cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Penadarihati🌻

•Perkongsian dakwah dan pengalaman seorang pelajar di bumi para Anbiya'. Kata Ibnu Qayyim, Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah.

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
384
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+17 روز
-130 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Ya Allah, sudah sejauh ini engkau membawa kami. Sudah sejauh ini engkau pandu setiap langkah kami. Sudah sejauh ini kau kuatkan bahu kami untuk pikul segala ujian yang engkau beri. Teringat pesanan seorang kakak beberapa hari lepas. Benarlah, terkadang dengan ujian itu cara Allah menguatkan hambanya. Tatkala kita merintih, memohon, minta dikuatkan. Tetapi makin banyak ujian demi ujian yang kita perlu hadapi. Akhirnya, kita faham tanpa ujian itu kita takkan belajar bagaimana mahu hadapi satu persatu. Dengan ujian itu, kita sedar yang sebenarnya kita Sudah jauh. Allah mahu kita terus pulang kepadaNya, pulang dengan bersujud dan terus berdoa. Aku Selalu lihat orang yang banyak ujian hidupnya, tetapi dia masih boleh tenang. Pandang raut wajahnya saja, masih boleh tersenyum. Aku ada baca satu pesan Ustazah Halimah untuk kita semua. Ada yang terbenam dalam kesedihan, terjebak dalam kecemasan, dan terpenjara dalam ketakutan, Saat masalah datang menghadang. Ada juga yang memanjangkan sujudnya di larut malam, terbenam dalam dzikir dan doa-doa panjang, tersenyum bibir dan hatinya karena yakin Allah akan selalu memberi jalan. Kamu yang mana? • Kita yang memilih cara bagaimana mengawal diri saat menerima ujian. Sempat aku minta pesan seorang sahabat, Kita memang tak akan mampu hadapi Semua ujian ini seorang diri. Jangan lupa, libatkan Allah dalam sekecil-kecil benda yang kau lalui. Insyaallah kau akan tenang. Benarlah, Ujian bagi orang yang beriman itu adalah salah satu bentuk cinta dan rahmat dari Allah buat hambaNya. Syhrh Najwa. Catatan 20 Jun 2024.
نمایش همه...
Boleh sebar dan share pada sahabat2 yang lain juga ya. Jom ambil peluang hari Arafah ni berdoa sungguh-sungguh.
نمایش همه...
Repost from N/a
Sudah senaraikan doa? Bagi yang masih belum, boleh save senarai ini, untuk dibaca pada Hari Arafah ❤️ SENARAI HIMPUNAN DOA HARI ARAFAH 1. Ya Allah, Kurniakanlah padaku Kejayaan terbesar. Selamat dari api neraka dan masuk ke Syurga Firdaus. 2. Ya Allah, Masukkanlah aku dan keluargaku dalam golongan orang yang beriman, yang menerima kitab amal di tangan kanan kami. 3. Ya Allah, Kurniakanlah padaku kematian yang diberkati. Izinkan aku mengucapkan syahadah sebelum aku menghembuskan nafas terakhir. Kurniakanlah padaku syafaat Rasulullah (SAW). 4. Ya Allah, Masukkanlah aku dalam kalangan Rasulullah (SAW), keluarganya dan para sahabat di Syurga Firdaus. 5. Ya Allah, Selamatkanlah rakan-rakan bukan Islam ku dari neraka. Kurniakan mereka hidayah Islam. 6. Ya Allah, Satukan aku dalam Syurga Firdaus dengan orang-orang yang aku sayangi semata-mata keranaMu. 7. Ya Allah, Sempurnakan agamaku dan ibadatku. Selamatkan aku daripada kejahatan dan izinkan aku menyempurnakan sebahagian daripada agamaku. Suasana di Padang Arafah 8. Ya Allah, Terimalah amalan baikku dan tingkatkan pahala dan rahmat untukku. Padamkan dosa-dosaku dan ampunkan aku sepenuhnya. Limpahi rahmatMu untukku dan selamatkanlah aku dari kehinaan pada hari hitungan amal. 9. Ya Allah, Apabila aku mati, biarlah jiwaku dan rekod amalanku menjadi amalan tertinggi. 