cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Terjemahan Al Banna

Tentang kami Muassis: https://linktr.ee/muassismedia Ikuti Quranic Circle mingguan Muassis !

نمایش بیشتر
ماليزيا14 458زبان مشخص نشده استدین و مذهبی55 916
پست‌های تبلیغاتی
674
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
+117 روز
+1430 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

01:31
Video unavailableShow in Telegram
Syeikh Muhammad Al-Hassan Al-Dado: Wahai pemuda ummah, khususnya di negara jiran Mesir, Lubnan, Jordan, dan Syria yang terluka: "Menyokong Gaza adalah satu kewajipan fardhu ain, dan tidak boleh mengabaikannya." Sumber: Kesatuan Ulama Palestin t.me/hadispalestin
نمایش همه...
3.26 MB
01:14
Video unavailableShow in Telegram
لَأَنتُمْ أَشَدُّ رَهْبَةً فِي صُدُورِهِم مِّنَ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَفْقَهُونَ (13) لَا يُقَاتِلُونَكُمْ جَمِيعًا إِلَّا فِي قُرًى مُّحَصَّنَةٍ أَوْ مِن وَرَاءِ جُدُرٍ ۚ بَأْسُهُم بَيْنَهُمْ شَدِيدٌ ۚ تَحْسَبُهُمْ جَمِيعًا وَقُلُوبُهُمْ شَتَّىٰ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لَّا يَعْقِلُونَ (14) "Sesungguhnya kamu dalam hati mereka, ditakuti lebih dari Allah; yang demikian itu, kerana mereka ialah kaum yang tidak mengerti (akan kekuasaan Allah dan kebesaranNya). (Yahudi dan kaum munafik) dengan keadaan bersatu padu sekalipun, tidak berani memerangi kamu melainkan di kampung-kampung yang berbenteng kukuh, atau dari sebalik tembok. Permusuhan mereka sesama sendiri amat keras; engkau menyangka mereka bersatu padu, sedang hati mereka berpecah-belah. Yang demikian itu, kerana mereka adalah kaum yang tidak memahami (perkara yang sebenarnya yang memberi kebaikan kepada mereka)." (Hasyr: 13-14)
نمایش همه...
6.50 MB
Photo unavailableShow in Telegram
"Sesungguhnya dakwah kalian masih belum diketahui oleh kebanyakan manusia. Pada hari mereka mengenali dakwah kalian, memahami sasarannya dan halatujunya, kalian pasti akan menemui daripada mereka kebencian dahsyat dan permusuhan keras." Dipetik daripada: Risalah Antara Semalam Dan Hari Ini, tulisan Ustaz Hasan Al Banna Telegram Terjemahan Al Banna t.me/terjemahanIHAB
نمایش همه...
Dr. Abdul Aziz Kamil ( Beliau adalah salah seorang daripada generasi awal Ikhwanul Muslimin...merupakan antara tokoh tarbiah yang mempunyai hubungan rapat dengan Al-Imam Hasan Al-Banna )..Beliau menceritakan: Suatu peristiwa yang begitu menyentuh perasaan yang menggambarkan bagaimana kuatnya hubungan ukhuwwah dan hebatnya sikap ithaar ( mengutamakan/ mendahulukan kepentingan saudara lebih dari diri sendiri ( dalam kehidupan anggota Ikhwan ):- Ada seorang Akh telah membahagikan ( menyumbang ) separuh daripada gajinya kepada salah seorang Akh yg tidak mempunyai pekerjaan ( menganggur ).. Suatu hari Abdul Aziz Kamil bertanya kepada Akh yang menyumbang itu: Bagaimanakah anda dapat menguruskan kehidupan harian dengan hanya separuh gaji bulanan anda..? Lantas Akh itu menjawab sambil tersenyum: "Cuba bayangkan pula bagaimanakah agaknya Akhi ( saudaraku ) itu dapat hidup ( mengurus kehidupannya ) tanpa sebarang gaji ( pendapatan )?!!". ---------- يذكر الدكتور عبد العزيز كامل (وهو احد الرعيل الأول للإخوان المسلمين ومن التربويين المقربين إلى الإمام حسن البنا): موقفا مؤثراً في الأخوة والإيثار؛ فيقول: "أن أخًا كان يقتسم راتبه مع أخ من إخوانه تعطل عن عمله، وسأله ذات يوم: كيف استطعت أن تنظم أمرك بنصف مرتبك؟ فابتسم قائلا: وكيف يعيش أخى دون مرتب؟!!."
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Menghargai Peluang & Memanfaatkan Detik Masa Antara perkara yg mereka sering perhatikan pada Ustaz Al Banna ialah dia seorang yg unik pada sikap iltizamnya. Boleh di-describe sebagai 'menghargai peluang dan memanfaatkan peluang'. Pada suatu hari seorang lelaki pernah bertanya berkaitan perkara ini lalu Ustaz menjawab: "Kerana peluang apabila pergi tidak akan datang semula." Inilah hakikat yg perlu disedari para du'at dan muslih. Masa mereka amat mahal, tanggungjawab mereka besar, peluang dakwah mereka berharga. Tidak selayaknya dia membiarkan semua itu tanpa manfaat yang tertinggi, atau meletakkan sumber itu pada pelaburan yang terbaik. Ustaz Muhammad Hamid Eliwah, Zad As-Sairin Telegram Terjemahan Al Banna t.me/terjemahanIHAB
