fa
Feedback

فریب کلاهبرداران را نخورید! تل‌متریو این کانال‌ها را شناسایی و برچسب‌گذاری می‌کند 👉 برای مشاهده برچسب، اشتراک تهیه کنید

DausDK

DausDK

رفتن به کانال در Telegram

Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln

نمایش بیشتر

📈 تحلیل کانال تلگرام DausDK

کانال DausDK (@dausdk) در بخش زبانی مالایی بازیگری فعال است. در حال حاضر جامعه شامل 13 760 مشترک است و جایگاه 8 598 را در دسته اقتصاد و امور مالی و رتبه 2 691 را در منطقه ماليزيا دارد.

📊 شاخص‌های مخاطب و پویایی

از زمان ایجاد در невідомо، پروژه رشد سریعی داشته و 13 760 مشترک جذب کرده است.

بر اساس آخرین داده‌ها در تاریخ 17 اکتبر, 2026، کانال فعالیت پایداری دارد. در ۳۰ روز گذشته تغییر اعضا برابر -42 و در ۲۴ ساعت گذشته برابر -1 بوده و همچنان دسترسی گسترده‌ای حفظ شده است.

  • وضعیت تأیید: تأیید نشده
  • نرخ تعامل (ER): میانگین تعامل مخاطب 6.38% است و در ۲۴ ساعت نخست پس از انتشار، محتوا معمولاً 4.07% واکنش نسبت به کل مشترکان کسب می‌کند.
  • دسترسی پست‌ها: هر پست به طور میانگین 878 بازدید دریافت می‌کند. در اولین روز معمولاً 560 بازدید جمع‌آوری می‌شود.
  • واکنش‌ها و تعامل: مخاطبان به‌طور فعال حمایت می‌کنند؛ میانگین واکنش به هر پست 4 است.

📝 توضیح و سیاست محتوایی

نویسنده این فضا را محل بیان دیدگاه‌های شخصی توصیف می‌کند:
“Daftar Moomoo (Free RM100 Guna Code "DAUSDK37" ) : https://j.moomoo.com/017Fln”

به لطف به‌روزرسانی‌های پرتکرار (آخرین داده در تاریخ 18 اکتبر, 2026)، کانال همواره به‌روز و دارای دسترسی بالاست. تحلیل‌ها نشان می‌دهد مخاطبان به‌طور فعال با محتوا تعامل دارند و آن را به نقطه اثرگذاری مهم در دسته اقتصاد و امور مالی تبدیل کرده‌اند.

13 760
مشترکین
-124 ساعت
-107 روز
-4230 روز
آرشیو پست ها
DausDK
13 760
Kahf kata kita "beda level", tapi dompet kita yang diorang kejar 🇲🇾 Lepas Indonesia juara FIFA ASEAN Cup 2026 pada 5 Oktobe
+9
Kahf kata kita "beda level", tapi dompet kita yang diorang kejar 🇲🇾 Lepas Indonesia juara FIFA ASEAN Cup 2026 pada 5 Oktober, akaun rasmi Kahf Indonesia post gambar "Hati-hati Beda Level" dengan bendera Malaysia di bawah garisan. Post dah dipadam dan Kahf dah minta maaf, tapi seruan boikot terus merebak. Yang menarik, data tunjuk Malaysia bukan pasaran kecil untuk diorang 👇 Indonesia ada 287 juta orang, Malaysia 34 juta. Tapi purata seorang rakyat Malaysia hasilkan lebih kurang 2.6 kali ganda lebih banyak. Face wash Kahf yang sama, harga biasa di Malaysia hampir 2 kali ganda harga di Indonesia. Untuk produk solek dan penjagaan kulit, Malaysia ialah destinasi eksport nombor 1 Indonesia. Daus juga bandingkan dengan kes Starbucks Malaysia, yang outlet dia turun dari 408 ke 287, dan siapa sebenarnya yang tanggung kesan boikot. Korang teruskan boikot, maafkan, atau tunggu dulu tengok tindakan Kahf? Cuba komen sikit.

