ADD MATHS SOLVER BY AKMAL AZRI
رفتن به کانال در Telegram
563
مشترکین
اطلاعاتی وجود ندارد24 ساعت
اطلاعاتی وجود ندارد7 روز
اطلاعاتی وجود ندارد30 روز
آرشیو پست ها
Soalan 3
🔵 (a) Tukarkan y=14x²-7 kepada bentuk Y=m(1/x²)+14. Kemudian, nyatakan Y dalam sebutan x dan nilai bagi m.
🟡 (b) Garis lurus penyuaian terbaik ialah garis lurus yang menyambungkan kebanyakan titik yang diplotkan pada graf dan titik-titik yang tidak terletak pada garis lurus penyuaian terbaik itu mesti bertaburan secara seimbang di kedua-dua belah garis itu.
Ammar telah melakukan eksperimen dan Rajah 3.1 adalah graf yang dapat dibina daripada data-data yang beliau perolehi.
Berdasarkan Rajah 3.1, bulatkan titik yang tidak melalui garis itu dan nyatakan sebab yang mungkin untuk Ammar plotkan titik-titik itu di kedudukan tersebut.
🟡 (c) Menurut hukum Gay-Lussac, tekanan bagi suatu gas ideal adalah berkadar terus dengan suhu mutlaknya jika jisim dan isipadu adalah malar.
Lakarkan graf bagi menerangkan hukum ini serta nyatakan kuantiti yang diwakili kecerunan graf itu.
Soalan 2
🟡(a) Jika x³+3x²y+3xy²+y³ merupakan sebutan ketiga bagi suatu janjang geometri dengan nisbah sepunya x+y, carikan sebutan pertama.
🟡 (b) Buktikan bahawa S∞=a/(1-r).
🔴 (c) Tunjukkan bahawa 2+2x+2x²+...+2xⁿ⁻¹ merupakan suatu siri geometri dan seterusnya jika Ax = 2x+2x²+2x+...+2xⁿ, tunjukkan bahawa
A=2(xⁿ –1)/(x-1).
Soalan 1
🔵 (a) Diberi bahawa Tn=3+2n merupakan sebutan ke-n bagi janjang aritmetik. Carikan Sn.
🔴(b) Dalam suatu janjang aritmetik, hasil tambah 2n-sebutan pertama ialah sama dengan hasil tambah n-sebutan seterusnya. Jika sebutan pertama ialah 12 dan beza sepunya ialah 3, carikan nilai n.
🟡 (c) x²+1, x²+2, x²+3, ... adalah suatu janjang aritmetik dengan keadaan x²+1 ialah sebutan pertama. Tunjukkan bahawa hasil tambah 4 sebutan dari sebutan ke-12 ialah sentiasa positif.
Ready untuk esok, topik 5 dengan topik 6.
Untuk esok :
Soalan 1 : Janjang Aritmetik, pecahan 3 soalan.
Soalan 2 : Janjang Geometri, pecahan 3 soalan.
Soalan 3 : Hukum Linear, pecahan 3 soalan.
Soalan 4 : Hukum Linear, 1 soalan.
Waktu : 9 malam
Untuk esok, saya mula bagi soalan yang ada 3 level.
🔵 = Rendah
🟡 = Sederhana
🔴 = Tinggi
2% 🔵, 5% 🟡, 3% 🔴
Get ready!
Actually saya nak bagi soalan level basic+sederhana susah je. Taknak bagi susah sangat, nanti orang tak jawab... Buat penat je bagi soalan.. 🥲
Soalan 4
Carikan punca untuk persamaan kuadratik (2+√3)x²-√5=0.
Tinggalkan jawapan anda dalam bentuk ±√(p√5-√15)
Soalan 2 / Question 2
Selesaikan persamaan berikut.
x+y-z=5
2x+3y+7z=12
x+5y-2z=4
Soalan 1 / Question 1
(a) Diberi x+3y=7 dan x²+y²-2xy=13. Carikan nilai-nilai x dan y. Tinggalkan jawapan anda kepada 4 angka bererti.
(b) Beza bagi dua nombor ialah 4 dan hasil darab nombor-nombor itu ialah 12. Carikan hasil tambah kuasa dua bagi nombor-nombor itu.
(c) Diberi bahawa cx+y=1 dan c²x²+y²=5. Cari nilai x (dalam sebutan c) dan nilai y.
Japgi petang pukul 5.30 saya buat meet discuss soalan tu, kejap je tu... So, harap semua boleh join.
Ready untuk esok, topik 3 dengan topik 4.
Untuk esok :
Soalan 1 : Persamaan serentak antara persamaan linear dan tak linear.
Soalan 2 : Persamaan serentak 3 pemboleh ubah.
Soalan 3 : Indeks, logaritma
Soalan 4 : Surd
Waktu : 9 malam
No MCQ for tomorrow. Good luck! 😀👍
Okay semua, esok pukul 5 petang, kita discuss semua soalan ni... Kat google meet. Pukul 6 petang kita end.
