8 498
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
[𝐂𝐒𝐑@𝐘𝐏𝐌] - 𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐌𝐄𝐑𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐒𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐇𝐀𝐒 𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐋𝐀𝐏𝐓𝐎𝐏 𝐞𝐁𝐑𝐄𝐋𝐋𝐄
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 – Yayasan Pendidikan MAIDAM menerusi 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗖𝗦𝗥@𝗬𝗣𝗠 (𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗬𝗣𝗠 𝗧𝗼𝗹𝗼𝗻𝗴) telah mengadakan Majlis Penyerahan eBrelle di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Kuala Terengganu pada 7 Oktober 2026 (Rabu).
Pada majlis tersebut, 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿𝗮𝘆𝗮 𝗕𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗦𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 telah menyumbangkan tajaan sebanyak 𝗥𝗠𝟮𝟬,𝟬𝟬𝟬 bagi memperkasakan lagi pelaksanaan program kebajikan ini.
Majlis yang bermakna ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan sekolah dan tetamu kehormat, termasuk Tuan Haji Shahdan bin Ishak selaku Guru Besar SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu, serta Puan Norhana binti Yaakub selaku Ketua Pegawai Eksekutif YPM. Turut hadir bersama ialah Encik Ahmad Hafiz bin Roslan dan Puan Rosmalinda binti Che Umar yang merupakan Pengarah bagi Pasaraya Borong Sakan Sdn Bhd.
Program Dana CSR@YPM ini difokuskan khusus untuk membantu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) penglihatan yang menggunakan tulisan Braille dalam pembelajaran harian mereka. Melalui inisiatif ini, seramai tiga orang murid cemerlang iaitu Nurul Aina Solehah binti Zainudin, Muhammad Adam Al Hakiim bin Mohd Azman, dan Muhammad Yazid Aryan bin Mohd Yusof telah dipilih untuk menerima kemudahan alat bantu eBrelle laptop.
Pihak YPM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas pelaksanaan sumbangan eBrelle ini. Sumbangan dijangka mampu memperkasakan akses pendidikan digital yang inklusif serta menyuntik semangat baharu buat para pelajar penglihatan di sekolah ini untuk terus melakar kejayaan cemerlang pada masa hadapan.
[𝐂𝐒𝐑@𝐘𝐏𝐌] - 𝐓𝐇𝐁 𝐌𝐀𝐈𝐍𝐓𝐄𝐍𝐀𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐃𝐍 𝐁𝐇𝐃 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝟏𝟑 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐊 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐌𝐏𝐔𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐈𝐀𝐌 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐂𝐄𝐑𝐌𝐈𝐍 𝐌𝐀𝐓𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔
𝐊𝐔𝐀𝐋𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐍𝐔 – Keselesaan dan kejelasan penglihatan amat penting dalam memastikan sesi pembelajaran murid di sekolah berjalan dengan lancar. Atas kesedaran tersebut, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) dengan kerjasama strategik rakan optometri, 𝗘𝘆𝗲𝘀𝗶𝗴𝗵𝘁 𝗢𝗽𝘁𝗼𝗺𝗲𝘁𝗿𝘆 𝗖𝗲𝗻𝘁𝗿𝗲, telah menjayakan 𝗞𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗜𝗻𝗳𝗮𝗸 𝗖𝗲𝗿𝗺𝗶𝗻 𝗠𝗮𝘁𝗮 khas buat murid-murid yang memerlukan di 𝗦𝗞 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂 𝗔𝗺𝗽𝘂𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗿𝗶𝗮𝗺.
Program yang mendapat penajaan penuh daripada 𝗧𝗛𝗕 𝗠𝗮𝗶𝗻𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗰𝗲 𝗦𝗱𝗻 𝗕𝗵𝗱 ini telah dimulakan dengan sesi pemeriksaan mata terperinci di Bilik Kesihatan sekolah berkenaan. Hasil pemeriksaan tersebut, seramai 13 orang pelajar telah terpilih untuk menerima bantuan cermin mata baharu.