DausDK
13 760
MooFest Malaysia 2026 kembali lagi! 🔥🚀 Event investing paling besar Moomoo tahun ni dengan tema AI trading 🤖⚡ Korang boleh
+1
MooFest Malaysia 2026 kembali lagi! 🔥🚀 Event investing paling besar Moomoo tahun ni dengan tema AI trading 🤖⚡ Korang boleh try sendiri AI tools baru Moomoo on the spot. Rugi gila kalau miss! 👀🔥 • 📅 9 hingga 11 Oktober 2026 • 📍 Pavilion Bukit Jalil, Level 2 🎤 Lineup speaker padu • 🎙️ Shahril Hamdan, host Keluar Sekejap • 🏛️ Dr. Ong Kian Ming, bekas Timbalan Menteri MITI • 🌍 Nasdaq, J.P. Morgan Asset Management dan Leverage Shares • 🐂 Team Moomoo Malaysia sendiri 🎁 Grand Lucky Draw dengan hadiah sampai RM160,000 💰 • 🥇 Gold bar • 📱 Telefon Samsung • 📈 Saham AAPL, NVDA dan TSLA 👇 Cara register, 2 step je • 📲 Step 1 belum ada Moomoo ID? Daftar dulu guna link ni https://j.moomoo.com/017Fln (code DAUSDK37) • 🎟️ Step 2 register MooFest untuk dapat QR code masuk event https://www.moomoo.com/my/promotion/moofest-malaysia Tag geng invest korang, jumpa dekat Pavilion Bukit Jalil! 🙌🔥 *T&C apply. Pelaburan melibatkan risiko. #MooFest2026 #moomooMY #DausDK #Pelaburan #AITrading

DausDK
13 760
🏬 IOI City Mall nak masuk Bursa. Pada harga indikatif 90 sen, 100 unit = RM90. Daus pegang 3 REIT dlm Rakuten Trade. Untung
+9
🏬 IOI City Mall nak masuk Bursa. Pada harga indikatif 90 sen, 100 unit = RM90. Daus pegang 3 REIT dlm Rakuten Trade. Untung harga +RM2.94 je, tapi dividen dah masuk RM245.85 (slide 5). 🎁 Reward (1 hingga 31 Okt 2026): 1️⃣ Daftar kat dausdk.app, kod DAUSDK kat page pertama borang 2️⃣ Activate Cash Upfront sebelum 31 Okt: 1,000 RT Points (RM10) + trade Bursa pertama RM0 3️⃣ Activate US, HK atau Contra sebelum 31 Okt, 5 petang: 1,000 RT Points lagi setiap satu, sehingga RM40 RT Points cuma tolak yuran brokerage, luput 1 bulan. ⚠️ Harga REIT boleh turun, dividen tak dijamin. Bukan nasihat kewangan. 18+. Daus mungkin terima komisen.

DausDK
13 760
Versa tengah ada promo sampai 10%* p.a. untuk pengguna baru 👀 Tapi 10% ni bukan terus atas semua duit korang tau. Ada syarat
Versa tengah ada promo sampai 10%* p.a. untuk pengguna baru 👀 Tapi 10% ni bukan terus atas semua duit korang tau. Ada syarat tertentu, kena set Auto Save, dan bonus tu hanya untuk tempoh tertentu. Dalam video terbaru ni Daus explain: • Macam mana nak unlock 10%* p.a. • Siapa yang layak • Berapa duit yang dapat rate 10% tu • Promo PRS + reward sampai RM300* • Macam mana Versa Save, Invest & Retirement berfungsi Kalau korang memang tengah cari cara nak paksa diri simpan duit setiap bulan atau tengah kejar tax relief sebelum hujung tahun, video ni sesuai untuk korang. Tengok dulu sampai habis sebelum join apa-apa 👇 https://www.youtube.com/watch?v=RNhBL8ucUCs *Terms & conditions apply. Pelaburan ada risiko.

DausDK
13 760
🚆 Tiket ECRL mula dijual November! Korang yang dah tak sabar nak balik Pantai Timur naik ECRL, ni berita baik untuk korang 🎉 💰 Harga tiket akan diumumkan Oktober ni, dan harga dia dinamik, boleh naik turun ikut permintaan macam tiket flight 🎟️ Tiket mula dijual November 🚄 First trip dijadualkan pertengahan Disember 2026 Info perjalanan 👇 • ⏱️ Kota Bharu ke Gombak lebih kurang 4 jam, kalau drive boleh makan sampai 7 jam • 🔁 12 trip pergi balik sehari dari Isnin sampai Khamis • 🔁 Sekitar 14 trip dari Jumaat sampai Ahad ⚠️ Tapi trip masih terhad, jadi musim perayaan nanti tiket mungkin cepat habis. Kalau plan nak balik raya naik ECRL, better standby awal ⏰ Korang excited tak nak naik ECRL ni? Cuba komen sikit 👇 🔗 https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2026/10/1657794/jualan-tiket-ecrl-dijangka-bermula-november-mrl

