Info NUTP Perak
رفتن به کانال در Telegram
1 861
مشترکین
-124 ساعت
+17 روز
+2330 روز
آرشیو پست ها
1 861
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeran Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku
📅 1 Jun 2026 | 15 Zulhijjah 1447H
Sembah takzim daripada:
NUTP Perak
1 861
✨ Selamat Menyambut Hari Wesak 2026 🪷
Semoga sambutan Hari Wesak tahun ini membawa sinar kedamaian, kebijaksanaan dan kasih sayang, serta terus menyemarakkan nilai keharmonian, toleransi dan perpaduan dalam masyarakat majmuk.
Marilah kita bersama-sama menyemai nilai murni, saling menghormati serta memperkukuh semangat kebersamaan demi membina masyarakat yang aman, harmoni dan sejahtera 🤍
Ikhlas daripada,
NUTP Perak
✨ Happy Wesak Day 2026 🪷
May this year’s Wesak celebration bring the light of peace, wisdom and love, while continuing to nurture the values of harmony, tolerance and unity in our diverse Malaysian society.
Let us come together to cultivate noble values, mutual respect, and strengthen the spirit of togetherness in building a peaceful, harmonious, and prosperous community 🤍
Sincerely from,
NUTP Perak
1 861
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH NUTP BERSAMA CAMBODIAN MUSLIM DEVELOPMENT FOUNDATION
Alhamdulillah, program ini telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil sumbangan dan sokongan ahli-ahli NUTP dari seluruh Malaysia.
Sebanyak tiga ekor lembu bersamaan 21 bahagian telah disumbangkan bagi menjayakan ibadah qurban dan aqiqah untuk saudara-saudara Islam di Kemboja.
Semoga segala amal ibadah dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta membawa manfaat dan kegembiraan kepada mereka yang menerima.
Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan menjayakan program ini.
1 861
Salam Aidiladha 1446H | 2025M !
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya pada 27 Mei 2026 bersamaan 10 Zulhijjah 1447H. Semoga ibadah korban kali ini dapat dilakukan dengan sempurna serta diterima Allah SWT.
Aidiladha setiap tahun mengingatkan kita tentang sirah Nabi Ibrahim a.s serta anakanda Baginda Nabi Ismail a.s. yang menjadi pedoman buat umat Islam akan besarnya erti pengorbanan yang berlandaskan ketakwaan kepada Allah SWT.
Bagi Jemaah yang menunaikan haji tahun ini, semoga mendapat haji yang Mabrur. Aamiinnn🤲
Ikhlas daripada :
NUTP Perak
1 861
Buku Laporan & Penyata Kewangan Mesyuarat Agung Tritahunan NUTP Perak kali ke 24 boleh diperoleh daripada apps MyNUTP.
Sila download apps MyNUTP https://play.google.com/store/apps/details?id=com.aimsolutions.nutp
Untuk Ahli Sahaja.
Nota: Buku Laporan & Penyata Kewangan Mesyuarat Agung Tritahunan NUTP Perak kali ke 24 secara bercetak dalam proses penghantaran.
1 861
*Kajian Impak Pemberian Baucar Buku Guru MADANI*
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Sukacita dimaklumkan bahawa *Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)* sedang menjalankan *Kajian Impak Pemberian Baucar Buku Guru MADANI* bagi mendapatkan maklum balas daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP), khususnya guru dan pentadbir sekolah yang telah menerima Baucar Buku Guru MADANI 2025.
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pelaksanaan program, impak terhadap budaya membaca serta mendapatkan cadangan penambahbaikan bagi pelaksanaan program pada masa hadapan.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati penglibatan menyertai kajian ini melalui pautan atau kod QR yang disediakan di bawah:
✅ *Pautan Survei:*
https://www.research.net/r/BAUCARBUKUGURU
Tempoh menjawab kajian dianggarkan hanya sekitar 5–10 minit sahaja.
Segala maklumat dan maklum balas yang diberikan adalah sulit dan akan digunakan bagi tujuan kajian serta penambahbaikan program sahaja.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
ℹ️ Perbadanan Kota Buku di talian 03-83204756 atau ℹ️ IDE Research Centre di talian 019-3535524 (Whatsapp).
Kerjasama amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
1 861
PROGRAM QURBAN DAN AQIQAH NUTP BERSAMA Cambodian Muslim Development Foundation - CMDF
Pihak Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyertaan serta sokongan tuan/puan dalam menjayakan Program Aqiqah dan Qurban ini.
Sesungguhnya sumbangan dan penyertaan yang diberikan amat bermakna dalam membantu usaha kebajikan serta memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga segala amal ibadah dan niat murni tuan/puan diterima oleh Allah SWT serta dikurniakan ganjaran pahala yang berpanjangan.