نمایش همه...
Beramal Serta Merta Selepas Talaqi Merupakan Manhaj al-Quran Tindakan segera selepas penerimaan, bekerja segera setelah mendapat perintah, dan mengikuti segera setelah mendengar adalah pendekatan al-Quran dan bimbingan ilahi. Dan pada demikian (manhaj Qurani) terdapat kebaikan yang banyak dan petunjuk yang besar. Betapa banyak amal-amal kebaikan dan perbuatan-perbuatan yang bermanfaat kita tangguhkan atau kita relaks (tangguh) sehingga terbuang (kebaikan yang sepatutnya boleh dilakukan), maka hilanglah kebaikannya dan ternafi ganjarannya (terputus pahalanya). Perhatikan firman Yang Maha Kuasa: “Dan sesungguhnya kalau mereka amalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah) yang telah diberikan kepada mereka, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka)". (An-Nisa: 66), "Mereka takut kepada Tuhan mereka yang mengatasi mereka (dengan kekuasaanNya), serta mereka mengerjakan apa yang diperintahkan". (An-Nahl: 50), "Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna". (Az-Zumar: 18) Demikian itu, Al-Quran mentarbiyah kita untuk bertindak segera dan perlaksanaan serta merta setelah mendapat perintah.
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Photo unavailableShow in Telegram
Wahai saudara yang dikasihi, Saya mengingatkan kamu dan diri saya bahawa perkara haram itu pada mulanya sukar dilakukan, Kemudian ia menjadi mudah, Kemudian ia menjadi lazat, Kemudian ia melembutkan kita, Kemudian ia menjadi manis, Kemudian ia menjadi dambaan hati, Lalu kita mencari utk hati kita, perkara haram yang lain pula. Demikianlah seseorang itu berjalan atas kesesatannya dan keinginannya selangkah demi selangkah; jejak langkah syaitan maka jangan kamu ikuti. Kata orang soleh; apabila dirimu memanggil melakukan maksiat maka beritahu ia dengan lembut ayat ini: قُلْ أَذَٰلِكَ خَيْرٌ أَمْ جَنَّةُ الْخُلْدِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ ۚ كَانَتْ لَهُمْ جَزَاءً وَمَصِيرًا Tanyalah (kepada mereka): "Adakah (azab neraka) yang demikian itu lebih baik atau syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa?" Syurga yang tersedia itu adalah bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (Furqan:15) Terjemahan Al Banna t.me/terjemahanIHAB
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
"Sesungguhnya ada ramai dalam kalangan umat islam yang mencabut islam; sama ada perincian, sifat-sifat, mahupun batas-batasnya pada fahaman mereka. Mereka menggunakan fleksibiliti dan keluasan islam pada konteks yang memudharatkan, sehingga berbeza jauh daripada tujuan asal islam. Lalu mereka meninggalkan kepada anak² mereka pelbagai versi islam." - Ustaz Hasan Al Banna - Dipetik daripada: Risalah Muktamar Khamis, Bab Islam Ikhwanul Muslimin. Telegram Terjemahan Al Banna t.me/terjemahanIHAB
نمایش همه...
Photo unavailableShow in Telegram
Kesetiaan Berterusan & Pemberian yang Tiada Terputus Sesungguhnya ahli dakwah yang benar memahami dua perkara: kesetiaan berterusan dan pemberian yang tiada putus. Alangkah indahnya setia itu, alangkah besarnya pemberian itu. Sifat setia itu memelihara daripada segala kekurangan yang merosakkan jalan dakwah, sifat suka memberi pula menjadikan amal sentiasa mengalir dgn manfaat dan punya kesan berkekalan. Biarlah syiar kita sentiasa: "Setia dengan bai'ah kita, pemurah dalam dakwah kita." Telegram Terjemahan Al Banna t.me/terjemahanIHAB
نمایش همه...
یک طرح متفاوت انتخاب کنید

طرح فعلی شما تنها برای 5 کانال تجزیه و تحلیل را مجاز می کند. برای بیشتر، لطفا یک طرح دیگر انتخاب کنید.