DausDK
13 760
🥇 Perang panas, minyak lepas $100, tapi emas JATUH 26% Akaun emas & perak daus pun tengah merah RM2,744 (−14.24%). Dalam gam
+9
🥇 Perang panas, minyak lepas $100, tapi emas JATUH 26% Akaun emas & perak daus pun tengah merah RM2,744 (−14.24%). Dalam gambar atas ni daus bukak semua, tak sorok satu pun. 📉 Apa jadi Emas dari lebih $5,500 satu auns (Jan 2026) sekarang tinggal sekitar $4,120–$4,150. Kat Malaysia, emas 999 dijual sekitar RM576–RM594 segram, beli balik sekitar RM540–RM553 segram. 🏦 Kenapa Yield bon US 10 tahun naik ke ±5.34%, paling tinggi sejak 2002. Bila bon bagi ±5% setahun dengan risiko yang sangat rendah, dana besar jual emas sbb emas tak bagi bunga. Dolar US kuat pun buat emas lagi mahal untuk orang luar US. 🤫 Siapa masih beli Bank pusat. Jerman dan Itali masih pertahankan emas, China dah beli 22 bulan berturut-turut. 💡 Apa daus buat Daus tak jual. Tiap bulan daus DCA lebih kurang $120 emas dan $120 perak. 4 belian terakhir purata GLD ±$391, berbanding purata keseluruhan $427. Tapi DCA bukan magic, emas kena naik ±12% dan perak ±22% baru akaun ni pulang modal. 🐂 Awat Moomoo, bukan Webull? Emas & perak daus asingkan dlm Webull supaya senang tunjuk, akaun utama daus dlm Moomoo. Untuk new user, reward Moomoo lagi senang: deposit RM1,000 dapat RM150, Webull kena deposit RM5,000 untuk RM300. ✅ Cara claim reward Moomoo sampai RM1,500 1️⃣ Daftar: https://j.moomoo.com/017Fln (atau search dausdk.app) 2️⃣ Lepas akaun lulus, search "Special Deposit" dlm app 3️⃣ Masukkan kod DAUSDK37 4️⃣ Deposit pertama minimum RM1,000 melalui Special Deposit, dalam 30 hari lepas daftar. Kod dikira pada deposit pertama je, jadi jgn deposit RM100 dulu 5️⃣ Reward nampak dlm My Rewards RM150 = RM100 reward rasmi Moomoo + RM50 extra dari kod DAUSDK37. Deposit sampai RM40,000 dalam 30 hari, reward naik sampai RM1,500. ⚠️ Duit boleh keluar bila-bila masa, tapi kalau nak reward unlock, kena hold deposit tu 60 hari. Keluarkan awal, reward tak dapat. 📘 Tutorial daftar: https://moomoo.dausdk.com/tutorial/cara-register-moomoo 🎁 Bila reward masuk: https://moomoo.dausdk.com/reward Nak belajar guna Moomoo atau Webull? DM je daus, daus ajar satu-satu 🙏 Sumber: Kitco, Reuters, CNBC, Bloomberg (2–6 Okt 2026), BNM & Public Gold (6–7 Okt 2026). Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (lesen SC: eCMSL/A0397/2024), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tak menjamin prestasi masa depan. Pelaburan melibatkan risiko, nilai boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen kalau korang daftar melalui link atau kod daus.

