan.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
1 325
مشترکین
+224 ساعت
+87 روز
+6830 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Sabar seorang ibu? Mungkin ada masa sabarnya menghilang. Marahnya tersasar. Fikirannya tak keruan. Akalnya kurang waras. Namun masih ramai ibu yang berjuang menahan amarah walau sabarnya senipis bawang. Masih ramai ibu yang rasa bersalah setiap kali tercalarkan emosi anak. Namun masih lagi rasa tak tergamak untuk melukakan fizikal anak. Hakikatnya tak dapat dinafikan, memang ada ibu yang sudah sampai hilang kewarasan. Atas faktor apa yang hanya dia dan Allah sahaja yang tahu. Mungkin ada yang rasa 'berdendam' dengan anak sendiri atas masa mudanya yang hilang. Apatah lagi bila anak itu menuntut tumpuan dan kesabaran yang tinggi untuk menjaga mereka. Benar ramai yang akan kata, "tak mungkin ibu ayahnya tergamak lakukan begini" bila membaca kisah B1 dan B2 yang sudah tular. Kita sudah ketahui naratif kes. Dan biarlah pihak berkuasa yang ambil tindakan sewajarnya. Sesungguhnya dari kisah itu, ramai ibu yang mula merenung diri dengan masa silam sendiri. Dan ramai yang mengucapkan syukur kerana Allah masih menyelamatkan kita dari rasa 'gila' itu. Walaupun mungkin dalam hati dan fikiran tah berapa ribu kali kita mahu melepaskan amarah melampau kepada anak-anak, tapi Allah masih tahan. Dia masih jaga kewarasan kita. Dan Dia masih titipkan rasa sabar dalam diri kita. Status ibu itu memang bukan untuk semua. Ada yang sudah menanti gelaran ibu sekian lama. Ada yang bergelar ibu dengan dikurniakan anak-anak syurga. Namun, ramai yang sudah mendapat gelaran itu tidak menghargainya. Malah ada yang kerap merungut seolah mereka (anak-anak) akan buat perangai selamanya. Nasihat ini untuk saya juga. Seorang ibu biasa yang turut merasa lelah. Cuma syukur Allah masih jaga kita. Dia tak biarkan kita hanyut dengan amarah tak tentu hala. Ya Allah, lindungilah anak-anak kami semua. Dan jagalah hati dan kewarasan kami yang juga ibu mereka. Agar kami tidak sekali-kali mendera hati dan fizikal mereka. Kerana anak-anak ini lahirnya ke dunia tidak diminta. P/s: Saya terus peluk Ali (anak lelaki saya) sejak tahu kisah itu semalam. Walaupun Ali bukan anak autisme, tapi tetap meruntun rasa. Kerana ada waktunya, sabar saya juga hilang batasnya. Nad Masrom Kaunselor Laktasi #nadbreastfeedinginfo
نمایش همه...
25👍 2
#zurashare Pernah tak rasa yang banyaknya nak kena buat untuk anak ni! Jom dengar, apa perkara yang anda perlu consider sebelum masukkan anak ke pelbagai aktiviti #parenting #keibubapaan #anak #aktivitianak Suka konten begini? Follow saya: facebook.com/nurulazzura14 x.com/n_azzurajafri instagram.com/nurulazzura_ tiktok.com/nurulazzura_
نمایش همه...
Log in or sign up to view

See posts, photos and more on Facebook.

03:06
Video unavailableShow in Telegram
IMG_2953.MOV36.60 MB
Sebelum bawa bayi keluar rumah , pastikan : ✅ Baca doa pelindung ✅ Tempat tidak ramai orang ✅ Sediakan kipas kecil untuk anak https://vt.tiktok.com/ZSFWcCT64/
نمایش همه...
TikTok · Effah Athirah

Check out Effah Athirah’s video.

