cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

Ubat Hati dan Jiwa 💕

Faith, Love and happiness 💐

نمایش بیشتر
کشور مشخص نشده استزبان مشخص نشده استدسته بندی مشخص نشده است
پست‌های تبلیغاتی
571
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

𝗦𝗘𝗝𝗨𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗧 : 𝗪𝗢𝗥𝗟𝗗 𝗠𝗔𝗪𝗟𝗜𝗗 𝗖𝗘𝗟𝗘𝗕𝗥𝗔𝗧𝗜𝗢𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗞𝗜𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 !!! . . Tahun kedua penganjuran menyaksikan barisan tokoh ulama’, asatizah, ikon masyarakat dan selebriti daripada pelbagai negara akan mewarnai temasya World Mawlid Celebration 2021. Perpaduan seluruh umat berteraskan cinta dan kasih sayang kepada Rasulullah SAW. Segmen Tausiyah, Alunan Qasidah & Mawlid, Khatam Sejuta Selawat, Bicara Tokoh dan Dendangan Ketuhanan antara yang akan dipertontonkan pada 18 & 19 Oktober 2021. Jumpa anda semua di WMC 2021. 𝐒𝐨𝐥𝐥𝐮 𝐀𝐥𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢𝐲 ❤️ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم ============= 𝐖𝐨𝐫𝐥𝐝 𝐌𝐚𝐰𝐥𝐢𝐝 𝐂𝐞𝐥𝐞𝐛𝐫𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐅𝐁 𝐭𝐯𝐬𝐮𝐟𝐢.𝐜𝐨𝐦 𝟏𝟏 & 𝟏𝟐 𝐑𝐚𝐛𝐢𝐮𝐥𝐀𝐰𝐰𝐚𝐥 𝟏𝟒𝟒𝟑𝐇 𝟏𝟖 & 𝟏𝟗 𝐎𝐤𝐭𝐨𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜 𝑻𝒉𝒆 𝑪𝒂𝒑𝒂𝒍 𝗣𝗘𝗡𝗔𝗝𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝑵𝒖𝒓𝒂𝒏𝒊 𝑹𝒆𝒍𝒊𝒆𝒇 𝑳𝒂𝒚𝒂𝒓 𝑻𝒆𝒎𝒊𝒓 𝑩𝒐𝒐𝒌𝒔𝒕𝒐𝒓𝒆 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝑷𝒆𝒓𝒕𝒖𝒃𝒖𝒉𝒂𝒏 𝑰𝒌𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑲𝒆𝒌𝒆𝒍𝒖𝒂𝒓𝒈𝒂𝒂𝒏 𝑹𝒖𝒎𝒑𝒖𝒏 𝑵𝒖𝒔𝒂𝒏𝒕𝒂𝒓𝒂 (𝑯𝑨𝑹𝑼𝑴) 𝑲𝒆𝒎𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂 – 𝑱𝒂𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏 𝑷𝒆𝒏𝒅𝒊𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝑾𝒊𝒍𝒂𝒚𝒂𝒉 𝑷𝒆𝒓𝒔𝒆𝒌𝒖𝒕𝒖𝒂𝒏 𝑲𝒖𝒂𝒍𝒂 𝑳𝒖𝒎𝒑𝒖𝒓 (𝑱𝑷𝑾𝑷) 𝗧𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝑲𝒉𝒂𝒊𝒓𝒐𝒍 𝑨𝒓 𝑹𝒖𝒎𝒊 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒆 #WMC2021 #tvsufi #RoadToWMC2021 #KeluargaMalaysia #HouseofLight #dailyselawat #TheCapal #NuraniRelief #LayarTemir #HARUM #KPMJPWP #KhairolArRumiStore #DarulMujtaba #PekdisKL #BDC #AlQusyashi #SurauAtTaqwa #HealersOfHeart
نمایش همه...
🔴 𝗟𝗶𝘃𝗲𝘀𝘁𝗿𝗲𝗮𝗺𝗶𝗻𝗴 Bersama Dato' Ustaz Kazim Elias dalam membincangkan tajuk , ''𝘾𝙄𝙉𝙏𝘼 𝙃𝙄𝙂𝙃 𝘾𝙇𝘼𝙎𝙎". . Tvsufi.com dengan rakan kerjasama, kami bawakan kepada anda semua 😄 HOUSE OF LIGHT 4.0 𝗧𝗮𝗷𝘂𝗸 : Cinta High Class 𝗣𝗔𝗡𝗘𝗟 : DATO' USTAZ KAZIM ELIAS (DUKE) 𝐓𝐀𝐑𝐈𝐊𝐇 : 09 OKTOBER 2021 𝗝𝗔𝗠 : 9.00 MALAM 𝐒𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐝𝐢 𝐩𝐚𝐠𝐞 𝐑𝐚𝐬𝐦𝐢 𝐭𝐯𝐬𝐮𝐟𝐢.𝐜𝐨𝐦 Jom LIKE ,KOMEN DAN SHARE agar lebih ramai lagi mendapat manfaat dan keberkatan p/s : Live ini ditaja oleh @The Capal dan sokongan Rakan Kerjasama '𝗥𝗼𝗮𝗱 𝗧𝗼 𝗪𝗼𝗿𝗹𝗱 𝗠𝗮𝘄𝗹𝗶𝗱 𝗖𝗲𝗹𝗲𝗯𝗿𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟭 𝗶𝗻𝗶 𝗱𝗶𝗷𝗮𝘆𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 : 🟢 Jab Pendidikan Wilayah Persekutuan KL 🟢 Darul Mujtaba 🟢 NGO Nurani 🟢 PEKDIS KL 🟢 Kas Event & Academy 🟢 UPI PPDK 🟢 BDC Prihatin Malaysia 🟢 Surau At Taqwa JPWP LIKE || KOMEN & SHARE Sertai Kami di channel : Website:https://tvsufi.com/ Telegram:https://t.me/tvsufidotcomchannel Facebook:https://m.facebook.com/tvsufidotcom/ Instagram:https://www.instagram.com/invites/contact/?i=ke2hh13xbfo... Youtube:https://youtube.com/channel/UCIGi7Vf23BSWOm3V6-xdx8w Twitter:https://twitter.com/TvsufiC?s=08 . . pssst.... Dapatkan hadiah dari kami: FREE ebook Formula 3S Raih Cinta Nabi di akhir rancangan #GrandMawlid #TheCapal #NuraniRelief #tvsufidotcom #tvsufiMediaPLT #HouseOfLight #pekdiskl #dailyselawat #keluargakomuniti #RoadToWMC21 #KeluargaMalaysia #SurauAtTaqwaJpwp #darulmujtaba
نمایش همه...
tvsufi.com