Majlis penyerahan cermin mata telah disempurnakan dengan jayanya pada 5 Oktober 2026 di Laluan Ilmu, SK Tengku Ampuan Mariam. Cermin mata yang dibekalkan dilengkapi dengan kanta khas perlindungan anti-UV, anti-silau, dan anti-gadget bagi memastikan keselesaan maksimum serta keselamatan mata anak-anak ini ketika belajar.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak THB Maintenance Sdn Bhd atas keprihatinan dan sumbangan yang diberikan. Semoga penajaan ini menjadi pemangkin semangat buat adik-adik di SK Tengku Ampuan Mariam untuk terus cemerlang dalam pelajaran!
🏆 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐌𝐔𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆 🎉
Siapakah yang bakal bergelar JUARA? 🥳
Jom saksikan Pengumuman Pemenang Pertandingan Mencipta Komik Digital secara LIVE!
📅 20 September 2026 (Ahad)
⏰ 3.00 petang
📍 Facebook Rasmi Yayasan Pendidikan MAIDAM
🎁 Nak berpeluang memenangi cabutan bertuah?
👉 Imbas QR atau klik link di bawah dan sertai cabutan bertuah!
🔗 https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfU56F1brMIGGdIKq-blqrghQEqupbhQaahsNB-vXhVvmM1GA/viewform?usp=header
Jangan lupa join LIVE! 🔴🇲🇾
#YayasanPendidikanMAIDAM #KomikDigital #CabutanBertuah #MerdekaDalamJiwa
𝐃𝐄𝐌𝐈 𝐌𝐔𝐑𝐈𝐃 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐌𝐄𝐖𝐀, 𝐘𝐏𝐌 𝐑𝐄𝐀𝐋𝐈𝐒𝐀𝐒𝐈 𝐁𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐌𝐔𝐋𝐓𝐈𝐒𝐄𝐍𝐒𝐎𝐑𝐈 𝐒𝐊 𝐋𝐄𝐌𝐁𝐀𝐇 𝐁𝐈𝐃𝐎𝐍𝐆
Alhamdulillah, Bilik Multisensori baharu di SK Lembah Bidong kini menjadi kenyataan hasil sumbangan semua penyumbang CSR@YPM di Yayasan Pendidikan MAIDAM .
Semoga fasiliti ini membawa sejuta manfaat dan senyuman buat murid PPKI! ❤️
Kalau YPM ada pada tahun 1980-an… agaknya macam ni lah. 😂📞📂
tiada smartphone.
tiada komputer.
tiada WhatsApp.
yang ada hanya telefon untuk kita berhubung je🥲
YPM 80s Edition 🕰️💙
#YPM #Nostalgia80an #Throwback #POV #FYP
🎓 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐀𝐇𝐀𝐒𝐈𝐒𝐖𝐀, 𝐈𝐍𝐈 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐀𝐍𝐃𝐀!
Sudah menerima tawaran melanjutkan pengajian ke IPT dalam atau luar negara?
Jangan lupa mohon Bantuan Awal IPT! ✨
Semak kelayakan, lengkapkan permohonan dan manfaatkan peluang yang disediakan.
📌Link Permohonan: https://yp.maidam.gov.my/iptonline/
Mohon sekarang!
#YPM #BantuanAwalIPT #IPT #PeluangPendidikanUntukSemua
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐊𝐄-𝟔𝟗 🇲🇾
31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan setelah melalui perjuangan panjang menuntut kebebasan dan menentukan masa depan sendiri.
Kini, 69 tahun kemerdekaan menjadi bukti perjalanan sebuah negara yang terus berkembang, bersatu dan melangkah ke hadapan.
Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan kepada tanah air terus mekar dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Selamat Hari Kebangsaan 2026 ‼
🇲🇾Malaysia Tanah Airku.
