cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

𝐇𝐢𝐣𝐫𝐚 𝐀𝐦𝐚'𝐫𝐚𝐚✨

Bergantunglah Pada"𝘼𝙇𝙇𝘼𝙃" Jgn Lupa"𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏" DakwahHB 𝘿𝙚𝙥𝙠𝙧𝙞𝙥𝙨𝙞: 🌷Dictionary_Reminder 🌷RepostVd_dakwah 🌷Qoutes_Islam 🌷Quiz_Islam Silakan share yang baik biar semua tahu! Semoga Bermanfaat✨ Cuba tekan https://linktr.ee/DakwahHB

نمایش بیشتر
ماليزيازبان مشخص نشده استدین و مذهبی
پست‌های تبلیغاتی
359
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

IBLIS ITU SANGAT ALIM Jika engkau bertanya tentang Al'Quran kepada iblis, dia akan menerangkan dengan sangat jelas,kerana iblis tahu bila ayat itu turun dari langit. Jika engkau bertanya tentang ilmu hadith kepada iblis, dia akan menjelaskannya, kerana iblis tahu asbabul wurud dari hadith itu. Jika engkau bertanya tentang kisah para nabi, iblis akan dapat menceritakannya kerana dia sudah ada sejak nabi Adam masih berada dalam syurga. Iblis ahli Quran... Iblis ahli hadith... Iblis ahli riwayat... Iblis ahli ibadah... Iblis alim/pandai dalam segala ilmu... Tapi iblis tidak pernah menjadi kekasih Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat... “AKU LEBIH BAIK DARI KAMU” Semoga sedikit ilmu yang dititipkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dihati kita tidak menjadikan kita sombong dalam segala urusan... Kita juga akan faham bahwa ilmu tak menjamin seseorang itu menjadi taat dan soleh serta di kasihi Allah. Yang aku takut... hatiku kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati orang lain.. Yang aku takut... aku merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain. Yang aku takut... ego ku terlalu tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain. Yang aku takut... aku lupa bercermin diri sendiri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain. Yang aku takut... ilmuku akan membuatku menjadi sombong dgn memandang yang lain lebih rendah ilmunya dari ku. Yang aku takut... lidah ku makin lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib ku yang menggunung. Yang aku takut... aku hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam perbuatan. Yang aku takut... aku hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri. Yang aku takut... aku membenci dosa orang lain, namun bila aku sendiri yang membuat dosa aku tidak pula membencinya. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala sentiasa menyedarkan ku sehingga aku lebih rajin menilai kelemahan dan keburukan diri ku sendiri daripada menilai keburukan orang lain. Aamiin..... SELALULAH MELIHAT KE DALAM HATI.. Credit: Dr Amirul Amin . Sahabat dah follow ke kami? ☺ Instagram baru ceramahustazustazah Mari ler follow. https://www.instagram.com/ceramahustazustazahmalaysia/ . Jom Join Telegram Channel Ceramah Ustaz dan Ustazah : Klik link dibawah https://t.me/ceramahustazdanustazah Semoga Allah merahmati sahabat dunia dan akhirat. Amin ya Allah 😊
نمایش همه...
Assalamualaikum ❤️ Ana nak share lagu yang baru tarbiah sentap keluarkan. Lagu yang berkenaan tentang cinta *"Laila Majnun"*. https://youtu.be/yCpc7ukqU1Q
نمایش همه...
ONE PATH FT NAZREY JOHANI - LAILA MAJNUN (OFFICIAL MUSIC VIDEO)

Social Media ONE PATH Instagram -

https://www.instagram.com/onepath.official/

TikTok -

https://www.tiktok.com/@onepath.official

Facebook -

https://www.facebook.com/onepathtsr

Twitter -

https://www.twitter.com/onepathofficial

Social Media Tarbiah Sentap Records Instagram -

https://www.instagram.com/tarbiahsentaprecords/

TikTok -

https://www.tiktok.com/@tarbiahsentaprecords

Social Media NAZREY JOHANI Instagram -

https://www.instagram.com/

Tiktok - Facebook - "Tuhanku, tenggelamkan diriku ke dalam lautan keikhlasan mencintaiMu. Hingga tidak ada sesuatu yang menyibukkanku selain berzikir padaMu.." (Rabiatul Adawiyah) Lagu & Lirik: Akmal Mustafa Muzik & Keyboard: Iris Tan & Ida Liew Gitar: Haw Vee & Alexander Ching Mixing & Mastering: Amin Nordin Suara Latar: One Path, Akmal Mustafa Studio Rakaman: Tarbiah Sentap Records Pengarah Video Muzik: Afiq Jamil Videographer: Aiman Haziq & Luqman Hazif Drone Pilot: Luqman Hazif Video Editor: Aiman Haziq Online Editor: Afiq Jamil Penerbit Eksekutif: Adnin Roslan Penghargaan: STG Tasik Cermin, Ipoh, Perak & Luqman Azli (STG Tasik Cermin) Lokasi penggambaran: Tasik Cermin Ipoh, Perak Kru (Muzik Video): Mahdi, Usamah, Syukri Kru (Nazrey Johani): Osman, Tendy, Anis, Fateh (ONE PATH) Bila berputik rindu Ibarat api di kalbu Yang membakar seluruh Taman cinta jadi abu (ONE PATH) Biar derita dirasai terseksa kerana kasih Peritnya Majnun nikmati Menjadi indah di sanubari (NAZREY JOHANI) Dunia bersaksi akan kisahnya Bukti dahsyatnya cinta si gila Segalanya pada Laila indah Lebih dari dunia seisinya (ONE PATH) Kasih selain Laila Hanyalah metafora cinta (ONE PATH) Andaikan cintanya sang hamba Umpama Majnun bercinta Bagaimana rasa digambar Kerna rindu tak berbahasa (NAZREY JOHANI) Tuhan, kurniakan aku zouq rindu Hingga aku buta selain dzat-Mu Pinta ku basah lidahku selalu Zikir di bawah minda sedarku (NAZREY JOHANI) Dunia bersaksi akan kisahnya Si Laila Majnun hangat bercinta Betapa cinta sesama manusia Terasa sekelumit cinta luar biasa (ONE PATH) Kasih selain Pencipta Hanyalah metafora cinta