10. Ya Allah, Kurniakan aku, ibu bapaku, keluarga dan anak-anakku bimbingan, ketabahan dan peningkatan Iman. 11. Ya Allah, Masukkan aku dalam golongan yang Engkau lindungi, mendapat pengampunan Mu dan mendapat naungan pada hari ketika tidak ada naungan selain dari ArashMu. 12. Ya Allah, tingkatkan keyakinan dan tawakkalku padaMu. Janganlah ada keraguan dalam kepercayaanku dalam keesaanMu, kehebatanMu dan kekuasaanMu. 13. Ya Allah, Tingkatkanlah kecintaanku untuk Mu dan NabiMu (SAW). 14. Ya Allah, Ampunilah aku dan tingkatkanlah kurniaan Rahmat dan RezekiMu. 15. Ya Allah, Berilah aku lebih banyak peluang untuk berbuat baik dan mendapat keredhaanmu. Jemaah melakukan ibadah kemuncak di Padang Arafah 16. Ya Allah, Sucikan niatku hanya untukMu semata-mata dan lindungilah aku dari menunjuk-nunjuk atau kebanggaan palsu. Selamatkan aku dari sifat angkuh, sombong, menunjuk-nunjuk dan mengungkit-ngungkit nikmat. 17. Ya Allah Penciptaku dan Tuhanku, Jangan biarkan aku sendirian. Berkati aku dengan pasangan yang sesuai dan anak-anak yang akan menjadi penyejuk mataku. 18. Ya Allah, Jadikanlah aku dari orang-orang yang sabar dan patuh kepadaMu dan kepada ibu bapaku. 19. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari Fitnah Dajjal. 20. Ya Allah, Selamatkanlah aku dari azab kubur dan azab api neraka. 21. Ya Allah, Tingkatkanlah usahaku dalam kerja-kerja amal dan Sadakatul Jariah. 22. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan kesihatan yang baik, agar aku dapat bersujud padamu dengan mudah sehingga akhir hayatku. Minta pada Allah bersungguh-sungguh 23. Ya Allah, Lindungilah aku dan seluruh umat Islam dalam menentang penindas-penindas yang zalim. Selamatkan kami dari fitnah dan permudahkanlah bagi kami mengharungi zaman yang sukar ini. 24. Ya Allah, Berkatilah hidupku dengan yang terbaik di dunia ini, di akhirat nanti dan selamatkanlah aku dari api neraka. Sesungguhnya aku memang memerlukan kurniaan dariMu Ya Allah. 25. Ya Allah, Tingkatkanlah kesyukuranku semata-mata kepadaMu. 26. Ya Allah, Selamatkan aku dari kemunafikan. 27. Ya Allah, Izinkan aku dan suamiku/isteriku menjadi antara jemaah menunaikan Haji sebelum kami dijemput olehMu. 28. Ya Allah, Lindungi kami dari syaitan, jin dan arak. Lindungi kami dari perbuatan jahat dan niat mereka. 29. Ya Allah, Ampuni dan berilah rahmat kepada ibu bapa kami, kerana mereka menjaga kami ketika kami masih kecil. 30. Ya Allah, Aku berdoa dan memohon daripadamu untuk mengurniakan bimbingan kepada pemuda dan umat Islam. Selamatkan kami semua dari kekufuran, putus asa, salah laku dan syirik. 31. Ya Allah, Berikan aku kekuatan untuk melawan kemalasan dan tidur, semoga aku dapat bangun untuk tahajjud dan solat subuh setiap hari. Berdoalah tanpa jemu
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Persiapkan doa-doa terbaikmu untuk hari Arafah esok, Nabi bersabda : خير الدعاء دعاء يوم عرفة، "Sebaik-baik doa adalah doa hari Arafah.” Pada hari Arafah, langit dan bumi bersatu dalam doa, Dosa-dosa terhapus, hati menjadi suci. Di puncak doa, kita memohon rahmat dan ampunan, Semoga Allah mendengar dan mengabulkan segala harapan. *bantu sebaran agar ramai dapat kebaikan dan manfaat.
نمایش همه...
