fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

Info NUTP Perak

Info NUTP Perak

رفتن به کانال در Telegram

Saluran penyampaian maklumat NUTP Cawangan Perak

نمایش بیشتر
1 920
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+17 روز
+2230 روز
آرشیو پست ها
NUTP gesa KPM wujudkan mekanisme nilai profesionalisme pentadbir sekolah | Malaysia Tribune https://share.google/TB53YXeLfoDLLfHBu

Berita Harian - 12 Oktober 2016

photo content
+1

Makluman
Makluman

10 OKTOBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH AKAN DITENTUKAN BERDASAR PEMANTAUAN BAC
10 OKTOBER 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN STATUS PENGOPERASIAN SEKOLAH AKAN DITENTUKAN BERDASAR PEMANTAUAN BACAAN IPU JEREBU SECARA HARIAN OLEH JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) 📍 Tempat: Cyber Event Hall, Cyberjaya Kontinjen seramai 80 orang telah mewakili NUTP Perak dalam Sambutan Hari Guru Sedunia 2026 pada kali ini. Sejarah Hari Guru Sedunia pada 5 Oktober Hari Guru Sedunia (World Teachers’ Day) disambut pada setiap 5 Oktober untuk menghargai jasa, pengorbanan dan sumbangan guru dalam mendidik generasi serta membangunkan masyarakat dan negara. 1. Bagaimanakah Hari Guru Sedunia bermula? Sejarah Hari Guru Sedunia berkait rapat dengan satu peristiwa penting pada 5 Oktober 1966, apabila Persidangan Khas Antara Kerajaan yang diadakan di Paris, Perancis, menerima pakai Recommendation concerning the Status of Teachers atau Syor Mengenai Status Guru. Syor ini dikemukakan melalui kerjasama Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO). Dokumen tersebut menetapkan garis panduan penting berkaitan: -Hak dan tanggungjawab guru. -Kelayakan, latihan dan pembangunan profesional guru. -Keadaan pekerjaan serta kebajikan guru. -Kepentingan pengiktirafan terhadap profesion keguruan. Mengapakah 5 Oktober dipilih? Tarikh ini dipilih kerana memperingati penerimaan syor antarabangsa mengenai status guru pada 5 Oktober 1966. Walau bagaimanapun, sambutan rasmi Hari Guru Sedunia hanya bermula pada tahun 1994, apabila UNESCO menetapkan hari tersebut sebagai sambutan tahunan di peringkat antarabangsa. 3. Apakah tujuan Hari Guru Sedunia? Antara tujuan utama sambutan ini ialah: Mengiktiraf peranan guru dalam membentuk ilmu, sahsiah dan masa depan generasi muda. Meningkatkan kesedaran tentang hak, kebajikan dan profesionalisme guru. Menggalakkan kerajaan dan masyarakat memberikan sokongan kepada profesion keguruan. Menyerlahkan kepentingan guru dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk semua. Tema bagi Tahun 2026 adalah : “Standing with teachers: 60 years of protecting the profession, advancing its status and shaping our futures.” Maksud dalam Bahasa Melayu: “Bersama Guru: 60 Tahun Melindungi Profesion, Memartabatkan Status dan Membentuk Masa Depan Kita.” Tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-60 penerimaan Syor UNESCO-ILO mengenai status guru. Kesimpulannya, Hari Guru Sedunia bukan sekadar sambutan penghargaan, tetapi juga peringatan bahawa guru memerlukan pengiktirafan, perlindungan, kebajikan dan sokongan berterusan agar dapat melaksanakan tanggungjawab mendidik dengan berkesan. Hidup!!! Hidup!!!!! NUTP!!!!!! UNION!!!! POWER!!!!!! Solidarity Forever!!!!! #UnionsMakeUsStrong

