cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

» paranormal

" dalam diam , ada yang memerhatikan kau "

نمایش بیشتر
ماليزيا6 515زبان مشخص نشده استآموزش53 297
پست‌های تبلیغاتی
708
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

[ Lampu terbuka ] ketika semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah masing-masing , terjadi satu peristiwa seram yang berlaku sekitar pukul 3 pagi . ceritanya bermula apabila seorang warden menghantar gambar yang menunjukkan sebuah dorm dengan lampu terbuka . warden tersebut bertanya di dalam grup : ada lampu dorm terbuka ni . ada pelajar curi-curi duduk ke ? tapi rasanya semua pagar asrama dah berkunci dan tiada pelajar yang tak balik . aku mula pelik . jadi aku dan seorang lagi warden pergi tengok sebab risau ada pelajar langgar peraturan . kami pun tiba dekat asrama . dah jalan sampai bahagian depan tangga , aku dengar bunyi orang nangis . aku pusing belakang ke arah suara tu tapi tidak ada apa apa . semakin lama bunyi tu semakin kuat dan dekat ! aku toleh belakang sekali lagi . tapi tetap tidak ada apa apa . aku pun terus lari . tapi suara itu semakin dekat . aku pun sampai di aras dorm tersebut . kami cuba membuka pintu dorm itu namun ia berkunci . aku sudah rasa tidak sedap hati . tapi kami sangat yakin dorm itu kosong . namun , ketika kami keluar dari kawasan berkenaan , warden yang menemani aku sekali lagi terdengar bunyi tangisan hingga dia terpaksa bermalam di rumah aku kerana terlalu takut . esoknya , kami memanggil ustaz dan dia meronda satu asrama selepas mendengar cerita kami . ustaz berkata bahawa yang kacau kami semalam itu seorang perempuan . terus naik bulu roma aku . mengikut cerita warden yang dah lama di sini , bahagian belakang blok asrama itu merupakan bekas tapak perkuburan orang asli . tambahan pula , sekolah berasrama ini juga sudah berusia lebih 60 tahun . p/s : harap korang suka dengan cerita yang ni . btw sorry dah lama tak up . semua admin busy . harap korang faham :) — tamat — “ @seramasrama
نمایش همه...
[ Memasak ] Hari ini aku bertanggungjawab menyediakan makan malam dirumah. Ya, rumah kami ada sistem bergilir untuk melakukan kerja rumah. Dapur kami ni mak aku cakap ada benda yang suka tolong masak. Aku tak percayalah sebab tak pernah nampak. Aku mula menyediakan bahan. Tapi, aku cuma sediakan bahan untuk masak mee basah, udang dan bahan diperap serta sayur-mayur. Tiba-tiba ada ayam. Aku agak hairan tapi aku memilih untuk mengendahkannya. Aku hanya masak sahaja ayam itu. Goreng jela malas nak berasa-rasa ni. Setelah siap memasak, aku mendapati ayam goreng tadi hilang ditukarkan kepada ayam masak merah. Aku dah seriau dah. Sejak bila aku masak ayam masak merah ni? Aku memilih untuk mendiamkan diri dan hanya membiarkan ayam masak merah itu di dapur. Semasa makan malam, sekali lagi ayam muncul entah dari mana. Tangisan kedengaran. "Huu... Sampai hati kau tak hidang masakan aku." Bulu aku meremang. Kerana suara itu merupakan suara arwah sahabat baik aku. Aku menoleh ke arah abang,mak dan ayah. Nampaknya hanya aku yang terdengar suara arwah. Aku beristighfar. Seperti tadi aku hanya mendiamkan diri lalu segera menjamah makanan bersama keluarga. "Sedaplah ayam masak merah ni Ain." Mendengar pujian daripada abang aku kaku. "Mak, ayah, abang. Tolong baca balik doa makan pastu tengok pinggan korang." Suara ku bergetar. Mereka bingung namun hanya akur dengan arahan aku. Setelah membaca doa dan melihat pinggan mereka, mak, ayah dan abang terperanjat. Satu persatu rebah ke lantai. Kini tinggal aku seorang sahaja yang masih sedar kerana aku tidak makan ayam masak merah itu. Ayam masak merah itu bukan ayam. Tapi bangkai ayam yang busuk dipenuhi ulat dan darah. " Eh Najwa. Hidup lagi tak? Maaflah aku terletak racun dalam makanan kau." Sekali lagi. Suara arwah bergendang di telinga. Tangan aku mengigil. Aku kenal dialog itu. Itu adalah ayat terakhir yang aku ucapkan kepada arwah iaitu Najwa. Aku menangis sambil memohon maaf. Namun tiada yang membalas. Hilaian ketawa kedengaran. Bangkai disumbat ke mulut aku secara paksa. Aku meronta ingin melepaskan diri tapi tangan dan badan aku seperti ditahan. " Jumpa di neraka, Ain." Setelah itu, penglihatan aku perlahan-lahan menjadi hitam. — tamat — “ @seramasrama
نمایش همه...
