Illeya Ibrahim
رفتن به کانال در Telegram
Berusaha untuk terus menerus mendalami ilmu al Quran, walau dimana sahaja kita berada sehingga Allah swt mengurniakan nikmat agung untuk belajar al Quran di Masjid Nabawi, Madinah al Munawwarah satu masa nanti, insyaAllah
نمایش بیشتر447
مشترکین
+124 ساعت
+47 روز
+1030 روز
در حال بارگیری داده...
کانالهای مشابه
ابر برچسبها
هیچ دادهای
مشکلی وجود دارد؟ لطفاً صفحه را تازه کنید یا با مدیر پشتیبانی ما تماس بگیرید.
اشارات ورودی و خروجی
---
---
---
---
---
---
جذب مشترکین
ژوئیه '26
ژوئیه '26
+4
در 0 کانالها
ژوئن '26
+14
در 0 کانالها
Get PRO
مه '26
+42
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '26
+3
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '26
+3
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '26
+2
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '26
+11
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '25
+10
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '25
+1
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '25
+4
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '25
+2
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '25
+11
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '25
+6
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '25
+3
در 0 کانالها
Get PRO
مه '25
+9
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '25
+9
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '25
+89
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '25
+4
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '25
+3
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '24
+3
در 0 کانالها
Get PRO
نوامبر '24
+8
در 0 کانالها
Get PRO
اکتبر '24
+7
در 0 کانالها
Get PRO
سپتامبر '24
+6
در 0 کانالها
Get PRO
اوت '24
+6
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئیه '24
+11
در 0 کانالها
Get PRO
ژوئن '24
+1
در 0 کانالها
Get PRO
مه '24
+8
در 0 کانالها
Get PRO
آوریل '24
+5
در 0 کانالها
Get PRO
مارس '24
+5
در 0 کانالها
Get PRO
فوریه '24
+10
در 0 کانالها
Get PRO
ژانویه '24
+30
در 0 کانالها
Get PRO
دسامبر '23
+249
در 0 کانالها
| تاریخ | رشد مشترکین | اشارات | کانالها | |
| 07 ژوئیه | +1 | |||
| 06 ژوئیه | +1 | |||
| 05 ژوئیه | 0 | |||
| 04 ژوئیه | +1 | |||
| 03 ژوئیه | 0 | |||
| 02 ژوئیه | +1 | |||
| 01 ژوئیه | 0 |
پستهای کانال
Minggu lepas baru saya sempat berkenalan dengan seorang jiran baru, rumah beliau atas dari rumah saya.
Beliau dari Syria, dah duduk di Saudi beberapa tahun dan baru sahaja kurang lebih sebulan tinggal di Madinah.
Tak sempat berbual lama, sebab masa tu saya bergegas ada urusan kerja.
Namun sejak dari itu, setiap hari, ada sahaja bungkusan digantung depan pintu rumah.
Setiap hari, tanpa gagal.
Dan kesemuanya, makanan.
Hari ini, sampai sahaja depan rumah, tetap juga ada bungkusan. Dan agak berat kali ini.
Nah, saya tersenyum sendiri.
Perlu ke saya terus terang, "saya suka dapat makanan, tapi lebih prefer yang dah siap masak sebab saya tak rajin masak. Kah!"
Kousa, memang salah satu makanan feveret saya. Kalau ustazah saya ajak makan kat rumah beliau, pasti beliau lebihkan sebab saya suka sangat makan.
Tapi itulah, suka makan, maksudnya dah siap masaklah kan. Tapi yang belum siap ni, suka pandang je. Helppppp!
Alhamdulillah, atas nikmat jiran yang baik-baik di bumi Nabawi ini.
Alhamdulillah, atas nikmat makanan yang tak henti-henti di bumi Madinah ini.
Ya, peti ais rumah saya tak pernah lagi kosong dengan makanan.
Memang selalu sahaja penuh.
Dan alhamdulillah, bulan ini rumah pun penuh dengan mereka yang datang untuk diy halaqah al Quran.
Merasai kehidupan bak penduduk Madinah.
Harap-harap mereka rajin masak. Okeh gurau saja.
Ya, ada insan yang berkunjung ke Madinah untuk beberapa hari.
Dan ada wanita yang memilih untuk benar-benar tinggal, menghidupkan setiap pagi dengan ilmu, setiap petang dengan al-Quran, dan setiap malam dengan ketenangan yang sukar digambarkan.
Inilah pengalaman yang saya impikan untuk anda realisasikan. Dan sedang saya usahakan atas pertolongan dari ar Rahman.