DausDK
13 760
+9
1.png2.78 MB

DausDK
13 760
🎓 Tunggakan PTPTN dah cecah RM10.7 bilion Setakat 31 Ogos 2026, jumlah ni melibatkan 1.16 juta peminjam yang tak bayar. PTPTN guna model dana pusingan, maksudnya duit bayaran balik bekas pelajar digunakan untuk bagi pinjaman kepada pelajar baru. Bila ramai tak bayar, dana tu jadi tak cukup. 💸 Untuk tampung kekurangan, PTPTN terpaksa • terbitkan sukuk • pinjam dari bank tempatan Dua-dua ni dijamin oleh kerajaan, jadi beban akhirnya jatuh atas kewangan negara. 🏛️ Kerajaan nak perbaiki terma dan syarat pinjaman serta tingkatkan kutipan melalui penguatkuasaan dan kerjasama dengan agensi kerajaan serta syarikat. 🤝 Kalau korang betul-betul tengah susah, jangan diam je. Ada 2 pilihan • berbincang dengan PTPTN untuk susun semula jadual bayaran • mohon tangguh bayaran Korang rasa PTPTN patut lebih tegas kutip hutang, atau lebih bertolak ansur dengan peminjam yang susah? Cuba komen sikit 👇 🔗 https://theedgemalaysia.com/node/820658

DausDK
13 760
🚨 JPJ GANTUNG MYEG MULAI 5 OKTOBER 2026 ❌ MYEG dah tak boleh kutip bayaran JPJ 📉 Saham Zetrix AI jatuh 35% 🤔 Apa jadi? Selama ni MYEG cuma orang tengah. Duit roadtax dan saman yang kita bayar kat MYEG kena dipindahkan kepada kerajaan. Masalahnya, dari Mei sampai September 2026, ada RM314 juta yang dah dikutip tapi tak dipindahkan. Kerajaan dah • 4 kali berbincang • hantar 35 notis peringatan 💸 Isu cek Bulan Ogos, MYEG bagi cek RM231 juta bertarikh 30 September. Tapi bila sampai tarikh, bank tak proses sebab MYEG sendiri yang arahkan jangan proses 😬 ⚖️ Seterusnya Setakat ni takde jawapan kenapa MYEG tak bayar. Selagi tunggakan tak dibayar penuh, penggantungan kekal dan kerajaan akan ambil tindakan undang-undang. ✅ Urusan JPJ masih boleh buat melalui • 📱 App MyJPJ • 💻 Portal JPJ • 🏢 Kaunter dan kios JPJ • 📮 Pejabat Pos Yang selama ni guna MYEG, rasa terkesan tak? Cuba komen sikit 👇 🔗 https://www.malaymail.com/news/malaysia/2026/10/05/pay-immediately-loke-demands-myeg-zetrix-ai-settle-rm314m-arrears/237752

DausDK
13 760
Macam mana Watson buat Duit Korang team Watsons atau Guardian? Cuba komen sikit. Not Financial Advice, DYOR. #watsons #guardian #bisnesmalaysia #faktabisnes #dausdk

DausDK
13 760
Macam Mana Watson buat duit? Daus baru siap carousel pasal macam mana Watsons buat duit. Ni antara fakta yang paling menarik
+9
Macam Mana Watson buat duit? Daus baru siap carousel pasal macam mana Watsons buat duit. Ni antara fakta yang paling menarik 1- Watsons bermula tahun 1841 sebagai Hong Kong Dispensary, kedai pertama dia cuma pondok jerami 2- Alexander Skirving Watson cuma masuk kerja sebagai Manager tahun 1858, 17 tahun lepas kedai dibuka 3- Pemilik sekarang CK Hutchison, kumpulan keluarga Li Ka-shing, dengan Temasek pegang hampir 25% 4- Tahun 2004, Jawatankuasa Pelaburan Asing pernah tolak cubaan Watsons beli Apex Pharmacy 5- Untung retail 2025 HKD18.2 bilion, dan untuk bisnes health & beauty, kira-kira 3 suku datang dari Eropah 6- Guardian pun bukan Malaysia punya, milik penuh DFI Retail Group dari Hong Kong Korang team mana, Watsons atau Guardian? Cuba komen sikit. Not Financial Advice, DYOR.

