fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

✨Puasa Buddies✨

✨Puasa Buddies✨

رفتن به کانال در Telegram

Kita baiki sama² okiee #mencarimalamumpamaseribubulan

نمایش بیشتر
221
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها

photo content
+6

photo content

photo content

Surah Al fath lesgooo sahabat syurga❤️!!

Jom korang sama2 amalkan.👍

Assalamualaikum semuaa!! Puasa dah nak dekat dahh, semoga puasa tahun ini lebih baik daripada puasa tahun sebelum- sebelumnya. Tak sabar nak share dengan korangg. Minta maaf tau tahun lepas min mcm x aktif sngt sbb waktu tu nak dekat final. Alhamdulillah min dah habis belajar soo boleh la tumpukan dekat channel nii❤️

Jangan lupa doa tau, tengah waktu mustajab ni. Semoga kita mendapat keberkatan dan pengampunan🤲

Salam jumaat all buddies 🫶🏻🤍

Hasbunallah wa nikmal wakil 🤍

Kita Hidup Ni Tak Lama Pun…Kalau Dikira umur kita sekarang ni ada yang dh masuk 20an 30an 40an jadi mati tu tak kira umur…kita tak tahu sama ada esok kita ada atau tidak di dunia ni…yang sedang berusaha untuk istiqomah teruskan dan yang masih mencari hidayah pun teruskan mencari… “Ya allah Ya Tuhan Kami, Kau Ampunkanlah Dosa Hamba-HambaMu Ini Ya Allah,Hanya Kerana Engkau Kami Hidup Dan Hanya Kerana Engkau Kami Mati.” Kita Wajib Solat 5 Waktu Akan Tetapi Allah Bukan Tengok Perbuatan Kita Itu…Tapi Doa Yang Kita Nak Mohon Kepada Dia Di Akhir Witir Kita ! Teruskan Bertaubat Kerana Allah Maha Pengampun Lagi Maha Baik ! Hasbunallah Wa Nikmal Wakil 🤍

Sedikit perkongsian for my buddies
+1
Sedikit perkongsian for my buddies

photo content

Dont forget untuk berdoaaaa buddiess!!

Keep strong okay my buddies. Sama² kita perbaiki diri kita
Keep strong okay my buddies. Sama² kita perbaiki diri kita

photo content

Tazkirah Subuh : Peringatan dari Al Quran 📖 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ أعوذ بالله من الشيطان الرجيم بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم Seorang hamba yang khusyuk hatinya di dalam dan di luar solatnya, sentiasa merasai fokus dalam hatinya terhadap pertemuannya dengan Tuhannya. Hati yang khusyuk mengingati Allah menjadikan seorang hamba itu serius menjadikan kehidupannya terjurus kepada persiapan pertemuannya dengan Allah 'Azza wa Jalla. وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚوَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ ﴿٤٥﴾ الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ﴿٤٦﴾ Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, (45) (Iaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya.(46) (Al Baqarah: 45-46) ...sebaliknya sikap hanyut dengan kelalaian hanya akan menjadikan hatinya keras membatu, degil ingkar terhadap suruhan dan larangan Tuhannya... أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّـهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ ۖ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ “Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka “ (Al Hadid: 16) Ibn Umar radhiyallahu ‘anhuma pernah menangis dan pengsan apabila membaca ayat ini. (Riwayat Nafi’i) Kelompok manusia yang selamat yang mendapat keuntungan adalah mereka yang suci jiwanya dengan sentiasa mengingati Allah SWT. قَدۡ أَفۡلَحَ مَن تَزَكَّىٰ. وَذَكَرَ ٱسۡمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ "Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang (dengan khusyuk)." (Al A'la:14-15) Semoga Allah SWT memelihara kita daripada berbuat perkara perkara yang menyebabkan kita tidak tergolong dari golongan manusia yang beruntung. Justeru, asuhlah hati mu dengan khusyuk mengingatiNya...

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Berbuka Dengan Rotab  atau Tamar atau Air عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ قَالَ أَبُو عِيسَى وَرُوِيَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُفْطِرُ فِي الشِّتَاءِ عَلَى تَمَرَاتٍ وَفِي الصَّيْفِ عَلَى الْمَاءِ Daripada Anas bin Malik RA, Nabi SAW selalu berbuka dengan kurma basah (rotab) sebelum solat, jika baginda tidak mendapatinya, maka (baginda berbuka) dengan kurma kering (tamar) dan jika tidak mendapatkan kurma kering, baginda berbuka dengan meneguk air tiga kali. Abu 'Isa berkata, ini merupakan hadis hasan gharib. Abu 'Isa berkata lagi, diriwayatkan juga bahawa Nabi SAW berbuka pada musim dingin dengan kurma dan pada musim panas dengan air. (Sunan Tirmizi No: 696) Dar Kutub Ilmiyyah Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Rasulullah SAW akan berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib. 2.  Rasulullah SAW kebiasaannya akan berbuka puasa dengan rotab (kurma basah, lembut dan baru). 3.  Jika tiada rotab, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering). 4.  Seandainya ketiadaan rotab dan tamar, Rasulullah SAW akan berbuka dengan air. 5.  Pada musim sejuk, Rasulullah SAW akan berbuka dengan tamar (kurma kering) 6.  Pada musim panas, baginda SAW akan berbuka dengan meminum air. 7.  Rotab dan Tamar merupakan makanan paling kaya kandungan gula glukosa sekitar 55% dan  45% fruktosa. 8.  Glukosa dalam kurma (rotab dan tamar) akan cepat berubah menjadi frutose, kemudian diserap melalui sistem pencernaan untuk menjadi tenaga dengan cepat. Penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan. 9.  Pengambilan kurma dalam pemakanan boleh mengelakkan daripada sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat. Kurma mengandungi peratusan serat tidak larut dan larut air antara 10 dan 20%. Serat tidak larut air sangat penting untuk membantu pergerakan najis dalam sistem penghadaman manusia seterusnya boleh mencegah sembelit. Manakala, serat larut air penting untuk mencegah penyakit jantung, dan mencegah peningkatan kolesterol jahat dalam darah @hadisharian_ikram