[ Tangga Blok E ] Benda ni berlaku masa aku tengah naik tangga blok E sekolah aku untuk ke makmal. Aku sebenarnya tadi pergi ke tandas jadi sebab tu aku seorang diri naik tangga blok E ni. Dengar khabar angin yang selalu menjadi bahan bualan, tangga yang aku tengah naik ni keras. Dulu ada budak jatuh dari tangga Blok E ni. Di tingkat 2. Aini. Disebabkan terlalu kuat hentakan Aini mati. Kawan dia ada semasa kejadian. Naira. Tapi Naira juga cedera parah. Ada beberapa tulang badannya retak. Sejak itu ramai pelajar selalu terjatuh dari tangga. Namun tiada yang cedera parah seperti sebelum ini. Naira dah pindah sebab trauma. Tapi ada pulak yang cakap sebenarnya dia yang tolak kawan dia sampai mati. Walaupun ada yang membantah sebab tidak kukuh. Takkanlah kalau Naira tolak dia sekali terjatuh kan ? Tapi siapa tahu kisah sebenar ? Haih kenapa pulak aku teringat benda ni. Haih lama pulak aku mendaki tangga ni. Aku tengok papan di sebelah tangga untuk mengetahui di tingkat ke berapa aku berada sekarang. Aku menoleh ke belakang. Aku terkejut. "T1" Takkan lah dari tadi aku daki masih kat tingkat 1 ? Mana logik. Aku segera berlari mendaki tangga sebab mungkin aku yg banyak sangat mengelamun dan terhenti di salah satu anak tangga di situ. Tapi semuanya sia-sia. Aku masih di anak tangga terakhir teratas di tingkat 1. Tangan aku mengigil sebab panik. Tiba-tiba belakang aku terasa ditolak. BAM! BUM! BUM! BUM! Aku terguling di anak tangga dan terbaring di atas lantai berlumuran darah. Buku dan bekas pencil aku terjatuh di sebelah aku. Mata aku melihat ke arah dimana aku datang. Meskipun samar-samar. Aku masih mampu melihat seorang kelibat datang mendekati. " Kenapa kau belum mati lagi Naira." Dan disitu lah aku tahu yang sebenarnya Naira cuba menyelamatkan diri daripada Aini yang ingin membunuh dia. — tamat — “ @seramasrama
نمایش همه...
hai semua! rindu tyra tak? hehe stay tune tau malam ni tyra ada tulis satu cerita pendek untuk korang. harap tyra dapat ubat kerinduan korang terhadap @seramasrama hm walaupun tyra tau korang tak rindu huhu.
نمایش همه...