🌷 — ⨾﷽” KELEBIHAN SURAH AL-BAQARAH AYAT 1-5 1.Pelindung untuk rumah baru Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu menjadikan rumah kamu sebagai kubur, sesungguhnya rumah yang dibacakan Surah al-Baqarah tidak akan dimasuki syaitan.” (Hadis Riwayat At Tirmidzi) 2.Pelindung daripada syaitan Daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Barangsiapa membaca sepuluh ayat daripada surah al-Baqarah pada satu malam maka rumah tersebut tidak akan dimasuki syaitan pada malam tersebut sehingga pagi iaitu empat ayat awal surah al-Baqarah, ayat al-Kursi, dua ayat selepasnya dan tiga ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah”. [Riwayat Imam al-Darimi (3425)] 3.Diberi rasa cukup dalam diri Dalam satu hadis daripada Abu Mas’Ud menyatakan, muslim yang meletakkan rutin membaca surah al-Baqarah tidak perlu risau. Allah SWT akan memberi kecukupan baginya. Ini disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir di dalam surah al-Baqarah pada malam hari, maka itu akan mencukupinya.” Hadis Riwayat Ibnu Majah). 4.Terdapat ayat kursi daripada surah Al-Baqarah ayat 255 yang banyak manfaatnya “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap kali selepas solat fardhu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”. [Riwayat al-Thabarani di dalam Mu’jam al-Kabir (7532) & Riwayat al-Nasa’ie di dalam al-Sunan al-Kubra (9848)] 5.Kehebatan 2 ayat terakhir surah al-Baqarah Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” [Riwayat al-Bukhari (5009)] اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #SharingsebagaipahalaJariah #sharekanYangBaikAgarSemuaTahu #semogamanfaat 💌@HijraAmaraa
نمایش همه...
🌾✨"بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ"........ PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Kesempurnaan Iman Dengan Mencintai Rasul عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ Daripada Anas RA ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1. Kesempuraan iman itu menuntut kecintaan yang sempurna kepada Rasulullah SAW. 2. Kesempurnaan iman seseorang mesti meletakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW melebihi kecintaan kepada ibu bapa, anaknya juga manusia seluruhnya. 3. Kecintaan kepada Rasulullah SAW juga mesti melebihi kecintaan kepada diri sendiri atau hawa nafsunya. Rasulullah SAW menjelaskan kepada Saidina Umar kecintaan yang sebenar seperti di riwayatkan Abdullah bin Hisyam RA, ia berkata: كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ وَاللهِ َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ. “Kami mengiringi Nabi SAW, dan baginda memegang tangan ‘Umar bin al-Khatab RA. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi SAW: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi SAW menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada baginda: ‘Sesungguhnya sekarang, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi SAW bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’ (HR. Bukhari No: 6632) Status: Hadis Sahih 4. Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti didahului dengn kecintaan kepada Allah. Mencintai Rasulullah adalah cinta kerana Allah. 5. Kecintaan kepada Rasulullah SAW mesti diperlihatkan dengan lisan dan perbuatan. Bukti cinta dengan mencontohi sunnah Nabi dalam ibadat dan amalan seharian. Selamat menyambut kedatangan bulan Rabiul Awal, bulan yang mengingatkan kita kepada kelahiran Nabi Muhammad SAW. اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ #SharingsebagaipahalaJariah #semogamanfaat #sharekanYangBaikAgarSemuaTahu #1hari1hadis 💌@HijraAmaraa
نمایش همه...
Morning Reminder 🦋 ✨Jom Selawat Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya 10 kali dan akan dihapuskan daripadanya dosa dan diangkat baginya 10 darjat. [HR An-Nasaie-1271 ] ✨Jom baca Asma’ul Husna: •Ya Bari’ (Yang Maha Mengatur 40x) •Ya Fattah (Yang Maha Membuka Rahmat 40x) •Ya Razzaq (Yang Maha Memberi Rezeki 40x) •Ya Wadud (Yang Maha Mencintai 99x) •Ya Majid (Yang Maha Mulia 99x) ✨Jom Baca: •Almatsurat •Surah Alwaqiah •Surah Alkahfi ayat 10 terawal & 10 terakhir Allah berfirman yang bermaksud, "Maka ingatlah kepadaku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepadaku dan janganlah kamu ingkar kepadaku." (Al-Bagarah:152) "Aku Bersama Hambaku Yang Mengingatiku. (Sahih Al-Bukhari)
نمایش همه...
Maryam adalah ibu dari..Anonymous voting
  • Nabi Muhammad
  • Nabi Isa
  • Nabi Adam
  • Nabi Idris
0 votes
Nabi Yahya adalah anak dari..Anonymous voting
  • Nabi Adam
  • Nabi Zakaria
  • Nabi sulaiman
  • Nabi Idris
0 votes
Nabi Idris menerima..suhufAnonymous voting
  • 20
  • 10
  • 30
  • 50
0 votes
Surah Ibrahim berjumlah...ayatAnonymous voting
  • 12
  • 168
  • 95
  • 52
0 votes