Bukan sekadar melihat Masjid Nabawi dari skrin telefon, tetapi menjadikannya sebahagian daripada rutin harian.
Saat ini Tuhan Yang Maha Baik rezekikan nikmat agung ini, moga Allah juga sentiasa berikan saya peluang untuk menyantuni seramai mungkin wanita yang ingin merawat jiwa, kembali kepada Dia sebagai tetamu Baginda SAW.
Illeya Ibrahim
Juga sebab kenapa diet saya selalu gagal. Haha!
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina
| 2 | بدون متن... | 25 |
| 3 | Ladies, our next Coffee, Quran and Calm.
Kami sharekan cara sebutan dan bacaan al Quran yang betul macam yang kami belajar di Masjid Nabawi, insyaAllah. Lepas tu kita deep dive surah asy Syarh, surah yang menyedarkan kita bahawa pertolongan Allah SWT itu sentiasa ada.
Dan sebenarnya, tadabbur ini seharusnya merubah sisi pandang kita kepada ar Rahman, menukar cara kita memandang dunia dari kaca mata seorang hamba, yang bakal pulang ke syurga.
Tadabbur bukan semata-mata apa yang kita faham, namun sejauh mana ayat-ayat Dia mengubah tindak tanduk kita atas dunia, seiring dengan apa yang dilakukan oleh Baginda SAW.
Dengan memahami al Quran, kita bakal kenal ar Rahman, Yang Maha Agung kasih sayangNya buat kita semua.
Ladies only. Daftar kat sini ya - https://forms.gle/DpSCH3zUMyTYP84x6
Tempat terhad. Dan kami akan sharekan juga pengalaman indahnya belajar al Quran dalam Masjid Nabawi, insyaAllah.
#healingmedina | 81 |
| 4 | Final preparation for tomorrow.
Coffee, Quran and Calm.
Kita baiki bacaan Surah al Fatihah seperti yg Nabi kita ajarkan, telusuri hadis qudsi Allah SWT menjawab setiap ayat yg kita baca dalam solat.
Bersama secawan kopi, kita telusuri keindahan surah yg kita baca 17 kali setiap hari. Moga solat kita lebih indah dgn hati yg benar-benar hadir, berserah kpd Allah.
Ladies yg dm i utk ladies trip umrah Healing Medina, i akan reply slowly ya. Yang dah register, see you tomorrow ya!
#healingmedina | 112 |
| 5 | بدون متن... | 123 |
| 6 | "Kena buat kelas isti'azah dengan basmalah ni.."
Dia berseloroh. Saya terlihat notifikasi whatsApp.
Seperti biasa sabtu adalah waktu kelas-kelas berkumpulan, antaranya Nurun 'ala Nuur, sedang berlangsung surah al Kahfi.
Setiap sesi kelas ini akan dirakam dan dibekalkan kepada semua pelajar agar mereka dapat ulangkaji seberapa banyak kali yang mereka inginkan.
Hari isnin pula proses editing, sebelum diupload dan diakses oleh pelajar.
"Memang kena baca isti'azah ke setiap kali nak baca?"
Itu sebenarnya whatsApp yang pertama. Dan memang ini biasa.
Sebenarnya, bila kita dalam halaqah tashih, sambung bacaan orang sebelum kita, isti'azah dan basmalah tu dah ditanggung oleh orang pertama. Selagi mana tidak bercampur sengan perbualan lain, boleh terus baca ayat tersebut tanpa isti'azah, kalau nak pun, secara pelan sahaja dalam hati.
Itu yang diajarkan kepada kami di Masjid Nabawi.
Saya perasan pada kelas yang lepas, memang setiap pelajar baca isti'azah, dan guru Masjid Nabawi yang bersama kami dalam slot tersebut, tetap tegur dan baiki mana sebutan yang salah.
Jadi saya biarkan sahaja. Ustazah juga maklumkan yang sama. Biar kelas ini jadi medan mereka belajar, walau berkali-kali diperbetul isti'azah itu.
"Kena buat kelas isti'azah dengan basmalah ni.."
Saya hanya tersenyum sendiri. Siapa yang dah merasa halaqah al Quran di Masjid Nabawi, pasti ada pengalaman tersendiri dengan isti'azah dan bismillah ni.
Dan hari yang sama, saya pergi bertemu mata, bertalaqqi dengan guru saya di Malaysia.
Nah, masih sama, dua tiga kali juga kena ulang
اعوذ بالله dan بسم الله tuuu
Itulah isyarat belajar al Quran ni takkan pernah berhenti, sampai mati.
