cookie

ما از کوکی‌ها برای بهبود تجربه مرور شما استفاده می‌کنیم. با کلیک کردن بر روی «پذیرش همه»، شما با استفاده از کوکی‌ها موافقت می‌کنید.

avatar

TASAWWUR ISLAM SPM

Himpunan Bahan Tasawwur Islam SPM @TasawwurIslam99 Untuk pertanyaan serta perkongsian bahan , sila PM @TASAWWUR_ISLAMbot

نمایش بیشتر
پست‌های تبلیغاتی
3 276
مشترکین
+424 ساعت
+267 روز
+10830 روز

در حال بارگیری داده...

معدل نمو المشتركين

در حال بارگیری داده...

Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
نمایش همه...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Al-Quran Syafaat dan Barakah عَنْ زَيْدٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَلَّامٍ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو أُمَامَةَ الْبَاهِلِيُّ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلَا تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ Daripada Zaid bahawa ia mendengar Abu Sallam berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Umamah Al Bahili ia berkata; Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Bacalah Al-Quran, kerana ia akan datang memberi syafaat kepada para pembacanya pada hari kiamat nanti. Bacalah Zahrawain, iaini surah Al-Baqarah dan Ali Imran, kerana keduanya akan datang pada hari kiamat nanti, seperti dua tumpuk awan menaungi pembacanya, atau seperti dua kelompok burung yang sedang terbang dalam formasi hendak membela pembacanya. Bacalah Al-Baqarah, kerana dengan membacanya akan memperoleh barakah, dan dengan tidak membacanya akan menyebabkan penyesalan, dan pembacanya tidak dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir." (HR Muslim No: 1910) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Al-Quran akan menjadi penolong (pemberi syafaat) kepada pembacanya pada hari akhirat nanti. 2.  Al-Munawi menjelaskan  bahawa apa yang dimaksudkan oleh Nabi bukanlah Al-Quran itu datang dalam bentuk lelaki, burung, awan dan sebagainya, akan tetapi yang dimaksudkan adalah pahala yang layak diberikan kepada mereka yang membaca dan beramal dengannya. Pahala-pahala itu nantinya akan datang dalam bentuk lelaki yang menjadi hujah di hadapan Allah. Ia juga menjadi seperti awan yang menaungi para pembacanya dari kepanasan di hari akhirat. 3.  Sesiapa yang mengamalkan membaca surah Al-Baqarah dan Ali Imran, pada hari kiamat nanti akan mendapat naungan kedua surah ini dengan izin Allah. 4.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, ia akan memperoleh barakah 5.  Orang yang tidak membaca al-Quran, ia akan menyesal 6.  Orang yang melazimi membaca surah al-Baqarah, tidak akan dapat dikalahkan oleh tukang-tukang sihir (terhindar dari sihir). Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati 26hb Mei 2024 17hb Zulkaedah 1445H
نمایش همه...
2
ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM ALA RASULILLAH جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam ma Huwa Ahluh. (3X)
نمایش همه...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
نمایش همه...
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Al-Quran dan Puasa Pemberi Syafaat عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ Daripada Abdullah bin Amru RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa dan al-Quran itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata : "Wahai Rabb ku, saya telah menahannya daripada makan dan nafsu syahwatnya, kerananya perkenanankan aku untuk memberi syafaat kepada nya (kepada orang yang berpuasa)." Dan al-Quran berkata : "Saya telah melarangnya daripada tidur pada malam hari, kerananya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya." Baginda bersabda : "Maka syafaat keduanya diperkenankan." (Musnad Ahmad No: 6589) Dar Ihya Turath Arab. Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.  Puasa dan al-Quran akan menjadi penolong dan pemberi syafaat kepada pencinta dan pengamalnya pada hari Kiamat. 2.  Orang yang berpuasa semasa di dunia, puasa akan  menolongnya dan memberi syafaat kerana semasa di dunia dahulu, orang yang berpuasa telah menahan diri dari makan dan minum di siang hari serta mengekang nafsunya. 3.  Orang yang menyibukkan diri dengan al-Quran  (membaca hingga terpaksa menyengkang mata di malam hari), al-Quran akan menjadi syafaat serta penolong di hari kiamat. 4.  Di hari kiamat nanti semua manusia akan membawa diri masing-masing kerana tiada siapa lagi pada hari tersebut yang dapat memberikan pertolongan. Namun selain daripada syafaat Nabi SAW ke atas umat baginda, solat, puasa, al-Quran dan amalan-amalan kebaikan lain akan menjadi syafaat yang diterima oleh Allah SWT untuk mereka yang telah menunaikan ibadat tersebut dengan sebaik-baiknya. 5.  Alangkah indah dan beruntungnya kehidupan seorang Muslim yang pada waktu siangnya berpuasa termasuk di bulan Ramadan dan puasa sunat pada bulan-bulan lain. Beruntung juga orang yang membaca al-Quran pada siang dan malam harinya  dalam kerangka mendekatkan diri kepada Allah. Dalam hadis yang diriwayatkan Abu Umamah Al-Bahili,  Rasulullah SAW bersabda: إِقْرَءُوالْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang kepada kamu pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada ahlinya” (HR Muslim No: 1337) Status: Hadis Sahih 6.  Sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan  Tahun 2024 yang sedang berlangsung di Kuantan Pahang, marilah kita melazimi membaca al-Quran dan berusaha mentadabur, memahami dan mengamalkannya. Berusahalah menjadikan al-Quran sebagai hidayah dan panduan hidup. Al-Quran Dihayati, Negara Diberkati 25hb Mei 2024 16hb Zulkaedah 1445H
نمایش همه...
1
ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM ALA RASULILLAH جَزَى اللهُ عَنَّا سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هُوَ أَهْلُهُ Jazallahu Anna Sayyidina Muhammadan Sollallahu Alaihi Wa Sallam ma Huwa Ahluh. (3X)
نمایش همه...
1
Photo unavailableShow in Telegram
Amalkan surah Al-mulk, Solat sunat taubat, Solat sunat witir, Solat tahajud dan solat hajat Maafkan semua kesalahan orang lain. Senyum selalu dan berdoa. Perbanyakkan berselawat Usahakan hafal surah Al-Kahfi (10 ayat awal dan akhir)
نمایش همه...
3
Repost from TASAWWUR ISLAM SPM
🔴TASAWWUR ISLAM KSSM 🔴YOUTUBE https://t.me/TasawwurIslam99/2620 🟢 KONSEP HIBURAN MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/DNV3PDFPYeM 🟢 KESENIAN MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/UTLqNOGtXhI 🟢 PRINSIP PERGAULAN MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/yydb_Q_PmW0 🟢SISTEM KEKELUARGAAN MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/8O0pnFEWpy0 🟢ASAS SISTEM SOSIAL ISLAM T4 https://youtu.be/v4KrWLyk_J0 🟢 PERANAN WAHYU DAN AKAL T4 https://youtu.be/MtTAisgiQFg 🟢FITRAH KEJADIAN INSAN T4 https://youtu.be/YtXmSjwsFYk 🟢 TANGGUNGJAWAB SEBAGAI HAMBA DAN KHALIFAH ALLAH SWT T4 https://youtu.be/RW2JM8xzKf0 🟢ISLAM ADALAH CARA HIDUP T4 https://youtu.be/RlXQ4uOGcwo 🟢IBADAH MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/0OwcXc5WV1o 🟢 AKHLAK MENURUT ISLAM T4 https://youtu.be/8nZZ1h1VvEA 🟢PRINSIP PANDANGAN HIDUP ISLAM T4 https://youtu.be/XPxmG-IYI_w 📚ULANGKAJI CEPAT TASAWWUR ISLAM SIRI 1 https://youtu.be/EbxJm126BBk 📚ULANGKAJI CEPAT TASAWWUR ISLAM SIRI 2 https://youtu.be/A9emwREvDR4 🔴ULANGKAJI-TAS 🔴SEMOGA BERMANFAAT, SHARE ILMU ✅@TasawwurIslam99
نمایش همه...
TASAWWUR ISLAM SPM

BELAJAR ADAB SEBELUM BELAJAR ILMU Amalkan, Semoga berjaya.