Photo unavailableShow in Telegram
“Boleh ke kita marah anak?” Tanya kebanyakan parents dek lambakan nasihat parenting di media sosial. Jadi parents confused, “aduh cemana nak ajar anak kalau tak boleh marah?” Kalau nak tahu, konsep psikologi dalam parenting ni simple ja - 'be good enough parents'. Kita taknak jadikan dunia anak kita ni terlalu sempurna (jauh dari hakikat kehidupan) di mana kalau kamu salah, kamu tetap DIPERTANGGUNGJAWABKAN Jadi, memang perlu marah untuk kita jadi “good enough parents” sebab kita nak didik dan bimbing anak. Bukan semata puji, peluk cium 24/7 😅 tak logik Cuma, kalau belajar psikologi anak, kita belajar: ✅ BILA untuk marah ✅ KENAPA kena marah ✅ BAGAIMANA nak marah ✅ APA nak buat kalau terlepas marah yang tak patut Mendidik anak ni memang akan ada banyak kesilapan kita buat. Ada masa memang kita akan termarah anak sebab emosi kita tengah tak stabil. Jadi kita ada konsep “tear and repair” Macam mana tu? Baca lanjut: https://www.facebook.com/share/p/aD5Kg5whKcCpBjMo/?mibextid=WC7FNe
نمایش همه...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Macamana waktu tidur anak ibu-ibu masa beraya ni? Ok kah? Masing-masing sibuk masa beraya ni. Tapi untuk ibu-ibu yang ada anak kecil macam saya memang kena ambil berat tentang waktu tidur anak ni. Macamana mahu tahu bila baby tu letih dan mahu tidur? 1) Kening baby jadi merah 2) Baby gosok-gosok mata 3) Baby garu-garu telinga dan belakang kepala 4) Baby sudah mula menguap Bila sudah nampak tanda-tanda anak mahu tidur , ibu kena cepat-cepat bantu anak tidur. Bila anak tu dibiarkan berjaga lama , anak tu akan jadi overtired . Bila overtired , dia akan meragam dan menangis terus. Sepanjang beraya ni , saya memang jaga waktu tidur anak. Bila nampak dia meragam , saya akan cepat-cepat bawa dia masuk bilik. Bila pergi beraya dekat rumah orang pula , saya akan bawa dia masuk kereta untuk tidur. Kita sebagai ibu , kita kasihan dengan anak . Kita tidak mahu biarkan anak tu keletihan. Anak kecil lagi , bukan tahu apa-apa 🫶.
نمایش همه...
👍 2
Photo unavailableShow in Telegram
Kenapa anak suka masukkan atau hisap sesuatu ke dalam mulut? Perlukah risau dengan keadaan ini? Ibu bapa lagi perlu risau kalau anak tiada keupayaan untuk memasukkan sesuatu ke dalam mulut. Kanak-kanak seawal usia 2 bulan sudah mula menghisap jari . Manakala bermula usia 6 bulan sudah mula memasukkan sesuatu objek ke dalam mulut. Fasa ini dipanggil "Oral Mouthing". "Oral Mouthing" adalah fasa anak-anak mula explore apa yang ada di sekeliling mereka. Bila masukkan objek dalam mulut dia akan explore tekstur atau ciri-ciri lain yang ada pada objek tersebut. Ini juga dipanggil sebagai "Exploratory Play" di mana mereka bermain melibatkan ransangan yang ada pada tubuh mereka sendiri. Oral Mouthing sepatutnya akan berhenti pada usia 2 tahun nanti. Btw selamat hari raya mommies semua . Maaf zahir dan batin . Salah silap bahasa mohon dimaafkan 🥰. -Effah Athirah-
نمایش همه...
👍 3👌 1
Tok guru kata, umur 40 tahun ni adalah tahap usia matang manusia. Selalunya kehidupan sudah lebih stabil. Dalam masa sama, banyak nikmat telah diperolehi & banyak juga ujian besar mula menimpa. Maka pada waktu ini, apakah DOA yang patut diminta? Ulama kata, elok kita baca DOA KHAS yang Tuhan kongsikan dalam Surah Al-Ahqaf, ayat 15 : رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِىٓ ۖ إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ ٱلْمُسْلِمِينَ "Ya Tuhanku, bimbinglah daku untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku & kedua ibu bapaku dan agar aku kuat melakukan amal soleh yang Engkau redhoi, dan kurniakanku zuriat soleh & solehah. Sesungguhnya aku ingin kembali bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang berserah diri" Doa ini mengajar kita memohon rezeki PALING BESAR iaitu : ---> rezeki INABAH (kembali ke jalan-Nya). Rezeki ingat Allah. Rezeki nak halakan kehidupan untuk cari redha Allah. Dan semua ini bakal diraih dengan kita berdoa, memohon 5 perkara yang telah disusun dalam doa tersebut iaitu : 1. BERSYUKUR 2. Perbanyakkan AMAL SOLEH 3. Mohon ANAK-ANAK jadi soleh 4. Perbanyakkan TAUBAT & ISTIGHFAR 5. Meninggal dalam iman & islam Tuan puan dimuliakan, Begitulah kefahaman doa ini. Mari kita amalkannya setiap hari ya. Semoga Tuhan merahmati baki umur kita & dipermudahkan merain husnul khatimah, amin. Dalam pada itu, di saat kita berada di 10 malam terakhir di mana LAILATUL QADAR bakal berlaku, saya nak ajak anda perbanyakkan amal soleh. Andai ia jatuh pada lailatul qadar, beruntung kita kerana pahalanya bakal digandakan 30 RIBU KALI GANDA. Mari kita usahakan 1 amal soleh untuk tambah bekal pahala akhirat iaitu dengan bersedekah. Minggu depan, kami bercadang untuk hadiahkan 33 al-Quran baru kepada pelajar tahfiz. Jemput infaq ya, bantu kami cukupkan Quran ini. Semoga niat kita bantu pelajar mengaji dengan Quran baru akan menjadi asbab Tuhan makbulkan doa kita, amin. Berapa pun jumlah infaqnya, kami amat menghargai. Atas keluhuran budinya, kami doakan semoga Allah s.w.t lipatgandakan rezeki & dibuka pintu barokah seluasnya, amiiin Terima kasih sebesarnya dari kami. Boleh menginfaq menerusi link ini ya : bit.ly/10mlmAkhir bit.ly/10mlmAkhir . Ustaz Asraff Ayob al-Hafiz
نمایش همه...
1
01:29
Video unavailableShow in Telegram
Anak ada autism? Boleh sembuh ke? Jom dengar. Follow saya untuk content seperti ini: facebook.com/nurulazzura14 x.com/n_azzurajafri instagram: @nurulazzura_ tiktok: @nurulazzura_
نمایش همه...
IMG_1785.MOV17.14 MB
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.