Tulus ikhlas daripada
Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja
Yayasan Pendidikan MAIDAM
𝐋𝐚𝐩𝐨𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐩𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟔: 𝐊𝐞 𝐌𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐃𝐚𝐧𝐚 𝐒𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚? 🤔
𝘑𝘰𝘮 𝘚𝘦𝘮𝘢𝘬 𝘓𝘢𝘱𝘰𝘳𝘢𝘯 𝘗𝘦𝘯𝘤𝘢𝘱𝘢𝘪𝘢𝘯 𝘠𝘗𝘔 2026!
Alhamdulillah, Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) ingin merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan anda.
Di sini kami kongsikan 𝗥𝘂𝗺𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗞𝘂𝘁𝗶𝗽𝗮𝗻 & 𝗔𝗴𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗖𝗦𝗥@𝗬𝗣𝗠 (𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 - 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲).
Hasil keprihatinan anda, banyak senyuman telah diukir dan masa depan pelajar telah dibantu!
𝐏𝐑𝐄𝐒𝐓𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐔𝐓𝐈𝐏𝐀𝐍 & 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 (𝐉𝐀𝐍 - 𝐉𝐔𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔)
💰 Jumlah Terkumpul Kutipan: RM 338,369.41
🤝 Jumlah Dana Diagihkan: RM 366,576.25
🎯 Sasaran Kutipan 2026: RM 1,000,000
Sepanjang 7 bulan ini, dana infak anda telah disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan melalui pelbagai inisiatif utama YPM, antaranya:
➊- Program Boleh YPM Tolong?
➋- Prihatin@School
➌- Skim Tajaan Anak Angkat (Sekolah Rendah, Menengah & IPT)
➍- Prihatin@Universiti
➎- Infra & Fasiliti Pondok
Kita sudah mencapai lebih 30% daripada sasaran tahunan kita! Namun, perjalanan masih panjang untuk merealisasikan sasaran RM 1 Juta bagi tahun 2026.
Mari bersama kami menggandakan pahala dan meluaskan manfaat! Kelebihan berinfak bersama kami :
📌 Potongan automatik yang konsisten
📌 Saham akhirat yang berterusan
📌 Layak mendapat potongan cukai (LHDN)
📌 Mudah, cepat dan selamat
𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidamTerima kasih kerana sentiasa percaya dan menyokong Yayasan Pendidikan MAIDAM. Semoga Allah SWT membalas kebaikan anda semua dengan rezeki yang melimpah ruah. Amin.
🎓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐈𝐋𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃 𝐏𝐋𝐀𝐍𝐓 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐍𝐈𝐂𝐀𝐋 𝐀𝐒𝐒𝐈𝐒𝐓𝐀𝐍𝐓 (𝐒𝐂𝐀𝐅𝐅𝐎𝐋𝐃𝐈𝐍𝐆)
Nak bina kerjaya dalam industri oil & gas? 🦺✨
Peluang latihan kemahiran Scaffolding khas untuk anak negeri Terengganu melalui tajaan Yayasan Pendidikan MAIDAM.
📅 Kemasukan: 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
👉 Mohon sekarang:
https://ypmaidam.my/wp-content/uploads/2026/05/KURSUS_OILFIELD_PLANT_TECHNICAL_ASSISTANT_SCAFFOLDING_TATI_SKILL.pdf
#YPM #Scaffolding #LatihanKemahiran #TVETTerengganu
🌙 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋
12 Rabiulawal menjadi kesempatan untuk kita mengenang dan menzahirkan kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Marilah kita memperbanyakkan selawat, menghidupkan sunnah dan mencontohi akhlak mulia Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.
Selamat menyambut Maulidur Rasul
Ingatan tulus ikhlas daripada Ketua Pegawai Eksekutif dan seluruh warga kerja Yayasan Pendidikan MAIDAM.
#SalamMaulidurRasul #YPM #YayasanPendidikanMAIDAM #MAIDAM
Harini berjalan dengan lancar sesi pemeriksaan mata anjuran CSR@YPM dengan tajaan daripada Wakalah Zakat Co-opbank Pertama berserta pembekal spek mata berkualiti iaitu syarikat OptoPro Optometry ✌🏻
Ingin menjadi sebahagian dari penyumbang?
