S
Alhamdulillah, dengan barakah dan restu Ayahanda pada 6 Julai 2024 Sabtu lalu telah berlangsungnya Program Sanggar Srikandi julung kali di The Haven yang dihadiri 70 wanita pelbagai latarbelakang.
Haven menjadi pilihan kerana konsep santai sekaligus menyahut saranan pemiliknya Abg Long (Dr.) Aiman agar mengimarahkan tempat ini melalui 7 pintu iaitu Kerohanian, Pendidikan, Keseniaan, Media Podcast, Aktiviti luar, Branding & Produk, Penjanaan dalam pembinaan insan ا م س
Pembuka tirai majlis dimulai bacaan Al-Quran oleh Ustazah Hanis Umairah dan Alunan syair ا م س oleh Kak Ngah Myra. Majlis diteruskan dengan majlis Selawat dan doa yang dibimbing oleh Ustazah Mama Mariah.
Para srikandi kemudian diajak menghayati montaj sirah hijrah Nabi SAW dan kemudian diteruskan dengan tausiyah bertajuk "Meneladani Peranan Wanita Dalam Peristiwa Hijrah Rasulullah SAW"
- Pengkisahan 3 wanita yang hebat dalam penghijrahan Rasulullah SAW iaitu:
1. Sayyidah Asma’ binti Abu Bakar sebagai penyimpan rahsia tempat sembunyinya Rasulullah SAW & Saidina Abu Bakar as.
2. Aisyah binti Abu Bakar menjadi Wanita yang dipercayai untuk membawa 2 ekor unta kepada Rasulullah SAW.
3. Ummu Ma’abad pula seorang pemurah dengan siapa sahaja yang melalui khemahnya dan berhenti di khemahnya, akan dijamu makan.
Rumusan dari tausiyah disimpulkan bahawa kehebatan wanita ini kerana memiliki kekuatan kerohanian, keberanian dan sifat kasih sayang yang bersumber kepada kekuatan makrifatullah yang terbit dari hatinya. Maka seorang wanita yang hebat hendaklah mendalami ilmu tauhid hinggalah merasai kehadiran Allah Yang Maha Baik di dalam hatinya sehingga dapat menjalankan amanah dalam memperjuangkan agama Allah SWT.
Wanita juga berperanan sebagai 'booster kebaikan' di dalam rumah tangga. Namun untuk mencapai sifat ini hendaklah memiliki nilai kehambaan dan mencintai Rasulullah saw dan sunnahnya. Allah SWT akan memuliakan para isteri yang memuliakan suaminya. Malah keberanian seorang wanita adalah lebih kuat berbanding 1000 lelaki apabila wanita dapat mengawal emosinya.
Majlis diteruskan dengan Sesi Terapi Jiwa oleh Coach Nora Zyan dan diakhiri dengan persembahan qasidah karangan Ayahanda oleh Kak Long Fifi dan Kak Ngah Myra.
Turut diraikan 10 orang ibu aminah dalam sesi penyerahan sumbangan yang disampaikan oleh Ummu dikasihi.
Untuk makluman Ayahanda, Sanggar Srikandi di Haven memberi simbolik sebuah rumah yang selamat dan santai untuk beraktiviti dengan mewujudkan pelbagai aktiviti kerohanian, keseniaan, kemasyarakatan demi membina kasih sayang di kalangan masyarakat menuju kebangkitan peradaban yang berteraskan IMS / ا م س.
Mohon doa dan restu Ayahanda 🙏🏻🙏🏻 moga ramai wanita dapat bersama-sama menghayati keindahan ا م س dalam pelbagai wasilah.
Anak-Anak Perempuan Bawah Bimbingan Ustaz Angah Sunan
Asma' Abu Bakar:
1. Penyimpan rahsia tempat penyembunyian Rasulullah saw dan bapanya Abu Bakar.
2. Pembawa makanan.
Aishah Abu Bakar:
1. Bawa 2 ekor unta dan serah pada penunjuk jalan utk sampai ke Madinah.
Ummu Ma'bad:
1. Nabi saw kehabisan bekalan air.
2. Sesiapa yang dtg khemah Ummu Ma'bad kompom dijamu makan.
3. Nabi saw tiba, tetapi kambing2nya kurus, sakit.
4. Ummu Ma'bad beritahu Rasulullah saw yang baginda rugi kerana tidak dapat jamu Rasulullah saw sb kambing2nya sakit.
5. Rasulullah saw pegang kambing tu dan susu jadi banyak dan diperah susu oleh Rasulullah saw dan dijamu pada semua yg berada di sana.
6. Selepas Rasulullah saw beredar, suaminya sampai dan pelik kena kambing2 tu jadi gemuk n banyak susu.
7. Peranan sebagai booster utk suami lakukan kebaikan.
Mereka berani kerana ada makrifatullah dan mereka yakin bahawa Allah swt Yang Maha Melindung dan Maha Menjaga mereka.
Sangat terzahir sifat cinta dan kasih sayang mereka pada Nabi saw.
Jika benar cintakan Rasulullah saw maka berakhlaklah dengan akhlak Nabi saw. Sifat kehambaan adalah sunnah Nabi saw yang paling tinggi.
Martabat hamba itu sangat tinggi di sisi Allah swt walaupun hamba itu tidak memiliki apa-apa.
Wanita hebat pada emosi namun kekurangannya juga pada emosinya.