. ࣪⋆ STUDY ZONE ⋆ ࣪. 🇵🇸
رفتن به کانال در Telegram
8 473
مشترکین
+324 ساعت
+237 روز
-3030 روز
آرشیو پست ها
ramai gak yee blm exam. so, nnti malam saya akan hntr latihan sej for f3. if saya rajinn, f2 and f1 pon saya hntr harini. doa²kan laa yee
hii korangg!! just nk tanya, sape yg blm exam lagi, cer bagi react sikit. nk tgk ramai ke x yg blm exam utk buat revision sej esok
CARA MENULIS KARANGAN ENGLISH GRAMATIS
1. Menyediakan draf atau rangka karangan
Ramai pelajar yang terus mula menulis karangan dan tidak menyediakan draf karangan merekadahulu.
Dengan menulis draf, pelajar dapat melihat secara kasar hasil karangan mereka.
Daripada situlah mereka boleh memperbetulkan atau menambah perkataan yang diperlukan agar dapat menyiapkan karangan dalam masa yang diperuntukkan.
2. Pilih tajuk karangan dan gunakan konsep 5W1H.
Pilih tajuk karangan dan pastikan tajuk karangan menepati kehendak soalan yang diberikan.
Cari isi penting dengan menggunakan kaedah melemparkan soalan dengan menggunakan konsep 5W1H.
Apakah yang dikatakan 5W1H?
Who (Siapa)
What (Apa)
Where (Di mana)
When (Bila)
Why (Kenapa)
How (Bagaimana)
3. Main points untuk karangan
Daripada semua soalan yang dikemukakan di atas, pelajar seharusnya mencari jawapan yang sesuai.
Jawapan inilah yang akan menjadi main points (isi penting) untuk karangan.
4. Hasilkan beberapa sub points
Seterusnya, dari setiap main points tersebut, pelajar perlu menghasilkan beberapa sub points (isi tambahan).
Buatlah beberapa sub points untuk setiap main points sekurang-kurangnya 2 atau 3.
5. Kembangkan main points dan sub points
Selepas itu, kembangkan kesemua main points dan sub points supaya karangan pelajar mempunyai isi yang banyak.
Panjang karangan mestilah mengikut kehendak soalan dan menarik untuk dibaca.
Untuk memastikan struktur bahasa adalah betul, pelajar perlu mematuhi subject-verb agreement.
6. Ikut format karangan
Pastikan karangan yang ditulis mengikut format yang ditetapkan dengan mempunyai
Introduction (Pendahuluan)
Body (Isi)
Ending (Penutup)
Di bahagian Introduction, pelajar mestilah menyatakan:
Tajuk karangan
Definasi tajuk karangan anda
Di bahagian body pula, bahagikan semua main points kepada beberapa perenggan dan perenggan-perenggan itu pula akan diisi dengan sub points yang telah dikembangkan isinya.
Di bahagian ending, pelajar perlu membuat kesimpulan karangan yang merangkumi segala main points yang telah anda bincangkan dalam perenggan-perenggan sebelumnya.
SOME NOTE
you must master various grammars so that you have a more beautiful essay👍
hii! anyone bole suggestkan x nama utube cg yg mengajar sci (dlp) for lower form? if ada, drop nama channel kt comment pliss
hii korangg, maaf yeaa smlm x update pon soalan sej. tapi satu je saya nk nasihatkan korang especially yg blm jawab paper sej. if korang rasa korang dah nk give up dgn sej sbb korang study last minutes, saya nasihatkan jangan give up dulu yea. if korang study last minutes, korang just jawab soalan exam uasa 2022/2023 & 2023&2024 sbb mostly cg korang amik soalan KBAT daripada paper uasa yg lepas. soalan esei pon lebih kurang dia amik dari sini. and then, utk soalan structure and obj, kebanyakan cg mesti amik dalam module yg korang guna. soalan jangan cakap lah ye, tbh susahh. saya ingatkan saya yg memasak sej, rupanya tidak, sej yg masak saya. soalan KBAT dia tak semua bole ikut logik korang sendiri, tapi soalan KBAT dia bole juga dia ikut jawapan textbook yea. if cg korang kata bab 5 masuk, semua subtopic bab 5 at least korang fahamkan. ik last minutes, biar korang down skrng, jgn down dgn result nnti. saya sendiri pon tak leh move on dgn paper sej smlm. unexpected yg dia akan susah tahap mcm tu sekali. saya bukan nk takutkan korang, tapi nk peringatkan. yg blm study sej tu, bole study slow ii. focus dkt soalan structure and essay. sbb tu paling byk marks. baca betul ii jgn percaya ramalan daripada kawan korang, sbb saya pon percayakan ramalan daripada kawan saya, end up saya yg dimasak yea. so nnti if ada masa saya bagi latihan structure.
sorryy koranggg, terlupaa nk share soalan sej smlm, sbb saya terrlampauu penatt and terus tidoo. and wish me luck for sej tdyy, nntii balik, saya bagi latihan sej ok
hii!! tmrr i akan send latihan sej chapter 5 and 6 for f3. so mcm mana exam harini? susah ke senang?
1. Bagaimanakah strategi manipulasi yang digunakan oleh British di negeri Perak? (6 markah)
2. Jelaskan kaedah yang digunakan British dalam strategi desakan dan paksaan di Pahang. (8 markah)
3. Berikan syarat perjanjian pangkor (4 markah)
4. Bijih timah popular di negeri mana? (1 markah)
5. Bagaimanakah strategi memanipulasi yang digunakan oleh British di Selangor? (6 markah)
Skema UASA Pendidikan Islam Form 3
#uasa #skema #pastyear
#pendislam #pai #form3
#latihan #f3 #ggd
#ulangkaji #revision
⏳@yourstudyzonee
Thank you for 6.3k subscribers ! 🤍💫
Suatu satah Cartes menunjukkan garis lurus PQR. P(-3, 1) dan Q(1, 3) . Q merupakan titik tengah bagi PR. Cari koordinat titik R. / A Cartesian plane shows a straight line PQR. Q is the midpoint of PR. Find the coordinates of point R.
1. Jelaskan faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke-16 (4 markah)
2. Berikan 5 faktor kedatangan kuasa barat pada abad ke 19&20 beserta dengan huraian (10 markah)
3. Belanda dan British menggunakan pelbagai strategi untuk menguasai wilayah alam melayu.
(a) berdasarkan petikan di atas, berikan perbezaan strategi Belanda dan British untuk menguasai Amalm Melayu? (4 markah)
(b) Jelaskan strategi belanda dan british berdasarkan jawapan anda di 3(a) (8 markah)
jawab kt bawah ni yea
disebabkan haritu f3 dh jwb soalan obj sej, so harini saya bagi soalan struktur pulak yea
hii!! harini saya nk buat quiz sej and geo for all lower form, so bole korang bagi chapter brp yg korang nk dkt comment nii okk
اکنون در دسترس! پژوهش تلگرام ۲۰۲۵ — مهمترین بینشهای سال 