Dan bagaimana kita seringkali rasa addicted dan excited menonton mana-mana drama bersiri, ternanti-nanti sambungan seterusnya,
Begitu juga saat kita dalami ilmu al Quran ini. Makin kita dalami, makin dahaga rasanya hati untuk gali lagi dan lagi, makin ternanti-nanti apa lagi ilmu yang bakal dipelajari.
MasyaAllah.
Di akhir talaqqi bersama anisah, sungguh, runtun hati dengan doanya yang tulus, apa lagi saat dia mendoakan khusus untuk 10 awal zulhijjah ini.
Pesan anisah sebelum kami berpisah, pada hari-hari istimewa ini, jangan tinggal 3 perkara.
1) Takbir.
Sama macam takbir raya. Banyakkan takbir pada bila-bila masa sahaja, itulah syiar yang dituntut agama.
2) Zikir.
لا إله إلا الله وحده لا شريك له له الملك وله الحمد وهو على كل شيء قدير
Banyakkan. Perbanyakkan. Dan tambahkan zikir ini, jangan terhad pada hari arafah sahaja, malah sekarang, banyakkan zikir ini biar sebati di bibir.
3) Puasa.
Usahakan semampunya untuk berpuasa 9 awal zulhijjah ini.
Beliau tambah juga, banyakkan juga baca al Quran, qiyam dan berdoa.
Tapi itulah, bila mengaji dengan anisah ni, #iykyk memang rasa nak minum air je lah!
Payah nak dapat makhraj tepat tu, tapi indah!
SubhanAllah.
Alhamdulillah, nikmat yang terindah bila dapat belajar al Quran dari insan yang benar-benar tulus disiplinnya dengan al Quran.
Illeya Ibrahim
Bakal merindui teratak ini.
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 133 |
| 7 | بدون متن... | 71 |
| 8 | Financial freedom. Apa sebenarnya yang kita mahukan?
Beberapa hari juga saya termenung memikirkan persoalan ini.
Seorang adik, merangkap mentor dan pembimbing sejak dari UIA lagi yang selalu menjentik minda saya untuk merenung panjang, sebelum menggenggam azam.
"Apa sebenarnya yang akak nak capai?"
Kita selalu kalah dengan namanya kebebasan. Hakikatnya dunia ini penjara, kita terikat dengan batas-batas syariat dan iman.
الدُّنْيَا سِجْنُ الْمُؤْمِنِ، وَجَنَّةُ الْكَافِرِ
Maksudnya: “Dunia merupakan penjara bagi orang yang beriman dan syurga bagi orang yang kafir”.
Kita masih lagi atas dunia, belum lagi syurga.
Hakikat dunia bak penjara, tidak boleh kita 'terbang' sebebasnya, ada syariat yang perlu dijaga, ada hak yang perlu dilunaskan sebaiknya.
Dalam penjara ini, ar Rahman mengajarkan kita untuk terus bersungguh-sungguh, itqan dalam setiap kerja buat yang masih in line dengan agama, strive menuju syurga.
Inilah ladang amal, agar bila kita bebas nanti, kita layak terbang semahunya keluar masuk syurga dalam perut burung hijau seperti yang disabdakan Baginda Junjungan SAW.
Akhirnya saya sedar, financial freedom yang saya impikan, tidaklah pada harta yang melimpah ruah sampai tujuh keturunan.
Namun sebuah kebebasan untuk saya terbang pada bila-bila masa, balik ke Malaysia, pulang semula ke Madinah, tanpa meminta-minta.
Ya, di Malaysia saya punya keluarga.
Di Madinah sana, disitulah jiwa saya.
Ini nikmat kebebasan impian saya. Moga benar-benar mengikut lunas agama, terikat utuh dengan redha Dia.
Agar mampu untuk saya bawa bersama, mana-mana jiwa yang benar-benar ingin kembali kepada Dia.
مَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الْآخِرَةِ نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ ۖ وَمَن كَانَ يُرِيدُ حَرْثَ الدُّنْيَا نُؤْتِهِ مِنْهَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِن نَّصِيبٍ
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) faedah di akhirat, maka Kami akan memberinya serta kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya. Dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, maka Kami akan beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan). Dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun (di akhirat kelak)”.
Surah al-Syura, ayat 20
Moga usaha ini membawa kepada tuaian akhirat yang Dia tambahkan natijahnya di akhirat kelak.
نَزِدْ لَهُ فِي حَرْثِهِ
"Kami tambahkan pada faedah yang dikehendakinya.."
Itu janji Dia. Kita berusaha semaksimanya untuk hasil di alam sana, Dia akan tambah berlipat kali ganda.
Andai hanya freedom atas dunia, alangkah ruginya kita.
