fa
Feedback
𝗙𝗮𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗾𝘂𝗹 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁💜

𝗙𝗮𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗾𝘂𝗹 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗮𝘁💜

رفتن به کانال در Telegram

"And remind, for indeed, the reminder benefits the believers" (Quran 51:55)

نمایش بیشتر
8 047
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
⏰ Jadual Waktu Solat Hari Ini ⏰ 📍 Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Bahagian Pantai Barat (Sabah) 🗓 Ahad, 10/07/2022 🌟 10 Zulhijjah 1443H
 🌥 Imsak   : 04:46
 ⛅️ Subuh   : 04:56
 🌤 Syuruk  : 06:10
 🌞 Zohor   : 12:25
 ☀️ Asar    : 15:50
 🌙 Maghrib : 18:36
 ⭐️ Isyak   : 19:52
Selamat menunaikan solat fardhu dan Selamat Hari Raya Aidiladha! ✨

𝖨𝖭𝖲𝖯𝖨𝖱𝖠𝖲𝖨 𝖢𝖧𝖠𝖭𝖭𝖤𝖫 𝖥𝖮𝖱 𝖸𝖮𝖴 •𝖭𝖺𝗄 𝖻𝖾𝗅𝖺𝗃𝖺𝗋 𝗃𝖺𝖽𝗂 𝗂𝗇𝗌𝖺𝗇 𝗒𝖺𝗇𝗀 𝗄𝗎𝖺𝗍 𝖽𝖺𝗅𝖺𝗆 𝗎𝗃𝗂𝖺𝗇 𝖠𝗅𝗅𝖺𝗁? •𝖯𝗈𝗌𝗂𝗍𝗂𝗏𝖾 𝗏𝗂𝖻𝖾𝗌 𝗍𝗁𝗂𝗌 𝗁𝖾𝗋𝖾 ⤵️ @bicarabulanofficial @bicarabulanofficial "𝗍𝖾𝗇𝖺𝗇𝗀 - 𝗄𝖺𝗆𝗎 𝗆𝖺𝗆𝗉𝗎"❤️☕️

🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞 Telah masuk waktu solat fardhu zohor (12:25) bagi kawasan Kota Kinabalu, Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Papar, Putatan, Bahagian Pantai Barat (Sabah) dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya. Selamat menunaikan solat fardhu Zohor! ☺️

━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ ᥫ᭡ S N O W - C A S T L E ━━━━━━━━━━━━━━━━━━━ 🏰 ༉ @Deepke  ✼ pedas tapi mantap 🏰 ༉ @Hati_Remaja  ✼ mendalami isi hati & jiwa remaja 🏰 ༉ @tulisanpengemis  ✼ tetaplah tersenyum walau tak mampu 🏰 ༉ @lifegoenon  ✼ sesulit apapun hidup harus diteruskan 🏰 ༉ @islamicdailyposts  ✼ jaga hati , untuk yang halal 🏰 ༉ @ilovedakwah  ✼ jom hijrah , tinggalkan kegelapan 🏰 ༉ @DeepestWords  ✼ deepest words for you ! 🏰 ༉ @Bicarabulanofficial  ✼ pelbagai tips utk move on 🏰 ༉ @dakwahofheart  ✼ dakwah melalui hati 🏰 ༉ @painlessvibe  ✼ sad eyes , fake smiles 🏰 ༉ @bestieuntillend  ✼ hey bestie , lets join here ! 🏰 ༉ @tawarhati  ✼ tawar hati itu wujud ﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌ L I S T S T A Y 5 H O U R !! ❛ list full . . . ❛ @promotemore asp info ; ❛ @fieaspinfo 💌 S P E C I A L S E A T <33 t.me/lifegoenon ﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌﹌

Apa yang kita buat pada orang lain, Ia akan berbalik pada kita semula. Mungkin esok. Mungkin lusa. Mungkin setahun lagi. Atau jika tak di dunia, kita akan dapat balasannya di akhirat sana. Sebab itu kena banyak buat baik. Kena usahakan apa saja yang baik. Kecil atau besar. Kerana, beri kebaikan yang terbaik adalah amanah yang paling besar buat diri. Beri kebaikan yang terbaik jika ingin menjadi baik. @islamicdailyposts

Alangkah bertuahnya kita kerana terpilih menjadi umat kepada penghulu para Anbiya iaitu Baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Umat Baginda Rasulullah adalah sebaik-baik umat yang diciptakan oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala. Semakin mulia darjat seseorang itu, maka tanggungjawabnya juga semakin besar. - Ad Da'ie ilallah Sayyidil Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid @islamicdailyposts

