SofeadanBuku
رفتن به کانال در Telegram
Assalamualaikum. Hye! Selamat Datang semua. Meracun anda dengan buku-buku menarik 😍😁 PS PBAKL 2026
نمایش بیشتر2 680
مشترکین
-124 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
-1330 روز
آرشیو پست ها
2 679
Repost from IMAN x PBAKL26
+9
Lagi beberapa hari je sebelum PBAKL 2026 bermula… dah ready ke wishlist buku tu? 👀
Pelbagai kombo menarik menanti pembaca di reruai IMAN X PBAKL 2026!
Kombo yang pasti membuatkan ramai pembaca keluarkan dialog “ambil satu tak cukup…” 👀
Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke reruai IMAN bagi menikmati pelbagai kombo istimewa untuk buku-buku non-fiksyen, novel, komik serta buku kanak-kanak buat si cilik!
Setiap satu disusun khas, lebih berbaloi, lebih bermakna untuk anda hadir ke PBAKL 2026:
📅 29 Mei – 7 Jun 2026
🕙 10 pagi – 10 malam
📍 Dewan Tun Razak 3 & 4, WTCKL
#IMANxPBAKL26 #sayahadirIMAN #TahunIniKitaHadir
2 679
BLURB #GHOST5 - THE BLACKSWAN
Blackswan, sebuah pasukan tentera elit rahsia yang diwujudkan di bawah protokol sulit negara. Misi mereka hanya satu: memburu kartel perniagaan, dalang politik dan pemimpin berprofil tinggi yang mengkhianati negara.
Namun, semakin jauh mereka menyiasat, semakin jelas satu kebenaran yang mengerikan. Blackswan bukan lagi pelindung negara, tetapi alat pembunuhan bagi kuasa tertinggi.
Apabila mereka cuba melawan, mereka sendiri diburu.
Blackswan akhirnya lenyap, terkubur bersama konspirasi besar yang melibatkan deep state.
Beberapa tahun kemudian, Alpha Team ditubuhkan untuk menyelesaikan operasi yang tergantung. Tetapi ketika mereka hampir membongkar segalanya, pasukan itu dibubarkan secara mengejut. Base Alpha diserang, dan Komander Alpha cedera parah.
Tetapi permainan ini mesti ditamatkan.
Kepimpinan bertukar tangan.
Satu protokol terakhir telah diaktifkan.
“Alpha, this is Ghost speaking. And I’m your new commander. Kita akan aktifkan Ghost Protocol sekarang!”
— Kimi Rafael / Ghost
Ghost Protocol- Even your own shadow can’t be seen.
TEASERS GHOST5
Teaser # 1 - The conflict….
War Room berbunyi terlalu serious. Semua orang seperti berada di medan perang yang sunyi. Semua mata tertumpu pada Tuan Zain untuk meneruskan. Mereka sudah bersedia untuk menerima arahan.
“They are doing the cleaning.”
“They? Who are they, sir?” Mike bertanya. Tugas kali ini tak kedengaran seperti biasa.
“Those who got the Blackswan killed.”
Jeda.
Ini bukan kali pertama mereka dengar nama itu.
Blackswan.
Ia umpama satu sumpahan pada mereka. Nama itu akan terkait pada mereka kali ini. Bukan pada Ghost sahaja nampaknya.
Di skrin besar, dah ada carta tentang Blackswan yang dimuat naik oleh Xander. Alpha Team mengangguk-ngangguk faham tanpa sebarang soalan. Mereka hanya menunggu.
Tuan Zain lepas nafas perlahan. Walaupun Blackswan dah tiada, Alpha Team akan menyambung kerja mereka yang belum terlaksana.
“Xander akan terangkan tentang Blackswan pada kau orang semua. You need to know each one of them so that we can accomplish our mission successfully.”
Xander tampil ke hadapan. Dia kelihatan sedikit gugup. Xander meneruskan penerangannya. Untuk setiap ahli Blackswan, skrin akan memaparkan gambar yang paling terkini setiap nama yang disebut.
“Tiga minggu yang lalu, T7 telah ditemui mati ketika tidur. Laporan mengatakan bahawa dia meninggal akibat serangan jantung. Masalahnya, T7 baru sahaja melakukan medical check up beberapa hari sebelum itu dan laporan kesihatannya bersih. Tiada sebarang tanda-tanda sakit jantung. Kita dah siasat dan ternyata, T7 sebenarnya dibunuh.”
“Seminggu yang lalu, seorang lagi telah dibunuh. Laporan mengatakan bahawa mangsa lemas ketika menyelam akibat keracunan nitrogen. Mangsa, iaitu T8, merupakan bekas anggota Unit Tindakhas, Selam Tempur. T8 bukan orang biasa yang cuai ketika menyelam. Seperti kes T7 juga, kami dah lihat laporan forensik. And yes, we found some fouls plays.”
Ahli-ahli Alpha mengangguk-angguk faham. Keadaan di bilik operasi kelihatan serius. Semua mata tertumpu pada Xander.
“T6, T7 dan T8… mati seperti yang telah dilaporkan sebelum ini. T9…” Xander berhenti seketika. Pandang Tuan Zain. “This one… aku rasa lebih baik Tuan Zain yang explain secara details tentang dia. You guys need to be careful with him because he is really dangerous. Ex 11RGK, Skuadron Uniform, also known as the Black Ghost. Kau orang cuba bayangkan seseorang seperti dia tiba-tiba berubah arah, menjadi pengkhianat? It’s messy.”
Teaser #2 - Cameo DSP Rafique Edruce, criminal profiler yang ditugaskan untuk menjadi Ketua Special Crimes Task Force (SCTF)
Dush. Dum. Dam!
Umpama tersedar dari mimpi ngeri, Rafique memandang melalui cermin pandang belakang. Motosikal hitam yang telah menembaknya sebelum itu telah terjatuh, lalu terseret ke belakang. Kedua-dua pemandu dan pembonceng terjatuh ke jalan raya.
Dia kerling ke arah motosikal yang melepaskan tembakan tadi. Kali ini, dia mungkin akan menjadi mangsa tembakan tepatnya.
2 679
Btw, Fea ada 2 slot kosong untuk INDAH HC 😊
Siapa berminat nak isi slot kosong boleh PM Fea
WHATSAPP 📲👇
http://www.wasap.my/60177142931/IndahHC
2 679
PRE-ORDER GHOST 5 DIBUKA 🤩
Pembelian melalui WhatsApp
WHATSAPP 📲👇
http://www.wasap.my/60177142931/ghost5
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