photo content

𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗚𝘂𝗿𝘂, 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂 𝗞𝗲𝗰𝗲𝗺𝗲𝗿𝗹𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 Cyberjaya, 10 Oktober - MAAB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga pendidik yang terus menjadi tunjang pembangunan modal insan negara. Tahniah kepada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Malaysia atas penganjuran Perhimpunan Sambutan Hari Guru Sedunia 2026 Peringkat NUTP Malaysia yang berlangsung dengan penuh jayanya di Cyber Event Hall, Cyberjaya. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran YBhg. Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah, Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), yang turut diiringi oleh En. Zaidi Shahrim, Ketua Pegawai Eksekutif MyANGKASA Amanah Berhad, serta YBrs. Sdr. Haji Aminuddin bin Awang, Presiden NUTP Malaysia. Majlis perasmian pula telah disempurnakan oleh YBhg. Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum) yang mewakili YBhg. Datuk Dr. Mohd Azam bin Ahmad, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. Perhimpunan yang menghimpunkan warga pendidik dari seluruh negara ini menjadi platform penting dalam menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru serta memperkukuh usaha memartabatkan profesion keguruan sebagai tunjang pembangunan pendidikan negara. Semoga sambutan ini terus menyemarakkan semangat para pendidik untuk mendidik, membimbing dan melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berakhlak serta berdaya saing. 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗦𝗲𝗱𝘂𝗻𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 "Standing With Teachers: Protecting the Profession, Advancing Its Status and Shaping Our Futures."

photo content

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐒𝐄𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔 – 𝐍𝐔𝐓𝐏 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 📅 Tarikh: 10 Oktober 2026 (Sabtu) 📍 Tempat: Cyber Event Hall, Cyberjaya Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Perhimpunan Sambutan Hari Guru Sedunia 2026 anjuran Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang menghimpunkan lebih 1,000 orang guru dari seluruh negara. Majlis ini turut dihadiri Dr. Rusmini binti Ku Ahmad, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Dasar dan Kurikulum), mewakili Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia. UNI-Malaysia Labour Centre (UNI-MLC) turut diwakili oleh Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal dan Setiausaha Agung UNI-MLC, Sdra. Hj. Mohd Effendy bin Abdul Ghani, sebagai tanda sokongan dan solidariti bersama warga pendidik serta kepimpinan NUTP. Bertemakan “Standing with Teachers: Protecting the Profession, Advancing its Status, and Shaping Our Futures”, sambutan ini menekankan kepentingan mempertahankan hak, kebajikan dan martabat profesion perguruan. Dalam ucapan Presiden NUTP, Sdra. Hj. Aminuddin bin Awang, beliau menekankan bahawa segala kemajuan dan faedah yang dinikmati guru hari ini, termasuk sistem kenaikan pangkat 8863, merupakan hasil perjuangan berterusan kesatuan sekerja sejak sekian lama. Justeru, pencapaian tersebut perlu dipertahankan, di samping memperkukuh perpaduan, kebajikan dan profesionalisme guru dalam menghadapi cabaran pendidikan masa depan. Dalam ucapan perasmian yang disampaikan oleh Dr. Rusmini, beliau turut menekankan kepentingan kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), NUTP dan semua pihak berkepentingan bagi menangani cabaran semasa pendidikan, khususnya aspek keselamatan sekolah, kesejahteraan guru dan murid serta penggunaan teknologi termasuk Artificial Intelligence (AI) dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Beliau turut mengiktiraf peranan NUTP bukan sahaja dalam memperjuangkan kebajikan guru, malah sebagai rakan strategik dalam pembangunan profesionalisme dan kemajuan pendidikan negara. UNI-MLC merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Presiden NUTP, Sdra. Hj. Aminuddin bin Awang, serta seluruh kepimpinan NUTP atas kejayaan penganjuran sambutan yang amat bermakna ini. Sebagai kesatuan gabungan UNI-MLC, penglibatan NUTP terus memperkukuh solidariti gerakan kesatuan sekerja dalam memperjuangkan hak, kebajikan, perlindungan dan masa depan pekerja di Malaysia. Selamat Hari Guru Sedunia 2026! Solidarity Forever! UNION POWER!!! Hj Mohd Effendy bin Abdul Ghani Setiausaha Agung UNI MLC