[ kisah si hijab terbuka 2 ] seminggu berlalu , dan setiap hari junior tersebut masih pengsan . tapi sekarang kami hanya dibiarkan di kelas . sewaktu prep hari ahad malam isnin , aku dihurung rasa takut tanpa sebab . dia pengsan lagi . tapi malam itu , ustazah suruh rakan sekelas biarkan . dia tidak dibaca pun ayatul kursi atau surah . mereka biarkan hingga dia sedar . itu yang diberitahu oleh rakan sekelasnya . malam itu , dia menegurku seperti biasa . "Hai kak" dia tersenyum seperti biasa . namun , wajahnya nampak lain . sungguh berbeza ! sama seperti waktu rakanku dirasuk . auranya amat berbeza . aku tetap tidak sedap hati . keesokannya , pukul 4 pagi , aku bangun menuju ke mesin basuh yang terletak dibelakang dorm . aku memang terbiasa pergi membasuh seorang diri pada waktu pagi . namun pagi itu , ketakutan semalam masih belum hilang . rasa resah tanpa alasan masih belum hilang hingga aku bertekad ingin mengejut kawanku yang juga ingin membasuh . Nasib tidak menyebelahi , port katilnya dilusuri tilam . akibat gelap , aku tidak mampu mengecam sesiapa . nak buka lampu terlalu awal pula , takut nanti kena marah sahaja . maka aku batalkan niat dan pergi sahaja membasuh baju di mesin seorang diri . selepas air diisi buat kali ketiga bersama softener , aku kembali ke dorm . ramai juga yang sudah bangun . aku perasan kawanku juga sudah bangun , lalu aku ke mesin basuh dengan harapan untuk menunggunya disitu . ketika itu , aku mendengar tapak kaki berjalan menuju ke mesin basuh . bunyinya terlalu jelas . aku cuak namun aku tetap mengabaikannya . namun kerana perasaanku haritu berkecamuk , aku tidak mampu mengabaikan bunyi itu sepenuhnya . " bismillah . takpe . kejap je ni ." aku menarik dan menghembus nafas kerana aku takut diserang panic attack . dahlah keseorangan di belakang blok ini . 'Fisya nak dtg dh' 'Fisya nk dtg dh' aku ucap berulang kali dengan harapan bunyi tapak kaki itu adalah dari bunyi tapak kaki fisya . 3 minit yang terasa lama dan fisya muncul dengan bakul baju kotornya . aku menghembus nafas perlahan dan tersenyum seperti tiada apa yang berlaku . sewaktu rehat , aku ke tandas. rupanya , tempoh haid aku sudah tiba . padanlah semalam terasa begitu . tambah pula seminggu ini aku membantu dia yang diganggu . malam itu , dia pengsan . Kami yang uzur akan membuat halaqah berasingan dari yg boleh solat . dia juga uzur . dia pengsan selepas halaqah dan kerana tak ramai yang uzur , terpaksalah aku kembali membantu setelah sekian lama . kami menghampar karpet minj di belakang kelas dan berusaha mengangkatnya ke belakang . seusai itu , aku dan rakanku yang lain bergegas ke kelas tanpa sepatah kata . Letih yang teramat . sakit juga pinggang kami mengangkat . tanganku juga berasa kebas seakan dicengkam . aku hanya mampu berdoa . sedikit sebanyak rasa sakit itu aku endahkan . malam itu , tidak seperti malam lainnya . tangan kiriku lenguh lebih lama . dua jam prep itu aku habiskan dengan cuba menggagahkan lenganku . tangan kiriku masih sakit , tapi terasa lebih baik sehingga ke asrama . cuma lenguh sahaja . disebabkan minggu ini kami akan pulang , aku kurang sedikit rasa gusar . kalau dia pengsan pun , kami sudah mula suruh rakan sekelasnya membantu . tak perlulah panggil senior setiap hari , kurang sedikit beban kami . Mereka pun bolehlah belajar ayat ayat pertahanan sedikit sebanyak . sekarang , aku sudah balik namun masih belum menceritakannya kepada rakanku . aku takut dilabel 'attention seeker' atau 'over' meskipun aku tahu mereka tidak akan menggelarku sebegitu . namun aku tetap berdiam diri , biarlah selagi tiada apa terjadi. p/s : Sorry panjang . harap korang enjoy cerita ni ^^ — tamat — syubb thanks “ @seramasrama
نمایش همه...