نُؤْتِهِ مِنْهَا
"Kami beri kepadanya sebahagian darinya.."
Sebahagian sahaja, pada kalimat مِن. Itu kalau kita buat sesuatu, bersungguh dah, tapi hanya untuk dunia semata-mata.
Akhirat pun tak dapat apa, dunia dapat sekadarnya sahaja, yang bila-bila sahaja bakal binasa.
Sungguh, rugi benar rasanya.
Teman, mohon titip doa buat saya ya.
Agar Healing Medina ini diberkati Dia, mampu menjadi medan untuk merealisasi impian saya yang lama terpatri untuk bebas terbang ke bumi Madinah, berlama-lama di Masjid Nabawi.
Serta menjadi pintu yang membuka jalan seluasnya buat jiwa-jiwa yang ingin berlama-lama di Masjid Nabawi, benar-benar menikmati healing terindah dekat dengan Baginda Nabi SAW, mendalami al Quran di tempat turunnya kalam Ilahi.
Tuhan, redhailah impian hambaMu ini.
Illeya Ibrahim
Burung Hijau bukan sekadar nama, tetapi merangkul bersama aspirasi hingga ke akhirat sana.
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 85 |
| 9 | بدون متن... | 55 |
| 10 | Kita mungkin tidak direzekikan haji tahun ini, tapi ada satu amalan ini, setiap dari kita pasti mampu lakukan, setiap hari.
Hadis dari Baginda SAW ini memujuk hati yang tidak terpilih ibadah haji tahun ini.
Abu Darda' R.A. mengadu kepada Rasulullah SAW,
يَا رَسُولَ اللَّهِ، ذَهَبَ الْأَغْنِيَاءُ بِالْأَجْرِ، يَحُجُّونَ وَلَا نَحُجُّ، وَيُجَاهِدُونَ وَلَا نُجَاهِدُ، وَكَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya dengan keuntungan mereka, mereka menunaikan haji dan kami tidak mengerjakan haji, mereka berjihad dan kami tidak berjihad, begitu dan seterusnya.”
Kalau kita baca hadis ni, kita pun seolah-olah nak mengadu perkara yang sama kan?
"Beruntung benar mereka yang punya harta, setiap tahun berulang-alik menunaikan rukun islam ke 5"
"Beruntung benar mereka yang terpilih berjuang di bumi P@l3st!n@ sana...aku? Entah bila.."
Ini yang selalu terbit dari bibir kita, kan?
Lalu apa kata Baginda SAW;
أَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إنْ أَخَذْتُمْ بِهِ جِئْتُمْ أَفْضَلَ مِمَّا يَجِيءُ بِهِ أَحَدٌ مِنْهُمْ؟ أَنْ تُكَبِّرُوا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ، وَتُسَبِّحُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ، وَأَنْ تَحْمَدُوهُ ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ
Maksudnya: “Hendakkah kamu aku ajarkan sesuatu yang apabila kalian lakukannya, maka kamu telah melakukan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang dikerjakan (haji) oleh salah seorang dari mereka (orang-orang kaya)? Selepas solat, kamu bertakbir sebanyak 34 kali, bertabih sebanyak 33 kali, dan bertahmid sebanyak 33 kali.”
Hadith riwayat al-Nasa’ie (9902)
Begitu sayang Nabi SAW pada umatnya.
Baginda pujuk bukan hanya Abu Darda', malahan kita semua.
Ya, kita mungkin tiada rezeki haji tahun ini.
Kita mungkin tiada rezeki berjihad dengan senjata saat ini.
Namun Baginda SAW titipkan buat kita satu amalan, yang sebenarnya cukup mudah untuk kita amalkan, yang Baginda SAW sendiri beri jaminan.
Apa amalan itu?
Bertakbir (اللهُ أَكْبَرُ) 34 kali
Bertasbih (سُبْحَانَ اللهِ) 33 kali
Bertahmid (الحَمْدُ لِلّٰهِ) 33 kali
MasyaAllah, mudahkan.
Sesibuk mana pun kita, pasti zikir ini masih boleh kita jadikan wirid harian usai solat 5 waktu.
Sambil berjalan, sambil lipat sejadah, bahkan sambil memakai tudung sekalipun sempat sangat untuk diselesaikan.
Sungguh, selepas membaca hadis ini, makin bercambah sayang dan cinta pada Baginda Nabi SAW.
Baginda SAW cukup memahami keluh kesah dan kesedihan umatNya, lantas Baginda SAW pujuk hati kita dengan amalan mudah sebanding dengan ibadah yang belum lagi kita mampu laksanakan. SubhanAllah.