photo content

photo content
+1

Mesyuarat Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia Bersama Kesatuan/Persatuan Perkhidmatan Perguruan Bilangan 2 Tahun 2026 yang berlangsung pada 6 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.30 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks E, Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Indera Ikmalrudin bin Ishak, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pendidikan Malaysia. NUTP Malaysia diwakili oleh lima orang Pegawai Utama: 1. Sdr. Haji Aminuddin bin Awang - Presiden NUTP 2. Sdr. Haji Fouzi bin Singon - Setiausaha Agung NUTP 3. Sdr. Azmi bin Ahmad Sapian - Bendahari Agung NUTP 4. Sdr. Mohd. Fadzil bin Mat Tahar - Timbalan Setiausaha Agung NUTP 5. Sdr. Mohd Koiry bin Abdullah - Timbalan Setiausaha Agung NUTP Dalam mesyuarat ini, sebanyak 7 perkara berbangkit telah dibincangkan, melibatkan pelbagai isu berkaitan perkhidmatan, kebajikan dan pengurusan warga pendidikan. Selain itu, sebanyak 10 kertas cadangan baharu turut dibawa untuk perbincangan dan maklum balas bersama Kementerian Pendidikan Malaysia. NUTP akan terus memainkan peranan sebagai suara warga pendidik dengan membawa isu serta aspirasi ahli melalui saluran perundingan yang sewajarnya demi memperkukuh kebajikan, perkhidmatan dan profesionalisme profesion keguruan. “NUTP PELINDUNG & PEMBELA GURU DULU, KINI & SELAMANYA” #NUTPMalaysia #NUTP #PelindungDanPembelaGuru #SuaraGuru #KebajikanGuru #ProfesionalismePerguruan

photo content

✨ HONORING MALAYSIA’S EDUCATORS | I AM A TEACHER APPRECIATION CAMPAIGN ❤️🌱 5th October 2026 - At Dasein Academy of Art, we brought together teachers, creative partners, and our community to appreciate and give back to the educators of Malaysia! The event was graced and officiated by Encik Abdullah Izhar bin Mohamed Yusof, Political Secretary to the Minister of Communications. 👏 Key Event Highlights: 1️⃣ MOU Signing: Dasein Academy of Art, National Union of the Teaching Profession (NUTP) (represented by NUTP President, Haji Aminuddin bin Awang), and Agentis Solutions (represented by Mr.Lim Chiew Shann) officially joined hands to develop an upcoming mobile application designed specifically for teachers. 2️⃣ AI Creative Making Lab Launch: We officially launched the lab alongside Professor Gu from Domikids.AI to pioneer AI tools in creative education. 3️⃣ Community & Appreciation: A celebration filled with inspiring stories, student showcases, and heartfelt moments with our honourable guests, sponsors, merchant partners, and content partners. Thank you to all who joined us. Your dedication and belief in the next generation deserve to be celebrated every single day! 💐

photo content

Our President Mugwena Maluleke marked #WorldTeachersDay in Lebanon, shoulder to shoulder with teachers and students who have lived through war, displacement, uncertainty, and loss. 📢 Education survives because courageous people refuse to give up. Watch his message and #StandWithTeachers!

🗨️ We are with you in your struggles, in your classrooms, in your union halls, as you take the message of stand with teachers and not allow it to be just a slogan. It needs to be made real and I know you can do it. Happy World Teachers’ Day! - David Edwards Watch our General Secretary's message from the official event marking #WorldTeachersDay at the UNESCO headquarters in Paris. #StandWithTeachers

Happy #WorldTeachersDay! Today marks 60 years since the adoption of the ILO/UNESCO Recommendation concerning the Status of Teachers. This landmark international standard recognised the rights, responsibilities, and status of the profession and spelled out a simple truth: 📢 Quality education depends on respected, supported, and valued teachers. Raising the status of the profession also means working to advance #GenderJustice because 👏🏾 the majority of teachers are women👏🏾 So #StandWithTeachers and call on your government to 📢 invest in teachers 📢 strengthen public education 📢 uphold teachers' rights 📢 fight for #GenderJustice