Repost from THE HELMIS
🛑 DOA BORONG - kalau tak tahu apa nak minta pada malam ni, bacalah doa ini pada penghujung malam & penghujung siang esuk (10 - 15 min sebelum masuk Waktu Subuh / Maghrib ) ❇️ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. ❇️ Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan di dunia ini dan di akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. ❇️ Ya Allah", aku memohon kepada-Mu akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku kepadanya, *baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.* ❇️ Dan aku berlindung dengan-Mu daripada api neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam api neraka, *baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.* ❇️ Ya Allah!, *aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.* ❇️ Aku *berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah berlindung daripadanya oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.* ❇️ Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau berikan kepadaku daripada segala urusanku maka jadikanlah akibatnya membawa aku mendapat petunjuk & redha-mu. *رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.* Secebis dari Khazanah Ilmu yang dikongsikan oleh Guru Mulia Almarhum Abuya Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al Banjari an Nadwi al Maliki Rahimahullah.. Semuga Allah taala membalas kebaikan Guru kita dengan sebaik -baik ganjaran dari sisi-nya. آمين آمين آمين يا مجيب السائلين . . .
نمایش همه...
Jangan lupa perbanyakkan takbir, tasbih dan tahmid di hari-hari ini (10 hari pertama bulan Zulhijjah). Di jalanan. Berangkat kerja, pulang kerja, ketika rehat, ketika masak, dalam kereta. Sesungguhnya ia termasuk amal soleh yang pahalanya lebih besar dibanding jihad fii sabilillah.
نمایش همه...
Repost from Ahbabuzzahraa
Repost from Ahbabuzzahraa
Yuk Puasa Sunnah Dzulhijjah! 👉🏻 1 Dzulhijjah, hari dimana Allah mengampuni nabinya Adam a.s. Barang siapa yang berpuasa di tanggal satu Dzulhijjah, maka Allah ampuni semua dosanya 👉🏻 2 Dzulhijjah, hari dimana Allah mengabulkan do'a Nabi Yunus a.s, maka Allah mengeluarkannya dari perut ikan paus. Barang siapa yang berpuasa di hari kedua dari bulan dzulhijjah, maka dia setara dengan ibadah satu tahun penuh tanpa maksiat walaupun hanya sekejap mata. 👉🏻 3 Dzulhijjah, hari dimana Allah mengabulkan doa Nabinya Zakariya a.s. Barang siapa yang berpuasa dihari ini, maka Allah akan mengabulkan doanya. 👉🏻 4 Dzulhijjah, hari dilahirkannya Nabi Isa a.s. Barang siapa yang berpuasa di hari ini, maka tidak akan menimpanya kefaqiran baginya. 👉🏻 5 Dzulhijjah, hari dilahirkannya Nabi Musa a.s. Barang siapa yang berpuasa di hari ini, maka dibebaskan baginya sifat munafik dan adzab kubur. 👉🏻 6 Dzulhijjah, hari Allah mebukakan pintu kebaikan kepada nabiNya. Barang siapa yang berpuasa di hari ini maka Allah akan memandangnya dengan pandangan rahmat, jika Allah sudah memandangnya dengan pandangan rahmat. Maka Allah tidak akan pernah mengadzabnya. 👉🏻 7 Dzulhijjah, hari ditutupnya pintu - pintu neraka Jahannam, dan tidak akan dibuka kecuali berlalunya 10 hari dari bulan Dzulhijjah. Barang siapa yang berpuasa di hari ini, maka Allah akan menutup 30 pintu kesusahan dan membuka 30 pintu kemudahan baginya. 👉🏻 8 Dzulhijjah, dinamakan hari Tarwiyah. Barang siapa yang berpuasa di hari itu maka dia diberi pahala yang hanya diketahui oleh Allah Ta'ala sendiri 👉🏻 9 Dzulhijjah, dinamakan hari Arafah dan diturunkan ayat "Pada hari ini aku sempurnakan bagimu akan agamamu dan aku sempurnakan pula nikmatKu kepadamu". Barang siapa yang berpuasa di hari ini, maka menjadi pelebur dosanya satu tahun kemarin, dan satu tahun mendatang. 🖋'Puasa Arafah menghapus dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang' {H.R.Muslim} 📜 Dikisahkan Sufyan As-Sauri berkata, "Suatu ketika aku mengelilingi kuburannya orang-orang muslim di Basrah di malam-malam dzulhijjah. Beliau temui cahaya di kubur seorang laki-laki itu, maka Sufyan as-sauri diam sambil berfikir. Kemudian ada seruan dengan suara yang keras, "Wahai Sufyan berpuasalah sepuluh hari bulan Dzulijjah maka akan engkau akan diberi cahaya sepertiku." والله اعلم بالصواب 📚 Sumber : Dzurratun Nasihin & H.R.Muslim
نمایش همه...
Repost from Ahbabuzzahraa
Photo unavailableShow in Telegram
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.