📌 𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
Pengorbanan seorang ibu, ikat perut demi pendidikan anak-anak. Dia tidak mampu belikan anak komputer riba untuk anak belajar.
Akhirnya, dia menulis sepucuk surat buat YPM….
Ingin menjadi sebahagian dari penyumbang?
𝐙𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 :
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
🎒 𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐊𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐑𝐀𝐆𝐀𝐌 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇
Dewan Serbaguna Bukit Besi
Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM) melalui Bantuan Persekolahan telah melaksanakn agihan pakaian seragam sekolah kepada pelajar yang layak.
Semoga bantuan ini memberi manfaat dan menyuntik semangat untuk terus melangkah ke sekolah dengan lebih yakin. 💙
📞 𝐒𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧:
Hotline: 0195753391
#YayasanPendidikanMAIDAM #YPM #BantuanPendidikan #Terengganu
🎓 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐌 𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐀 𝐑𝐌𝟏𝟎 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐋𝐀𝐍! 🎓
Bayangkan dengan nilai serendah RM10 sebulan, anda mampu menyinari masa depan anak-anak bangsa yang memerlukan. Tak perlu lagi risau terlupa nak bersedekah, biar sistem yang uruskan untuk anda secara konsisten!
Kenapa anda perlu sertai Infaq Pendidikan CSR@YPM?
✅ 𝐏𝐨𝐭𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤 : Daftar sekali sahaja, sumbangan berjalan setiap bulan.
✅ 𝐌𝐮𝐝𝐚𝐡 & 𝐅𝐥𝐞𝐤𝐬𝐢𝐛𝐞𝐥 : Boleh mula pada bila-bila masa
✅ 𝐏𝐞𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐋𝐇𝐃𝐍 : Sambil beramal, urusan cukai anda juga terjaga (Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967).
✅ 𝐌𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐉𝐞𝐥𝐚𝐬 : Dana terus diagihkan untuk bantuan belajar dan program pembangunan pelajar.
Jom jadi Penyumbang Pendidikan hari ini. Asbab sumbangan kecil anda, mungkin lahirnya cendekiawan berjaya suatu hari nanti!
𝐤𝐥𝐢𝐤 𝐩𝐚𝐮𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐚𝐰𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 :
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
>> infaqpay.my/go/yayasanpendidikanmaidam
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐎𝐈𝐋 & 𝐆𝐀𝐒 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌𝐌𝐄
𝑀𝑒𝑙𝑎ℎ𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝑀𝑎ℎ𝑖𝑟, 𝑀𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝑀𝑎𝑠𝑎 𝐷𝑒𝑝𝑎𝑛 𝐴𝑛𝑎𝑘 𝑇𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡𝑎𝑛
Peluang keemasan buat belia yang berminat dalam 𝐢𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐫𝐢 𝐦𝐢𝐧𝐲𝐚𝐤 & 𝐠𝐚𝐬!!
Melalui 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐎𝐢𝐥 & 𝐆𝐚𝐬 𝐖𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐕𝐄𝐓 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦𝐦𝐞, peserta akan didedahkan dengan latihan kemahiran teknikal berfokuskan industri sebenar, sekaligus meningkatkan kebolehpasaran dan peluang kerjaya.
𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦:
✅ Latihan kemahiran teknikal berasaskan industri Oil & Gas
✅ Pendedahan kepada persekitaran kerja sebenar
✅ Bimbingan tenaga pengajar berpengalaman
✅ Peluang pekerjaan & peningkatan kemahiran TVET
✅ Sesuai untuk belia lepasan SPM/ graduan
Klik untuk permohonan : https://ypmaidam.my/wp-content/uploads/2026/08/PINDAAN-BORANG-PERMOHONAN-PROGRAM-WAKALAH-INSTEP-2026-2.pdf
#ypm #Wakalah #maidam #instep #oilngasindustry
Sedang Berlangsung: Agihan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah Fasa 1 pada bulan Ogos dan September 2026. Nantikan Makluman daripada kami ❤