DausDK
13 760
Okay geng, update Moomoo Cash Plus daus minggu ni 👇 Minggu lepas PM Anwar sendiri cakap, cuma 4 daripada 10 pencarum KWSP ya
+9
Okay geng, update Moomoo Cash Plus daus minggu ni 👇 Minggu lepas PM Anwar sendiri cakap, cuma 4 daripada 10 pencarum KWSP yang on track nak capai simpanan asas RM390,000. Maksudnya 6 daripada 10 belum. Yang daus suka, PM Anwar mengaku ni bukan sekadar soal orang tak pandai urus duit. Susah nak fikir pasal 2048 bila bulan depan pun tak pasti cukup ke tak. Jumaat ni, 9 Okt, Belanjawan 2027 pulak dibentang. Bantuan mungkin datang, tpi duit yang tengah duduk dlm akaun kita hari ni, kita sendiri kena pastikan duit tu tak tidur. Ni akaun Cash Plus daus pagi 5 Okt: • Nilai: RM252,042.55 • Untung terkumpul: +RM15,295.33 (dh lepas RM15 ribu) • September: +RM778.14, bulan paling tinggi tahun ni Dlm 3 minggu sejak update lepas, bertambah lagi RM432.31, dan daus x sentuh apa2 pun. Yang paling best, tgk kalendar kt slide 4. Hari Isnin pulangan masuk dua kali ganda, +RM86.46, sbb pulangan terkumpul termasuk Sabtu Ahad. Purata lebih kurang RM26 sehari, dan September satu hari pun takde merah. Tpi jujur, kalau duit RM1,000 je, sebulan lebih kurang RM3 (kiraan September, bulan terbaik). Bukan cara nak kaya. Point dia, duit tunggu tak tidur sia2. Beza Cash Plus dgn beli saham terus: https://moomoo.dausdk.com/tutorial/cash-plus-moomoo 🎁 Cara claim reward Moomoo sampai RM1,500 1️⃣ Daftar: https://j.moomoo.com/017Fln 2️⃣ Dlm app, search "Special Deposit" 3️⃣ Masukkan kod DAUSDK37 4️⃣ Deposit minimum RM1,000 dlm masa 30 hari lepas daftar. RM1,000 dpt RM150, dan makin besar deposit (sampai RM40,000), makin besar reward, maksimum RM1,500 5️⃣ Claim kt "My Rewards" Daus bagitau awal: reward tu nampak dlm My Rewards, tpi nak unlock kena kekalkan deposit 60 hari. Duit boleh keluar bila2, cuma kalau keluar sebelum 60 hari, reward tak unlock. Nak masuk Cash Plus, buat lepas reward unlock dan semak syarat kempen dlm app. Bila reward masuk: https://moomoo.dausdk.com/reward Tutorial penuh: https://moomoo.dausdk.com Risiko: Cash Plus bukan FD, modal tak dijamin, tak dilindungi PIDM. Pulangan boleh turun kalau OPR turun, dan bulan Mei akaun daus pernah merah -RM43.49 satu hari. Settle duit kecemasan dulu. First time? PM je daus, daus guide ikut pace korang. ⚠️ Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (lesen SC: eCMSL/A0397/2024), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Nilai pelaburan boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen jika korang daftar melalui link atau kod di atas.

DausDK
13 760
Rasa diri "tak cukup" nak mula labur? Tak cukup ilmu. Tak cukup modal. Tak pasti halal. Pernah tersangkut masa daftar. Dah beli, nampak merah, terus panik. Hantar NAK kat WhatsApp daus. Satu perkataan je 👇 https://wa.me/601123443917?text=NAK%20TG Daus tanya modal dan tujuan korang, lepas tu bagi SATU langkah pertama. RM100 pun boleh mula. Kalau belum sesuai, daus cakap terus. Tak sempat? Hantar je dulu, sambung bila korang free. Daus tak jual kelas, takkan minta password atau OTP, dan takkan suruh transfer duit kat sesiapa. Daus cuma dapat komisen dari platform kalau korang daftar guna link daus, korang tak bayar lebih. Satu hari minggu ni, daus balas 89 orang. Korang tak menyusahkan pun 🙏

DausDK
13 760
🔥 Portfolio saham Daus dekat Moomoo sekarang dah hampir all-time high 👀 Untuk bulan September je, portfolio ni tambah untun
🔥 Portfolio saham Daus dekat Moomoo sekarang dah hampir all-time high 👀 Untuk bulan September je, portfolio ni tambah untung lebih RM5,000. Bila campur semua saham Malaysia, saham US dan ETF, floating profit dah cecah lebih RM76,000. Tapi bukan semua hijau — ada saham yang tengah untung lebih 40%, ada juga yang masih rugi lebih 30%. Dalam video terbaru ni Daus tunjuk satu-satu apa yang Daus pegang sekarang, saham mana yang naik, saham mana yang jatuh, apa yang dah dijual dan macam mana portfolio ni boleh sampai hampir rekod tertinggi semula. Korang rasa sebelum hujung tahun ni portfolio ni boleh pecah all-time high tak? Tengok full video kat sini ➡️ https://youtu.be/fedSmutj70A