Allah tidak menjadikan sesuatu secara kebetulan tetapi dengan tujuan. Carilah tujuan itu dan bertindaklah selaras dengannya. Insya Allah , hidup akan lebih terisi dan bererti. @islamicdailyposts

Dunia, akan kelihatan semakin kecil dari jendela hati yang sudah semakin dekat dengan Allah. Yang menghalang kebesaran Allah masuk ke dalam hati adalah kebesaran dunia yang sudah bertapak di dalamnya. Hati yang cinta dunia tidak akan dapat merasai kebesaran Allah! @islamicdailyposts

Kalau ada orang buat salah pada kita, kemudian Allah datangkan bala pada dia, dan dia sedang menderita, apa kita boleh buat adalah maafkanlah dia dan doakan dia. Kalau kita pernah buat silap pun, kita pun berharap orang maafkan kita, nak ampunan dari Allah. Dan memang kita pernah serta banyak kali buat salah dan silap pun. Kita bukan maksum dan perfect. Maafkan dan doakanlah mereka. @islamicdailyposts

✦ —❥ ; 𝒉𝒐𝒑𝒆 𝒚𝒐𝒖 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒊𝒕 ✿` ° 𝒂𝒘𝒆𝒔𝒐𝒎𝒆 𝒄𝒉𝒂𝒏𝒏𝒆𝒍𝒔 𝒉𝒆𝒓𝒆 😃 🎡 @wallpaperterbaik ╰► aesthetic wallpaper here ˚✧ 🎡 @islamicdailyposts ╰► jaga hati, untuk yang halal ˚✧ 🎡 @dakwahsentapofficial ╰► ayat sentap menusuk hati ˚✧ 🎡 @bicarabulanofficial ╰► kata motivasi sang rembulan ˚✧ 🎡 @ilovedakwah ╰► jom hijrah! tinggalkan kegelapan ˚✧ 🎡 @Deepke ╰► pedas tapi mantap ˚✧ 🎡 @hunteroffaith ╰► buktikan cinta, jom selawat ˚✧ 🎡 @mytextsvibes ╰► quotes, just learn from it ˚✧ 🎡 @deepestwords ╰► deepest words for you ˚✧ 🎡 @sentaplaatuu ╰► agama itu adalah nasihat ˚✧ 🎡 t.me/thedakwahjourney ╰► It's all about dakwah ˚✧ 🎡 @lifegoenon ╰► sesulit apapun hidupmu, harus diteruskan˚✧ 🎡 @tulisanpengemis ╰► tetaplah tersenyum, walau tak mampu ˚✧ ⎙ delete after 6 hours ⎙ asp by @macchiatosasp [𝑺𝒑𝒆𝒄𝒊𝒂𝒍 𝒍𝒊𝒏𝒌 𝒕𝒐𝒅𝒂𝒚)

Ukuran kesolehan seseorang itu terkadang bukan dilihat dari solatnya, bukan juga puasanya, bukan juga hajinya, tapi dilihat dari bagaimana orang itu memandang harta. Semakin tinggi cintanya kepada harta semakin rendah cintanya kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala dan semakin tinggi cintanya kepada ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala, semakin rendah cintanya kepada harta. - Al Fadhil Ustaz Wadi Annuar Ayub @islamicdailyposts

Gaji kita mungkin kecil, Namun, mungkin Allah lebihkan rezeki kita dalam perkara lain. Ingat, Rezeki bukan sekadar duit. @islamicdailyposts

Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira dan ketawa. Adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata. Kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari. Tidak salah untuk sesekali kita perlu derita untuk mengenal erti bahagia. Sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan. Sesekali kita perlu menangis untuk kita syukuri nikmatNya yang diberi. Sesekali kita perlu terhiris untuk kita kenal diri sendiri. @islamicdailyposts