[ kisah si hijab terbuka ] dari tingkatan satu , sekolah aku sering terjadi peristiwa histeria . aku pula dikenali kerana hijab mataku terbuka . aku sering membantu jika perlu sekat pintu keluar atau bantu pelajar pelajar kerasukan . namun begitu , tidak ramai juga yang panggil aku kecuali jika benar benar diperlukan . ini disebabkan amaran dari senior yang aku sendiri tidak tahu apa . ia bermula pada suatu pagi , pagi itu tiada cikgu yang masuk jadi seperti biasa guru ganti yang masuk dan membenarkan kami mebuat kerja sendiri . setengah jam kebosanan , guru penolong kanan datang untuk meminjam dua orang yang boleh bantunya mengangkat sesuatu . tidak lama kemudian , dua orang tersebut kembali , ingin memanggil tiga orang lagi. aku ingat kami akan mengangkat makanan atau kotak kerana stok koperasi baru sahaja sampai , maka aku pun turut serta untuk membantu . kami disuruh ke kelas tingkatan 1A dan disambut dengan junior kami yg terkulai pengsan . kami berlima mengangkatnya dan meletakkan dia di bilik berdekatan . seusai meletaknya dengan gigih , kami berlima duduk sambil membaca ayat ayat serta manzil yang diambil dari surau . tangan kiriku sudah bergetar , terasa dicengkam dan lemah tak mampu dikawal . aku diamkan sahaja , takut kawanku yang lain tahu . separuh manzil dibaca, aku tidak lagi mampu meneruskan. tangan kiriku rasa sangat lemah . tiga hari berturut-turut , junior kami pengsan dan orang yang sama akan dipanggil , termasuk aku . hari minggu tiba dan kami mempunyai kelas al-quran . disebabkan aku dah habis baca , ustazah memanggil dua orang dari kelas kami untuk membantu dan namaku disebut . Aku mula tidak sedap hati tetapi malu untuk menolak . ustaz : tolong pegang dia, ustaz nak ubatkan . dia kuat sangat , buas pula tu . aku dan kawanku : banyak kali kitorang cuba pegang bila jadi macam tu , habis dipukul nya kitorang . ustaz : ohh , takpe . sorang kaki kanan , sorang kaki kiri , sorang tangan , ha cukuplah kamu bertiga . aku : kau pegang kaki kanan , kau kaki kiri , aku pegang tangan , ha boleh ? Aku kira sampai tiga tau ! satu ! dua ! tiga ! aku meluru kearahnya , tudungku ditarik kasar dan waktu itu aku benar benar pasrah . dua kawanku yang sepatutnya memegang bersama bertindak lambat dek kerana takut . lihat aku ditarik , baru mereka menahan kaki dan lengannya . sempatlah juga ditumbuk dan ditendang dua orang rakanku , mujur aku ditarik tudung sahaja . maka teruslah sesi ruqyah . ustaz : tekan-tekan sikit badan dia , cari dari mna benda tu masuk . Kalau melawan tu , dekat situlah . maka kami pun menekan-nekan sekitar badannya , dan aku menekan bahagian kaki kiri . tiada apa apa tindak balas dari dia . aku tak sedap hati kerana terlalu kaku kakinya . ustaz pun cuba menekan kaki kiri dan tangan dia . dia melawan ! kakinya terawang ingin menendang sang ustaz . aku terkejut kenapa waktu aku sentuh dia tidak memberi tindak balas . persoalan tu aku simpan di dalam fikiran . akhirnya 'tersedar' sang junior, letih dengan nafas tercungap dan tak mampu menutur kata . selepas itu , ustaz menyuruh kami kembali ke kelas . kami bertiga (seorang lagi rakan kelas sebelah) berjalan ke kelas dengan rasa tidak sedap hati dalam diriku . tangan kiriku sakit seperti biasa , namun kali ini rasa lain macam . aku : macam tak boleh percaya je aku . kawanku : percaya apa? aku : aku tak percaya yang dia dah sedar . mata dia nampak lain . tapi disebabkan sudah letih , kami hiraukan sahaja perkara tersebut dan bergegas ke kelas . — bersambung — syubb thanks “ @seramasrama
نمایش همه...