Zulhijjah ini, saat kita sedang berada dalam keberuntungan besar, kita mula amalkan zikir ini setiap kali usai solat. Usahakan ya?
Moga-moga kerinduan ini terubat, mana tahu tahun depan pula kita direzekikan panggilan agung ibadah haji, kan? InsyaAllah.
Tuhan, pilihlah kami untuk selalu menziarahi Baitullah nan Agung, menziarahi jasad Rasulullah SAW yang Agung, mengerjakan haji dalam keadaan yang paling Engkau redha dan mabrur. Amiiin
Illeya Ibrahim
Tak putus doa moga Allah rezekikan ibadah haji lagi dan lagi, sampai mati. Amiiin
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 98 |
| 11 | بدون متن... | 78 |
| 12 | Ini sunnah yang seringkali kita abaikan. Takbir mutlaq.
Bermula dari hari pertama zulhijjah hingga selesai hari tasyriq, usahakan dengan memperbanyakkan takbir.
Jangan tunggu hari raya aidiladha baru nak bertakbir.
Saat zulhijjah menjengah, bila-bila sahaja dah boleh menghidupkan syiar ini.
Hari-hari agung ini, marilah kita bertakbir sebanyaknya, hidupkan syiar, mengagungkan Allah.
7) Solat dhuha dan witir
Antara solat yang Nabi SAW wasiatkan buat kita, yang mungkin kita jarang-jarang lakukan.
Zulhijjah ini, jom kita mulakan?
أَوْصاني خليلي صلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بثلاث: صِيام ثلاثة أيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَي الصحى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ
Maksudnya: “Kekasihku (Nabi Muhammad SAW) mengingatkan akan daku supaya melakukan tiga perkara iaitu berpuasa tiga hari pada setiap bulan, melaksanakan solat Dhuha sebanyak dua rakaat dan melakukan solat Witir sebelum tidur.."
[Riwayat al-Bukhari (1880) dan Muslim (721)]
Sungguh, saat membaca hadis ini, hati saya cukup tersentuh.
Kalimat yang digunakan, kekasihku..
Andai kita benar-benar sayang dan cinta kepada Baginda SAW, inilah masanya untuk kita mula menghidupkan sunnah Baginda SAW.
Apa jua amal kebaikan, lakukanlah.
Jangan biar hari-hari agung ini dijalani seperti hari-hari biasa yang tiada kesannya buat sanubari.
Hadiah dari Healing Medina, checklist buat anda semua, panduan untuk kalian maksimakan kehadiran hari-hari terbaik dunia.
Mungkin sahaja ini tahun terakhir kita, atas dunia. Manfaatkan, jangan sia-siakan peluang emas ini.
Illeya Ibrahim
Juga sedang berusaha dan merancang sebaiknya
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 104 |
| 13 | Ladies, dah ada proper plan untuk bertemu Zulhijjah?
Sepertimana kita berusaha memaksimakan 10 malam akhir ramadan, begitulah sepatutnya kota siap siaga untuk memaksimakan 10 hari awal Zulhijjah.
Inilah hari-hari agung.
Jika ramadan agung pada 10 malamnya,
Maka zulhijjah ini agung pada 10 hari awalnya.
Siang yang terbaik, masyaAllah.
Jadi, apa perlu kita buat?
1) Puasa
Usahakan untuk puasa 8 hari awal, dan yang paling utama 9 zulhijjah, hari arafah.
Puasa adalah amalan baik yang cukup mulia, yang istimewa di sisi Tuhannya, yang hanya dilakukan pada siang hari sahaja.
Alangkah indahnya jika hari-hari terbaik dunia ini benar-benar kita hiasi dengan ibadah istimewa antara hamba dan pencipta?
Nabi SAW janjikan penghapusan dosa setahun lepas dan setahun akan datang, masyaAllah.
يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Maksudnya: “Puasa pada hari tersebut akan menghapuskan dosa setahun yang lalu dan akan datang”. [Riwayat Muslim (1977)]
Jika tidak mampu, usahakan puasa isnin (1 dan 8 zulhijjah) dan khamis (4 zulhijjah) juga pada 9 zulhijjah, hari arafah.
Jika tidak mampu, usahakan agar tidak terlepas untuk berpuasa pada hari arafah.
Ladies, ini peluang kita. Jika ada yang masih belum selesai ganti puasa, manfaatkan hari-hari agung ini untuk melunaskan hutang dengan Ilahi.
2) Solat sunat rawatib 12 rakaat.
Daripada Ummu Habibah R.’Anha, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْفَجْرِ.