Media Tauhid, Cinta & Kegembiraan

📌Antara Adab Makan Rasulullah s.a.w (Part 3) ✅Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya :  “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?” Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, “Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah!”  (HR. Abu Dawud) Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.”  (HR. Tirmizi) Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (karbondioksida), apabila bercampur dengan h2o (air) dapat menjadi h2co3 (cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi asid (asam). Hal ini boleh terjadi ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak disejukkan dengan ditiup. ✅Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda :  “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.”  (HR. Abu Daud) ✅Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :  “Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr.”  (HR. Imam Tirmizi) ✅Mendoakan orang yang mempelawa makan Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda,  “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang soleh (baik) dan malaikat pun mendoakan kebaikan untukmu.”  (HR. Ahmad dan Abu Daud) ✅Menutup tempat makan dan minum Dari Jabir ra. bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :  “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!”  (HR. Bukhari Muslim) Menutup tempat makan dan minum sangat penting bagi menghindari makanan dari pencemaran udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak ditutupi. Sumber : yadim.com.my #maulidurrasul #rasulullahcontohtauladan #sunnahnabi #adabmakan
نمایش همه...
📌Antara Adab Makan Rasulullah s.a.w (Part 2) ✅Memakan makanan yang terdekat dahulu Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : “Ketika aku masih belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari) ✅Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.”  (HR. Tirmidzi dan Hakim) ✅Menjilat tangan ketika makan tanpa sudu atau garfu Dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang di antaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkatan.”  (HR. Muslim) Dalam hadis riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahawa dia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatnya sebaik sahaja selesai makan. Penemuan kesihatan moden menunjukkan bahwa ketika kita makan dengan jari dan menjilat jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu untuk kelancaran pencernaan. ✅Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya Dari Anas bin Malik ra. berkata bahawa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilat ketiga jarinya (ibu jari, telunjuk dan jari tengah), lalu bersabda : “Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan baginda juga memerintahkan kami untuk menjilat piring dan bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu.”  (HR. Muslim) Islam melarang hal-hal yang membazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang membazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, sedangkan boleh jadi pada makanan tersebut ada keberkatan. Oleh sebab itu, ketika mengambil makanan harus berkira-kira sama ada makanan tersebut boleh dihabiskan atau tidak. ✅Makan dan minum sambil duduk Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.”  (HR. Muslim) Sumber : yadim.com.my #maulidurrasul #rasulullahcontohtauladan #sunnahnabi
نمایش همه...
📌Antara Adab Makan Rasulullah s.a.w (Part 1) Di antara adab-adab makan yang telah diajar oleh Rasulullah SAW ketika hendak makan : ✅Tidak mencela makanan yang tidak disukai Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila baginda berselera, baginda memakannya. Dan jika baginda tidak menyukainya, maka baginda meninggalkannya.”  (HR. Bukhari Muslim) ✅Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas makanan (kerana tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.” ✅Membaca basmalah dan hamdalah Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).”  (HR. Abu Dawud) Dalam riwayat lain, disebutkan bahawa suatu ketika Rasulullah SAW pernah tersenyum seraya menjelaskan sekiranya seorang muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, sekiranya muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya. Rasulullah SAW juga bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT meredhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.”  (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmizi) ✅Makan menggunakan tangan kanan Abdullah bin Umar ra. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang di antaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim) Ini kerana kedua-dua tangan manusia mengeluarkan tiga jenis enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan. ✅Tidak bersandar ketika makan Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).”  (HR. Bukhari) “Muttaki-an” ada yang mentafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, sama ada bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang mentafsirkan bersandar pada sisi badan. Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan dengan variasi menu makanan. Rasulullah SAW menjadikan amalan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Oleh sebab itu, baginda duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya. Sumber : yadim.com.my #maulidurrasul #rasulullahcontohtauladan #sunnahnabi
نمایش همه...