​12 Tips / Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud.​ 1. Hal yang paling utama agar boleh bangun malam adalah minta tolong kepada Allah SWT dengan berdoa sebelum tidur. Jika sudah terjaga daripada tidur maka cepat-cepat bangun. 2. Biasakan tidur siang, 30 minit sebelum zuhur atau tidur selepas solat zuhur. Sabda Rasullah SAW “Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah” (Hadis Riwayat ai-Tabrani) Apa itu Qailulah ? Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari. Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ? Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zuhur. Namun boleh juga dilakukan selepas Zuhur. 3. Tidur lebih awal, jangan biasakan tidur lewat yang menyebabkan sukar nak bangun tahajud. Selewat-lewatnya jam 11 malam. 4. Ketahui jadual tidur anda setiap malam, dengan begitu anda boleh menentukan jam malam anda untuk tidur sesuai dengan keinginan anda mau bangun jam berapa pun. Untuk mengetahuinya cubalah uji dengan tidur lebih awal, kemudian pasang jam locing dengan waktu 4 pagi jika terjaga cuba bangun dan mulakan solat 2 rakaat dulu. 5. Mintalah isteri anda untuk membangunkan anda pada sepertiga malam kerana biasanya wanita akan lebih mudah terjaga. 6. Anda juga boleh minta bantuan pada teman-teman untuk saling membangunkan baik melalui telefon mahupun sms, dengan begitu anda juga sudah menerapkan tolong menolong dalam kebaikan. 7. Banyak-banyak minum sebelum tidur, dengan begitu kita akan sering buang air kecil. Setiap kita buang air kecil maka minumlah kembali air putih yang banyak, dengan begitu kita akan mudah terjaga sampai pada waktu sepertiga malam. 8. Sebagai latihan, anda boleh mulakan bangun malam anda setengah jam sebelum subuh dan solat yang ringan, jika sudah terbiasa maka dipercepat lagi menjadi 1 jam sebelum subuh dengan jumlah rakaatnya ditambah, begitu seterusnya. 9. Berwuduk, membaca Al Quran sebelum tidur dan gunakan adab-adab dan cara tidur yang diajarkan Rasulullah SAW. 10. Jangan Makan terlalu banyak sebelum tidur, kerana akan membuat kita menjadi malas untuk bangun tahajud. 11. Jangan tidur dalam keadaan berhadas besar kerana juga akan membuat kita malas untuk bangun tahajud. 12. Jangan berbuat maksiat, kerana setiap dosa yang kita lakukan akan membuat kita sukar bangun malam. Seterbiasa apapun anda bangun malam jika pada siang harinya anda berbuat maksiat maka insya Allah pada malam harinya anda akan akan untuk bangun malam. Ini adalah beberapa cara yang boleh anda cuba lakukan agar mudah bangun malam. Semoga Tips Cara Mudah Bangun Malam Untuk Solat Tahajud di atas boleh bermanfaat bagi anda semua. @islamicdailyposts

Assalamualaikum sis. Nak tak kalau dapat TAJAAN BAJU SETAHUN DARIPADA SABELLA? FREE OF CHARGE😍 Cara dia mudah. PEMBELIAN SERENDAH RM50 dah layak join contest. Bukan sorang pemenang yang dicari tapi 100‼️ Semakin banyak penyertaan semakin tinggi peluang sis untuk menang🤩 Lagi best, sis shopping dapat harga MEMBER. Apa kelebihan dia? ✅setiap pembelian akan dapat diskaun 5% secara automatik ✅pendaftaran FREE Orang kata peluang keemasan jangan dilepaskan🥰 jom daftar sekarang💪🏻 Tekan link ni dan isi form ni ye👇🏻 https://sabella.com.my/#/dssignup/18372 Dan whatsapp saya untuk pengesahan di sini👇🏻 http://www.wasap.my/60134087458/DahDaftarSTARMEMBER #sabella #sabellasentiasa #peraduan100pemenang #menangbajusetahun #miszfacoXsabella

Untuk mencapai cinta Allah itu hendaklah kita menjaga daripada kefardhuan dan melaksanakan perkara yang sunnah dengan khusyuk dengan adab dengan menghadirkan Allah dan yakin Allah akan melihat kepada kamu. Walaupun kamu tidak melihatNya tetapi percaya dan yakinlah pasti Allah akan melihat kepada kamu yang mana Allah سبحانه وتعالى sentiasa bersama kamu di mana sahaja kamu berada. @islamicdailyposts

Menjadi wanita itu takdir, Dan menjadi wanita solehah itu pilihan. Maka pilihlah mana yang kamu mahu. Kerana hanya orang yang istimewa sahaja yang pantas mendapat gelaran solehah. Dan kamu patut merasa bangga dengan gelaran yang kamu itu kerana bidadari syurga sangat mencemburui dengan wanita solehah. Wanita solehah tidak akan merasa bangga dengan kecantikan yang dia ada. Malah dia bersembunyi daripada dilihat oleh ajnabi. Kerana dia berpegang dengan kata kata Saiditina Aisyah r.a: "Bukanlah satu kemuliaan bagi seorang wanita jika dia di cintai oleh ramai lelaki". Dan jadilah kamu seperti haura al maqsurah. syurga yang sangat cantik seindah namamu. Dan sifat haura al maqsurah ialah tak memandang dan tak mahu dipandang. Dan Rasulullah SAW meriwayatkan kepada kamu: Sebaik baik perhiasan adalah wanita solehah @islamicdailyposts