[ 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵 ] Hai,Aku nana (not a real name). Aku nk ceritakan pengalaman kawan aku,dia ceritakan dekat aku waktu darjah 5 akhir tahun. Pada pukul 8 malam, kami bergegas ke sekolah untuk menaiki bas lawatan kami. Kami tiba di sekolah pada pukul 8:39,Waktu itu semua murid dan cikgu berkumpul di padang. Cikgu Datang Ke arah aku dengan muka marah. "Na,Kenapa kamu datang lambat? Nasib baik cikgu kamu datang lambat" Aku dengan rasa bersalah,aku meminta maaf kepada cikgu. Semasa menunggu cikgu kami yang lambat datang.Pukul 8:45 Hampir dekat dengan waktu bahaya...yg dikatakan oleh ustaz kami jika berada di padang dan belakan sekolah,Cikgu kami mengingatkan kata ii ustaz dan kemudian kami mengemas barang dan bergegas ke depan sekolah. Kawan aku yg bernama risa, Dia pakai earphone so dia tk beberapa dengar apa yang cikgu cakap...so kami mencari dia di padang...kami nampak dia berdiri dan membongkok kat sedikit kepala nya dia bawah...Bila dia pandang kami dan cikgu...Mata dia hitam,Cikgu kami menggeletar dan merasakan ada benda yang tidak kena...Sekolah kami tiba ii tiada elektrik...kami terdengar bunyi orang yg menjerit ketakutan. Aku dan kawan aku begegas ke depan sekolah...aku melihat tiada sesiapa termasuk Penjaga sekolah, Kami Berpatah balik ke cikgu dan kami semua membaca yasin untuk menenangkan keadaan. kemudia. cikgu kami yang lambat..dtg membawa suami dia...suami dia seorang ustaz..kami semua berkumpul di padang...angin kuat, Risa Menyeringai dan membuat aksi seperti membelasah orang...Dia mengambil sebatang kayu dan memegang nya seperti senapang, Kami semua duduk diam...dan tiba ii rika pengsan....Kami semua bersyukur kerana tida apa ii terjadi kepada rika dan yg lain... Lawatan itu terpaksa ditunda kan kerana kejadian itu.Ditunda ke hari besok. Sejak dari itu kami berasa lega dan tidak pergi lagi ke kawasan padang itu. — tamat — “ @seramasrama
نمایش همه...
[ Misteri Nenek Sebelah Rumah ] Aku Sara ( bukan nama sebenar ) . Aku nak ceritakan tentang jiran aku ataupun "nenek" yang tinggal bersebelahan rumah aku. Waktu itu aku berumur 13 tahun. Sebulan sebelum aku masuk asrama. Pukul 9 malam, aku nampak nenek yang selalu duduk dekat buaian yg bersebelahan dengan rumah aku. Aku merenung ke arah nenek itu, mata nenek merah berair, macam menangis. Aku menyapa "nenek, nenek okay?" . Tiba ii nenek tu gelak menyeringai. Aku berlari dan terus masuk ke dalam rumah. Aku mengunci pintu dan menahan pintu dengan almari pasu ibu aku. Waktu itu parents aku keluar nak ambil fail yang tertinggal di pejabat. Aku cuba menenangkan diri aku dengan membuka televisyen. Tiba ii keluar cerita hantu. Aku menutup televisyen dan memandang ke tingkap untuk tengok kalau parents aku dah balik. Nenek tu menyapa aku dari tingkap. "cu, temanla nenek. nenek tiada teman untuk bermain" Aku terkejut kemudian terjatuh. Mujurlah itu hanya mimpi. Tiba ii ada yang mengetuk pintu rumah, Rupanya seorang mak cik dari rumah sebelah itu menghantar sebuah bekas yang berisi makanan sempena kenduri kematian nenek itu. Sejak dari itu, aku selalu mengziarahi jiran ii aku dan saudara mara aku. — tamat — “ @seramasrama
نمایش همه...
Aaaaaaa nak mintak tolong support copy link and and like my new tiktok contenttt https://vt.tiktok.com/ZSeVedFYf/
نمایش همه...
untuk yang tengah atau bakal tempuh exam . fighting okay ! awak boleh buat . semoga kita sama ii peroleh kejayaan . bittaufiq wannajah 🌿 — fafa
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.