Maksudnya: Barang siapa yang mengerjakan solat (sunat) sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Dua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zohor, dua rakaat setelah solat Zohor, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh.
Sunan Tirmidzi (380) dan Sunan Ibn Majah (1196)
Ini masanya untuk membiasakan diri dengan solat sunat yang Baginda SAW sarankan, agar nanti pulangnya kita menghadap Ilahi, ada mahligai yang tersedia dalam syurga nan abadi, masyaAllah.
3) Istighfar waktu sahur
وَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ بِالْاَسْحَارِ
Maksudnya : "...orang-orang yang memohon ampunan pada waktu sahur..." (Surah ali Imran ayat 17)
Ini sifat ahli syurga, mereka yang bertakwa. Mereka perbanyakkan istighfar dan taubat waktu bersahur hingga menjelang subuh. Ini yang tercatat dalam al Quran.
Mari kita mulakan!
4) Memperbanyakkan bacaan al Quran
Zikir yang paling agung, al Quran.
Penuhilah sela-sela masa pada hari-hari agung ini dengan kalam Ilahi.
Baca, renungi, pelajari, dalami.
Setiap interaksi dengan al Quran bakal mencipta moment bahagia yang akhirnya membuahkan natijah indah di akhirat kelak.
Inilah peneman kita saat sendirian dalam kubur nanti.
Susun sebaiknya jadual harian 10 hari awal ini, agar tidak satu pun manfaat kita abaikan apalagi terlepas pandang.
Hari-hari agung ini, kita hiasi dengan al Quran.
5) Zikir
Andai kita belum terbiasa dengan zikir pagi dan petang, inilah masanya untuk bermula.
Zikir yang Nabi SAW ajarkan, sudah pastilah banyak fadhilatnya. Ia ibarat pelindung, pendinding dan senjata ampuh membanteras kita dari hanyut dengan tipu daya dunia.
Zikir yang kita ungkap bakal membersihkan hati. Menyucikan sanubari.
Saya teringat pesan seorang ayahanda di bumi Madinah sana, setiap kali kita berzikir, jangan lupa untuk sertai dengan kalimat ini,
عَدَدَ خَلْقِهِ ، وَرِضَا نَفْسِهِ ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
Maksudnya: "Sebanyak bilangan ciptaanNya dan keredhaanNya, dan seberat timbangan arasyNya, dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimahNya."
Inilah juga yang Baginda SAW ajarkan pada kita, pada setiap tasbih, pada setiap tahmid, pada setiap takbir, sambunglah dengan kalimat ini.
Sungguh, timbangannya lebih berat di akhirat nanti, masyaAllah.
6) Banyakkan bertakbir | 118 |
| 14 | Checklist 10 awal Zulhijjah.pdf | 123 |
| 15 | Esok, siri Nurun 'ala Nuur Surah al Kahfi akan masuk bulan kedua, sesi tashih al Quran bimbingan guru al Quran Masjid Nabawi.
Bermula minggu lepas, halaqah-halaqah al Quran di Masjid Nabawi kesemuanya dijalankan secara atas talian, sehingga selesai musim haji.
Saya berbalas whatsApp dengan guru tajwid saya, yang juga merupakan guru yang bakal membimbing tashih Surah al Kahfi, esok.
"Untuk musim haji ni, aku berada di pintu 32, selepas subuh. Halaqah pelawat..."
Jeda. Rindu bertandang.
Ya Allah, alangkah indahnya kalau diri ini berada di bumi Madinah saat ini.
Tiada lain, hanya sekeping rindu yang diutus untuk bergegas setiap pagi menuju Masjid Nabawi, berlama-lama duduk dalam halaqah al-Quran.
Ya, hati ini hanya rindu.
Rindu untuk kembali ke bumi itu..
Illeya Ibrahim
Segenggam rindu
Under Medina Skies; Her Sacred Journey
Mana-mana jemaah haji yang bakal masuk Madinah usai ibadah haji dan nak rasai keindahan halaqah al Quran di Masjid Nabawi, boleh hubungi tim Healing Medina - www.wasap.my/601156576213/halaqahMasjidNabawi
Yang nak join mana-mana trip Healing Medina juga, boleh klik link yang sama ya.
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 122 |
| 16 | بدون متن... | 85 |
| 17 | Beberapa hari ni saya dihujani panggilan telefon mahupun DM dari hati-hati yang dah merindui bumi Madinah.
Madinah memang cukup istimewa.
Yang pernah sampai, pasti hati tertinggal di sana.
Yang belum pernah menjejak kaki, pasti sahaja hati tetap merindui walau tak pernah merasai lagi.