DausDK
13 760
🏞️ Kerajaan Pahang rampas 122 bidang tanah Berjaya kat Bukit Tinggi sebab cukai tanah tertunggak lebih RM70 juta. Kerajaan Pahang naikkan kadar cukai tanah mulai 2020, tapi bil baru cuma keluar pada 2023, siap caj balik untuk 2020 sampai 2022. Berjaya Hills tak setuju dan bawa kes ke mahkamah, tapi kalah kat Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. 🔒 Pada 28 September 2026, tanah tu disita. Rabbit Park, Japanese Garden dan kuarters pekerja semua dikunci dengan rantai dan mangga. ⚖️ Lepas tu, atas permohonan Berjaya Hills, Mahkamah Tinggi Temerloh halang kerajaan Pahang ambil apa-apa tindakan buat sementara, dan sitaan tu kena batalkan. 📅 Tarikh penting seterusnya • 27 November 2026, Mahkamah Tinggi putuskan sama ada larangan sementara tu disambung • 8 Disember 2026, Mahkamah Persekutuan putuskan sama ada Berjaya Hills boleh rayu lagi Kalau tak dapat rayu, kerajaan Pahang menang terus. 🔗 https://www.dagangnews.com/article/terkini/aset-disita-berjaya-hills-dapat-penangguhan-sementara-tindakan-daripada-mahkamah-75150

DausDK
13 760
Okay geng, update akaun Moomoo daus minggu ni 👇 Minggu ni gila sikit news dia. Dlm 3 bulan je Microsoft naik US$1 trilion, s
+9
Okay geng, update akaun Moomoo daus minggu ni 👇 Minggu ni gila sikit news dia. Dlm 3 bulan je Microsoft naik US$1 trilion, suku tahun paling power sejak 1998. Pastu Isnin lepas Nvidia umum nak guna US$150 bilion untuk beli balik saham dia sendiri, paling besar dlm sejarah. Dua-dua saham ni ada dlm akaun daus. So daus buka akaun, ingatkan untung besar mesti datang dari Nvidia. Sekali nokkk... 6 saham individu daus kalau campur sekali, untung dia lebih kurang US$83 je, sbb saham Moomoo sendiri (FUTU) tengah rugi US$316 hahaha. 99.6% untung akaun US daus (US$18,604) sebenarnya datang dari 4 ETF: VOO, MGK, VT dan SPUS. Bukan saham hot yang buat duit. Bakul tu yang buat kerja. Yang merah pun daus share. Bursa daus tengah -RM324, September ada 13 hari merah. Tapi hujung bulan, September tetap +RM3,646. 🎁 Cara claim reward Moomoo sampai RM1,500 1️⃣ Daftar: https://j.moomoo.com/017Fln 2️⃣ Dlm app, search "Special Deposit" 3️⃣ Masukkan kod DAUSDK37 4️⃣ Deposit minimum RM1,000 dlm masa 30 hari lepas daftar. RM1,000 dpt RM150, dan makin besar deposit (sampai RM40,000), makin besar reward, maksimum RM1,500 5️⃣ Claim kt "My Rewards" Daus bagitau awal: reward tu nampak dlm My Rewards, tapi nak unlock kena kekalkan deposit 60 hari. Duit boleh keluar bila2, cuma kalau keluar sebelum 60 hari, reward tak unlock. Bila reward masuk: https://moomoo.dausdk.com/reward Tutorial penuh: https://moomoo.dausdk.com First time? PM je daus, daus guide ikut pace korang. ⚠️ Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. (lesen SC: eCMSL/A0397/2024), dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Bukan nasihat kewangan. Prestasi lepas tidak menjamin prestasi masa depan. Nilai saham boleh naik dan turun. 18+ Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen jika korang daftar melalui link atau kod di atas.

