fa
Feedback
Berita Telegram

Berita Telegram

رفتن به کانال در Telegram

Saluran berita Telegram dalam bahasa Melayu.

نمایش بیشتر
8 997
مشترکین
-1424 ساعت
-857 روز
-37430 روز
آرشیو پست ها
Untuk semua ciri dari kemaskini ini, seperti cara baru untuk lantik pentadbir grup tanpa batas – sila lihat blog kami: https://telegram.org/blog/crafting-android-design-and-more/ms

Butang Berwarna untuk Bot. Juruprogram bot kini boleh agihkan warna dan emoji ke butang mereka – untuk jadikan interfes lebih intuitif atau untuk mengetengahkan aksi tertentu.

Pengkrafan Hadiah. Koleksi hadiah kini boleh digabung untuk cipta versi eksklusif baru – dengan karya seni yang menakjubkan dan kesan unik.

Rekabentuk Baru. Telegram untuk Android telah direka baru sepenuhnya dan mempunyai interfes direka semula membolehkan navigasi dan carian lebih pantas dan lebih responsif. Pada iOS, juruprogram kami tambah Gelas Cecair bila melihat media, panel pratonton baru untuk pek stiker dan emoji, dan menu konteks yang dikemaskini di profil dan bual. Ciri Februari 123Lagi

Untuk keperincian dari kemaskini ini, sila lihat blog kami – atau hanya ringkasan AI 😉: https://telegram.org/blog/new-design-ai-summaries/ms

Selamat Tahun Baru! Telegram mengeluarkan 13 kemaskini besar di sepanjang 2025 – dipenuhi dengan ciri inovatif seperti: 🎁Koleksi Hadiah 📞 Panggilan Grup Selamat 📝 Senarai Semak 📹 Stori Langsung 🔑 Kunci Laluan

Gelas Cecair pada iOS. Aplikasi iOS kini mendokong sepenuhnya Gelas Cecair – dengan elemen lutsinar dan kesan refraksi pada keseluruhan aplikasi.

Ringkasan AI. Pos panjang dalam saluran kini boleh diringkaskan secara segera – dan artikel Paparan Segera (seperti blog kami) akan tunjuk ringkasan AI di bahagian atas. Ringkasan ini mengguna sumber terbuka model AI berfungsi pada Cocoon terbuka – satu rangkaian berselerak dibina oleh Telegram untuk memaksimum privasi. Ciri Januari 2026 123Lagi

Untuk semua perincian mengenai pencipta kunci laluan dan membuat tawaran untuk hadiah – sila lihat blog kami: https://telegram.org/blog/passkeys-and-gift-offers/ms

Audio Profil di Stori. Bila mengepos stori, anda kini boleh dengan pantas tambah audio dari senarai main profil anda.

Tawaran Pembelian Hadiah. Bila melihat hadiah, anda kini boleh buat tawaran untuk beli hadiah dengan Star atau TON – memastikan pembeli dan pemilik hadiah selamat dari skam (penipuan).

Kunci Laluan. Anda kini boleh cipta kunci laluan untuk serta merta log masuk ke Telegram dengan kod PIN anda atau biometrik – dan tidak lagi dengan kod SMS. Ciri Disember 123Lagi

Untuk semua ciri dari kemaskini ini, seperti sokongan untuk penstriman RTMP dalam Stori dan bagaimana untuk serlahkan komen anda dengan Star – sila ke blog kami: https://telegram.org/blog/live-stories-gift-auctions/ms

Reka bentuk Interfes Baru. Telegram untuk Android mempunyai medan masuk baru dengan kesan kelabu yang memuaskan bila anda skrol. Di iOS, banyak lagi interfes Gelas Cecair diperkenalkan – seperti profil yang direka semula dan menu lampiran baru.

Lelongan Hadiah. Koleksi baru Telegram Hadiah kini dikeluarkan di sistem berdasarkan lelongan untuk pastikan agihan yang lebih adil. Nantikan dari @durov untuk perincian bagi lelongan akan datang.

Mesej Berulang. Mesej berjadual dan peringatan kini boleh diset untuk ulang dalam masa tertentu seperti setiap hari atau dua kali sebulan untuk bantu mengautomasi tugasan dan membina tabiat sistematik.

Stori Langsung. Setiap pengguna kini boleh hos penstriman langsung dalam stori Telegram mereka, di mana penonton boleh kirim komen dan derma Star untuk sokong pencipta konten. Ciri November 1234Lagi

Untuk semua ciri dari kemaskini ini, seperti Gelas Cecair pada iOS, interfes hadiah ditambah baik dan apl mini baru untuk lapuran kutu dan cadangan ciri – sila lihat blog di bawah: https://telegram.org/blog/comments-in-video-chats-threads-for-bots/ms

Tetapan Warna Profil Baru. Penampilan profil anda kini boleh ditukar dengan pantas dari halaman Tetapan utama. Mana-mana hadiah terkumpul boleh diguna untuk sampul profil anda – sementara setengah koleksi juga boleh nyahkunci gaya unik untuk link dan balasan.

Respon Benang dan Penstriman Bot. Bot kini mendokong benang perbualan berasingan dan menstrim respon – sempurna untuk agen AI dan model bahasa besar.