Ini uniknya bumi Madinah, tempat bersemadinya jasad Rasulullah SAW.
Beberapa #medinaladies yang memahat impian untuk setiap tahun berkunjung ke tanah Haram ini. Berlama-lama dalam Masjid Nabawi.
Yang dahulunya datang berdua, kini daftar berempat.
Yang dahulunya duduk sebulan cuma, kini daftar untuk 3 bulan lamanya.
Yang baru sahaja pulang syawal lepas, dah membuak rasa nak bersama kembali ke bumi Madinah usai musim haji.
Tak kurang mereka yang bertemu menyatakan hasrat untuk menghabiskan sisa usia di bumi Nabawi.
Paling mengejutkan saya, bila ada ibu-ibu yang hubungi untuk daftarkan anak gadisnya bersama dengan trip Healing Medina ini, menuntut ilmu al Quran di bumi Nabawi.
MasyaAllah.
Menginatkan saya pada satu pesan indah yang pernah dititip oleh seorang jiran di bumi Madinah, beliau direzekikan Allah 12 tahun di Makkah dan sehingga hari ini hampir 10 tahun di Madinah.
Doa. Istikharah.
Setiap hari, tanpa gagal.
Ini yang beliau pesan pada saya tanpa jemu, setiap kali saya menyatakan rindu pada bumi Nabawi.
Mengimbau kembali hari-hari awal Tuhan Yang Maha Baik mengurniakan ilham untuk mengusahakan Healing Medina, sebagai tanda syukur atas nikmat berlama-lama di bumi Nabawi.
Hari-hari yang saya lewati saat itu dirundung air mata, entah bila boleh menjejak lagi ke halaqah di Masjid Nabawi.
Guru-guru di Masjid Nabawi lah menjadi penguat dan penyokong tegar, langkah mula saya, selain redha ibunda dan sokongan tak berbelah bahagi sampai hari ini.
Saya masih ingat jasa seorang guru al Quran yang menawarkan rumahnya untuk saya menumpang teduh sepanjang 5 minggu di bumi Madinah, sendiri.
Saya masih ingat wajah pegawai tinggi Masjid Nabawi pada saat saya maklumkan yang mungkin saya tak dapat lagi kerap ke sini. Di pejabat al Quran itu, semangatnya tak luntur menyatakan beliau sedia membantu jika saya ingin memulakan semula langkah ini.
Saya masih ingat bantuan yang dihulur serta kepercayaan yang tak pernah luntur seorang sahabat untuk saya miliki tempat teduh yang cukup selesa, cukup dekat dengan Masjid Nabawi, sampai hari ini.
Nikmat apa lagi yang harus saya dustai saat satu persatu jalan Tuhan bukakan dalam merealisasi impian saya untuk berlama-lama di bumi Madinah?
Sungguh, inilah yang saya sedang usahakan saat ini.
Berusaha membantu untuk merealisasi setiap hasrat murni mereka yang benar-benar mengimpikan berlama-lama di bumi Madinah, belajar al Quran dalam Masjid Nabawi.
Moga Allah perkenankan setiap jiwa yang ingin terus dekat dengan Nabi, terus mendalami ilmu al Quran tanpa henti, sampai mati.
Moga Allah redhai setiap langkah ini.
Under Medina Skies; Her Sacred Journey
#nikmatyangagung
#healingmedina
#illeyamedina | 104 |
| 18 | بدون متن... | 74 |
| 19 | Kalau laptop kita yang dah bertahun kita guna, selalu sahaja kita install antivirus baru sebagai protection ampuh agar isi dalamnya terpelihara, takkan hati dan jiwa yang bakal kembali mendiami syurga ini kita hanya bekalkan refleksi al Quran yang telah lama kita pelajari?
Berapa lama dah kita tak 'update' dan 'install' al Quran dalam jiwa? Biar ianya sesuai dengan taraf pemikiran dan pengalaman hari ini, berpaksikan wahyu dari Ilahi, insyaAllah.
Ladies. Ini masa kita untuk benar-benar kunyah sampai lumat kisah Adam AS dan iblis ini sebagai bekal menuju Allah, saat dunia menghenyak emosi dan jiwa yang terkadang tak mampu kita react sebaiknya.
Kita hadam bersama dalam Healing by the River. Klik sini - http://www.wasap.my/60115657213/hbtr
Berpaksikan al Quran, kita kembali menjadi hamba.
#nikmatyangagung
#healingbytheriver
#healingmedina | 0 |
| 20 | "Kisah ni paling menarik sebenarnya dalam al Quran.."