DausDK
13 760
👩 Perempuan Malaysia average hidup sampai 78.1 tahun, lelaki 73.2 tahun. 🤷‍♂️ Kenapa beza sampai hampir 5 tahun? Antara sebabnya, lelaki lagi ramai merokok, jarang pergi check-up, dan lagi banyak terlibat dalam kemalangan jalan raya. 💰 Kalau dua-dua retire umur 60 dan belanja RM2,000 sebulan, cuba tengok duit pencen yang diperlukan. • 👩 Perempuan perlukan RM432,000 untuk 18 tahun • 👨 Lelaki perlukan RM312,000 untuk 13 tahun 😓 Lagi mencabar, ramai perempuan terpaksa berhenti kerja sementara untuk jaga anak atau ibu bapa. Masa tu gaji takde, caruman KWSP pun berhenti. So perempuan perlukan duit pencen lebih banyak, tapi masa untuk kumpul lagi singkat. Simpanan isteri kena cukup, bukan bergantung pada duit suami je. 💪 🤔 Korang dah ada plan untuk tahun-tahun lepas retire nanti? Cuba komen sikit. 🔗 https://says.com/my/news/dosm-malaysians-life-expectancy-rises

DausDK
13 760
PBB bantah, Malaysia tetap hantar pulang 1,476 warga Myanmar dah naik kapal dari Lumut pada 29 September 2026. Ni baru fasa p
+9
PBB bantah, Malaysia tetap hantar pulang 1,476 warga Myanmar dah naik kapal dari Lumut pada 29 September 2026. Ni baru fasa pertama daripada sasaran 5,000 orang. Apa yang korang perlu tahu 1- Fasa kedua dah diumumkan, 3,524 orang lagi 2- RM1.87 juta sehari, kos tampung 20,775 tahanan warga asing di depot setakat Mac 2026 3- 1,970 je pelarian dipindahkan ke negara ketiga dari Malaysia sepanjang 2025, jatuh dari 8,627 pada 2024 4- PBB cakap Myanmar belum selamat, dan persoal sama ada proses ni betul-betul sukarela 5- Min Aung Hlaing disahkan akan lawat Malaysia bulan Oktober ni untuk berbincang dengan PMX Pada korang, hantar pulang sekarang atau tunggu Myanmar aman dulu? Cuba komen sikit.

DausDK
13 760
Update FSM One daus dah naik 📈 NVIDIA BELANJA US$150 BILION, DUIT RM100 DAUS PUN ADA DLM CERITA Ringkasnya: - Nvidia umum bu
+9
Update FSM One daus dah naik 📈 NVIDIA BELANJA US$150 BILION, DUIT RM100 DAUS PUN ADA DLM CERITA Ringkasnya: - Nvidia umum buyback US$150 bilion (28 Sep), paling besar pernah diumum dlm sejarah - Daus tak beli saham Nvidia, tapi Nvidia 4.77% dlm VWRA, jadi lebih kurang RM86 duit daus duduk dlm Nvidia - 30 Sep, DeepSeek bagi percuma tools untuk cip Huawei yang boleh ganti CUDA, software Nvidia. Benteng Nvidia mula ada lubang - Meta (WhatsApp), Apple dan Tesla pun bergolak minggu yang sama. Sbb tu daus beli bakul, bukan saham satu-satu Akaun daus pagi 1 Okt (slide 7): Modal dlm VWRA RM1,790.79 Nilai skrg RM1,799.74 Untung +RM8.95 (+0.50%) Update 10 Sep: +1.11%. Turun sikit, tapi RSP tetap jalan. Jujur cakap ada minggu daus terlupa deposit, so RSP minggu tu tak jalan. Nak mula RSP macam daus? Cara claim RM25 new user FSM One: 1. Daftar guna link ni: https://www.fsmone.com.my/referral/DAUSDK37 2. Pastikan kod DAUSDK37 dimasukkan masa daftar 3. Settle e-KYC (MyKad depan, belakang, selfie) 4. Buat first trade atau deposit min RM100 ke mana-mana produk 5. RM25 Cash Account Credit + 50% diskaun yuran 30 hari masuk dlm 60 hari bekerja Reward tak masuk serta-merta, daus bagitau awal. FSM One dikendalikan oleh iFAST Capital Sdn Bhd, dikawal selia Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Ada soalan pasal RSP? Reply kat sini. Portfolio peribadi daus, bukan cadangan beli VWRA, bukan nasihat kewangan. Nilai boleh naik dan turun, ada risiko mata wang USD. 18+, Malaysia sahaja. Daus mungkin terima komisen rujukan.

DausDK
13 760
photo content
+3