Pihak NUTP juga ingin memaklumkan bahawa laporan penuh program berserta sijil penyertaan rasmi akan menyusul untuk setiap peserta
Sekali lagi, terima kasih atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada pihak NUTP dan Cambodian Muslim Development Foundation dalam menjayakan program ini.
Semoga setiap pengorbanan menjadi asbab keberkatan dan kebahagiaan buat semua
Sekian, terima kasih.
1 861
MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA MBK P&P TAHUN 2026
Tarikh : 20 Mei 2026
Tempat : Blok C1, Jabatan Perkhidmatan Awam
Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MBK P&P Tahun 2026 ini telah dihadiri oleh Pihak Pekerja Majlis Bersama Kebangsaan bagi Pekerja Pekerja Pengurusan dan Profesional yang terdiri daripada :
1. En. Aminuddin Bin Awang, Pengerusi Pihak Pekerja MBK P&P
2. En. Mohd Faisalfariz Bin Baharuddin, Naib Pengerusi Pihak Pekerja MBK P&P
3. En. Mohd Zapawi Bin Mamat, Naib Pengerusi Pihak Pekerja MBK P&P
4. En. Fouzi Bin Singon, Setiausaha Pihak Pekerja MBK P&P
5. Dr. Zuraidah Binti Abu Bakar, Timbalan Setiausaha Pihak Pekerja MBK P&P
6. Dr. Timothy Cheng Tsin Jien, Ahli Majlis Pihak Pekerja MBK P&P
7. En. Hairul Azuan Bin Amat Pazil, Ahli Majlis Pihak Pekerja MBK P&P
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengarah Bahagian Gaji dan Elaun, Puan Hasmarulaini binti Omar.
Platform Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) merupakan platform perbincangan terbesar antara pihak kerajaan (pegawai) dengan pihak pekerja dalam membincangkan prinsip-prinsip saraan, elaun, kemudahan serta syarat-syarat perkhidmatan bagi pekerja Perkhidmatan Awam.
Semoga mesyuarat yang berlangsung pada hari ini berjalan dengan lancar dan segala perbincangan serta cadangan yang diketengahkan dapat memberi manfaat dalam memperkukuhkan perkhidmatan awam di samping menjaga kebajikan pekerja-pekerja Perkhidmatan Awam.
1 861
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
URUSAN KENAIKAN PANGKAT TIME-BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN KE GRED DG10 HINGGA DG14 YANG GENAP TEMPOH PERKHIDMATAN MELAYAKKAN PADA JULAI HINGGA DISEMBER TAHUN 2026 (FASA 2/2026)
Dimaklumkan bahawa iklan urusan kenaikan pangkat Gred DG10 hingga DG14 secara Time-based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) bagi calon yang telah genap tempoh perkhidmatan yang melayakkan pada Julai - Disember 2026 (Fasa 2/2026) akan dibuka melalui Sistem ePangkat mulai *01 Jun 2026*.
Tarikh-tarikh penting bagi iklan tersebut adalah seperti berikut:
1️⃣ Tempoh Permohonan Calon: 01 Jun 2026 (Isnin) hingga 21 Jun 2026 (Ahad)
2️⃣ Tempoh Perakuan Ketua Jabatan (PGB): 22 Jun 2026 (Isnin) hingga 05 Julai 2026 (Ahad)
3️⃣ Tempoh Perakuan Penyemak / Pengesah di JPN / Bahagian / IAB / IPGM: 06 Julai 2026 (Isnin) hingga 05 Ogos 2026 (Rabu)
‼️Pemakluman ini adalah bertujuan untuk memberikan peringatan kepada Ketua Jabatan untuk memastikan penilaian markah Kriteria Kecemerlangan (KC) dilaksanakan serta semua maklumat perkhidmatan dan peribadi calon telah dimuat naik, dikunci masuk dan dikemas kini di Sistem ePangkat. Calon juga wajib menyemak dan memastikan semua maklumat perkhidmatan dan peribadi adalah teratur dan membuat permohonan kenaikan pangkat dalam tempoh masa yang diperuntukkan untuk calon memohon iaitu mulai *01 Jun 2026 hingga 21 Jun 2026*.
‼️Maklumat lanjut dan salinan Surat Siaran Iklan boleh diakses melalui pautan berikut: https://epangkat.moe.gov.my/login.php
✅Maklumat Perhubungan:
KPM/JPN/Bahagian/IAB/IPG
Emel : epangkat.admin@moe.gov.my
#PerkhidmatanKitaTanggungjawabKita
Cawangan Naik Pangkat
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
1 861
𝐌𝐚𝐣𝐥𝐢𝐬 𝐫𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐆𝐚𝐛𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐔𝐍𝐈-𝐌𝐋𝐂
Majlis Rasmi Penyerahan Borang Gabungan UNI-MLC oleh Tuan Haji Aminuddin, Presiden NUTP, kepada Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC, yang diadakan pada 15 Mei 2026 di Dewan Al-Ansar, Masjid Al-Muhajirin, Seberang Jaya.
1 861