Baru saya tahu, rupa-rupanya selama ni banyak salah faham saya pada penceritaan kisah Adam AS dan Hawa.
Selama ni saya rasa memang truly salah Hawa. Kita pun biasa dengar dan percaya macam tu kan? Sebenarnya tak.
Baru-baru ni saya bertemu dan berbincang dengan Ustazah Sharifah Zahidah, untuk flow dan preparation program Healing by the River anjuran Healing Medina mei ini.
MasyaAllah, dengar penerangan ustazah, walau berapa jam je, memang betul-betul mind blowing!
Macam mana agaknya lepas pengisian 2 sesi nanti ya? Boleh tak tidur malam agaknya.
"Kisah ni paling menarik sebenarnya dalam al Quran.." ustazah memulakan bicara.
Oh, selama ni saya merasakan kisah Yusuf AS dah cukup menyesakkan dada dengan segenap ujian yang melanda, rupanya tidak. Adam AS, manusia pertama atas dunia rupanya kisah hidupnya diuji sedahsyatnya.
Kalau ikut akal logik kita, takkan mampu seorang hamba bertahan dengan ujian demi ujian yang seakan menghancurkan.
"Accountability. Ini ibrah terbesar dalam kisah Adam AS dan iblis dalam al Quran. Kisah ini panjang, bersepah-sepah dalam beberapa surah. Tapi ada sebab diletakkan cerita demi cerita dalam surah yang berbeza. Bila kita gabungkan dan susun ikut timeline, kita nampak hikmahnya indah dalam al Quran.."
Sambung ustazah lagi, "saya sendiri, lepas tadabbur dalam-dalam kisah ini, besar impaknya buat diri. Bila datang ujian dan dugaan, saat kisah ini benar-benar dijadikan pedoman, saya sedar di mana checkpoint cerita dan dapat aplikasi ibrah dari al Quran dalam mentadbir takdir yang Allah datangkan buat saya sendiri.."
Jujur. Saya terkesima. Dari awal kisah Adam AS yang terlihat kalah, sebenarnya dia menang disisi ar Rahman, dalam perjalanan atas dunia yang seakan menghancurkan. Namun akhirnya, atas segenap struggle berdepan kekecewaan, dia bertahan demi Tuhan, mengenepikan segenap pandangan insan, kembali menuju syurga impian.
Accountability. Ini tema yang akan kita bawakan sepanjang Healing by the River nanti.
Accountability, its not a burden. Its actually a freedom.
"Kebebasan. Macam mana ibrah kisah ini boleh membebaskan kita saat hidup atas dunia?", terluncur soalan dari mulut saya sambil kepala berteka-teki apa kebebasan yang manusia bakal garap saat atas dunia.
"Bebas dari validation manusia. Empowered. Ini yang kita nak tanam dalam diri para wanita hari ini, yang berdepan dengan cabaran besar mendidik generasi akhir zaman, tatkala segenap ancaman aqidah datang tanpa sempadan.." tenang ustazah menjawab soalan.
MasyaAllah. Perbualan santai, tapi sarat dengan pedoman yang menyebabkan sampai saat ini, saya masih berusaha nak digest setiap satu yang bakal digarap nanti.
Refleksi yang bakal dibuat nanti, bukan refleksi biasa-biasa. Bukan refleksi airmata yang pulang tanpa rasa apa-apa.
InsyaAllah lepas kita menelusuri satu persatu ayat al Quran tentang checkpoint kehidupan seorang Adam AS, yang digasak iblis bersama Hawa yang seringkali dikait dengan kelemahan yang ada, kita akan keluarkan karakter setiap satu dari mereka, Adam, Iblis dan Hawa. Dan dari karakter tersebut, kita catatkan prinsip dari al Quran untuk kita pegang bila menempuh ujian yang menimpa, asasnya sama, sebab kita juga dari adam dan hawa.
Mana karakter yang patut kita install, mana prinsip yang patut kita pasak utuh.
Kita refleksi juga, takut-takut dalam tak sedar, rupanya sang iblis itu, karakternya ada dalam diri kita selama ini. Na'uzubillah. Bila sedar, kita kena cepat-cepat buang. Sebelum berjumpa Tuhan.
Dari prinsip-prinsip yang kita keluarkan, setiap kali kita teruji, diuji dan dirundung kesedihan mahupun kekecewaan atau kesusahan, kita rujuk kembali kisah ini, kita kuatkan diri dengan prinsip ayat al Quran yang sesuai dengan ujian kita saat itu.
Syaratnya, kita betul-betul hadam, faham dan hayati kisah ini sampai mampu aplikasi dalam kehidupan seharian. | 0 |
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
